Anda di halaman 1dari 1

1. Burung apakah yang hanya boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan:
Penguin

2. Banyak bas yang ada di dunia ini, tapi bas apa yang pandai? Jawapan: Bas Sekolah

3. Saya suka berada di atas air, tetapi saya tak pandai berenang mahupun bergerak. Siapakah
saya? Jawapan: Jambatan

4. Buku diterbalikkan jadi buku..teh di terbalikkan jadi....? Jawapan: Jadi Tumpah

5. Tubuh hanya satu tapi punya 2 nyawa? Jawapan: Ibu Mengandung

6. Dia mempunyai bulu lebat, isi , dan juga batang, apakah ia? Jawapan:Jagung

7. Banyak binatang dalam dunia ini tapi binatang apa paling pemalas tak terurus ? Jawapan:
Singa

8. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja tetapi
tengahnya tidak dimakan? Jawapan: Kuih Donat

9. Tanpanya kita tak mampu berjalan melalui dinding keras konkrit? Jawapan: Pintu

10. Ada satu benda, kita berdiri dia baring, tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita jalan dia
pun ikut sama. Tapi tanpanya kita tak ke mana. Jawapan: kaki

11. Binatang ini kaya kerana mempunyai kereta? Jawapan lembu

12. Mempunyai 10 kaki dan boleh terbang hingga ke barat, selatan, utara? Jawapan: 5 Ekor
Burung.

13. Di dalam hutan ada 8 ekor burung, 4 ekor ditembak oleh pemburu, berapa yang dah lari?
Jawapan: Burung terbang bukan berlari..

14. pintu apa yang tak boleh di tutup? ( pintu Gol)

15. Apakah hanya akan meningkat tetapi tidak menurun? umur


16. Dalam banyak-banyak binatang, binatang apakah ekornya di kepala?
Jawapan: Gajah
17. Bila di ikat saya berjalan, bila di buka saya berhenti,
siapakah saya?
Jawapan: Kasut
18. Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut
sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.
19. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur
20. Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapan: Spedometer bas lah

Anda mungkin juga menyukai