Anda di halaman 1dari 7

teka-teki berserta jawapan.

teka teki


1.Burung apakah yang hanya boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin

2.Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja tetapi tengahnya tidak
dimakan?
Jawapan: Kuih Donat

3.Ada satu benda, kita berdiri dia baring, tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita jalan dia pun ikut sama.
Tapi tanpanya kita tak ke mana.
Jawapan: kaki

4.Mana lagi tua, motorsikal , kereta, bas atau kapal terbang?
Jawapan: Motorsikal

5.Banyak bas yang ada di dunia ini, tapi bas apa yang pandai?
Jawapan: Bas Sekolah

6.Kering sangat di jilat-jilat untuk buat ia basah, bila basah baru kena cucuk. Apakah ia?
Jawapan: Benang

7.Di dalam hutan ada 8 ekor burung, 4 ekor ditembak oleh pemburu, berapa yang dah lari?
Jawapan: Burung terbang bukan berlari..

8.Saya suka berada di atas air, tetapi saya tak pandai berenang mahupun bergerak. Siapakah saya?
Jawapan: Jambatan

9.Saya sejenis alat menyelam, tetapi sangat popular dari anda semua kerana saya ada dekat internet. Siapakah
saya?
Jawapan: Google

10. Alkisah, dimana raja dan petani terjatuh ke gaung, siapakah yang mati?
Jawapan: Tiada yang mati meninggal sahaja.

11.Banyak-banyak kuda, kuda apa yang popular paling kurus dan nipis?
Jawapan: Kuda Kepang

12.Bunga apa yang cantik berseri dan berkembang mekar di malam raya?
Jawapan: Bunga Api

13.Tanpanya kita tak mampu berjalan melalui dinding keras konkrit?
Jawapan: Pintu

14. Dia ni bila turun sangat lah lambat, tapi bila naik sangat cepat pula. Siapakah dia?
Jawapan: Hingus

15.Mempunyai 10 kaki dan boleh terbang hingga ke barat, selatan, utara?
Jawapan: 5 Ekor Burung.

16.Banyak binatang dalam dunia ini tapi binatang apa paling pemalas tak terurus ?
Jawapan: Singa

17.Kereta banyak jenis, malah lambang kemewahan orang tapi apa yang susah untuk dicari?
Jawapan: Kereta kena curi

18.Dia mempunyai bulu lebat, isi , dan juga batang, apakah ia?
Jawapan:Jagung

19.Buku diterbalikkan jadi buku..teh di terbalikkan jadi....?
Jawapan: Jadi Tumpah

20.Kereta ini besar dan selesa, tetapi kalau kalau kereta ini diberi percuma tiada siapa mahu atau naik. Kereta
apakah ia?
Jawapan: Kereta Mayat.

21.Binatang ini kaya kerna mempunyai kereta?
Jawapan: Lembu

22.Mempunyai 6 kaki, tetapi yang berjalan pula hanya 4 kaki?
Jawapan: Kuda dengan Penunggang Kuda.

23.Pokoknya nun di atas bukit ular suka bersembunyi dibawahnya, daunnya itu pula ada atau diimport
diseluruh dunia tapi daunya itu cuma boleh digunakan apabila masuk dalam air. Apakah ia?
Jawapan: Teh

24. Tubuh hanya satu tapi punya 2 nyawa?
Jawapan: Ibu Mengandung

25.Masa dia hidup orang seronok gembira menyanyi, dan masa dia mati kita tetap seronok dan bertepuk
tangan.
Jawapan: Lilin

26. buah apa lain dari yang lain mempunyai sikap manusia yang suka berangan sahaja ?
Jawapan: Buah Berangan

27.Si pembuat tidak memerlukanya tetapi orang lain memerlukannya, dan yang dibelikan pula tak tahu
rupanya tapi tanpanya orang takkan kenal empunya.
Jawapan: Batu Nisan

28.Si gemuk banyak angin main tembak-tembak kena lantai terus kena hidung?
Jawapan: Kentut

29.Tahi apa yang tak kotor dan mudah dibawa dimana-mana sahaja ?
Jawapan: Tahi Lalat

30. Siput babi dan gonggok bertanding untuk naik ke puncak bukit siapakah yang menang dan siapakah yang
kalah serta apakah sebabnya.
Jawapan: Siput babi menang tak payah pakai kasut. Gonngok kalah sebab pakai kasut kaki pula banyak.

31. Burung apa yang tak pandai duduk diam ada sahaja yang dibuatnya?
Jawapan: Burung Belatuk

32. Banyak- banyak burung, burung apa yang tak pandai pusingkan lehernya.
Jawapan: Burung Hantu

33. mengapa kucing dan anjing bergaduh.
Jawapan: Kucing duduk dalam rumah.. Anjing pula Man bestfriends

34.sebanyak-banyak binatang, binatang apakah yang sangat manja dan suka bersiar-siar bersama ibunya.
Jawapan: Anak Kanggaro

35.ada macam-macam jenis daun, daun apa yang gatal.
Jawapan: Daun Keladi

PANTUN TEKA-TEKI
Kalau tuan bawa keladi
Bawakan juga si pucuk rebung
Kalau tuan bijak bestari
Binatang apa tanduk dihidung?

Beras ladang sulung tahun
Malam malam memasak nasi
Dalam batang ada daun
Dalam daun ada isi

Terendak bentan lalu dibeli
Untuk pakaian saya turun kesawah
Kalaulah tuan bijak bestari
Apa binatang kepala di bawah?

Kalau tuan muda teruna
Pakai seluar dengan gayanya
Kalau tuan bijak laksana
Biji diluar apa buahnya?

Tugal padi jangan bertangguh
Kunyit kebun siapa galinya
Kalau tuan cerdik sungguh
Langit tergantung mana talinya?

Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang
Bila bergesel berapi-rapi

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

Tinggi duduk di atas sekali
Bukan bulan bukan matahari
Bila malam ia berseri
Bila siang ia berganti

Tarik pukat dari pangkalan
Gula Melaka dibuat inti
Bila diikat ia berjalan
Bila dibuka ia berhenti

Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor.

Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi.

Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.

Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun?

Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu;
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?

Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.

Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?

Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?

Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?

Pak Pung Pak Mustafa
Encik Dollah dirumahnya
Ada tepung ada kelapa
Gula Melaka jadi intinya

Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?

Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?

Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?

Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?

Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia

Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?

Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?

Orang bekerja diberikan upah
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam?

Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?

Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk?

Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?

Pisau lipat dimainnya kera
Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?

Minah ketawa terjerit-jerit
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar didalam tebing diluar?

Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?

Anda mungkin juga menyukai