Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling panjang?
Jawapan: Kuda yang berbaris-baris
Banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Banyak-banyak kuih, kuih apa ada bawang besar ditengah-tengah?
Jawapan: Kuih salah resepi
Banyak-banyak lembu, lembu apa yang orang suka cari?
Jawapan: Lembu yang hilang kalu tak hilang orang tak cari punya
Banyak-banyak binatang.... binatang ape yang bertelur dan beranak.....?
Jawapan: Siput babi laaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak.... kenape x percaye ye.hahahahaha
Banyak-banyak pokok, pokok apa yang baik hati?
Jawapan: Pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia
Banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapan: Sungai Besi...Alaa sungai yang kat selangor tu.
Banyak-banyak air, air apa yang paling berani?
Jawapan: Air terjunnnn!!!
Banyak-banyak huruf, huruf mana yang boleh kahwin...
Jawapan: I dan U leee..
Banyak-banyak ikan, ikan apa yang pemalu?
Jawapan: Ikan Sadin dalam tin. Sebab tak keluar-keluar, dalam tin je..
Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diankat?
Jawapan: Kotak Penalti
Banyak-banyak orang.. orang apa tak kawin?
Jawapan: Orang-orang
Banyak-banyak gurun, gurun mana tanamannya subur?
Jawapan: Gurun, Kedah
Banyak-banyak cecair, cecair apakah yang menjadi beku bila dipanaskan?
Jawapan: Telur
Banyak-banyak binatang, binatang apa yang baik hati????
Jawapan: SRIGALA kerana Srigala suka lolong melolong
Banyak-banyak Tahi, tahi apa yang tak berbau?
Jawapan: Tahi hidung, sebab duduk dalam hidung tuan dia tak tercium pun bau.
Banyak-banyak burger, burger apa yang buat kita gembira?
Jawapan: Bergembira!
Banyak-banyak tempat, dimanakah air tidak pernah cerah?
Jawapan: Ayer Hitam (Air Hitam)
Banyak-banyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?
Jawapan: Ikan kembung.
Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan daging?
Jawapan: Singapura.
Banyak-banyak Burung, Burung apakah yang paling penyayang?
Jawapan: Burung belatuk... sebab dia bela atuk.
Banyak-banayk buah, buah apa tidak bertangkai?
Jawapan: Buah Melaka
Banyak-banyak daun, daun apa tidak bertangkai
Jawapan: Daun terup
Banyak-banyak binatang, binatang apa tidak berkaki?
Jawapan: Ular
Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
Jawapan: Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah
Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
Jawapan: MILO AIS
Banyak-banyak binatang, binatang apa tangannya di kepala, kakinya di kepala, badannya di kepala?
Jawapan: Kutu
Banyak-banyak burung, burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
Banyak-banyak bintang, bintang apa hidup di laut?
Jawapan: Tapak Sulaiman
HURUF DAN PERKATAAN
Binatang apa namanya hanya guna dua huruf sahaja?
Jawapan: U dan G (udang)
Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang sebab binatang ni ber wang
Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.
Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain kerana bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
Huruf jawi apa yang ada angin...
Jawapan: Huruf TA dan YA laa... (Bunyi macam Tayar, tayarkan ada angin)
Katak apa yang boleh menyuruh orang?
Jawapan: KATAKan padaku
Kera apa yang tinggal di istana?
Jawapan: KERAbat diraja
Kera apa yang buat orang stress?
Jawapan: KERAna cintanya diputuskan oleh kekasih hati
Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Jawapan: Kambing binATANG
Kopi apa yang sungguh menyusahkan?
Jawapan: KOPIkir sendirilah!
PERIBAHASA DAN SLOGAN
Apa Arti Peribahasa "Sambil Menyelam Minum Air"?
Jawapan: Tenggelam
Bila slogan "Terus Maju, Pantang Berundur" nampak bodoh?
Jawapan: Waktu Kejohanan Tarik Tali
Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar. (berdasarkan pantun melayu)
Apa dia "jauh di mata, dekat di hati"?
Jawapan: Jantung.. paru-paru pun boleh.. hempedu pun boleh.. asalkan denkat dengan hati..
BAHASA
Apa bahasa cinanya "selesai makan"?
Jawapan: Sudah KEN YANG
Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.
Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3Alhamdulillah.
Kenapa bila orang putih sebut "Wang Udara dan Kerusi" bunyinya lucah?
Jawapan: Air Money and Chair (Air Mani Encir - Encir maknanya cair)
Cuba teka apa bahasa cina-nya "orang yang cari ikan di laut"?
Jawapan: MAN CHING
SOALAN
Apa dia, Ditembak ke lantai kena hidung?
Jawapan: Orang kentut
Siapa orang yang gembira bila mendengar orang meninggal?
Jawapan: Tukang gali kubur
Apa dia yang masuknya lurus keluarnya bengkok?
Jawapan: Jari tengah korek lubang hidung
Apa dia, kalau dikeluar dari lubang besar tak dapat, tapi kalau dikeluar dari lubang kecil dapat?
Jawapan: Air Ludah
Apa yang diiring bukan raja, ditanam bukan tanaman?
Jawapan: Orang mati nak dikubur
Apa benda, bekaki satu bemata tiga?
Jawapan: Lampu Trafik
Apa yang masuknya keras keluarnya lembik?
Jawapan: Terung direbus
Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Jawapan: Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Apa dia, Kalau kita guna kita buang, kalau tak kita simpan?
Jawapan: Jala
Ada 2 syiling benilai 25 sen. Salah satu darinya bukan duit 5 sen. Jadi berapa nilai setiap syiling?
Jawapan: 20 sen dan 5 sen
Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu di bagi pulak pada 3 orang..berapa seorang dapat?
Jawapan: Sebiji sorang sebab limaukan 3 biji..
Benda apa kalau naik tak turun dah?
Jawapan: Umur
Air apa yang kita bawa tak berat?
Jawapan: Air sembahyang
Apa binatang ada 6 kaki dan boleh mengeluarkan api?
Jawapan: Api-api (kelip-kelip)
Apakah dia "rumah di bawah, tiang di atas"?
Jawapan: Kubur
KLASIK
Kulit bertemu kulit, bulu bertemu bulu, makin rapat makin sedap?
Jawapan: Mata mengantok nak tidur
Kalau kotor tak dapat dicuci, kalau koyak tak dapat di jahit
Jawapan: Kertas
Bila ditarik, yang di atas gembira dan yang di bawah pasti merana
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama.
Jawapan: Tapak kaki kita
Bila dipegang, ia mati, bila dilepas, ia hidup, dibiar-biar, akhirnya mati.
Jawapan: Gasing.
Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....
Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun ke dalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam
Jawapan: Anak mancis daaa.
Pembuatnya tidak mahu guna, pembelinya tidak menggunakannya dan penggunanya tidak nampaknya
Jawapan: Keranda
Di dalam Dunia ni, dialah yang paling pendek dan panjang, di dalam dunia ni dialah yang lembab dan pantas, tanpa dia semua kita buat tak jadi...
Jawapan: Masa
Ada kaki tak berpeha, ada muka tak berkepala...
Jawapan: Meja
Yang Besar dapat masuk, yang kecil tak dapat masuk
Jawapan: Songkok
Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah sampai pegang buah
Jawapan: Panjat pokok kelapa
Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
Jawapan: Masukkan benang dalam jarum
TEKA TEKI KELAKAR DAN LAWAK
Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. Ha.. Aper2?? Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung? Jawapan: Seluar dalam ler.. haha Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi? Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit! Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat? Jawapan: Kotak penalti lah.. Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar??? Teka.. teka.. Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, cangkul lar Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer! Jawablah kalau bijak sangat! Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..! Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu? Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam. Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan. Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY Teka-teki: Scorpion kaler apa? Jawapan: KALA jengking lah.. senang pun takleh nak jawab! Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip??? Jawapan: Kerani Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU??? Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri! Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung?? Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab! Yg nih.. jangan pikir bukan2 plak ek... 1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk. Jawapan : Masukkan benang dlm lubang jarum
2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai? Bus skolah lah... The OnLY bus yng pergi skolah 3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais? Jawapan : Milo AIS 4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki Jawapan : Sbb kalau angkat dua kaki jatuh lah.. hahahahha 5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol Jawapan: Semut bermate BENGKAK hahahahha 6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta? Jawapan : Motosikal sbb dia pakai tongkat 7) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah Jawapan: Panjat pokok kelapa amek BUAH KELAPA Ahmad bin Abu, kambing bin apa? Jawapan : Kambing binATANG 9) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan? Jawapan : Betina ikan duyung jantang ikan BAKAR maner der betina name BAKAR ; (sumber: polaris.canang.com)