Anda di halaman 1dari 60

TOPIK 1: KEFAHAMAN TENTANG

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KANDUNGAN:
1. Definisi Pedagogi
2. Konsep Pengajaran
3. Konsep Pembelajaran
4. Andragogi
5. Heutagogi
6. Cybergogi
7. Peergogi
8. Pedagogi Abad ke-21
DEFINISI PEDAGOGI
Berasal daripada perkataan Yunani, pedagogue bermaksud Concise Encyclopedia Britannica
seorang pendidik yang mempunyai bakat dan kecekapan Kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru untuk
melaksanakan tugas-tugas pengajaran dengan secara menyampaikan pengetahuan yang khusus dalam sesuatu
berkesan, khasnya dalam bidang perkembangan kanak- bidang.
kanak dari segi kognitif, psikomotor dan afektif mereka. A New English Dictionary
Ilmu pendidikan atau kaedah mengajar.
National Board for Professional Teaching
Standards, 1998 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru Kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran.
untuk menyampaikan pengetahuan yang khusus
dalam sesuatu bidang.
Kaedah – cara atau peraturan Asas atau dasar (yang
membuat sesuatu (terutamanya menjadi pokok sesuatu
yang bersistem atau yang pemikiran, kajian, tindakan
Sharifah Alwiyah, 1976 biasa) dan lain-lain), hukum
Ilmu yang menerangkan tentang kaedah pengajaran. Kaedah mengajar – cara (sesuatu teori dan lain-
mengajar (berdasarkan lain).
prinsip-prinsip tertentu.

RINGKASAN
SALAH SATU BIDANG ILMU PENDIDIKAN YANG BERKAITAN DENGAN KAJIAN SECARA SAINTIFIK ATAS PRINSIP-PRINSIP DAN
KAEDAH-KAEDAH MENGAJAR YANG MERANGKUMI PROSES PENGAJARAN OPTIMUM.
Kajian tentang apa?
Pendekatan
Kaedah
Teknik
Strategi
Organisasi institusi
Pengurusan bilik darjah
Kurikulum
Sukatan mata pelajaran
Pengujian
Pemulihan
Penggayaan
Kepentingan Pedagogi
Memahami konsep dan elemen dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Memberikan pengetahuan tentang prinsip


pengajaran dan pembelajaran.

Membantu guru menghasilkan penglibatan


pelajar secara aktif melalui kepelbagaian teknik
dan aktiviti.

Bakat dan potensi pelajar dapat dikembangkan.


Pengetahuan pedagogi
dapat membantu guru
mengajar secara Mengaplikasikan pelbagai kaedah dan teknik
berkesan, pengajaran pengajaran yang sesuai dengan pelajar.
berjalan dengan baik
dan pelajar mendapat Memudahkan guru merancang pengajaran
manfaat daripada harian dengan baik.
pengajaran tersebut.
KONSEP PENGAJARAN
❑ Aktiviti/Proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan/kemahiran yang tertentu.
❑ Tujuan mengajar
▪ menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui
perolehan ilmu pengetahuan/kepercayaan baharu.
▪ dalam proses pengajaran, aktiviti latihan/pelaziman
merupakan usaha untuk menukarkan tingkah laku
pelajar, manakala tenik tunjuk ajar/indoktrinasi
digunakan01untuk menyebarkan
02 ilmu pengetahuan03 dan
kepercayaan
Text Here baharu. Text Here
Easy to change (Thomas
Easy toF.change
Green)
colors. colors.
❑ Proses pengajaran meliputi aktiviti-aktiviti latihan,
pelaziman, untuk ajar/indoktrinasi yang akan menukarkan
tingkah laku dan kelakuan, di samping membawa ilmu
pengetahuan dan kepercayaan baharu kepada para
pelajar.
❑ Sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh pengajar dan pelajar.

❑ Dirancang oleh pengajar secara sistematik dan teliti.

❑ Perlaksanaannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai bertujuan,


membimbing, menggalak dan memotivasikan pelajar supaya mengambil inisiatif
untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang
diperlukan.
Ciri-ciri Pengajaran
1. Mempunyai dua (2) unsur utama, pengajar dan pelajar.
2. Guru memainkan peranan sebagai pengajar dan murid memainkan peranan sebagai pelajar.
3. Pengajaran bermakna apabila wujudnya pembelajaran.
4. Aktiviti pengajaran ialah instruksi, diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman.
5. Pengajaran melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa ataupun simbol.
6. Mempunyai erti perkataan pencapaian atau tugasan.
7. Aktiviti pengajaran boleh dijalankan dengan pelbagai bentuk.
8. Meliputi rancangan mengajar, objektif pelajaran, tempat belajar, alat bantu mengajar serta strategi,
kaedah dan teknik mengajar.
9. Proses yang melibatkan interaksi dua (2) hala di antara pengajar dan pelajar dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
10. Strategi dan teknik pengajaran mengandungi unsur sains dan unsur seni serta bakat mengajar guru.
Perkembangan Pengertian Pengajaran
• Pengajaran – sesuatu aktiviti yang meliputi seseorang pengajar,
disertai dengan aktiviti pembelajaran pelajar.
• Ahli-ahli pendidik mempunyai pandangan yang berbeza terhadap
peranan yang dimainkan oleh pengajar dan pelajar dalam aktiviti
PdP mereka masing-masing.
• Ahli pendidik memberi tafsiran yang berbeza terhadap pengajaran:
1. Pengajaran – aktiviti menerang oleh pengajar itu sendiri. Justeru
menganggap pengajaran sebagai tugas utamanya. Pengajar
berusaha menyampaikan bahan pelajaran dengan jelas dan
menerangkannya dengan sempurna. Pelajar hanya memainkan
peranan pasif.
2. Ahli pendidik progresifisme seperti W. H Kilpatrik (1871-1965) –
pengajaran harus berpusatkan pelajar dan bukan pengajar. Bahan
pengajaran sekolah hendaklah dirancang mengikut keperluan
pelajar.
3. Pengajaran ditafsirkan sebagai rancangan pengajar yang
bersistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti
pembelajaran. Ahli golongan pendidik berpendapat peranan
pengajar dan pelajar adalah sama penting dalam aktiviti PdP.
Pengajar memainkan peranan sebagai pembimbing dalam aktiviti
PdP manakala pelajar memainkan peranan sebagai pelajar dan
penerima pengajaran pengajar.
➢ Pengajar harus menyediakan bahan pelajaran, menentukan objektif
pelajaran, merancang ringkasan mengajar dan menyediakan alat bantu
mengajar yang sesuai sebelum mengajar.
➢ Pengajar wajib menimbulkan minat pembelajaran pelajar, membimbing
mereka dengan cara belajar yang berkesan, menjelaskan keraguan,
membantu mereka menyelesaikan masalah, membekalkan bahan
pelajaran, meningkatkan penguasaan kemahiran pelajar, membentuk
sikap pembelajaran yang betul, memupuk idealisme yang luhur dan nilai
murni yang tinggi.

✓ Pelajar pula mengulang kaji pelajaran yang berkaitan terlebih dahulu


untuk menyediakan diri dalam PdP baharu.
✓ Pelajar dikehendaki menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran,
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdP serta berusaha
menyelesaikan masalah pembelajaran secara kendiri di samping mematuhi
peraturan disiplin bilik darjah.
4. Pengajaran ditafsirkan sebagai sesuatu proses, komunikasi atau
interaksi, sains dan seni.

Proses

Bidang Seni Pengajaran Bidang


Komunikasi

Bidang
Sains
(a) Pengajaran Sebagai Suatu Proses

❑ Dalam konteks pendidikan formal, pengajaran – sesuatu proses yang berkaitan


dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar dapat
mempelajari dan menguasainya dengan berkesan.
❑ Proses pengajaran harus dilaksanakan secara sistematik untuk mencapai tujuan
pengajaran dengan berkesan.
❑ Langkah-langkah seperti perancangan, pelaksanaan dan penilaian harus dipatuhi.

Proses Pengajaran
(b) Pengajaran Sebagai Suatu Bidang Komunikasi
❑ Pengajaran merupakan proses komunikasi kerana pengajaran meliputi aktiviti
perhubungan dan interaksi di antara pengajar dengan pelajar.
❑ Pengajaran hanya boleh berlaku apabila pengajar dapat berkomunikasi dengan
pelajar secara langsung.
❑ Pada masa dahulu, komunikasi merupakan interaksi sehala (guru mengajar, pelajar
mendengar/menerima), namun pada hari ini bentuk komunikasi ditukar kepada
interaksi dua hala (guru mengajar, murid boleh mengemukakan soalan apabila
mereka menghadapi masalah pembelajaran).

Pengajaran sebagai suatu bidang komunikasi


(c) Pengajaran Sebagai Suatu Bidang Sains

❑ Pengajaran merupakan satu siri aktiviti


yang bercorak saintifik.
❑ Ini kerana pengajaran yang berkesan hanya
boleh berlaku melalui penggunaan prinsip-
prinsip dan kaedah-kaedah mengajar yang
telah dikaji dan diuji oleh pakar-pakar
pendidik.
❑ Langkah-langkah seperti perancangan,
pelaksanaan dan penilaian harus dipatuhi.
(d) Pengajaran Sebagai Suatu Bidang Seni

❑ Melibatkan emosi, nilai dan tingkah laku


manusia.
❑ Setiap individu mempunyai potensi intelek, emosi,
rohani dana jasmani yang tersendiri maka pengajar
harus mempunyai bakat/seni mengajar iaitu
mengubahsuai model dan teori pengajaran-
pembelajaran bersesuaian dengan kebolehan
pelajar-pelajar yang berbeza.
❑ Objektif pengajaran hanya boleh dicapai melalui
pengajar yang mampu menggunakan bakat dan
kecekapannya untuk merancang dan
menyampaikan pengajaran secara kreatif.
Pengertian Pembelajaran
❑ Belajar – berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dan lain-lain),
menuntut ilmu pengetahuan dan lain-lain, menjalani latihan, dsb (Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka Edisi Keempat).
❑ Pembelajaran
➢ proses (kegiatan) belajar (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat)
➢ proses memperoleh ilmu pengetahuan/kemahiran (Mok Soon Sang, 2010).
❑ Manusia menggunakan organ deria untuk memperoleh pengalaman dan ilmu pengetahuan yang
terdapat di persekitaran.
❑ Organ2 deria manusia digunakan memilih rangsangan2 yang sesuai daripada persekitaran, kemudian
diproses dalam otak untuk menjadi pengalaman/ilmu pengetahuan yang bermakna dan seterusnya
akan diamalkan dalam suatu situasi yang sepadan.
❑ Tindakan mengamalkan pengalan/ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam proses pembelajaran
boleh diperlihatkan sebagai perubahan tingkah laku manusia.
Tokoh Ahli Tajuk Buku Definisi Pembelajaran
Psikologi/Pengarang
Robert M Gagne The Conditions of Learning Perubahan tingkah laku/kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk
(1970) perubahan yang disebabkan oleh pertumbuhan
Wilson, Robeck danMicheal Psychological Foundations of ▪ Hasil daripada usaha sesuatu manusia untuk memenuhi keperluannya.
Learning and Teaching (1974) ▪ Terdiri daripada perubahan2 di dalam sistem saraf semasa manusia itu melakukan
sesuatu untuk menghasilkan keputusan/kesimpulan.
▪ Suatu perubahan saraf akibat manusia melakukan berbagai-bagai tindakan dalam
kehidupannya.

Morgan dan King Introduction to Sebarang perubahan tingkah laku yang kekal akibat pengalaman yang diperoleh oleh
Psychology (1975) seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya.
E.R. Hilgard, R.C. Introduction to Perubahan tingkah laku yang kekal hasil dari pengalaman.
Atkinson dan R.L. Psychology (1975)
Atkinson

Henry Clay Lindgren Psychology: An Melambangkan sesuatu konsep/idea bagi menerangkan perubahan tingkah laku yang
dan Donn Byrne Introduction to a diperlihatkan oleh seseorang.
Behavioral
Science (1976)

Morris L. Bigge Learning Pembelajaran merujuk kepada beberapa perubahan sistematik dalam tingkah laku atau
Theories for penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang
Teachers (1982) tertentu.

Kelvin Seifert Educational Merangkumi perubahan tingkah laku yang agak kekal disebabkan oleh pengalaman
Psychology (1983) tertentu atau ulangan pengalaman.
Anita E. Woolfolk Educational Pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam
Psychology (1995) pengetahuan dan tingkah laku yang kekal .
• Suatu proses pembelajaran yang berlaku secara berperingkat-peringkat
Kesimpulan
Pembelajaran sebagai proses, melalui latihan/pengalaman manusia
menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.

Implikasi:
1. Pembelajaran berlaku hasil daripada latihan/pengalaman. Sebarang perubahan tingkah
laku yang bukan melalui latihan/pengalaman tidak boleh disebut pembelajaran. Maka
perubahan tingkah laku kerana pertumbuhan, kematangan/kekecewaan tidak boleh
disebut sebagai pembelajaran.
2. Perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran mempunyai ciri kekal. Oleh itu,
perubahan tingkah laku yang sementara contohnya letih, mabuk kerana minuman
keras, halusinasi kerana ubat atau salah guna dadah, tidak ada kaitan dengan
pembelajaran.
Rumusan Konsep Pembelajaran
Suatu proses beberapa peringkat yang diperoleh secara sistematik,
bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti
oleh pembentukan konsep dalam fikiran dan diakhiri dengan
perubahan tingkah laku.

Hasil pembelajaran – pembentukan perubahan tingkah laku dari


satu tahap yang rendah kepada tahap yang tinggi.

Ciri-ciri Perubahan tingkah laku selepas aktiviti pembelajaran agak stabil


dan kekal.
Pembelajaran Suatu proses berterusan. Proses pembelajaran akan berhenti
apabila kehilangan motivasi atau tiada motif pembelajaran yang
sesuai.

Hasil pembelajaran adalah akibat perolehan pengalaman/latihan.


Perubahan tingkah laku hendaklah dibentuk daripada proses
pemikiran dan penanggapan.

Berlaku ke atas aktiviti sendiri iaitu ke atas usaha manusia sendiri


mengikut motif/motivasi tertentu. Motif pembelajaran merupakan
suatu penggerak dalaman (sifat keinginan belajar untuk kemajuan
diri sendiri) dan penggerak luaran (dorongan daripada ibu bapa
atau guru).
Prinsip-prinsip Pembelajaran
1. Pembelajaran yang berkesan bergantung kepada motivasi yang sesuai. Motivasi boleh
diwujudkan secara ekstrinsik (ganjaran luar) atau secara intrinsik (dorongan dalaman sendiri).
2. Pembelajaran pelaziman boleh menghasilkan perubahan tingkah laku yang lebih kekal. Oleh
itu, latihan berulang-ulang dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
3. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya seseorang mempunyai minat atau pun
kebolehan terhadap perkara yang dipelajarinya.
4. Persepsi yang tepat terhadap perhubungan di antara elemen-elemen yang dikaji dalam sesuatu
situasi akan membantu proses pembelajaran.
5. Aktiviti pengukuhan dapat mengekalkan perubahan tingkah laku yang dihasilkan daripada
pembelajaran.
6. Pembelajaran yang bermakna bergantung kepada pengalaman secara langsung yang dialami
oleh pelajar sendiri.
7. Memberi peneguhan yang positif akan menghasilkan respons/perubahan tingkah laku yang
diingini dan seterusnya mengekalkan perubahan tingkah laku tersebut.
Prinsip-prinsip Pembelajaran (sambungan...)
8. Kepuasan yang diperoleh daripada pembelajaran akan mendorong proses
pembelajaran diteruskan. Perkara yang dipelajari akan kekal dalam ingatan sekiranya
pembelajaran menghasilkan kepuasan/ganjaran yang diidamkan.
9. Pembelajaran yang berkesan hanya dapat berlaku jika pelajar mempunyai kesediaan
belajar.
10. Pembelajaran boleh berlaku melalui peniruan tingkah laku orang lain, contohnya
demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.
11. Keberkesanan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada pemeringkatan
isi pelajaran secara sistematik serta kaedah dan teknik mengajar yang mengikut
prinsip-prinsip pembelajaran.
12. Pembelajaran yang berkesan hanya boleh berlaku apabila pelajar mempunyai
pengalaman sedia ada yang mencukupi serta berkaitan dengan perkara yang hendak
dipelajari.
13. Tindakan maklum balas terhadap perkara yang dipelajari adalah penting untuk
membaiki dan meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran.
Jenis-jenis Pembelajaran
• Boleh ditinjau dan dihuraikan dari segi

1. Bentuk
2. Bidang
3. Kaedah dan
4. Peringkat
Jenis-jenis Pembelajaran Dari Segi Bentuk
Formal Bukan Formal (Non-Formal) Tidak Formal (Informal)

o Pendidikan diterima di institusi. o Tambahan kepada pembelajaran formal. o Berlaku dalam keadaan tidak sedar
o Dikelolakan oleh pendidik terlatih. o Ciri2: melalui pendedahan pengalaman di
o Dilembagakan dan disusun secara 1. Tujuan menyempurnakan kekurangan persekitarannya.
berperingkat2 mengikut umur. pembelajaran formal. o Ciri2:
o Mengikuti suatu kurikulum yang ditentukan 2. Biasanya dijalankan di luar bilik darjah. 1. Tidak mempunyai sebarang sukatan
oleh KPM. Diadakan di dalam/luar institusi pelajaran/kurikulum yang
o Matlamat pendidikan yang ditetapkan. pendidikan atau pusat latihan. dilembagakan.
o Penilaian dibuat pada setiap peringkat 3. Merupakan kelas tambahan, kursus, 2. Berlaku secara sukarela dan tidak sedar.
untuk mengukur pencapaian matlamat ceramah, forum, syarahan, bengkel, 3. Berlaku pada bila2 masa dan di mana2
pendidikan. aktiviti, latihan dan kerja projek. tempat.
o Ciri2: 4. Masa pembelajaran biasanya pendek, 4. Merupakan proses pembelajaran yang
1. Sistem pendidikan negara yang di antara beberapa jam hingga berterusan hingga seumur hidup sejak
ditentukan berlandaskan dasar beberapa hari sahaja. dilahirkan.
pendidikan kerajaan. 5. Tenaga pengajar terdiri daripada 5. Peristiwa, maklumat dan alam sekitar
2. Tujuan – mengembangkan potensi pakar yang mempunyai kemahiran yang didedahkan merupakan bahan2
pelajar secara menyeluruh dari segi mendalam mengikut bidang tertentu. utama.
intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani. 6. Rancangan yang sistematik dan rapi 6. Individu mendapat pengalaman, ilmu
3. Sistem pendidikan rasmi dan berstruktur dengan matlamat serta objektif kursus pengetahuan dan kemahiran melalui
mengikut hierarki dengan penggunaan yang ditetapkan. pendedahan dengan persekitarannya.
suatu kurikulum formal. 7. Penilaian/peperiksaan tidak 7. Bahan2 pembelajaran tidak dirancang
4. Mengandungi Sukatan Pelajaran yang diutamakan, hanya sijil peserta dan tidak dikelolakan oleh guru terlatih.
diatur. diberikan. 8. Berlaku kerana naluri ingin tahu manusia.
5. Diadakan di tempat2 seperti sekolah. 8. Segala pembelajaran/bayaran 9. Tidak ada penilaian digunakan untuk
6. Guru yang berkelayakan. ditanggung oleh peserta sendiri atau menentukan pencapaian.
7. Penilaian dan peperiksaan adalah ditaja oleh pihak yang berkenaan.
penting dan sijil peperiksaan diakui sah.
Jenis-jenis Pembelajaran Dari Segi Bidang
Diklasifikasikan kepada tiga bidang iaitu bidang kognitif, bidang psikomotor dan
bidang afektif (Berjamin S. Bloom)

Kognitif Psikomotor Afektif


▪ Merangkumi segala ilmu ▪ Merujuk kepada kemahiran/ ▪ Mengutamakan penyerapan sikap
pengetahuan yang dipelajari di kebolehan melaksanakan sesuatu positif dan nilai murni.
institusi pendidikan. pergerakan. ▪ Banyak melibatkan penggunaan
▪ Melibatkan penggunaan mental ▪ Banyak melibatkan penguasaan aspek rohani, emosi dan sosial.
manusia untuk memperoleh ilmu. kemahiran melalui latihan. ▪ Potensi pelajar dari segi rohani,
▪ Potensi pelajar dari segi intelek ▪ Tujuh peringkat: emosi dan sosial dapat
dapat diperkembangkan. diperkembangkan.
▪ Enam peringkat: Keaslian ▪ Lima peringkat:
Penyesuaian
Mencipta Perwatakan
Tindak balas yang kompleks
Menilai Organisasi
Mekanisme
Menganalisis
Menghargai
Respons Terbimbing
Mengaplikasi
Merespons
Penentuan
Memahami

Peniruan Menerima
Mengingat
Jenis-jenis Pembelajaran Dari Segi Kaedah
W. R. Ryburn dan K. B. Forge dalam buku Principles of Teaching berpendapat
pembelajaran manusia boleh diklasifikasikan kepada enam jenis:
1. Pembelajaran melalui cara meniru dan bermain untuk memperoleh ilmu
pengetahuan alam sekitar serta membentuk kemahiran-kemahiran mental, fizikal,
emosi dan sosial.
2. Pembelajaran melalui cara pragmatis - seorang pelajar cuba menggunakan
organ deria dan bahan-bahan alam sekitar untuk mencapai tujuannya.
3. Pembelajaran melalui cara akademik dengan kaedah induktif dan deduktif.
4. Pembelajaran melalui cara pengalaman (persepsi, tanggapan/konsep) - seorang
pelajar menggunakan persepsinya untuk membentuk konsep baharu.
5. Pembelajaran melalui cara perhubungan – seorang pelajar menggunakan
pengalaman lama untuk mengaitkan pengalaman baru supaya membentuk konsep
baharu atau menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
6. Pembelajaran melalui cara praktis – melibatkan aktiviti pembelajaran sendiri
dengan secara fizikal dan mental.
Jenis-jenis Pembelajaran Dari Segi Peringkat
❑ Robert M. Gagne dalam buku Essential of Learning for Instruction berpendapat
pembelajaran manusia boleh diklasifikasikan kepada empat peringkat, bermula
daripada penggunaan isyarat yang paling asas sehingga kepada penyelesaian
masalah yang paling kompleks.
❑ Implikasi dalam pembelajaran matematik:

Fakta
Prinsip
Pembelajaran Kemahiran Konsep Pembelajaran
stimulus-tindak
Pembelajaran Pembelajaran melalui
balas/
melalui rantaian konsep penyelesaian
rangsangan-
masalah
gerak balas
Rumusan - Jenis-jenis Pembelajaran

➢ Diklasifikasikan mengikut bentuk, bidang, kaedah dan peringkat.

➢ Saling melengkapi dan berkait rapat di antara satu sama lain. Contohnya:
✓ Pembelajaran formal merangkumi aspek perkembangan bidang kognitif,
psikomotor dan afektif.
✓ Empat peringkat jenis pembelajaran Gagne berkait rapat dengan
keenam-enam cara belajar yang disarankan oleh Ryburn dan Forge.

➢ Justeru, lebih berfaedah kita mengkaji jenis-jenis pembelajaran secara sintesis


dan tidak wajar mengkaji secara berasingan.
Perhubungan Pengajaran dengan Pembelajaran
• Keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya
memudahkan aktiviti pembelajaran.
• Maka segala aktiviti pengajaran adalah semata-mata ditumpukan untuk merangsangkan pelajar supaya
menggerakkan mereka belajar.
• Pengajaran mempunyai dua fungsi – merangsang pembelajaran dan mewujudkan situasi
pembelajaran yang berkesan.
• Tugas pengajar ialah membekalkan motivasi sebagai rangsangan untuk menimbulkan minat pelajar dan
menggerakkan mereka belajar.

Pengajaran Motivasi Pembelajaran

• Objektif utama pengajaran ialah membawa hasil pembelajaran dengan membentuk perubahan tingkah laku
dari satu tahap yang rendah ke suatu tahap yang lebih tinggi.
• Pengajaran tidak bermakna sekiranya gagal mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.
• Segala pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar adalah berlandaskan semua teori dan ciri
pembelajaran yang berhubung rapat dengan keberkesanan aktiviti pembelajaran di bilik darjah.
• Perkataan Yunani, “Andra”
bermaksud orang dewasa.
• Merupakan seni dan sains
dalam membantu orang
dewasa belajar (art and
KONSEP science of helping adults learn)
(Knowles, 1980).
ANDRAGOGI
• Proses pembelajaran orang
dewasa dalam pendidikan
formal dan pendidikan
non-formal.
Definisi Andragogi
❑ Menurut Gesner (1956):
✓ Pembelajaran dewasa merupakan teknik baru dalam kaedah pembelajaran.
✓ Ia merupakan proses yang mana pelajar dewasa sedar bagaimana menilai
pengalaman yang diperoleh.
✓ Fakta dan informasi serta pelbagai pengetahuan yang digunakan adalah dengan
tujuan menyelesaikan masalah.
❑ Pembelajaran dewasa adalah keseluruhan proses pendidikan terancang di mana
kandungan, tahap dan cara tidak kira formal ataupun tidak serta sama ada ianya
memanjangkan ataupun menggantikan pendidikan asas di sekolah, kolej dan universiti
di mana seseorang dianggap sebagai dewasa oleh masyarakat membangunkan
kemahiran, memperkayakan pengetahuan serta meningkatkan kelayakan teknikal dan
profesional dan seterusnya membawa kepada perubahan dalam sikap serta dalam
pembangunan diri serta penglibatan dalam pembangunan sosial, ekonomi dan
kebudayaan (General Conference of UNESCO, 1976).
❑ Seni dan sains yang membantu pelajar dewasa untuk belajar (the art and science of
helping adults learn)(Knowles, 1980).
Prinsip-prinsip Andragogi
❑ Orang dewasa perlu dilibatkan dalam perancangan dan
penilaian pengajarannya.
❑ Pengalaman (termasuk kesilapan) menjadi asas untuk aktiviti
pembelajaran.
❑ Orang dewasa paling berminat mempelajari subjek yang
mempunyai hubungan yang segera dengan kerjaya atau
kehidupan peribadinya.
❑ Pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan masalah dan
bukan berorientasi isi kandungan
PIRAMID PEMBELAJARAN ANDRAGOGI

MENDENGAR
Ceramah

BERCAKAP Perbincangan

Demonstrasi
MELIHAT

Latihan/Praktikal
MEMPRAKTIKKAN
Andaian Andragogi

Peranan
Konsep Pelajar Pengalaman
Pelajar

Kesediaan untuk
Perspektif Masa
Belajar

Orientasi
Pembelajaran
Andaian-andaian Andragogi (Knowles, 1980)
Konsep Pelajar • Semasa proses kematangan, seseorang akan berubah daripada bergantung
kepada orang lain kepada meningkatkan hala tuju kendiri, tetapi pada kadar
yang berbeza bagi individu yang berbeza dan dalam dimensi kehidupan yang
berlainan.
• Pelajar dewasa mempunyai keperluan psikologi yang mendalam untuk
menjadi seorang yang mempunyai hala tuju kendiri, tetapi mereka mungkin
bergantung kepada orang lain dalam situasi-situasi tertentu
Peranan • Sejajar dengan sifat manusia membesar dan membangun, pelajar dewasa
Pengalaman mengumpul sejumlah pengalaman yang boleh menjadi sumber yang kaya
Pelajar untuk pembelajaran—bagi diri sendiri dan orang lain.
• Tambahan pula, pelajar menerapkan lebih banyak makna ke dalam
pembelajaran yang mereka hasilkan daripada pengalaman berbanding
dengan pengalaman yang diperoleh secara pasif.
• Sewajarnya, teknik-teknik penting dalam pendidikan adalah melibatkan
pengalaman-seperti eksperimen makmal, perbincangan kes-kes
penyelesaian masalah, pengalaman lapangan dan sebagainya.
Kesediaan • Pelajar dewasa mulai bersedia untuk belajar sesuatu perkara apabila mereka
untuk Belajar mempunyai pengalaman dalam keperluan untuk belajar bagi membolehkan
mereka berpuas hati dengan tugasan dan ujian hidup yang sebenar.
• Pendidikan mempunyai tanggungjawab untuk menghasilkan persekitaran
kondusif dan menyediakan peralatan serta prosedur yang membantu pelajar
memperoleh ”keperluan untuk tahu”.
• Program pembelajaran sepatutnya diatur berdasarkan aplikasi kehidupan
sebenar dan disusun mengikut tahap kesediaan pelajar untuk belajar
Andaian-andaian Andragogi (Knowles, 1980)
Perspektif • Pembelajaran mestilah berkaitan dengan masalah sebenar dan
Masa berorientasikan tugasan. Pelajar berminat dengan aplikasi pengetahuan
yang segera (immediate application of knowledge).
• Aktiviti pembelajaran perlu jelas dengan kesesuaian keperluan pelajar
dewasa
Orientasi • Pelajar melihat pendidikan sebagai proses membina peningkatan kecekapan
Pembelajaran untuk mencapai potensi keseluruhan dalam hidup.
• Mereka perlukan kemahiran untuk mengaplikasikan apa jua pengetahuan
dan kemahiran yang diperoleh pada hari ini untuk hidup dengan lebih efektif
pada hari esok.
• Oleh itu, pengalaman pembelajaran perlu disusun di sekitar kategori
pembangunan kompetensi kerana orientasi pembelajaran mereka adalah
berteraskan pencapaian
PERBEZAAN ANTARA PEDAGOGI & ANDRAGOGI

DARI PEDAGOGI ANDRAGOGI


PERSPEKTIF
PELAJAR Bergantung kepada guru Ke arah berdikari

PENGALAMAN Pengalaman yang ada Lebih bergantung


PELAJAR hanya sedikit kepada pengalaman
KESEDIAAN Pembelajaran sebagai Pembelajaran adalah
BELAJAR memenuhi keperluan untuk keperluan diri
sosial sendiri dan masyarakat
MASA Bergantung kepada guru Bersesuaian dengan
keperluan pelajar

ORIENTASI Bahan pengajaran Pengalaman


PEMBELAJARAN adalah berdasarkan pembelajaran diterokai
kurikulum
Model Andragogi berbanding Model Pedagogi
Model Pedagogi Model Andragogi
Keperluan untuk Tahu
Pelajar hanya perlu tahu bahawa mereka Pelajar dewasa perlu tahu mengapa mereka
harus belajar apa yang guru ajar jika perlu belajar sesuatu sebelum berusaha
mahu lulus dan diberi gred; mereka untuk mempelajarinya. Apabila mereka
tidak perlu tahu bagaimana perkara mengambil keputusan belajar sendiri,
yang dipelajari akan digunakan dalam mereka akan menggunakan tenaga
Kehidupan. sepenuhnya untuk meneroka kepentingan
pelajaran dan akibat yang mungkin berlaku
jika tidak mempelajarinya.
Konsep Kendiri Pelajar
Guru melihat pelajar sebagai personaliti Pelajar dewasa mempunyai konsep kendiri
yang bergantung kepada guru, maka yang ingin bertanggungjawab ke atas
konsep kendiri pelajar akhirnya menjadi keputusan sendiri untuk kehidupan mereka
personaliti bersandar (dependent sendiri. Oleh itu, pelajar dewasa mempunyai
personality). “keperluan psikologi” terhadap hala tuju
kendiri dalam proses pembelajaran.
Pedagogi Andragogi
Peranan Pengalaman Pelajar
Pengalaman pelajar tidak begitu Pelajar dewasa mempunyai pengalaman
berperanan sebagai sumber pembelajaran yang lebih luas dan kualiti pengalaman
yang bernilai kepada guru, penulis buku yang berbeza berbanding remaja. Maka,
teks, dan pengeluar peralatan audio terdapat kepelbagaian dalam perbezaan
visual. Oleh itu, teknik penyampaian individu dewasa.
seperti kuliah, senarai bahan bacaan
dan sebagainya, adalah tulang belakang
kepada metodologi pedagogi.
Kesediaan untuk Belajar
Guru memberitahu pelajar apa yang perlu Pelajar dewasa bersedia untuk belajar
dipelajari dan pelajar bersedia semua perkara yang mereka perlu tahu dan
mempelajarinya jika ingin lulus dan diberi berupaya mengendalikannya dalam situasi
gred. kehidupan sebenar.
Motivasi
Pelajar bermotivasi untuk belajar Walaupun pelajar dewasa memberi
disebabkan motivasi luaran – gred, respons kepada sebahagian motivasi
ganjaran dan teguran guru, tekanan ibu luaran, namun motivasi yang paling
bapa. berkesan ialah tekanan dalaman.
Pedagogi Andragogi
Orientasi untuk Pembelajaran
Pelajar mempunyai orientasi berpusatkan Pelajar dewasa adalah individu yang
subjek untuk belajar; mereka melihat berteraskan kehidupan (life-centred),
pembelajaran sebagai memperoleh berorientasi tugasan atau masalah dalam
kandungan sesuatu subjek. Oleh itu, proses pembelajaran.
pengalaman pembelajaran adalah Pelajar dewasa bermotivasi untuk belajar
tersusun berpandukan kepada logik sesuatu demi mengembangkan ilmu yang
kandungan subjek tersebut. dilihat akan membantu mereka
menjalankan tugas atau menguruskan
masalah dalam kehidupan seharian.
KONSEP
HEUTAGOGI
• Berdasarkan Yunani untuk "diri“.
• Pembelajaran yang ditentukan sendiri (mandiri) (Hase dan Kenyon,
2000).
• Menerapkan pendekatan holistik untuk mengembangkan kemampuan
pelajar dengan belajar sebagai proses aktif dan proaktif, dan pelajar
sebagai "agen utama dalam pembelajaran mereka sendiri, yang terjadi
akibat dari pengalaman peribadi" (Hase & Kenyon, 2007).
• Mendorong pelajar untuk menjadi lebih self-directed.
• Merujuk kepada pembelajaran kendiri.
• Memperluaskan pendekatan andragogi dan dapat difahami sebagai
kontinum andragogi
Heutagogy sebagai kontinum dari Andragogi
Andragogi Heutagogy
Single-loop learning (satu lingkaran Double-loop learning
belajar)
Competency development Capability development
(pengembangan kompetensi) (pengembangan
kemampuan)
Linear design and learning approach Non-linier design and learning
approach
Instructor-learner directed Learner-directed
Getting Student to learn (content) Getting student to understand how
they learn (process)
Ciri-ciri Heutagogy
❑ Pelajar akan menyelesaikan masalah dengan mencari penyelesaian
sendiri.
❑ Pembelajaran tidak semestinya berterusan tetapi pelajar mesti
bertanggungjawab terhadap apa yang mereka pelajari dan menyahut
cabaran.
❑ Pelajar fokus kepada pembelajaran jangka masa panjang yang
memerlukan mereka menyelesaikan masalah.
❑ Motivasi pelajar adalah bagaimana mereka belajar dan pelajar akan
belajar untuk “menyesuaikan diri”
❑ Guru sebagai pembimbing untuk menggalakkan pembelajaran secara
kolaboratif dan meningkatkan sifat ingin tahu pelajar.
KONSEP CYBERGOGY
❑ Pendekatan yang menggalakkan
penglibatan pembelajaran dalam
talian.
❑ Mewujudkan berpusatkan pelajar,
autonomi dan persekitaran
pembelajaran maya secara
kolaboratif.
❑ Pemikiran, tingkah laku dan emosi
pelajar sangat berkaitan dengan
budaya komputer, teknologi, dan
Internet (Wang & Kang 2006).
❑ Pembelajaran kognitif adalah
pembelajaran efektif.
Ciri-ciri Cybergogy
➢ Pembelajaran kendiri melalui teknologi digital
➢ Pembelajaran kolaboratif iaitu pelajar berdiskusi melalui forum
dalam talian.
➢ Faktor kognitif iaitu mengingati pembelajaran lepas, aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan gaya belajar
pelajar.
➢ Faktor emosi dengan mendorong pelajar untuk bersaing dengan diri
sendiri dan proses pembelajaran yang selesa.
➢ Faktor sosial pelajar melakukan perbincangan dalam talian.
KONSEP
PARAGOGY
(PEERGOGY)
• Merujuk kepada
Paragogy pembelajaran berkumpulan
(Peeragogy) di mana pelajar berinteraksi
untuk mencapai matlamat
pendidikan.
Peeragogy
• Persekitaran pembelajaran yang terbuka dan cara baru
untuk melihat dan bekerjasama dan pembelajaran
• Tidak berstruktur dan pembelajaran bersifat kolaboratif,
bukan hanya koperatif atau sekadar menyumbang.
• Peningkatan akses talian internet, membolehkan
pengembangan pembelajaran kolaboratif yang membina
kemahiran dan kecekapan yang diperlukan dalam komuniti
pembelajaran.
• Pembelajaran rakan sebaya dan penghasilan rakan sebaya
mungkin seawal usia manusia itu sendiri, tetapi mereka
mengambil kepentingan baharu dalam era digital
(Rheingold, 2014).
Ciri-ciri Peeragogy

1. Mengubah konteks pembelajaran sebagai tidak


berpusat.
2. Pengetahuan melalui meta-pembelajaran.
3. Maklum balas rakan sebaya.
4. Pembelajaran secara tidak linear.
PEDAGOGI ABAD KE-21
• Pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014.
➢ Proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.
➢ Lima elemen yang diterapkan:
1. Komunikasi
2. Kolaboratif
3. Pemikiran kritis
4. Kreativiti
5. Nilai murni dan etika.
Komunikasi
▪ Secara umum - suatu proses pertukaran maklumat daripada individu
kepada individu yang lain.
▪ Konteks pendidikan - perbualan yang berlaku di antara guru dengan
murid atau murid dengan murid untuk berkongsi ilmu yang difahami
bersama rakan-rakan lain (komunikasi berpusatkan murid).
▪ Jika guru tidak memainkan peranannya dengan baik, komunikasi yang
berkesan tidak akan terhasil semasa proses pembelajaran
berlangsung.
Kolaboratif
❑ Sesuatu yang dilakukan secara bersama-sama atau berkumpulan.

❑ Dalam dunia pendidikan - kerjasama yang wujud antara guru dan


murid atau murid dan murid secara aktif dan menyeluruh, di mana,
ia melibatkan pertukaran idea, pendapat atau pengetahuan antara
murid-murid.

❑ Bagi elemen ini, guru perlu memahami gaya pembelajaran


muridnya.
Pemikiran Kritis
• Secara am - keupayaan individu untuk membuat penilaian mengenai
sesuatu perkara, termasuk kebaikan dan kelemahannya.
• Dari sudut pendidikan - pemikiran kritis berlaku apabila murid-murid
mula meneroka pemikiran mereka untuk menilai idea-idea yang
diterima secara rasional dan membuat pertimbangan mengenai idea
tersebut melalui penggunaan alasan-alasan yang wajar.
• Boleh terhasil dengan berkesan melalui beberapa cara, seperti:
• penggunaan sumber yang meluas (sumber yang meluas merujuk kepada
maklumat yang diperoleh oleh murid-murid).
• sekiranya guru tidak mengehadkan idea dan pendapat murid-muridnya.
Kreativiti
• Merujuk kepada sesuatu proses yang berlaku, di mana, ia melibatkan
penghasilan sesuatu yang baharu, berguna dan juga berkualiti.
• Merupakan salah satu elemen yang penting untuk diterapkan dalam
diri murid.
• Kreativiti bersifat meluas yang melibatkan sesuatu projek dan juga
pemikiran murid itu sendiri.
• Murid perlu berfikir di luar kotak untuk menghasilkan sesuatu ciptaan
yang baharu dan berguna.
Nilai Murni dan Etika
❑ Boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku yang baik, beradab dan
menjaga tatasusila, manakala, etika pula merujuk kepada
keperibadian atau perwatakan seseorang.
❑ Amat penting untuk diterapkan dalam diri murid-murid supaya ia
dapat membentuk jati diri yang tinggi.
❑ Guru merupakan insan yang paling rapat dengan murid ketika
mereka berada di sekolah - seharusnya berusaha untuk menerapkan
nilai-nilai yang positif dalam diri murid-murid semasa sesi PdP
berlangsung.
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai