Anda di halaman 1dari 47

PEDAGOGI:

STRATEGI & TEKNIK


PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

DR ZAIDA NOR BT ZAINUDIN


Telling is not teaching and listening is
not learning

Untuk membolehkan seorang guru mengajar


dengan berkesan, ia memerlukan satu siri
pengetahuan dan kemahiran khas.

Mempunyai pengetahuan pedagogi merupakan


syarat utama yang mesti dipatuhi semua guru.
APA ITU PEDAGOGI?
Pedagogiialah kajian mengenai
pengajaran, khususnya pengajaran dalam
pendidikan formal.
Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni
mengenai cara mengajar di sekolah.
Secara umumnya pedagogi merupakan mata
pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin
menjadi guru di sekolah.
Sebagai satu bidang kajian yang luas,
pedagogi melibatkkan kajian mengenai
proses pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah
dan juga interaksi guru-pelajar.
Dari segi etimologinya,
perkataanPedagogidatangnya
daripada bahasa Yunanipaidagogos,
hamba yang menghantar dan
mengambil budak-budak pergi balik
dari sekolah.
Perkataan paida merujuk kepada
kanak-kanak, yang menjadikan sebab
kenapa sebahagian orang cenderung
membezakan antara pedagogi
(mengajar kanak-kanak) dan
andragogi(mengajar orang dewasa).
KEPENTINGAN PEDAGOGI
1. MEMBANTU GURU MEMAHAMI
PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
2. GURU AKAN LEBIH MUDAH DALAM
MEMILIH KAEDAH PENGAJARAN YANG
BERSESUAIAN DENGAN TAHAP
PENERIMAAN MURID-MURIDNYA
3. GURU AKAN LEBIH BERSEDIA
DALAM MEYEDIAKAN BAHA-BAHAN
BANTUAN MENGAJAR YANG LEBIH
MENARIK DAN BERMAKNA.
4. GURU-GURU AKAN MENGAJAR KEPADA
MURID-MURIDNYA SUPAYA MENGAMALKAN
GENERALISASI ATAU MEMBUAT PEMINDAHAN
PEMBELAJARAN DALAM SITUASI TERKINI.
5. GURU AKAN SENTIASA MELIBATKAN
MURIDNYA SECARA LEBIH AKTIF DALAM
PELAJARAN.
6. GURU AKAN BERUPAYA UNTUK
MENGGUNAKAN SET INDUKSI YANG MENARIK
SUPAYA DAPAT MEMULAKAN PELAJARAN
YANG BERJAYA MENARIK MINAT MURID-
MURID.
7. GURU AKAN DAPAT MEMPERKEMBANGKAN
LAGI POTENSI PADA MURIDNYA
PEDAGOGI MERANGKUMI

STRATEGI PENGAJARAN
STRATEGI/ TEORI PEMBELAJARAN
PENDEKATAN
KAEDAH
TEKNIK
DEFINISI
Strategi - suatu susunan pendekatan-
pendekatan dan kaedah-kaedah untuk
mencapai sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa serta
kemudahan secara optimum.
Pendekatan jalan yang diambil
Kaedah cara teratur, kemas & sistematik
Teknik - kaedah membentuk teknik.
Misalnya kaedah bercerita = teknik
penyampaian
Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8
STRATEGI P&P
Strategi pengajaran - rancangan
gabungan pendekatan dan kaedah
serta turutan pelaksanaan
pendekatan dan kaedah.
Klasifikasi:
- Strategi Pemusatan Guru
- Strategi Pemusatan Murid
- Strategi Pemusatan Bahan
Pelajaran
STRATEGI PEMUSATAN GURU
Guru memainkan peranan penting
Komunikasi sehala.
Kepimpinan guru secara autokratik
Pencapaian objektif guru diutamakan
Penyebaran ilmu pengetahuan lebih
diutamakan daripada penyuburan nilai
murni/perkembangan emosi.
STRATEGI PEMUSATAN GURU

Penyampaian fakta secara menghafal.


Interaksi di antara murid adalah pasif.
Murid-murid kurang kreatif/ tidak
berinitiatif.
Kaedah & Teknik penerangan,
demonstrasi, syarahan, bercerita dsb.
Contoh: Guru bercerita mengenai
kepentingan menjaga kebersihan diri.
STRATEGI PEMUSATAN MURID
Murid memainkan peranan penting
Komunikasi dua hala.
Menggalakkan murid memberi
pendapat.
Objektif pencapaian murid
diutamakan
Perkembangan murid secara
menyeluruh/seimbang (j.e.r.i.)
Ujian formatif digunakan bagi
membaiki kelemahan murid.
STRATEGI PEMUSATAN MURID

Peluang interaksi di antara murid adalah


positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-
menolong)
Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid
dipupuk.
Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan,
perbincangan, penyoalan, penyelesaian
masalah, simulasi, main peranan,
sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.
Contoh: Guru membimbing murid dalam
perbincangan mengenai kesedaran dan
tanggungjawab menjaga kebersihan diri.
STRATEGI PEMUSATAN BAHAN
PELAJARAN
Pergantungan kepada bahan untuk
mencapai objektif pengajaran.
Komunikasi/interaksi berlaku antara
guru/bahan atau murid/bahan
pembelajaran
Penekanan kepada jasmani, rohani, dan
kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran,
kefahaman dan berdikari.
Pengajaran lebih bermakna, menarik dan
berkesan.
Peluang interaksi antara murid banyak.
Sifat sosial yang positif dapat dipupuk
melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji,
projek, perbincangan dsb.
Pengetahuan abstrak dapat
dijadikan konkrit dengan adanya
bahan-bahan pembelajaran
Kaedah & Teknik komputer, bahan
cetak, modul, buku teks, buku
rujukan, kamus, perakam pita,
carta, peta, graf, spesimen, slaid,
video, televisyen, projektor, dsb.
Contoh: Guru menunjukkan gambar
/ video bagi menerangkan cara-cara
menjaga kebersihan diri.
PENDEKATAN DAN STRATEGI P&P

KESEPADUAN
INDUKTIF
DEDUKTIF
ELEKTIF
TEMATIK
MASTERI
TUGASAN KUMPULAN

BAHAGI KEPADA ENAM KUMPULAN


BINCANGKAN JENIS PENDEKATAN DAN
STRATEGI P&P
KESEPADUAN
INDUKTIF
DEDUKTIF
ELEKTIF
TEMATIK
MASTERI
BENTANG DI HADAPAN
PERUNTUKAN MASA 15 MINIT
PENDEKATAN DAN STRATEGI
KESEPADUAN
Penggabungjalinan
Ciri-ciri gabungjalin:
Integrasi beberapa kemahiran
Prosesnya bersepadu dan menyeluruh
Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
Kemahiran utama menjadi fokus
Organisasi kemahiran fleksibel
Kemahiran diintegrasikan saling kukuh
mengukuh antara satu sama lain.
Penyerapan
Ciri-ciri penyerapan:
Mengandungi beberapa unsur ilmu
pengetahuan
Berbagai unsur diserapkan dalam
satu matapelajaran
Bilangan mata pelajaran dalam
penyerapan fleksibel
Organisasi isi kandungan - Unsur utama
dan unsur sampingan
Proses penyerapan boleh berlaku
serentak dengan proses
penggabungjalinan.
PENDEKATAN DAN STRATEGI
PENGAJARAN INDUKTIF
Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
Sediakan contoh-contoh yang sesuai
Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat
kesimpulan
Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing
untuk mencari kesimpulan
Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi
ciri yang sama
Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai &
mencukupi.
Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
Sediakan alat bantu mengajar
Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat,
dengar, hidu & sentuh.
Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-
contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.
PENDEKATAN DAN STRATEGI
PENGAJARAN DEDUKTIF
Proses pengajaran:
Prinsip/rumus
Kaedah deduktif
Aplikasi rumus/prinsip
Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
Guru memberi tahu murid objektif
pelajaran pada peringkat awal,
Murid dibimbing mengingat kembali
hukum, prinsip, teori, peraturan bagi
mendapat kesimpulan yang baru/
menyelesaikan masalah.
PENDEKATAN DAN STRATEGI
PENGAJARAN EKLEKTIK

Ciri-ciri:
- Eklektik bererti gabungan
- Menggabungkan pendekatan induktif dan
deduktif
- Banyak digunakan dalam pengajaran
sains dan matematik
- Boleh gunakan strategi Pemusatan guru,
murid dan bahan
- Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan
pengayaan
PENDEKATAN DAN STRATEGI
PENGAJARAN TEMATIK
Pokok perbicaraan/topik utama
contoh: tema kebersihan diri, tema
kebersihan persekitaran
Contoh:
Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk
perbincangan
Tema yang sama dibincangkan
Tema yang berbeza tetapi saling
melengkapi
Selepas perbincangan, keputusan
dibentangkan oleh wakil kumpulan
Membuat rumusan
PENDEKATAN DAN STRATEGI
PENGAJARAN MASTERI
Strategi pengajaran adakan objektif yang
jelas dan boleh diukur.
Pilih kaedah & teknik yang berkesan
Nilai hasil pembelajaran dengan ujian
formatif (diagnostic) dan ujian sumatif
berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat
tahap penguasaan pelajaran.
Aktiviti pemulihan kepada yang belum
menguasai sesuatu pelajaran
Yang lemah diberi pemulihan dan yang
berjaya mencapai objektif diberi aktiviti
pengayaan.
KESIMPULAN

Strategi pengajaran menggabungkan


pelbagai kaedah dan pendekatan
pengajaran untuk mencapai kesan
pengajaran yang optimum sekali.
Strategi yang baik akan menggunakan
masa, tenaga serta kos yang paling
sedikit tetapi menghasilkan kesan
pengajaran dan pembelajaran yang
paling maksimum.
KAEDAH DAN TEKNIK
P&P
KAEDAH
Mangantar Simanjuntak (1982) :
satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk
mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara
keseluruhannya mestilah didasarkan kepada
pendekatan yang di gunakan.
Parera (1986) :
satu rancangan menyeluruh untuk
menyampaikan secara teratur bahan-bahan
bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang
saling bertentangan dan semuanya berdasarkan
kepada pendekatan
Ishak Ramly (2006) :
satu rancangan tentang apa yang akan
dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi
mencapai sesuatu objektif pengajaran.
Jenis-jenis kaedah :
(menurut Kamarudin Hj. Husin,1988 )

1. Kaedah terus
2. Kaedah semulajadi
3. Kaedah askar atau tentera
4. Kaedah ajuk-hafaz
5. Kaedah linguistik
6. Kaedah oral-aural
7. Kaedah terjemahan
8. Kaedah psikologi
9. Kaedah kod-kognitif
10. Kaedah khusus
1. Kaedah Terus :
1. menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah
ini mengutamakan prinsip mengajar
berdasarkan psikologi kanak-kanak.
Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat
perkara asas iaitu:
1.Perhubungan secara langsung antara
perkataan dengan benda atau ayat dengan
fikiran atau sebaliknya.
2.Pengajaran harus dikaitkan dengan
pengalaman-pengalaman sedia ada.
3.timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak
melalui soalan-soalan yang telah
dirancangkan.
4.mengutamakan bahasa lisan, tidak
mempelajari undang-undang tentang bahasa
yang hendak dipelajari, mengutamakan
sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan
harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu
yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.
2. Kaedah Semulajadi :
hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran
dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung
dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang
baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-
perkataan yang telah diketahui oleh murid.
Terjemahan tidak langsung digunakan.

3. Kaedah Oral-Aural :
kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur.
menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara
ajukan.
Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang
realistik memberi perhatian kepada intonasi yang
betul.

4. Kaedah Linguistik :
Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan
bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari
bahasa baru dari segi bunyi.
memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran
kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran
tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif
(Kamarudin Hj. Husin,1988).
TEKNIK
Kamus Dewan (edisi ketiga) :
kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti
muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Edward M. Anthony :
satu muslihat atau strategi atau taktik yang
digunakan oleh guru untuk mencapai hasil
segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj.
Abdul Aziz :
pengendalian suatu organisasi yang benar-
benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia
digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Jenis-jenis teknik :

1. Teknik main peranan


2. Teknik permainan
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10.Teknik simulasi
11.Teknik drama
12.Teknik perbincangan
13. Permainan Simulasi
14. Lakonan
15. Permainan
16. Demonstrasi/ tunjuk ajar
17. Lawatan
18. Bercerita
19. Projek
20.. Tutorial
21. Seni Buzz (membuat keputusan
daripada perbincangan ringkas)
22. Persembahan Fikiran
23. Info Caf
24. Gallery walk
1. Teknik berbincang
teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia
dilakukan di kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan
dan kawalan guru.

2. Teknik brainstorming
teknik yang berbentuk perbincangan
Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif
untuk menghuraikan pendapatnya.

3. Teknik soal jawab


teknik yang kerap digunakan oleh guru.
Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan kanak-
kanak.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan
soalan dan kanak-kanak akan menjawab soalan
tersebut.
Mempunyai aras kesukaran soalan
4. Teknik main peranan
teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid
terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya
tanpa sebarang bantuan skrip.
pengalaman secara spontan.

5. Teknik bercerita
Guru memilih cerita yang sesuai dengan kanak-kanak dan
isi pengajaran yang hendak disampaikan.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan
penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendap
diajarkan.

6. Teknik tunjuk cara


sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran
yang memerlukan kanak-kanak bertutur dengan
menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna.
Di samping menunjuk cara, kanak-kanak diminta
untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik.
Sebelum kanak-kanak menunjuk cara, guru perlulah
menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan
perkara-perkara yang harus dicakapkan.
7. Teknik penyelesaian masalah
teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah
penyeliyaan guru. Kanak-kanak diberi masalah
dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

8. Teknik latih tubi


pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari.
Tujuannya adalah untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran tersebut dan di samping
itu, untuk menjamin kekekalannya.

9. Teknik permainan bahasa


guru membentuk satu situasi yang memerlukan
kanak-kanak menggunakan bahasa yang ada
pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas
permainan yang diberi.
APLIKASI
LAKONAN:
Berlakon cara-cara meminta
bantuan
semasa kecemasan.
Berlakon bertemakan keselamatan
di rumah atau sekolah atau tempat
permainan.
Berlakon mengenai masalah remaja
dan penyelesaiannya.
APLIKASI
DEMONSTRASI / TUNJUK CARA:
Menunjuk cara menggosok gigi
dengan betul.
Menunjuk cara penjagaan kulit
dan rambut.
Menunjuk cara membersihkan
kawasan rumah, sekolah dan
persekitaran.
APLIKASI
BERCERITA:
Bercerita berkaitan amalan asas
kesihatan.
Bercerita tentang kesan
pengambilan dadah.
Bercerita berkaitan perasaan
kasih sayang.
APLIKASI
SENI BUZZ / PERBINCANGAN:
Berbincang tentang kesedaran
dan tanggungjawab menjaga
tubuh badan.
Berbincang tentang menu
makanan untuk sehari.
Berbincang tentang alatan
keperluan diri.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai