Anda di halaman 1dari 33

Interaksi 5

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Definisi Membanding beza Membuat rumusan

Definisi Strategik
Merujuk kepada kebijaksanaan memilih satusatu pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Klasifikasi Strategi P&P


1) Strategi Pemusatan Guru 2) Strategi Pemusatan Murid 3) Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

1) Strategi Pemusatan Guru


Guru memainkan peranan penting. Komunikasi sehala. Kepimpinan guru secara autokratik. Pencapaian objektif guru diutamakan. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi. Penyampaian fakta secara menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif. Murid-murid kurang kreatif atau tidak berinitiatif. Kaedah & teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, dan bercerita. Contoh : guru bercerita mengenai kepentingan menjaga kebersihan diri.

2)Strategi Pemusatan Murid


Murid memainkan peranan penting. Komunikasi dua hala. Menggalakkan murid memberi pendapat. Objektif pencapaian murid diutamakan. Perkembangan murid secara menyeluruh atau seimbang (JERIS) Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. Peluang interaksi diantara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong). Kaedah kumpulan atau perbezaan dan minat murid dapat dipupuk. Murid-murid bersifat kreatif atau berinitiatif. Kaedah dan teknik- projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbang saran, kumpulan kecil dan sebagainya. Contoh: guru membimbing murid dalam perbincangan mengenai kesedaran dan tanggungjawab menjaga kebersihan diri.

3) Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran


Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi atau interaksi berlaku antara guru atau bahan murid atau bahan pembelajaran. Penekanan kepada jasmani, rohani dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran lebih bermakna, menarik dan berkesan. Peluang interaksi antara murid banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil- ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pembelajaran. Kaedah dan teknik- komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, spesimen, slide, video, televisyen, projektor dan sebagainya. Contoh: guru menunjukkan gambar atau video bagi menerangkan caracara menjaga kebersihan diri.

Definisi Pendekatan
Bermakna cara mendekati sesuatu. Cara bagaimana objektif jangka panjang dapat dicapai dalam satu mata pelajaran. (dalam konteks bilik darjah) Oleh itu, pendekatan biasanya akan merujuk kepada teori yang berkaitan dengan sifat-sifat semula jadi murid.

Klasifikasi Pendekatan Dalam Pengajaran


1) 2) 3) 4) 5) 6) Induktif Deduktif Elektik Tematik Masteri Penyebatian atau infusion

1) Induktif
Prinsip penggunaan: Sediakan contoh-contoh yang sesuai. Soalan-soalan yang disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan. Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan. Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama. Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama. Guru tidak harus memberi contoh sekali gus. Sediakan alat membantu mengajar. Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu dan sentuh. Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.

Deduktif
Proses pengajaran: Guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum. Murid akan menganalisis rumus-rumus melalui contoh yang dibentangkan. Objektif pembelajara diberitahu oleh guru kepada para pelajar pada awal pengajaran. Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru atau menyelesaikan masalah.

Prinsip : Guru memastikan murid betul-betul memahami rumus yang diperkenalkan agar dapat diaplikasikan dalam situasi yang lain. Guru tidak perlu menghuraikan cara-cara menyelesaikan masalah tetapi hanya perlu membimbing murid menjalankan aktiviti tersebut melalui soalan-soalan terarah yang dirancang.

Elektik
Menggabungkan pendekatan pendekatan induktif dan deduktif. Menghasilkan strategi yang lebih seimbang, sesuai dan berkesan. Pengajaran lebih luas dan mudah diubah sesuai mengikut kesediaan murid iaitu tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid (skema) Berikan contoh-contoh dahulu untuk menggalakkan murid berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu contohcontoh lain sebagai pengukuhan. Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik. Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan penggayaan.

Tematik

Guru mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu tempoh tertentu. Tema-tema mengikut peringkat umur pelajar. Guru perlu menyeneraikan beberapa tajuk kecil berkaitan dengan tema yang diberi. Berdasarkan topik kecil yang dipilih, guru merancang aktiviti yang spesifik pada hari atau minggu yang ditetapkan. Pendedahan awal tema perlu dibuat sebagai persediaan kepada murid. Urutan tema mengikut kesesuaian kelas. Pengajaran bertema bertujuan memberi pengalaman yang berkaitan kepada murid supaya pembelajaran lebih bermakna. Pemilihan tema berkaitan hidupan seharian murid. Contoh: tema utama-saya dan keluarga. Tajuk kecil-keluarga saya, rumah saya, cita-cita saya, hobi saya, binatang peliharaan saya.

Masteri
Bahasa Inggeris- Mastery (menguasai). Definisi: strategi dan pendekatan mengajar bertujuan memastikan murid menguasai sesuatu isi pelajaran dengan baik sebelum beralih kepada peringkat yang lebih tinggi. Prinsip ini juga digunakan dalam sistem pendidikan lama iaitu sistem naik kelas. Murid perlu faham dan menguasai asas sesuatu subjek sebelum didedahkan dengan subjek-subjek yang lebih rumit dan abstrak. Guru perlu membuat persiapan yang rapi dan teliti. Pengajaran ini berlandaskan kepercayaan bahawa semua pelajar dilahirkan dengan keupayaan memperoleh ilmu pengetahuan dan boleh menguasai sesuatu kemahiran atau perkara dengan baik dan sempurna.

6) Penyebatian atau infusion


Infusion bermaksud mengintegrasikan atau menyerap beberapa kemahiran sewaktu P&P. Dalam pendekatan ini, kemahiran belajar dan mempperoleh ilmu diajarkan serentak. Tujuan- murid lebih cepat memahami apa yang cuba diketengahlkan oleh guru. Contoh: guru memasukkan kemahiran kritis dan kreatif sewaktu mengajar subjek bahasa melayu. Pendekatan ini sesuai digunakan oleh guru bagi mengajar apa saja mata pelajaran. Aspek pengulanngan diperlukan supaya pelajar menjadi mahir.

Elemen penting: penilaian pembelajaran. Guru perlu mengetahui tahap penguasaan pelajar sebelum beralih ke peringkat yang lebih tinggi. Sekiranya gagal teruk program pemulihan perlu diadakan. Aktiviti pengayaan perlu diberikan kepada pelajar yang sudah menguasai dengan baik.

Definisi Kaedah
Suatu siri tindakan guru yang sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Membawa kepada implikasi penyusunan. Oleh itu, kaedah mengajar bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkahlangkah tersusun / teratur.

Pandangan Tokoh-tokoh
1) Mangantar Simanjuntak (1982) - satu prosedur yang menyeluruh untuk mengajar suatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan. 2) Parera (1986) - Satu rancangan yang menyeluruh secara teratur bahanbahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagian yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan. 3) Ishak Ramly (2006) - Satu rancangan tentang apa yang telah dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Jenis-jenis Kaedah
(Menurut Kamaruddin Hj. Husin, 1988)
1) Kaedah terus 2) Kaedah semula jadi 3) Kaedah askar atau tentera 4) Kaedah ajuk-hafaz 5) Kaedah linguistik 6) Kaedah oral-aural 7) Kaedah terjemahan 8) Kaedah psikologi 9) Kaedah kod kognitif 10) Kaedah khusus

1) Kaedah Terus
- Salleh Mohd Akib (1975) kaedah pengajaran secara berbual memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. - Kamaruddin Hj. Husin (1988) mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak.

- Terdapat 4 perkara asas dalam menyampaikan kaedah ini: a) Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. b) Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalamanpengalaman yang sedia ada. c) Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan yang telah dirancang. d) Utamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undangundang tentang bahasa yang hendak dipelajari, utamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

2) Kaedah Semula Jadi


- Hampir sama dengan kaedah terus. - Pengajaran dimulakan dengan soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. - Perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan yang diketahui oleh murid. - Terjemahan tidak langsung digunakan.

3) Kaedah Oral
- Kaedah mendengar dan kemudiaannya bertutur. - Menggunakan dialog untuk dihafal dan diikuti secara ajukan. - Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul.

4) Kaedah Linguistik
- Membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. - Memulakan aktiviti dengan latihan mendengar kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. - Kamaruddin Hj. Husin (1988) - Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan induktif.

Definisi Teknik
Kamus Dewan Edisi Ke-3 : kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karangmengarang, dan sebagainya. Merujuk kepada teknik-teknik kecil yang terkandungdalam sesuatu kaedah. Merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam, pengajaran. Merujuk kepada tingkah laku guru semasa menggunakan satu kaedah pengajaran.

Pandangan Tokoh-tokoh
1) Edward M. Anthony - Satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil yang segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. 2) Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz - Pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Jenis-jenis Teknik
(Menurut Kamaruddin Hj. Husin, 1988)
1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita Teknik inkuiri Teknik perbahasan Teknik kuiz Teknik sumbangsaran Teknik soal jawab Teknik simulasi Teknik drama Teknik perbincangan

1) Teknik Main Peranan


Teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Pengalaman secara spontan.

2) Teknik Permainan Bahasa


Guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak-kanak menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

3) Teknik Latih Tubi


Pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuan : mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu menjamin kekekalannya.

4) Teknik Bercerita
Guru memilih cerita yang sesuai dengan kanak-kanak dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan.

5) Teknik Soal Jawab


Teknik yang kerap digunakan oleh guru. Mewujudkan interaksi antara guru dengan kanak-kanak. Teknik ini dilaksanakan oleh guru dengan cara bertanyakan soalan dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut. Mempunyai aras kesukaran soalan.

6) Teknik Perbincangan
Teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan dalam kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru.