Anda di halaman 1dari 6

NOTA RINGKAS FINAL

KAEDAH MENGAJAR (DWP 10804)

Maksud PEDAGOGI

Pedagogi ini diertikan sebagai kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru untuk
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam suatu bidang.

Mengapa seorang guru perlu menguasai Pedagogi?

• Membantu guru memahami prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran.


• Membantu guru memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
penerimaan murid-muridnya.
• Menjadikan guru lebih bersedia dalam meyediakan bahan-bahan bantuan mengajar
yang lebih menarik dan bermakna.
• Guru akan sentiasa melibatkan muridnya secara lebih aktif dalam proses pdpc
• Guru akan berupaya menggunakan set induksi yang menarik untuk memulakan
pelajaran yang berjaya menarik minat murid-murid
• Guru akan dapat memperkembangkan lagi potensi pada muridnya

Kemahiran Mengajar

• Menerang
• Komunikasi
• Membina BBM
• Menyoal
• Pengurusan Bilik Darjah
• Set Induksi
• Penutup
• Menilai Hasil Pembelajaran

Peranan Sebagai Guru Pembimbing

• Menolong/membimbing murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi


dan akademik serta perkembangan mental dan akhlak.
• Menolong murid menghadapi masalah dan kekeliruan dalam pelajaran
• Menyediakan peluang untuk murid mengembangkan daya kebolehan sesuai dengan
kebolehan, minat dan perkembangan masing-masing.
• Memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan
pelajaran
• Menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran
• Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar

JEJAKA B DPP UNISZA 22/23


• Mengisi KOD 001 (rekod persekolahan) dan KOD 2 (rekod peribadi) / kad rekod
himpunan.
• Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan
program.
• Merujuk murid-murid kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah
• Membentuk akhlak dan membina personaliti murid yang sempurna.

Ciri-ciri Guru Berkesan

• Bersedia - Guru-guru yang berkesan datang ke kelas setiap hari bersedia untuk
mengajar.
• Positif - Guru-guru yang berkesan mempunyai sikap optimistik (penuh harapan yang
baik dalam menghadapi sesuatu) terhadap pengajaran dan murid-murid.
• Memiliki Harapan yang Tinggi - Guru-guru yang berkesan tidak menetapkan had
kepada murid-murid dan percaya semua orang boleh berjaya
• Kreatif - Guru-guru yang berkesan adalah pintar akal dan berdaya cipta dalam cara
mereka mengajar di kelas-kelas mereka.
• Adil - Guru-guru yang berkesan memperlakukan murid-murid dan memberi gred
secara adil
• Memaparkan Sentuhan Peribadi - Guru-guru yang berkesan boleh didekati.

Ciri-ciri lain

• Seronok, Bosan, Kurang Baik, Malas, Tegas

JEJAKA B DPP UNISZA 22/23


PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK

PENDEKATAN

• Induktif
o Bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan dengan sesuatu
sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. (>)

• Deduktif
o Bermula daripada umum kepada spesifik dan Pendekatan ini merujuk
kepada satu pembelajaran, di mana pelajar bermula dengan hukum yang
umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. (<)

• Tematik
o Pengajaran menggunakan tema merupakan pengajaran yang disampaikan
melalui konsep atau idea yang besar. Pendekatan secara tema akan
membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan
mengaplikasi pengetahuan. Pendekatan ini akan memberikan peluang
kepada pelajar mengalami pelbagai pengalaman dalam situasi yang berlainan.

• Intergratif
o Menggabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik
agar murid lebih mudah memahami apa yang sedang disampaikan.
o Guru sebagai fasilitator
o Keutamaan diberikan kepada kemahiran asas
o Langkah-langkah PdP Intergratif
1. Menghuraikan - Pelajar digalakkan untuk menghuraikan tentang ciri
sesuatu aspek yang dikaji.
2. Membandingkan
3. Menerangkan
4. Hipotesis
5. Membuat Generalisasi

• Eklektik
o Menggabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik agar
murid lebih mudah memahami apa yang sedang disampaikan.
o Menggunakan kedah induktif dan deduktif.
o Contohnya, guru boleh mula dengan memberikan contoh, diikuti dengan
generalisasi, ataupun guru akan mengakhirinya dengan memberikan contoh
untuk mengukuhkan peraturan atau generalisasi.

STRATEGI

(Satu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengakaran untuk
mencapai hasil pembelajaran)

JEJAKA B DPP UNISZA 22/23


• PEMUSATAN GURU
o Pengajaran langsung bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran
pelajar dan penglibatan. Ia juga bergantung kepada penekanan kandungan
yang berstruktur.
o Contoh: Pertimbangan semula, latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan
o Ciri-ciri:
▪ Guru bercakap lebih daripada pelajar
▪ Pengajaran ditujukan kepada seluruh keas
▪ Buku teks merupakan panduan
▪ Setiap episode pengajaran ditentukan oleh guru
▪ Meja dan kerusi dalam barisan, mengahadap papan putih/hitam
▪ Pelajar tidak bebas bergerak

• PEMUSATAN MURID
o Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan
bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit kecenderungan terhadap
pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka.
o Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggung
jawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk
belajar.
o Guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab kepada pelajar.
o Guru bertindak autoritatif.
o Guru memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar dan tidak
memusatkan kuasa kepada dirinya.

• PEMUSATAN BAHAN
o Guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan
lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri
dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya.
o Strategi berpusatkan bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar yang
dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu dapat belajar.
o Ia termasuklah peningkatan dalam bahan pembelajaran, panduan pelajaran,
panduan buku teks, buku kerja, video dan pakej pembelajaran. Bahan yang
lebih canggih ialah pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens
komputer, CD-Rom, multimedia, kumpulan perbincangan komputer, video
interaktif, bahan dalam laman web, telekonferens, konferens video dan
telematiks.

• PEMUSATAN BAHAN / AKTIVITI


o Guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan
peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan apa-apa yang
dipelajari.

JEJAKA B DPP UNISZA 22/23


o Dalam proses memberikan bimbingan, strategi-strategi mempermudahkan
tugasan atau bantuan/scaffolding yang membolehkan mereka
menyempurnakan aktiviti dengan jayanya.

KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah Pengajaran: Merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan


menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif
pengajaran.

Teknik Pengajaran: Satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan


pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Secara
khususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya
dapat mempercepatkan penanggapan pelajar.

• Bermain
• Pembelajaran bertema
• Pengajaran Bersepadu
• Pengajaran Secara Terus/Langsung
• Lakonan/Main Peranan/Simulasi
• Pengajaran Rakan Sebaya
• Perbincangan Kumpulan – Sumbang saran, Forum, Seminar, Perbahasan
• Pembelajaran Individu
• Pembelajaran Koperatif
• Bercerita
• Demonstrasi
• Penyelesaian Masalah
• Lawatan

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah dan Teknik Pengajaran

• Objektif Pengajaran
• Jangka masa Pengajaran
• Bahan Pengajaran
• Latar Belakang Pelajar
• Jumlah & Susunan Pelajar

JEJAKA B DPP UNISZA 22/23


TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

Kognitif

• Teori kognitif adalah berasaskan proses pemikiran, iaitu proses mental dalaman yang
membolehkan manusia memperoleh pengetahuan, mengesan, menyimpan, mencapai
dan mengingat semula pengetahuan yang tersimpan untuk digunakan semula.
• Para pelajar sebagai penerima yang memproses maklumat dianggap sangat penting
dan perlu diberi perhatian selain pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Behaviorisme

• Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu


proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas
individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal.
• Pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu
rangsangan yang diberi.
• Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai
(sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan
berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

JEJAKA B DPP UNISZA 22/23

Anda mungkin juga menyukai