Anda di halaman 1dari 8

Pendekatan eklektik

• Menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala


ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya
dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
• Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan
pendekatan indukif dan deduktif.
• Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai
kebolehan.
• Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid
tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut
kesediaan pelajar waktu itu.
• Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan
contoh dan diikuti dengan kesimpulan.
• Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh
diikuti dengan generalisasi
• Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
• Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan
atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri
dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada
pendekatan deduktif.
.
.

KESIMPULAN
• Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat
mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada
kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.
• Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan
mampu mengandalikan kelas mengikut kehendak dan
keperluan murid
Strategi Pemusatan Murid
• Bermaksud murid mengambil ahli sedikit tanggungjawab tentang perkara yang
diajar dan kaedah untuk belajar.
• Strategi pemusatan murid dapat menggalakkan murid bertanggungjawab dan
melibatkan diri bagi membantu mereka memahami kaedah untuk belajar.
• Kajian menunjukkan bahawa strategi pemusatan murid mempunyai kelebihan
untuk memperkembangkanm kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep
sikap yang positif, mewujudkan motivasi dan memperkembangkan peribadi
dalam menggalakkan kemahiran sosialkumpulan.
• Kaedah ini dapat dilakukan untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat
memperkembang kreativiti murid
• Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arah kendiri
dan inkuiri penemuan. Contoh kaedah dan teknik pengajaran dalam
stretegi pemusatan murid adalah seperti projek, inkuiri penemuan,
perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main
peranan, sumbangsaran, dan kumpulan kecil. Aktiviti Know-Want-Learn
(K-W-L) adalah satu teknik yang dapat digunakan. K-W-L adalah proses
murid untuk mengingat kembali pekara yang mereka ketahui tentang
satu-satu tajuk, kemudian menyatakan perkara yang ingin diketahui dan
seterusnyai perkara yang telah dipelajari. K-W-L adalah seperti berikut:
Kebaikan stratagi pemusatan murid

• Murid terlibat secara aktif dalam pelajaran.


• Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan
bukan dipaksa oleh guru.
• Guru berperanan sebagai pemudah cara.
• Menggalakkan daya kreatyiviti murid dan seterusnya membantu
murid membina kemahiran menyelesaikan masalah.
• Pembelajaran berpusatkan murid membolehkan berlakunya
pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan luas.
Kelemahan strategi pemusatan murid

• Lebih bersifat tumpuan pembelajaran.


• Tempuh pembelajaran mengambil masa yang lama.
• Sebagai fasilitator, guru berupaya untuk mengawal pembelajaran
murid-muridnya dan kemungkinan menimbulkan ketidakselesaan
dalam kalangan murid-murid.
• Lebih banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksanaan untuk
membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai