Anda di halaman 1dari 2

Pengasas Bani Abbasiyah

                            KHALIFAH PERTAMA ABDULLAH AL ABBAS


                                               (132-136H / 750-754M)
                                                    RIWAYAT HIDUP

1- Nama beliau Abu al Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas.
Beliau bergelar Abu Abbas As Saffah
(Penumpah darah).
2- Dilahirkan pada tahun 104H di Humaimah.
3- Beliau dilantik sebagai khalifah pertama pada 13 Rabiulawal 132H / 750M.
4- Beliau wafat pada 13 Zulhijjah 136H ketika berusia 33 tahun.
5- Beliau memerintah selama 4 tahun 9 bulan.

PERIBADI
1- Seorang yang gemar berperang.
2- Seorang yang keras hati.
3- Kejam terhadap musuh terutamanya ke atas keluarga Bani Umaiyah.
4- Kuat daya ingatan.
5- Gagah dan berani.
6- Pemurah serta dermawan.
7- Tidak menepati janji.

BENTUK KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN


1- Menggali kubur-kubur keturunan Umaiyah dan membakar mayat mereka, iaitu kubur
Muawiah bin Abi Sufian, Yazid bin
Muawiah, Abd.Malik bin Marwan dan Hisyam bin Abd.Malik kecuali kubur Omar bin
Abd.Aziz.
2- Melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Bani Umaiyah setelah mereka
dijemput ke majlis kenduri.
3- Menghapuskan saki baki keluarga Umaiyah kecuali anak-anak yang masih kecil.

TINDAKAN YANG DILAKUKAN BAGI MENGUKUHKAN KERAJAAN


1- Mengubah pusat pemerintahan dari Damsyik ke Kufah, kemudian ke Hirah dan kemudian
ke Anbar. Beliau memberi nama
Hasyimiah sempena nama keturunannya Hasyim.
2- Menukarkan warna bendera kerajaan dengan warna Hitam.
3- Menghapuskan golongan Bani Umaiyah sebagai langkah menguatkan kedudukan
politiknya.
4- Abu Muslim Al Khurasani dilantik sebagai gebenor di Timur dan Khurasan. Abu Jaafar Al
Mansor sebagai gebenor di Iraq,
Mausil dan Armenia. Syam dan Mesir di bawah gebenor Abdullah bin Ali.
5- Abi Salamah Al Khalali dan Khalid Barmaki dilantik sebagai menteri. Namun Abu
Salamah kemudiannya dibunuh kerana
dikhuatiri memindahkan kuasa kepada keluarga Sayidina Ali.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEJAYAAN BELIAU


1- Keadaan kucar kacir yang berlaku dalam keluarga Bani Umaiyah sebelumnya dan pada
masa pemerintahannya.
2- Kejayaan cemerlang gerakan sulit oleh penyokong-penyokongnya di serata tempat.
3- Peranan Abu Muslim Al Khurasani yang berjaya menguasai beberapa buah daerah
termasuk Khurasan dan Merw. Usaha ini
telah membuka jalan kepada beliau.
4- Orang-orang Parsi memberi sokongan padu kerana golongan itu begitu marah kepada
pemerintahan Bani Umaiyah yang
bersifat assabiyah.
5- Peranan saudara-saudaranya iaitu Abu Jaafar, Abdullah, Ali, Salleh dan Daud yang
bersama-sama membanteras musuh.

JASA-JASA KHALIFAH
1- Mengadakan rumah-rumah api untuk panduan musafir (lampu-lampu jalan raya untuk
panduan orang-orang yang berjalan pada
malam hari).
2- Memperbaharui jalan dan meletakkan batu tanda jarak di antara Mekah dangan Kufah
mengikut kiraan Batu Hasyimi.
3- Memperkukuhkan angkatan tentera untuk mempertahankan ancaman musuh terutama dari
Rom.
4- Membuka Bandar baru di Iraq yang dinamakan Bandar Hasyimiah

Anda mungkin juga menyukai