Anda di halaman 1dari 3

Peristiwa Kerasulan Nabi Muhammad s.a.

w
Wahyu pertama diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w pada hari Isnin, 17
Ramadan (6 Ogos 610M)
Ketika itu Nabi Muhammad s.a.w berusia 40 tahun.
Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
Surah al-Alaq, iaitu wahyu yang pertama diterima berbunyi "Bacalah dengan
nama Tuhan yang menjadikan manusia..."
a) Dengan memerintahkan umat Islam supaya membaca, surah ini menegaskan
betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam Islam.

b) Melalui bacaan, ilmu seseorang dapat ditingkatkan dan selanjutnya


membolehkan seseorang membuat kajian dalam pelbagai bidang.

c) Ini selanjutnya akan membantu dalam membina masyarakat dan tamadun


Islam yang cemerlang.

Wahyu kedua, iaitu surah al-Muddasir (ayay 1-7) juga diturunkan di Bukit Nur
yang berhampiran Makkah.
a) Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau
pesuruh Allah.
b) Baginda diperintah menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat manusia.

Baginda perlu menyebarkan ajaran Islam secara bijak dan terancang.


Nabi Muhammad s.a.w terus-menerus menerima wahyu dan menjalankan
seruan kepada Arab Quraisy.
Pada tahap ini, baginda merancang untuk membetulkan akidah dan kehidupan
masyarakat Arab dengan beriman kepada Allah s.w.t dan meninggalkan semua
amalan yang keji.

a ) Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.


1. Wahyu pertama surah al Alaq 1 5 yang memerintahkan umat Islam
membaca. Islam menggalakkan umatnya membaca dan membuat kajian. Ilmu
yang dituntut mestilah ilmu yang membina masyarakat.
2. Wahyu kedua surah al Muddasir ayat 1 7 yang mengisytiharkan nabi
sebagai rasulullah dan wajib menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.
3. Selepas itu nabi terus menerima wahyu dan menyebarkannya.
4. Perkara utama yang ditekankan ketika ini ialah akidah.

Wahyu pertama : Surah Al-Alaq ayat 1-5 (memerintahkan umat Islam


membaca)

Menurut Islam, membaca dan membuat kajian melahirkan bangsa yang


berilmu dan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang (ilmu yang dituntut
mestilah membina masyarakat bukan sebaliknya)

Wahyu kedua : Surah Al-Muddasir ayat 1-7 (mengisytiharkan nabi sebagai


Rasulullah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam

Pelantikan nabi sebagai rasul dianggap sebagai rahmat kepada seluruh


alam sejagat

Nabi berusaha untuk membetulkan akidah masyarakat Arab dengan


beriman kepada Allah dan menyuruh mereka meninggalkan perbuatan keji

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh


menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit
dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan
cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda
sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan
kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril
mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu
Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, Saya tidak
tahu membaca. Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca
tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang
mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan
kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda
berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa
dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan
yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf
yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya
mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan
ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri
melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama
Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan
dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Anda mungkin juga menyukai