Anda di halaman 1dari 4

KARANGAN : LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI

PELANCONGAN DESA
Darsawarsa ini, pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang kian
berkembang pesat di negara kita .Pada tahun 2000, purata pelancongan yang berkunjung
ke Malaysia dianggarkan seramai 10.2 juta orang. Senario ini, menjadikan Malaysia
sebagai negara ketiga paling ramai menerima pelancong Asia Timur selepas China dan
Hong Kong. Lantaran itu, pelancongan desa telah juga mendapat tempat di mata
pelancong asing. Pelancongan desa dapat memberikan pengalaman kepada pelancong
supaya menghargai kehidupan dikampung dan merasai budaya dan adat resam ini sesuai
dengan peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masauk kandang kerbau
menguak. Pelancongan desa akan bertambah maju sekiranya pelbagai pihak memainkan
peranan penting untuk memajukan industri ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah
yang perlu diambil untuk memajukan industri ini agar terus berkembang maju?
Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan desa ialah pihak
kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik. Melalui
kempen yang dilaksanakan, keunikan dan kelebihan sesebuah desa dapat disebarkan
kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan cepat. Dengan memanfaatkan
kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, kerajaan boleh membina laman
sesawang yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di
negara kita untuk disebarkan kepada masyarakat luar. Sekiranya pihak kerajaan
memandang enteng dan bersikap lepas tangan dalam usaha untuk memajukan sector
pelancongan desa, maka industri ini akan terus hilang ditelan zaman justeru dapat
mengurangkan pendapatan penduduk kampung. Oleh itu, mengadakan kempen
merupakan langkah progmatik dalam usaha memajukan pelancongan desa agar industri
ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan arus kemodenan
Minhaj seterusnya untuk memajukan Pelancongan Desa agar terus berkembang ialah
pihak kerajaan melalui Kementeriaan Pelancongan di bawah pimpinan Dato Sri Dr. Ng
Yen Yen haruslah menyediakan dan mencekapkan infrastruktur di negara kita. Dengan
adanya kelengkapan infrastruktur yang sempurna dan kondusif, sudah pasti negara kita
akan menjadi destinasi utama kepada pelancong-pelancong asing. Selain itu, kemasukan
pelancong asing akan dapat meningkatkan ekonomi industri desa di negara kita melalui
pengaliran mata wang asing. Pihak kerajaan juga seharusnya mengeluarkan dana untuk
diagihkan kepada wakil-wakil di setiap negeri bagi menaik taraf infrastuktur seperti
rumah penginapan, siber kafe, bekalan air bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain.
Cuba kita bayangkan bagaimana reaksi pelancong asing yang melancong ke negara kita
jika kerajaan tidak mengambil berat terhadap kemudahan infrastruktur? Seandainya pihak
kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti mele[askan batuk di tangga, maka industry
desa akan terus berada pada takuk yang sama. Tegasnya, pihak Kementeriaan
Pelancongan perlulah menyediakan dan mencekapkan infrastruktur agar industri desa di
negara kita terus berkembang maju.
Selain itu, pihak pengurusan homestay perlu menyediakan pelbagai aktivit rekreasi
sebagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-
altiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut
merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan
untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri pelancongan
desa. Pihak pengurusan homestay boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi. Sebagai
contoh,mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti
gasing,congkak,wau,dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan
tarian,aktiviti menuai padi,dan pertandingan membuat kraftangan. Di samping dapat
memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancing asing, aktiviti ini juga dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak
nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong-pelancong kerana ketika menyertai
aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah sama
dilapah,hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan
penuh komitmen,sudah pasti industry pelancongan desa akan terus mundur dan berada di
takuk lama. Tegasnya,pihak pengurusan homestay perlu menyediakan pelbagai aktiviti
rekreasi sebagai uslub penting untuk memajukan industri pelancongan desa di negara
kita.
Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga haruslah
memainkan peranan mereka dengan mempromosikan kawasan pelancongan di desa
kepada pelancong dalam dan luar negeri. Selain itu, untuk meningkatkan lagi
keberkesanan promosi ini, pihak kerajaan juga haruslah bekerjasama dengan agensi-
agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan lagi kehadiran pelancong dalam negara
kita ini. Pihak Kementerian Pelancongan haruslah menitikberatkan perkara ini kerana
tidak ramai rakyat Malaysia dan pelancong asing mengenali kawasan-kawasan yang
strategik untuk melancong dan melawat kawasan desa di negara kita. Tambahan lagi,
ekonomi negara Malaysia juga bergantung kepada sektor pelancongan, dengan
pertambahan pelancong dari luar dan dalam negara, secara tidak langsung dapat
meningkatkan lagi sumber ekonomi negara kita. Antara langkah-langkah yang dapat
diambil untuk mempromosikan kawasan pelancongan di desa adalah dengan mengadakan
kempen. Pihak media massa dan media elektronik juga haruslah memainkan peranan
mereka dalam menjayakan kempen pelancongan ini dengan menyiarkan dan memaparkan
lokasi-lokasi di desa yang strategik untuk dijadikan kawasan pelancongan. Pihak kerajaan
juga haruslah campur tangan dalam hal ini dengan mengadakan festival-festival seni dan
kebudayaan di kaswasan-kawasan desa yang terpilih untuk menambah lagi minat
pelancong untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang kebudayaan dan adat
resam sesebuah masyarakat di desa itu. Secara tidak lansung, pelancong akan
mengunjungi kawasan itu untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang
kebudayaan di situ, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, untuk
menarik minat kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara adalah dengan
mengadakan pesta wau, pesta mencanting batik dan pesta kebudayaan masyarakat di
kawasan desa itu. Seandainya langkah untuk mempromosikan kawasan pelancongan di
desa tidak diambil serius oleh pihak kerajaan, kempen cuti-cuti Malaysia dan Tahun
Melawat Malaysia tidak dapat dijayakan, seterusnya menjatuhkan kekukuhan sektor
pelancongan di negara kita. Tegasnya, peranan pihak kerajaan mempromosikan kawasan
pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri dapat menambahkan lagi
kehadiran pelancong di negara ini.
Seterusnya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu membangunkan
kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan industri pelancongan desa.Berdasarkan
kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa masih terdapat banyak tempat menarik di
Malaysia yang mampu dieksploitasi sebagai tempat pelancongan khususnya di kawasan-
kawasan desa.Sehubungan itu,pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah
proaktif dengan membangunkan sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan.Pihak
kerajaan bolehlah mendirikan sekurang-kurangnya satu industri dalam sesebuah desa
seperti industri pemprosesan makanan,batik dan kraftangan.Industri desa haruslah
diperkembangkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas serta dapat memberi
pulangan yang lumayan dalam industri pelancongan.Andainya kerajaan negeri melalui
pihak berkuasa tempatan mengambil langkah sebegini,maka industri pelancongan desa di
negara kita dapat terus berkembang maju.Tegasnya,untuk memajukan industri
desa,kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan hendaklah membangunkan
kawasan desa sebagai salah satu pusat pelancongan desa.
Intihanya, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai aur dan
tebing dalam merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan desa di
negara kita. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu
pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai
wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Selain
dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini
dengan sendirinya dapat memakmurkan Malaysia di mata dunia luar. Senario ini secara
tidak langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara barat yang suatu ketika
dahulu pernah mengatakan negara kita sebagai sebuah negara yang penduduknya tinggal
di atas pokok dan bercawat. Industri pelancongan secara tidak langsung dapat
menaikkan nama negara di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di
atas peta. Oleh itu, kita sepatutnya mengusahakan industri pelancongan desa di negara
kita dengan sebaik-baiknya

Industri Kecil dan Sederhana (IKS)


(1) Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan
yang banyak kepada masyarakat terutamanya penduduk setempat.

Membangunkan industri kecil dan sederhana akan dapat meningkatkan permintaan


terhadap bahan-bahan mentah termasuk hasil dalam sektor pertanian dan perikanan.

Dengan ini, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk.

Jelasnya, industri kecil dan sederhana merupakan kegiatan ekonomi yang berpotensi
dimajukan di kebanyakan kawasan.

(a) Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan
konsep Satu Kampung Satu Produk.

Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan,
perusahaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya.

Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk kampung serta
pengunjung-pengunjung luar.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di
pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan.

Jelasnya, industri kecil dan sederhana sangat penting untuk meningkatkan pendapatan
penduduk di luar bandar.
(b) Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan
kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung.

Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil dan
sederhana memerlukan pekerja yang banyak.

Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan


bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka.

Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu
pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah pekerja dalam kalangan
masyarakat setempat.

Langkah ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau
orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja.

Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan
penduduk malah dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat
setempat.

Anda mungkin juga menyukai