Anda di halaman 1dari 4

Latar belakang peristiwa Hijrah.

Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12
September 622 M.Hijrah berlaku secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Nabi
Muhammad s.a.w berhijrah bersama-sama sahabatnya iaitu Abu Bakar as-Siddiq.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 12 hari. Umar Al khattab berhijrah secara
bersendirian dan terang terangan kerana sifat keberaniannya.

Konsep Hijrah

Dalam bahasa Arab bermakna berpindah. Dalam konteks tamadun Islam bermaksud
perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah dengan untuk memperkukuhkan
kedudukan Islam dan satu strategi penyebaran agama dalam minda Nabi Muhammad.

Pengertian-pengertian lain pula ialah satu konsep perjuangan untuk menegak


kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan. Semangat ingin berubah dan
boleh berlaku dalam pelbagai keadaan spt perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah
laku.Manakala pihak akademik Barat pula mentafsir Hijrah sebagai pelarian namun dakwaan
ini mudah disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam berdasarkan
hujah dibawah iaitu Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.Orang Makkah
ke Madinah disambut dengan penuh kegembiraan dan kerelaan. Orang Islam Makkah diberi
jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.Nabi Muhamad dilantik sebagai pemimpin
Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.

Sebab dan Tujuan Hijrah

Dakwah islamiah disebarkan di Makkah selama lebih kurang 13 tahun. Dalam jangka
masa tersebut pelbagai rintangan telah dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w telah
mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah. Terdapat beberapa faktor berlakunya
hijrah ke Madinah.Namun,faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah
adalah disebabkan perintah Allah menerusi wahyu.Dalam wahyu ini,Allah telah menyatakan
niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda dan Allah telah memerintahkan
baginda supaya segera berhijrah perintah yang berasakan ayat Al-Quran iaitu Surah Al-
Anfal telah mempercepatkan penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Kota Madinah.Dengan
perlindungan Allah,baginda dan sahabat baginda,Abu Bakar Al-Siddiq selamat sampai ke
Madinah.

Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam.Di Makkah,ancaman daripada


penghijrahan itu bukan bererti yang orang Islam kecewa dengan penentangan tersebut
tetapi ini merupakan strategi Nabi Muhammad SAW untuk mengembangkan Islam.Bagi Nabi
Muhammad SAW suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian
dakwah Islamiah.Hijrah juga membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu-padu
yang sempurna diwujudkan.

Hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah adalah disebabkan jemputan masyarakat


Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflikl. Pada ketika itu, suku Aus dan
Khazraj di Madinah sering bertelagah sesama sendiri dan ekonomi mereka pula dikuasai
oleh orang Yahudi. Oleh itu, orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber
seperti Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengetuai kepimpinan mereka. Baginda juga
diperlukan untuk mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan.

Kepentingan Hijrah

Setelah berlaku Hijrah, dakwah Islamaiah dapat dilakukan dengan aman. Dan
dilakukan secara terangan. Hijrah turut memberikan peluang untuk mendamaikan
masyarakat Arab di madinah dan menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam makkah
dan Madinah.

Hijrah juga menyatukan golongan yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari


segi kedudukan ekonomi dan sosial. Nabi Muhammad s.a.w seterusnya telah memberikan
gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang
Islam Madinah yang memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar.

Hijrah telah dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri pelbagai suku,
budaya dan agama. Perpaduan ini telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.
Masyarakat Madinah dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam
sejahtera sebagai sebuah negara. Sempena hijrah wujud takwim Hijrah. Mula digunakan
pada zaman Khulafa Ar Rasyidin kedua iaitu. Umar al Khatab. Di Madinah Nabi Muhammad
telah membina sebuah lagi masjid iaitu masjid Nabawi . Masjid pertama dalam
perkembangan Islam ialah Masjid Quba’. Fungsi masjid adalah dijadikan tempat beribadat,
belajar, tempat bertemu dan berbincang akan masalah, dan sebagai tempat aktiviti jual beli.
Nabi Muhammad telah menukarkan nama Madinah Al Munawarah daripada Yathrib.
Perubahan nama ini adalah sebagai merupakan salah satu usaha baginda untuk
menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan agama Islam menjadi cara hidup
yang merangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial.

Hijrah juga menunjukkan sikap toleransi dan tolong menolong ke arah


kecemerlangan. Disamping itu Hijrah menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat
nabi. Menggadai nyawa, harta. Abd rahman Auf menyumbangkan hartanya untuk Islam.
Peristiwa hijrah juga memperlihatkan wanita beperanan menggerakkan kemajuan negara.
Cth puteri Abu bakar Assiddiq – Asma’ – menghantar makanan dan berita semasa
persembunyian Nabi di Gua Thur.
Hijrah turut menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan
kampung halaman.Hijrah menampakkan kKebijaksanaan nabi mengatur strategi untuk
berhijrah.

Hijrah dapat dimanfaatkan dalam merialisasikan semangat 1 Malaysia

Melalui Hijrah, masyarakat masa kini dapat mengukuhkan semangat persaudaraan


dan perdamaian antara kaum terutama Melayu, Cina dan India. Disamping itu, dapat
memupuk semangat cintakan keamanan bagi mewujudkan Negara yang lebih harmoni.
Masyarakat kini boleh member bantuan kepada golongan yang memerlukan agar tiada
perbezaan taraf hidup yang ketara dan dapat memupuk keharmonian hidup. Kita juga perlu
mengamalkan sikap toleransi kaum dan tolong menolong supaya melahirkan masyarakat
yang penyayang. Disamping itu masyarakat perlu mengamalkan sikap sedia berkorban dan
bertanggungjawab untuk membangunkan Negara.

Kejayaan yang dicapai oleh Negara kita hasil daripada perpaduan kaum yang kukuh

Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu


pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada
keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik,
kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus
memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum
di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil. Beberapa mercu
tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang merintis
industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang pernah
diiktira sebagai di Menara tertinggi di dunia, Pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang
berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula
One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang
permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi produk
kebanggaan rakyat Malaysia. Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan
dengan penubuhan Koridor Raya MultiMedia &Multimedia Super korridor.

Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki
berjaya menawan puncak Everest., Segala pencapaian cemerlang negara adalah cetusan
pemimpin dan aspirasi rakyat yang digembeling bersama untuk menjadi Malaysia benar-
benar cemerlang, gemilang dan terbilang.Kini segala usaha yang digarap oleh seluruh
lapisan rakyat menjadi hadiah yang amat berharga untuk sambutan Kemerdekaan
Malaysia. Menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, rakyat Malaysia seharusnya lebih
berwaspada. Biarpun suatu ketika dahulu, rakyat digembar gemburkan dengan penjajahan
bentuk baru melalui pengaruh pemikiran, ekonomi, sosial, adat dan budaya, ternyata, kini,
penjajahan ke atas negara lemah dan mundur yang suatu ketika dahulu telah lama
ditinggalkan oleh manusia bertamadun, kini kembali semula dalam bentuk dan alasan baru.
Kita juga dikepung oleh ledakan teknologi komunikasi maklumat dan era globalisasi yang
menuntut lebih pengorbanan dan tanggungjawab daripada rakyat untuk terus
mempertahankan kemerdekaan sedia ada. Dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan
kepada seluruh rakyat menuntut kita supaya lebih peka dengan persekitaran yang berlaku.

Usaha menjadikan Malaysia sebuah Negara yang aman dan makmur

1. Memperkukuh perpaduan kaum


2. Meningkatkan mutu pendidikan
3. Menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan ilmu
4. Melahirkan modal insane berkualiti
5. Merapatkan jurang ekonomi
6. Menjadikan minda rakyat kelas pertama
7. Mewujudkan kestabilan politik
8. Meningkatkan kecekapan pentadbiran
9. Mengurangkan kemasukan imigran
10. Menyediakan infrastruktur yang lengkap.
Nilai murni daripada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w

1. Pemimpin yang bijaksana


2. Kecekapan mentadbir Negara
3. Bersikat terbuka
4. Berilmu pengetahuan
5. Mempertahankan kedaulatan Negara
6. Berakhlak mulia
7. Tolong menolong
8. Taat setia rakyat terhadap pemerintah
9. Bekerjasama memajukan ekonomi
10. Berkorban untuk Negara.

Rumusan.
Pengetahuan yang diperoleh daripada tajuk ini ialah, Peristiwa Hijrah telah berjaya
mengembangkan Islam. Hijrah juga membuktikan peranan pemimpin yang berwibwa amat
diperlukan dalam mentadbir sebuah Negara. Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan
bahawa perpaduan yang kuat dapat memperkukuhkan semangat dalam mentadbir dan
meluaskan ajaran Islam.
Nilai patriotism yang diperoleh daripada tajuk ini ialah kita mestilah memiliki jati diri
yang tinggi agar tidak mudah dipengaruhi oleh pengaruh luar. Disamping itu kita perlu
mengekalkan perpaduan kaum agar Negara akan terus maju. Setiap rakyat haruslah
bertanggung jawab menjaga kedaulatan dan kemerdekaan Negara.
Harapan saya agar semua rakyat Malaysia memiliki semangat cinta akan negara dan
berusaha mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara. Saya juga berharap agar
semua kaum hidup dalm keadaan aman dan damai serta saling bekerjasama antara satu sama
lain untuk kemajuan dan pembangunan negara. Selain itu pemimpin dan rakyat perlulah
berganding bahu untuk mejayakan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2050.
Jauhilah unsur rasuah yang boleh mencemarkan dan menjatuhkan maruah negara

Anda mungkin juga menyukai