Anda di halaman 1dari 11

BAB 25 :Ilmu hadis riwayah & dirayah

Pembahagian ilmu hadis

Pengajian ilmu hadis ialah suatu bidang yang amat penting untuk memahami nilai hadis, sama ada diterima atau ditolak. Perbahasan ilmu hadis meliputi hadis riwayah & dirayah.

Pengertian hadis riwayah -pengetahuan tentang perkara


yang disandarkan kepada nabi muhamad s.a.w secara khusus sama ada perkataan, perbuatan, takrir, sifat & tingkah laku.

Pengertian hadis dirayah -ilmu untuk mengetahui


keadaan sanad & matan dari sudut diterima atau ditolak yang berhubung kait dengannya. Ilmu hadis dirayah juga dikenali sebagai (ulum alhadis,usul al-hadis, mustolah al-hadis)

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS RIWAYAH

1. ZAMAN RASULULLAH S.A.W


-Berhubung dengan penulisan hadith pada peringkat awal
penurunan AL-QURAN terdapat hadith yang dilarang dan dibenarkan berdasarkan beberapa alasan iaitu:

LARANGAN

-Pada peringkat awal penurunan AL-QURAN dibimbangi


bercampur dengan AL-QURAN. -Ditakuti AL-QURAN dan hadith ditulis dalam satu lembaran yang sama. -Bagi mereka yang mempunyai daya ingatan yang kuat.

KEIZINAN

-Ketika AL-QURAN tidak diturunkan. -Sekiranya ia ditulis dalam lembaran yang berlainan. -Bagi mereka yang mudah lupa.

2. ZAMAN SAHABAT

Kegiatan para sahabat dalam penulisan dengan cara mengajar,mempelajari,meriwayat,mengumpul serta mencatat hadis dan menghafaz serta menulisnya. Namun zaman ini hadith tidak dikumpul secara khusus dan belum dibukukan.

3. ZAMAN TABIIN

Kemunculan hadith palsu makin ketara yang dilakukan oleh pengikut-pengikut mazhab seperti syiah, khawarij dan muktazilah.Bertambah buruk dengan kekurangan penghafaz hadith yang berpindah ke negeri lain dan mati syahid. Khalifah UMAR BIN ABDUL AZIZ mengarahkan ABU BAKAR BIN MUHAMAD mengumpul dan mencatat hadith daripada hafaz. Usaha diteruskan MUHAMAD BIN MUSLIM dengan mengumpul dan membukukan hadith dan diedarkan ke negara islam. Usaha berterusan hingga kerajaan abasiyah dipimpin ABU JAAFAR dan mengarahkan IMAM MALIK menyusun sebuah buku hadith dan menghasilkan `MAUTOK`. Kitab yang dikarang oleh enam imam dikenali `AL-KITABU SITTAH`.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS DIRAYAH

Ilmu hadis dirayah berkembang seiring dengan perkembangan hadis riwayah. Selepas rasulullah wafat, umat islam mula mengumpul hadis2 nabi kerana dikhuatiri hilang daripada perawi. Pada zaman sahabat dan tabiin, telah timbul fitnah dikalangan umat islam yang dipelopori oleh kumpulan syiah dan sayyiah yang memalsukan hadis rasulullah s.a.w. Perselisihan pendapat mereka dengan ahli as-sunnah waljamaah mendorong mereka mencari hujah2 berdasarkan syarak bagi menyokong pendapat mereka tetapi gagal.

Usaha yang dijalankan oleh ulamak2 hadis menyebabkan berlakunya pembukuan buku hadis yang menggunakan prinsip2, kaedah2, serta istilah2 ilmu hadis. Imam al-zuhri(124 hijrah) dianggap orang pertama memperkenalkan ilmu hadis.

PEMBAHAGIAN ILMU HADIS DIRAYAH

Para ulamak meneruskan usaha mengembangkan ilmu hadis dengan membahagikannya berdasarkan sanad dan matan kepada beberapa disiplin ilmu yang lebih khusus.

Anda mungkin juga menyukai