Anda di halaman 1dari 7

PENDAHULUAN

Akhlak dan tasawuf saling berkaitan. Jika dilihat dengan lebih terperinci, akhlak dalam
perlaksanaannya adalah mengatur hubungan horizontal yang sebaiknya sesama manusia
sedangkan tasawuf pula adalah lebih kepada mengatur jalinan komunikasi vertical antara
manusia dengan tuhannya. Akhlak menjadi dasar dari pelaksanaan tasawuf sehingga ianya
memperlihatkan tasawuf mementingkan akhlak maka secara tidak langsung, tasawuf juga
mempengaruhi tingkah laku seseorang individu mahupun seseorang insan dalam
mengerjakan sesuatu perkara.

Selain itu, akhlak dan tasawuf merupakan salah satu khazanah intelektual muslim.
Khazanah pemikiran dan pandangan di dalam bidang akhlak dan tasawuf kemudiannya
menemukan momentum pengembangannya dalam sejarah yang antara lainnya ditandai
oleh munculnya sejumlah besar ulama tasawuf dalam bidang akhlak. Jika diamati soal ini
dengan lebih terperinci, hasil penelitian para alim ulama Islam terhadap al-Quran dan al-
Hadis menunjukkan bahawa hakikat agama Islam itu sendiri adalah akhlak. Melihat
pentingnya akhlak tasawuf maka, tidak hairanlah jika ianya seringkali diterap serta
diketengahkan dalam setiap perbincangan kuliah juga yang seakan dengannya.

Sebagai umat manusia yang sekadar tarafnya hanyalah seorang hamba, kita harus
sentiasa taat menjalankan perintah agama iaitu dengan menjalan serta melaksanakan
segala perintah Allah juga meninggalkan segala apa yang telah dilarang serta ditegah
olehNya. Jika diperhatikan dengan lebih terperinci, pada abad ke-21 ini mungkin banyak
diantara kita yang masih kurang mempraktikkan dan mempelajari ilmu akhlak. Kita perlu
sedar dan ingat bahawa tauhid merupakan inti ajaran Islam yang memang seharusnya kita
utamakan disamping dalam waktu dan ketika yang sama mempelajari akhlak kerana, tauhid
merupakan realisasi akhlak seorang hamba terhadap Allah. Seseorang yang mempunyai
tauhid pada dirinya serta baik akhlaknya bererti ia adalah sebaik-baiknya manusia.

Jika dilihat dengan lebih mendalam, usaha-usaha pembinaan akhlak melalui berbagai
lembaga pendidikan dan melalui berbagai macam metod terus dikembangkan dan ini
menunjukkan bahawa akhlak perlu dibina juga pembinaan akhlak tersebut akan membentuk
peribadi muslim yang berakhlak mulia, taat kepada Allah dan rasulNya serta hormat kepada
ibu bapa dan wujudnya sifat sayang sesama makluk ciptaanNya.
PENGERTIAN AKHLAK

Kata akhlak sering kali kita dengar dalam kehidupan sehari-hari dan sebagai muslim kita
mengetahui bahawa akhlak adalah salah satu hal yang harus diperhatikan terutamanya
dalam kehidupan bermasyarakat. Seorang muslim sentiasa dianjurkan untuk memiliki akhlak
yang baik dan menjauhi akhlak yang buruk. Sedemikian pentingnya akhlak dalam Islam
disebutkan juga dalam hadis bahawa Rasulullah s.a.w. diutus kepada kaumnya dan seluruh
umat didunia adalah untuk memperbaiki akhlak manusia dimana saat itu akhlak masyarakat
terutama arab jahiliah masih jauh dari perilaku akhlak yang terpuji. Mereka tidak segan
mengubur anak perempuannya dan memperlakukan orang lain terutama wanita dan kanak-
kanak dengan cara yang tidak baik.

Pengetian akhlak adalah suatu sistem nilai yang mengatur tindakan dan pola sikap
manusia di muka bumi Allah. Adapun sistem nilai tersebut antara lainnya adalah sejarah
Islam dengan al-Quran dan Sunnah Rasul sebagai sumber nilainya dan ijtihad para alim
ulama sebagai metod berfikir. Tindakan dan pola sikap yang dimaksudkan meliputi berbagai
pola hubungan dengan Allah, sesama manusia serta alam. Pengertian akhlak adalah suatu
sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dari sifat tersebut timbul suatu perbuatan
dengan mudah tanpa perlu kepada aspek pemikiran dan pertimbangan.

Sesetengah riwayat ada menyebutkan bahawa akhlak adalah buah dari keimanan
dan istiqamah seseorang dalam menjalankan ibadah. Akhlak yang kita ketahui tersebut
memiliki pengertian baik secara bahasa mahupun secara istilah. Selain itu, ada beberapa
ulama yang juga manyatakan bahawa pengertian akhlak sebagaimana Ibnu Miskawaih
menyebutkan bahawa akhlak adalah keadaan jiwa atau sifat seseorang yang mendorong
melakukan sesuatu tanpa perlu mempertimbangkannya terlebih dahulu.

Jika dilihat dari sudut yang lebih terperinci, akhlak secara bahasa diertikan sebagai budi
pekerti yang dimiliki oleh seseorang yang terkait dengan sifat-sifat yang ada pada dirinya
manakala secara istilah pula diertikan sebagai sifat atau perangai seseorang yang telah
melekat dan biasanya akan tercermin dari perilaku orang tersebut. Seseorang yang memiliki
sifat baik biasanya akan memiliki perangai atau akhlak yang baik dan begitu juga sebaliknya
iaitu bilamana seseorang yang memiliki perangai yang tidak baik, ianya cenderung untuk
ianya memiliki akhlak yang tercela terhadap dirinya.
PERBEZAAN ANTARA ETIKA, AKHLAK DAN MORAL

Etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubungan dengan upaya menentukan


perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatakan baik atau buruk dengan kata lainnya
adalah aturan mahupun pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia. Jika dilihat
dengan adanya etika pergaulan dalam masyarakat akan terlihat baik dan buruknya sesuatu
perkara. Etika bersifat relative iaitu dapat berubah-ubah sesuai dengan tuntutan zaman.

Akhlak secara umum ialah sistem tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada asas
wahyu mahupun syarak. Akhlak adalah perbahasan tenang perbuatan-perbuatan manusia
kemudian menetapkannya kepada suatu persoalan seperti ‘adakah perbuatan tersebut
tergolong dalam perbuatan yang baik atau perbuatan yang buruk kemudian memberikan
hokum kepada perbuatan tersebut iaitu adakah ianya tergolong baik atau buruk.

Moral pula dikategorikan sebagai suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-
batas dari kehendak, pendapat juga perbuatan yang secara layak dapat dikatakan benar,
salah, baik ataupun buruk berkenaan dengan sesuatu perkara. Jika pengertian etika dan
moral tersebut dihubungkan satu dengan yang lainnya, kita dapat mengatakan bahawa
antara etika dan moral memiliki objek yang sama iaitu sama-sama membahas tentang
perbuatan manusia untuk selanjutnya ditentukan posisinya baik mahupun buruk. Namun
demikian dalam hal etika dan moral sebenarnya memiliki sedikit perbezaan dengan
demikian tolak ukur yang digunakan dalam moral untuk mengukur tingkah laku manusia
adalah seperti adat istiadat, kebiasaan dan perkara lain yang seakan dengannya yang
berlaku dalam masyarakat. Jika dilihat dengan lebih terperinci, etika dan moral sama sahaja
ertinya tetapi dalam penggunaannya sehari-hari ada sedikit perbezaan. Moral di gunakan
untuk perbuatan yang sedang dinilai sedangkan etika digunakan untuk sistem nilai yang ada.
TASAWUF DAN KAITANNYA DALAM SYARIAT, AQIDAH DAN AKHLAK

Tasawuf adalah bahagian daripada perkembangan ajaran Islam dari para sufi. Jika dilihat,
dalam rukun Islam dan rukun iman mengenai tasawuf memang tidak terdapat secara
terperinci. Ajaran tasawuf sendiri dianggap berasal dari berbagai pengaruh ajaran agama
atau falsafah lain yang akhirnya diterima dan disesuaikan dengan konsep Islam. Selain itu,
terdapat pro dan dan kontra mengenai hal tersebut tapi sudah tentunya hal ini tidak
bertentangan dengan fungsi iman kepada kitab Allah, fungsi iman kepada Allah juga fungsi
al-Quran bagi umat sekalian alam.

Aqidah adalah sebagai dasar pendidikan akhlak bagi seseorang muslim yang
merangkumi aqidah yang tepat dan syariat yang benar kerana akhlak dipamerkan dari
aqidah, aqidah pula terpancar melalui syariat kerana sesungguhnya aqidah yang terbaik
sentiasa menghasilkan amal ibadah yang baik dan syariat pun akan menciptakan suatu
keberhasilan akhlak yang terpuji. Oleh kerana itu, jika seseorang beraqidah dengan tepat
dan benar nescaya akhlaknya juga akan turut dalam keadaan yang terpuji, baik juga lurus.
Begitu juga sebaliknya, jika aqidah salah maka akhlaknya juga turut berada dalam keadaan
yang salah. Aqidah seseorang akan berada dalam keadaan yang benar dan lurus jika
kepercayaan dan keyakinannya terhadap alam juga lurus dan benar kerana barang siapa
mengetahui sang pencipta adalah benar, nescaya ia dengan mudah berperilaku baik
sebagaimana apa yang telah diperintahkan oleh Allah.

Aqidah, syariat dan akhlak pada dasarnya merupakan satu kesatuan dalam ajaran Islam.
Ketiga-tiga unsur tersebut dapat dibezakan tetapi ianya tidak dapat dipisahkan. Aqidah
sebagai sistem kepercayaan yang mengenengahkan elemen-elemen kepada dasar keyakinan
serta menggambarkan sumber dan hakikat keberadaan agama sementara syariat adalah
sebagai sistem nilai yang berisi peraturan bagi menggambarkan fungsi agama, sedangkan
akhlak pula adalah sebagai satu sistem yang menggambarkan arah dan tujuan mengenai
sesuatu perkara yang hendak dicapai dalam agama. Aqidah, syariat dan akhlak dalam al-
Quran disebut iman dan amal soleh. Iman menunjukkan makna aqidah sedangkan amal
soleh menunjukkan pengertian syariat dan akhlak. Seseorang yang melakukan perbuatan
baik tetapi tidak dilandasi aqidah maka perbuatannya hanya dikategorikan sebagai
perbuatan baik sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan tetapi belum tentu benar pada Allah.
GAMBARAN PERKEMBANGAN

Gambaran perkembangan yang dapat disimpulkan bahawa usahawan yang mampu


menggemilangkan Islam ialah usahawan yang cemerlang mengikut definisi Islam itu sendiri
dengan erti kata lainnya mereka mempertahankan dengan meletakkan diri mereka sebagai
hamba dan khalifah Allah. Jiwa mereka yang kuat dan pengorbanan mereka berada pada
tahap yang sangat tinggi seperti contoh yang dapat kita lihat antaranya seperti Saidina Abu
Bakar, Saidina Umar serta ramai lagi sahabat Rasulullah yang lain.

Agama Islam mempunyai empat sumber ilmu utama iaitu al-Quran, hadis, ijmak para
ulama dan qias ulama. Jika dilihat dari empat sumber ilmu ini lahirlah dua bentuk ilmu iaitu
ilmu fardu ain serta ilmu fardu kifayah. Ilmu fardu ain adalah kewajipan individu manakala
fardu kifayah lebih kepada kewajipan sosial. Seorang usahawan yang belajar dan
mengamalkan kedua-dua ilmu iaitu ilmu fardu ain juga ilmu fardu kifayah sahaja yang
kebiasaannya akan jadi cemerlang dan dengan itu ia mampu untuk menggemilangkan
agama Islam itu dengan sendirinya. Ilmu fardu ain akan meningkatkan iman dan taqwa serta
ianya mampu untuk meningkatkan kerohanian dalam diri manusia manakala ilmu fardu
kifayah pula meningkatkan kecekapan dan profesionalisme terhadap diri sendiri.

Jika dilihat dengan lebih jelas lagi, tidak mungkin seseorang usahawan dapat menjadi
cemerlang dan menggemilangkan Islam kalau mereka tidak mempunyai kecekapan dalam
mengendalikan ilmu fardu kifayah, ilmu tasawuf serta yang seangkatan dengannya sekiranya
mereka tidak mempelajari dan mengamalkannya dan egitu jugalah sebaliknya. Para
usahawan Islam merupakan sebahagian dari masyarakat Islam yang penting. Mereka boleh
serta mampu untuk menggemilangkan Islam seandainya mereka mempunyai dua asas
penting terhadap diri serta kehidupan mereka. Pertamanya mereka mesti menjadi
usahawan yang cukup sebagai seorang manusia sepertimana yang telah ditetapkan oleh
Islam iaitu manusia yang mempunyai gabungan rohani dan jasmani yang hidup di muka
bumi Allah ini dengan memenuhi janji mereka kepada Allah sebagai hamba dan juga
khalifah didunia. Garis panduan yang kedua, mereka mestilah berilmu dengan ilmu fardu
ain, fardu kifayah dan yang seangkatan dengannya serta ianya hendaklah sentiasa
bersumberkan al-Quran, hadis Rasulullah, ijmak para alim ulama dan meraka hendaklah
mengamalkan ilmu-ilmu berkenaan dengan sebaiknya.
PENGHAYATAN TASAWUF

Kajian berkenaan dengan tasawuf berperanan besar dalam menentukan arah dan cara
kehidupan masyarakat. Walaupun seringkali kita dengar bahawa kehadiran ilmu tasawuf
seringkali menimbulkan kontrovesi serta perdebatan pendapat namun kenyataan yang
sebenarnya menunjukkan bahawa ilmu tasawuf memiliki pengaruh dan harus
diperhitungkan dalam keupayaan manusia serta masyarakat bagi menyelesaikan masalah-
masalah kehidupan manusia yang sentiasa berkembang mengikuti peredaran zaman. Ini
adalah kerana tasawuf adalah jantung dari ajaran Islam. Jika dilihat dengan lebih terperinci,
tanpa tasawuf Islam akan kehilangan roh ajaran aslinya.

Kesan penghayatan tasawuf sebagai alat pembentukan akhlak terhadap usahawan


dapat diihat dengan berniaga mahupun berekonomi yang sentiasa melibatkan tuhan. Orang
Islam berekonomi mahupun berniaga dengan niat tidak lain dan tidak bukan adalah kerana
Allah serta mengikut peraturan dan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Seperti
sedia maklum, tujuannya adalah untuk mendapatkan redha dan kasih sayang Allah dan
sentiasa berzikir dan menegakkan syariat Allah supaya hati tidak lalai dari mengingati-Nya.
Kegiatan ekonomi dalam Islam merupakan jalan untuk mencapai taqwa dan melahirkan
akhlak yang mulia. Ini adalah tuntutan yang diketengahkan dalam agama Islam. Jika dilihat
dalam sistem ekonomi kapitalis, modalnya wang untuk mendapatkan wang tetapi dalam
sitem ekonomi Islam, modalnya taqwa untuk mendapatkan taqwa. Hasil dari ekonomi yang
berlandaskan taqwa akan lahir ukhuwah dan kasih sayang, kemesraan, saling tolong
menolong, bersopan santun, mendahulukan kepentingan orang lain dan jika dinilai, semua
yang terlibat dengan kegiatan ekonomi Islam ini akan menjadi tawadhu dan rendah diri.
Ianya mampu untuk menghapuskan penindasan, penekanan, penzaliman dan ketidakadilan
dan akhirnya masyarakat jadi aman damai dan hidup dengan penuh kesejahteraan.

Selain daripada itu, antara kesan lainnya adalah dengan sistem ekonomi yang tidak ada
hutang berunsur riba juga seakan dengannya. Agama Islam tidak membenarkan riba iaitu
pinjaman berbunga untuk jangka masa mahupun waktu tertentu. Islam mempunyai cara
yang tersendiri untuk hal tersebut antaranya ialah mudharabah, musyarakah, berkorban
dan sebagainya. Riba hanyalah menimbulkan berbagai masalah dan krisis dan ianya sangat
menekan, menindas dan boleh pada tahap membunuh si peminjam.
PENUTUP

Tasawuf merupakan salah satu dari tiga tiang asas agama Islam. Ia merupakan dimensi
kerohanian bagi agama Islam, dengannya iman dan keyakinan menjadi lebih kuat serta
pelaksanaan terhadap tuntutan syariat menjadi lebih sempurna dan penghayatan nilai-nilai
akhlak menjadi lebih berkesan. Jika dilihat dengan lebih terperinci, tanpa tasawuf iman
hilang kemanisannya, amal ibadah hilang khusyuknya dan akhlak hilang kemurniaannya.Ia
umpama kawalan keselamatan dan perhiasan bagi sesebuah rumah yang menjadikannya
lebih selamat dan bernilai tinggi. Memiliki keimanan semata-mata tanpa keislamandan
keihsanan adalah seumpama memiliki tapak rumah yang sekalipun pemiliknya ada tempat
untuk bertapak namun dia terdedah kepada kepanasan metahari dan basahan hujan.

Memiliki keimanan dan keislaman semata-mata pula tanpa keihsanan adalah


seumpama memiliki tapak dan rumah yang tidak siap dan tidak sempurna. Sekalipun
pemiliknya ada tempat berteduh namun ia terdedah kepada kecuriaan dan rumahnya tidak
bernilai tinggi manakala ihsan pula seumpama rumah yang lengkap dan berhias yang bukan
sahaja selamat dihuni malah ianya juga bernilai tinggi. Oleh yang demikian, dari penjelasan
yang telah dibuat dapat disimpulkan bahawa tasawuf merupakan makam ihsan yang
menjadi sebahagian daripada rukun agama. Tasawuf mempunyai hubungan yang sangat
rapat dengan akidah dimana akidah itu adalah asasnya dan tasawuf itu berfungsi
menjadikannya murni dan kukuh.

Demikian juga tasawuf itu mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan syariat dimana
syariat itu adalah laluan untuk mencapai tasawuf dan tasawuf itu pula berfungsi
memantapkan lagi pelaksanaan terhadap syariat. Seperti yang sedia maklum, syariat tidak
boleh dipisahkan daripada tasawuf dan tidak ada pertentangan di antara kedua-duanya.
Tasawuf bukanlah suatu keanehan dan kepelikan tetapi ia adalah makam ubudiyyah.
Sebenarnya, banyak lagi yang perlu dibicarakan dan banyak lagi yang perlu diteroka.
Tasawuf bukanlah satu hakikat yang perlu dibicarakan tetapi ia adalah satu realiti yang perlu
umat manusia rasakan. Oleh yang demikian, tasawuf pada hakikatnya adalah melakukan
pegabdian kepada Allah dengan cara mensucikan diri, meningkatkan akhlak dan ketaqwaan
kita kepada Allah serta membangun kehidupan jasmani dan rohani untuk mencapai
kebahagiaan abadi juga hakiki.

Anda mungkin juga menyukai