Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

BIL.

TAJUK

MUKA SURAT

PENGERTIAN SOLAT

2, 3, 4

KEWAJIPAN SOLAT

DALIL PENSYARIATAN SOLAT

6, 7

BAGAIMANAKAH UNTUK MENENTUKAN

ARAH KIBLAT DALAM PESAWAT


BAGAIMANA JIKA TAHU YANG KITA

MEMBELAKANGKAN ARAH KIBLAT


PENENTUAN WAKTU-WAKTU SOLAT DALAM
PESAWAT
BAGAIMANA PEREMPUAN SOLAT TANPA

TELEKUNG DALAM KENDERAAN


ADAKAH SOLAT BOLEH DILAKUKAN

8
9

DENGAN RUKHSAH
GALAKAN UNTUK MEMBACA DOA KETIKA
HENDAK BERMUSAFIR

7, 8

8, 9

10

11

10

KESIMPULAN

12

11

RUJUKAN

12

SOLAT
1

PENGERTIAN SOLAT
Maksud solat adalah ibadat kepada Allah yang dikerjakan dengan penyertaan anggota badan,
lidah dan hati menurut aturan khusus pada waktu-waktu yang ditetapkan. Lebih jelas apa
yang dikatakan solat ialah :

Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri
dengan salam. Dengan perbuatan itu kita beribadat kepada Allah menurut syarat dan

cara-cara yang ditentukan.


Menghadapkan hati dan jiwa kepada Allah disertai dengan niat dan rasa takut serta
rendah diri kepadaNya, sambil mengakui keagungan, kesempurnaan dan

kekuasaanNya.
Menyatakan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah, dengan
perkataan dan perbuatan yang dilakukan serentak.

Berhadapan dengan Allah dengan penyertaan seluruh jiwa dalam keadaan khusyuk
dan rasa ikhlas sambil berzikir, membesarkan Allah dan berdoa

MENGAPA DIWAJIBKAN SOLAT ?


Setiap orang mukmin wajib mengerjakan solat atau sembahyang kerana solat itu adalah
perintah dari Allah supaya didirikan oleh setiap mukmin lelaki dan perempuan. Antara
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 110:
Maksudnya :
"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu
dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di
sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan."

Surah An-Nisaa' ayat 103 :


Maksudnya :
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu
menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu
2

berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman)
maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya
sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang
tertentu waktunya."
Selain dari ayat-ayat al-quran yang menekankan tentang perintah sembahyang ke atas orang
mukmin, ada pula sabda Rasulullah s.a.w yang menjelaskan tentang kewajiban solat
antaranya:

Hadis Abi Mas'ud r.a katanya:


"Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Jibril telah turun sembahyang dengan
mengimami aku. Lalu aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang
bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang
bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Baginda menghitung dengan jari
baginda semuanya sebanyak lima kali sembahyang"
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 959
Dalam satu hadis lain maksudnya berbunyi :
" Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan
sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama."
(Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)
Berdasarkan firman Allah dan hadis Rasulullah yang jelas dan tegas itu tidak ada alasan bagi
orang mukmin untuk meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Mengingkari
perintah solat bererti menolak perintah Allah, dan barangsiapa yang menolak perintah Allah
maka dia telah merosakkan imannya dan meruntuhkan agamanya.

CONTOH KISAH ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT MENGEBUMIKAN BABI


HUTAN

Seorang kanak-kanak datang mengadap Rasulullah s.a.w sambil menangis. Hal itu
mennghairankan Rasulullah yang sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya.
"Mengapa engkau menangis anakku?" Tanya Rasulullah.
"Ayahku telah meninggal, tetapi tidak seorangpun datang melawat. Aku tidak mempunyai
kain kafan. Siapakah yang akan memandikan ayhku dan mengkebumukannya?" Tanya anak
itu.
Nabi lalu menyuruh Abu Bakar dan Umar pergi melihat jenazah tersebut. Kedua mereka amat
terkejut setelah melihat mayat itu sudah bertukar menjadi babi hutan. Mereka pun segera
pergi memberitahu Rasulullah.
Maka Rasulullah dating sendiri ke rumah anak itu. Baginda berdoa kepada Allah sehingga
babi hutan itu bertukar menjadi jenazah manusia. Kemudian Rasulullah menyembahyangkan
jenazah tersebut.
Ketika jenazah itu hendak dikebumikan ia berubah menjadi babi hutan semula.
Melihat kejadian itu Rasulullah bertanya kepada kana-kanak tersebut apakah yang dilakukan
oleh ayahnya sewaktu hidupnya.
"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat sepanjang hidupnya," jawab anak itu. Kemudian
Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat lihatlah sendiri. Begitulah
akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari
kiamat."

KEWAJIPAN SOLAT

Firman Allah yang bermaksud :


Oleh yang demikian dirikanlah solat dan berilah zakat serta berpegang teguhlah kamu
kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, maka (Allah yang demikian sifat-Nya), Dialah sahaja
sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi Pertolongan
(Al Haj : 78)
Seperti mana yang kita semua maklum bahawa solat adalah satu kewajipan yang amat
dituntut oleh agama. Maka umat Islam dilarang meninggalkan solat tanpa sebab walaupun
berada dalam keadaan darurat sekalipun.
Apatah lagi kita berada pada satu-satu tempat yang memungkinkan kita untuk menunaikan
solat seperti di dalam kenderaan sebagai contoh. Larangan meninggalkan ini juga telah
ditegaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam hadisnya yang bermaksud :
beza antara orang Muslim dengan orang Kafir adalah solat, sesiapa yang
meninggalkannya maka dia telah kufur
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Justeru, ramai orang Islam yang masih lagi keliru dengan hal ini iaitu dengan sewenangwenangnya meninggalkan solat tanpa sebab. Tidak kurang juga ada sesetengah pihak yang
meringan-ringankan kewajipan ini dengan menggalakkan orang ramai menggantikan solat
setelah sampai ke destinasi dan ada juga yang mengatakan bahawa solat hormat waktu.
Walhal perkara ini tidak ada asalnya di dalam sunnah jika kita perhalusi.
Ibadah sembahyang adalah rukun Islam yang ke-2 selepas mengucap dua kalimah syahadah
yang telah diperundangkan sebagai salah satu cara bagi umat Islam mensyukuri dan berterima
kasih kepada nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya kepada kita. Ibadah sembahyang
mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan terutama kepada agama. Individu dan
masyarakat keseluruhannya.
Kita jangan terlalu bermudah-mudah dalam mengamalkan agama, tetapi hendaklah kita
mengambil pandangan mereka yang ahli seperti ulama Mujtahid yang faham terhadap nasnas yang mempunyai usul di dalam perbahasannya.

DALIL PENSYARIATAN SOLAT

Kita dibolehkan menunaikan solat sama ada di dalam kereta, bas, pesawat, kereta api dan
lain-lain yang seumpama dengannya. Antara dalil yang membolehkan kita menunaikan solat
di dalam kenderaan ialah daripada hadis Nabi S.A.W. yang bersabda ketika ditanya oleh
seorang sahabat :
Bagaimanakah cara saya bersolat dalam perahu? Baginda menjawab: Bersolatlah di
dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.
(Direkodkan oleh Daruqutni disahihkan oleh Imam al-Hakim)
Berdasarkan hadis ini, mengandungi sebab untuk membuktikan bahawa kita dibolehkan
menunaikan solat ketika berada dia dalam apa-apa jenis kenderaan seperti apa yang saya
sebutkan di atas.
Yala bin Murrah RA menerangkan bahawa para sahabat pernah berserta Rasulullah SAW
dalam satu perjalanan, lalu sampai ke satu lembah sedang beliau berada di atas kenderaannya;
dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah. Kemudian datang waktu solat
lalu beliau memanggil tukang azannya, lalu ia azan dan iqamah.
Lantas Rasulullah SAW terus maju kenderaannya dan solat berjemaah bersama mereka (para
sahabat). Beliau memberi isyarat yang sujudnya lebih rendah dari rukuknya.
(Direkodkan oleh Ahmad, no. 4/174)
Peristiwa di atas menjelaskan bahawa apabila ada kesukaran solat dalam keadaan berdiri di
dalam kenderaan kerana khuatir bahaya, ruang yang terbatas, dan amat menyukarkan. Maka
kita boleh solat dalam keadaan duduk. Kesukaran yang dihadapi itu tidaklah sampai kepada
tahap darurat tetapi memadai dengan keadaan yang memberatkan.
Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, telah menjadi bukti bahawa boleh menunaikan solatsolat fardu di dalam kenderaan. Jika seseorang itu menghadapi suasana kesukaran maka ia
boleh solat secara duduk.
Demikianlah teladan yang diriwayatkan daripada para sahabat seperti Anas bin Malik, Jabir,
Tawus, Zaid dan lain-lain. Solat sebegini adalah tetap sah jikalau kesukarannya itu adalah
benar-benar ikhlas dan tidak perlu diulangi. Akan tetapi jika seseorang itu mampu
melaksanakan solat di atas kenderaan secara berdiri tetapi ia solat duduk. Maka solat itu tidak
dikira sah kerana dianggap sengaja mengabaikan dan meremehkan rukun kewajipan solat.
Itulah pendapat yang dipegang oleh majoriti fuqaha seperti mazhab Syafie, Maliki, Hanbali
dan lain-lain.
Lagi Hadis Nabi SAW yang bermaksud: Hendaklah kamu tunaikan solat dengan berdiri. Jika
tidak mampu, tunaikan dengan duduk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan mengiring di atas
rusuk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan isyarat.
(Direkodkan oleh Bukhari, no. 1117)
6

Berdasarkan perbahasan ini, ia banyak membantu kita untuk menunaikan kewajipan solat di
dalam pesawat. Apabila kita berada di dalam pesawat, kita tidak digalakkan untuk bangun
dari tempat duduk kita kerana bimbang kita akan terjatuh disebabkan ke tidak kestabilan
pesawat. Maka kita diberi sedikit keringanan untuk solat secara duduk.

Bagaimana Untuk Menentukan Arah Kiblat Di Dalam Pesawat


Ini adalah perkara yang sukar juga apabila kita berada di dalam pesawat tatkala ingin
menentukan arah kiblat kita. Sebagaimana yang kita sudah tahu bahawa menghadap ke arah
kiblat adalah syarat sah solat, jika kita tidak menghadap ke arah kiblat maka solat kita tidak
sah.
Namun, apabila kita berada di dalam pesawat atau kenderaan yang lain. Keringanan itu masih
ada iaitu memadai di awal angkat takbir yang pertama kita menghadap ke arah kiblat
lingkungan dengan kadar 90 darjah kiri atau kanan. Maka apabila pesawat bertukar arah
selepas itu dan dada kita tidak lagi menghala ke arah kiblat, maka ia dimaafkan.
Walau bagaimanapun, jika dia mengetahui akan hal pergerakan pesawat atau kapal laut
bergerak ke arah mana seperti kapten contohnya, maka ia wajib mengikut arah kiblat dengan
memalingkan dadanya. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: Orang
yang solat di atas kapal tetap menghadap kiblat setiap kali kapal itu berpindah arah.
(Direkodkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Al-Musannif 3/189, no: 6634)
Lagi: Mereka solat berjemaah di atas kapal dengan berdiri, dan mereka tetap menghadap
kiblat ke arah mana pun kapal berputar.
(Direkodkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Al-Musannif 3/189, no: 6637)
Hadis di atas menunjukkan bahawa apabila seseorang itu tahu ke arah mana kapal berlayar
seperti kapal laut atau pesawat, maka ia wajib menggerakkan badannya ke arah kiblat. Akan
tetapi bagi kita yang tidak tahu selok-belok laluan pesawat atau kapal, memadai kita hanya
mengangkat takbir pertama ke arah kiblat dan selepas itu dimaafkan.
Lagi satu hal keadaan, apabila memang kita tidak tahu langsung di mana arah kiblat kita.
Selain sudah bertanya kepada anak kapal dan alat pembantu yang disediakan, maka kita
dibenarkan untuk menganggarkan arah kiblat setepat mungkin.
Hujah ini berdasarkan hadis yang bermaksud: Jabir bin Abdullah RA menerangkan: Kami
pernah solat di satu malam yang mendung dan kami tidak mengetahui arah kiblat. Tatkala
kami selesai solat kami perhatikan bahawa kami (sebenarnya) solat bukan menghadap ke arah
kiblat. Lalu kami sampaikan hal ini kepada Rasulullah SAW, lalu beliau berkata: Kamu telah

melakukan yang terbaik. Seterusnya Jabir berkata: Dan beliau tidak menyuruh kami
mengulanginya.
Muaz Bin Jabal RA menerangkan: Kami pernah solat bersama Rasulullah SAW pada hari
yang mendung dalam satu perjalanan dengan menghadap ke arah selain qiblat. Tatkala solat
telah ditunaikan maka mataharipun muncul lalu kami berkata Wahai Rasulullah, kita telah
solat bukan ke arah kiblat. Maka beliau menjawab: Solatmu telah diterima oleh Allah Azza
waJalla kerana haknya.
Berdasarkan kepada hadis di atas, para fuqaha telah bersepakat bahawa solat tetap wajib
dilakukan walaupun tidak menghadap ke arah kiblat dan tidak perlu mengulanginya.

Bagaimana Jika Tahu Yang Kita Membelakangkan Arah Kiblat?


Hal ini adalah sukar sedikit kerana apabila seseorang itu tahu di mana arah kiblat setelah
berusaha, maka wajib baginya menghala ke arah kiblat. Jika kedudukan Mekah terlalu
menghadap ke belakang secara 100%, dan solat secara duduk untuk menghadapnya sangat
tidak mengizinkan. Perlu berusaha meminta izin pramugara/i untuk menggunakan manamana tempat yang sesuai bagi menunaikan.
Namun, jika arah Mekah hanya perlu menoleh 90 darjah kanan atau kiri, maka kita masih
boleh menunaikan solat di tempat duduk kita. Apa yang penting semasa permulaan takbir
dada kita menghadap ke arah yang dikehendaki, pergerakan kapal terbang selepas itu tidak
perlu lagi dihiraukan.

Penentuan Waktu-Waktu Solat Dalam Pesawat


Seperti yang kita ketahui bahawa waktu ketika berada di bumi sedikit berbeza dengan
keadaan waktu di angkasa. Maka menjadi masalah pada kita untuk menentukan waktu-waktu
solat terutamanya waktu solat subuh.
Maka inilah masa yang paling sesuai untuk kita mempraktikkan ilmu pengetahuan kita dalam
membaca pergerakan matahari seperti apa yang kita belajar daripada buku-buku fikah.
Contohnya apabila kita ingin mengetahui waktu maghrib, maka apabila kita lihat sahaja di
luar tingkap yang matahari sudah terbenam, maka masuklah waktu maghrib. Apabila hilang
cahaya kemerahan maka masuklah waktu isyak.
Adapun bagi waktu Zohor dan Asar, boleh ditunaikan dengan berijtihad dan berusaha
mencari (untuk mengetahui masuknya waktu). Apabila kita dapat mengetahui waktunya di
negeri yang kita berada di atasnya. Maka kita hendaklah melewatkan sedikit solat dari
tempoh itu, kemudian barulah kita solat.
8

Ini kerana, waktu kita berada di atas (di dalam pesawat) tidak sama seperti waktu di bumi.
Kita juga boleh menjamakkan antara solat Zohor dengan Asar, dan di antara Maghrib dengan
Isyak. Sama ada jamak al-Taqdim ataupun jamak al-Takhir berdasarkan mana yang lebih
mudah untuk ditunaikan. Kita juga boleh bertanya kepada Kapten kapal terbang, kerana dia
memiliki peralatan yang boleh mengetahui waktu-waktu solat di udara.
Dan ketahuilah, jika yang terlindung baginya (mana-mana) waktu solat. Maka dia boleh
berijtihad dengan kadar kemampuannya, kemudian dia solat. Maka solatnya sah dan tidak
perlu mengulanginya.
Contoh praktikal yang digambarkan oleh Ustaz Dr Zaharuddin semasa beliau ingin pulang ke
Malaysia pada waktu subuh adalah seperti berikut: kaedah saya menentukan masuk waktu
Subuh adalah mengikut kiraan Dubai, sebagaimana yang pembaca boleh lihat, kami akan
berlepas dari Dubai pada jam 03.15 pagi iaitu satu setengah jam sebelum Subuh di Dubai.
Waktu Subuh di Dubai adalah 4.48 pagi.
Jika melihat kepada peta dunia, jika sebuah flight berlepas dari Dubai menghala ke Malaysia,
dalam tempoh satu jam setengah, saya yakin kapal terbang itu akan berada di atas Indian
Ocean. Maka waktu solat Subuh di tengah lautan itu boleh mengikut tanah yang terdekat
dengannya, yang saya yakin iaituOman atau mungkin juga Karachi. Setelah disemak, waktu
Subuh bagi Oman adalah pada jam 4.46 pagi ( waktu Oman adalah sama dengan Dubai)
manakala Karachi pada jam 5.55 pagi. Namun setakat ini saya lebih yakin kapal terbang akan
lebih dekat dengan ruang waktu Oman, justeru subuh dalam waktunya sama ada waktu Oman
atau Karachi.

Bagaimana Bagi Perempuan Yang Solat Tanpa Telekung Di Dalam Kenderaan


Perempuan yang baik apabila keluar sahaja daripada rumah, wajib baginya menutup aurat
dengan sempurna. Maka tidak menjadi masalah padanya untuk melakukan solat dengan
pakaian tersebut.
Kita harus faham bahawa sejarah pemakaian telekung bermula di Asia tenggara. Jadi ramai
yang salah faham bahawa menyangka yang telekung adalah syarat sah daripada solat. Kita
perlu tahu bahawa syarat sah bagi solat ialah menutup aurat dengan sempurna seperti pakaian
kita apabila keluar dari rumah. Telekung hanyalah alat untuk menutup aurat sama seperti
pakaian yang lain.

Adakah Solat Yang Dilakukan Dengan Rukhsah Iaitu Dengan Mengambil Kemudahan
Dan Kelonggaran Tadi Perlu Diulangi Semula

Tidak perlu mengulangi solat semula. Ibadah yang wajib, jika telah dilaksanakan mengikut
yang termampu dilakukan walaupun dengan meninggalkan sebahagian syarat atau rukunnya
kerana tidak berupaya melakukannya, bukan kerana sengaja untuk bermain-main atau
mempermudah-mudahkan agama. Maka dikira ibadah itu dan tidak perlu lagi diulangi solat
tersebut.
Inilah pandangan Imam al-Muzani katanya, Khusus mengenai solat fardu, Imam al-Muzani
berkata, setiap solat yang wajib dilaksanakan di dalam waktunya sekalipun dilaksanakan
dengan terdapat kekurangan kerana faktor-faktor tertentu, tidak wajib mengulangi solat
tersebut.
Dan pendapat ini juga disokong kuat oleh Imam Nawawi, kerana menurut beliau, pandangan
ini paling kuat dari sudut dalilnya kerana Allah S.W.T. berfirman,



Maksudnya: Maka bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu (at-Taghabun: 16)

Firman Allah SWT,




Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (AlBaqarah: 286)

Nabi SAW berkata,



Maksudnya: Apabila aku perintahkan kamu dengan suatu urusan, maka lakukanlah
mengikut yang termampu oleh kamu.
(Direkodkan oleh Bukhari, no. 7288, Muslim, no. 1337)

Justeru, berdasarkan pandangan Imam al-Muzani di atas, tidak ada yang dikatakan solat
hormat waktu, yakni solat yang dilakukan semata-mata untuk menghormati waktu solat,
bukan untuk menggugurkan tuntutan solat. Hal ini kerana, solat yang dilakukan dengan
rukhsah (keringanan) itu telah pun sah dan dikira oleh syarak, kerana ia dilakukan mengikut
kadar kemampuan yang ada pada ketika itu.

10

Galakan Untuk Membaca Doa Ketika Hendak Bermusafir


Muslim yang baik, ia akan sentiasa berhubung dengan Allah SWT dalam apa jua keadaan.
Dia akan sentiasa meminta kepada Allah SWT, dan selepas itu ia akan berikhtiyar dan
berusaha bersungguh-sungguh. Konsep ini sentiasa diamalkan oleh Nabi SAW.
Kebergantungan yang tinggi kepada Allah SWT, menyebabkan insan itu sentiasa dijaga oleh
Allah SWT. Namun syaratnya, berdoalah dengan ikhlas dan meyakini doa akan diterima.
Demikianlah apabila kita ingin memulakan musafir. Kebergantungan kepada Allah SWT agar
selamat pergi dan pulang hendaklah seikhlas mungkin. Oleh itu Nabi SAW ada mengajar doa
bagi orang yang ingin bermusafir. Antara doanya ialah:

.


Maksudnya: Daripada Umar RA menyebut bahawa Nabi SAW apabila sudah duduk
di atas kenderaannya untuk bermusafir. Maka baginda akan bertakbir tiga kali.
Selepas itu Nabi SAW akan membaca sepotong ayat al-Quran yang bermaksud, Maha
Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu
tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
(az-Zukhruf: 13-14). Sambungnya lagi, Wahai tuhan, kami meminta kepada kamu untuk
bermusafir. Jadilah ia adalah sesuatu ketakwaan dan amalan yang diredai oleh-Mu. Ya Allah,
mudahkanlah permusafiran kami ini. Engkaulah pemunya segala urusan ini. Oleh itu,
lindungilah kami daripada kejahatan, orang yang berniat jahat terhadap harta-harta kami dan
keluarga kami.
(Direkodkan oleh Muslim, no. 1342)
Jika tidak mampu untuk membaca doa panjang di atas. Anda boleh juga membaca doa yang
agak mudah ini, iaitu,
Bismillahi tawakkaltu alallah. Walahaulawala quwwata illah billah.[6]

11

KESIMPULAN
Kewajipan solat di dalam kenderaan tidak akan gugur selagi mana seseorang itu berilmu
untuk mendapatkannya. Meninggalkan solat dengan sengaja merupakan dosa yang amat
besar.
Malangnya, berapa ramai yang memenuhi solat lima waktunya sehari semalam! Amat sedikit
sekali bilangannya apatah lagi jika berada dalam keadaan tertentu, maka lebih senang untuk
meninggalkannya.
Justeru, pendekatan ilmu itu sangat penting bagi melaksanakan ibadah serta disiplindisiplinnya dengan sempurna sebagaimana tempat-tempat yang saya sebutkan di atas. Kita
tidak boleh lagi memberi alasan bahawa kita tidak tahu itu dan ini mengenai ibadah kita,
sedangkan kita masih lagi malas mencari ilmu.
Oleh itu, Nabi SAW telah menegaskan kepada orang yang malas menuntut ilmu dengan
katanya: Mencari ilmu adalah fardu ke atas setiap orang Islam.

RUJUKAN

Fatwa Muhimmah Tataallaqu Bish Shalah, hal. 40-41, Syaikh Ibnu Baz
Buku fatwa-fatwa terkini terkini jilid 1, Penerbit Darul Haq
http://fatwa-ulama.com
Fatwa Islamiyyah, Al-Lajnah Ad-Daimah
Hasyiyah Bujairami ala al-Khatib, Juz 2, Hal 67
Mirqat Suudus Tasdiq, 24
Buku Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat Rohidzir Rais

12

Anda mungkin juga menyukai