Anda di halaman 1dari 6

KISAH PERANG UHUD

Perang Uhud (Bahasa Arab: azwat Uud) berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal[1] atau 11
Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy.[2]
Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka
ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi
Bukit Uhud.[3]

Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w.
menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana
di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh
Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang
diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.[1]

Strategi Nabi Muhammad

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga
pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah
seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan
meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.

Peperangan

Peta pertempuran, menunjukkan kedudukan dan pergerakan Muslim dan Musyrikin

Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang dimenangi pihak Muslim.
Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula bertempur, dengan tentera Muslim berjaya
menggoyahkan tentera musyrik Quraisy. Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud
apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil
harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya
tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.Namun hanya 14 orang pemanah yang
beriman sahaja yang tinggal.

Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda
Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam
serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin
mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam
menjadi kucar-kacir.
Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang
sahabat. Dalam keadaan yang sangat genting itu, Ubai bin Khalaf menghampiri Nabi Muhammad
untuk membunuh baginda. Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang tombak dan terus
merejam leher Ubai bin Khalaf lalu membunuhnya. Beliau adalah satu-satunya orang yang dibunuh
oleh Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang hayatnya.[perlu rujukan] Beberapa orang sahabat telah
terbunuh ketika bertindak melindungi Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat perisai, namun
baginda mengalami luka pada muka, bibir , kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh
ke dalam perangkap yang digali oleh Abu Amar Al Rahab.

Selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka
berkumpul semula. Menaiki kuda, pasukan Quraisy gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan
kelebihan serangan mengejut mereka. Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan
tidak mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan.

Tentera yang terbunuh

Bilangan tentera Islam yang terbunuh dalam peperangan ini kira-kira 70 orang manakala jumlah
tentera Quraisy seramai 23 orang.[4]

Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib telah mati terbunuh oleh seorang hamba
bernama [Wahsyi]. [Wahsyi]telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina
Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian
diluahkannya.[5]

Nabi Muhammad berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid
dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

Penghayatan

Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh
Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama
berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya
kepentingan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, selain ketua yang dilantik.

Nota

Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "The Battle of Uhud". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras)
(dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. pp. 254288.

Perang Uhud.
Watt (1974) m/s. 136

Berundur ke Bukit Uhud Utusan Online. 8 Jun 2011.

Ibn Ishaq (1955) 380388, dalam Peters (1994) m/s. 218

Rujukan

Buku

Abdul Latip bin Talib (2010). Perang Uhud: catatan duka tentera Islam. Malaysia: PTS Litera Sdn
Bhd. ISBN 978-983-3892-89-1.

Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) (dalam bahasa


Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. 503 m/s.

KETABAHAN NABI YAKOB ALAIHISSALAM




Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada
Allah.

Tiap kali saya membaca ayat ini, saya teringat tentang kesedihan. Bukan semata kesedihan,
tapi ekspresi kesedihan yang berlebihan, dimana orang-orang menyatakannya dalam dinding
facebook, twitter dlsb, itulah yang mendorong saya untuk mengetengahkan kembali ayat ini.
Ternyata dalam tangis pun selalu ada motivasi untuk segera bangkit.

Ayat ini adalah yang ke-86 dari Surah Yusuf. Ayat ini keluar dari lisan Nabi Yakub ketika
kehilangan Yusuf, putra tercintanya. Kehilangan sang putra telah mendera Nabi Yakub
hingga dirundung kesedihan yang berkepanjangan sampai-sampai kedua matanya menjadi
buta.

Pendeknya, Nabi Yakub sedang dihadapkan musibah. Tapi yang menarik dari kisah ini
adalah Nabi Yakub tidak semata menangisi musibah itu, tapi ada pelajaran penting dari Sang
Nabi yang memiliki keyakinan yang matang dan mulia saat mengadapi musibah. Ia tetap
tabah ketika anak-anaknya bercerita sambil menangis bahwa salah satu saudara mereka,
Yusuf, diterkam serigala. Mendengar penuturan mereka, Nabi Yakub berkata,
Kesabaran yang baik itulah (kesabaranku), dan Allah sajalah yang dimohon
pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan. (QS. 12.15)

Nabi Yakub hanya bisa menunggu kepulangan anaknya, Yusuf, yang tidak diketahui apakah
masih hidup ataukah telah mati. Ia terus menunggu meskipun tidak ada hasil.

Tahun demi tahun berlalu, sementara sang anak yang hilang belum kembali pulang.
Bukannya menemukan kembali anaknya, Nabi Yakub justru kehilangan lagi salah satu
putranya. Luka baru kembali mendera, menambah luka lama yang sudah menganga.

Lalu, apa yang Nabi Yakub lakukan? Apakah melepas kesedihan dan berteriak keras dan
berkeluh kesah? Lagi-lagi ia berkata, Kesabaran yang baik itulah (kesabaranku), dan Allah
sajalah yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan. (QS. 12.15) Ia
kukuh dalam ketabahan dan kesabarannya, tidak mau dikalahkan oleh kecemasan dan
keputus-asaan. Ia bersenandung,

Aku memikul beban pagi hari, lalu aku melepasnya lagi


Sebab dua tanganku harus bersiap memikul beban malam

Nabi Yakub tetap menyikapi musibah kedua dengan sikap yang sama ketika
musibah pertama menimpanya. Ia tetap mengharapkan rahmat Allah, memandang hari esok
dengan bibir yang senantiasa mengucapkan kata harap. Hasratnya tidak padam oleh berbagai
musibah. Ia kemudian berkata kepada anak-anaknya,

Wahai anak-anakku, pergilah kalian. Carilah berita tetang Yusuf dan saudaranya.
Janganlah berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari
rahmat Allah melainkan kaum kafir. (QS. 12.87)

Demikianlah sikap mulia yang dicontohkan Nabi Yakub. Dari sini, kita dapat mengambil
teladan dan mempelajari ketegaran serta ketabahannya dalam menghadapi setiap musibah
yang menyakitkan. Siapa pun akan menanggung musibah dalam kehidupannya. Tapi sikap
bebesar hati, sabar dan menjadikan musibah sebagai pelajaran hidup adalah sikap yang harus
tertanam dalam hati seorang mukmin.

Betapa pilu pengaduhan Nabi Yakub itu di hadapan Allah. Hingga dalam suatu riwayat,
tatkala Umar bin Khattab membaca ayat 86 Surah Yusuf itu, di mana saat itu menjadi imam
shalat shubuh, ia menangis hingga air matanya tumpah membasahi jenggotnya. Umar
bersedih hati tatkala dihadapkan tanggung jawab besar setelah terpilih menjadi khalifah. Ia
pun perlu mengadu kepada Allah tentang tugas berat yang bakal diembanya.

Kiranya, semua orang pasti bersedih hati dan pilu. Dan, kepada Allah kita seharusnya
bersandar dan mengadu.
DAKWAH NABI NUH AS

PERIHAL dan peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada para nabi dan rasul memberi
pengajaran yang besar kepada umat yang terdahulu sehingga kini. Kisah yang dirakamkan
melalui ayat suci al-Quran bukanlah satu kisah dongeng atau yang direka-reka tetapi sebagai
peringatan Allah kepada hambanya supaya terus beriman tanpa memilih kiblat lain selain
daripada Allah. Melalui rancangna Ibrah di IKIMfm yang disiarkan pada hari Isnin jam 5.15
petang, Ustaz Syaari Abdul Rahman menyampung kisah Nabi Nuh AS.

Dakwah Nabi Nuh a.s. merupakan satu kisah unik sehingga Allah menguji baginda untuk
menguruskan anaknya yang tidak mahu beriman kepada Allah.

Kisah Nabi Nuh a.s. banyak disebutkan di dalam ayat al-Quran pada beberapa surah. Dalam
Surah Al-Araf ayat 59 , Allah berfirman yang bermaksud, Sesungguhnya Kami telah
mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: Wahai kaumku! Sembahlah
kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.
Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat).

Allah mengutuskan kehadiran Nabi Nuh a.s. sebagai penyelamat agar kaum dan pengikutnya
untuk beriman tetapi mereka tidak memperdulikannya. Ini dijelaskan lagi Allah dalam
firman-Nya, Ketua-ketua dari kaumnya berkata: Sesungguhnya kami nampakmu (wahai
Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata. (Surah Al-Araf ayat 60)

Lalu, Nabi Nuh yang ditugaskan Allah untuk menjadi daie kepada kaumnya itu tidak pernah
mengalah malah menyandarkan bahawa baginda adalah utusan daripada Yang Maha Esa.

Firman Allah, Nabi Nuh menjawab: Wahai KaumKu! Tidak ada padaku sebarang
kesesatan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. (Surah Al-Araf ayat
61)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada hadith Juraij bin Atho dari Ibnu Abbas r.a. ketika
mentafsirkan firman Allah Taala di dalam Surah Nuh ayat 23, memperihalkan berkenaan
sebab kaum Nabi Nuh a.s. yang sesat itu.

Firman Allah, Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu
meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan
Suwaa, dan Yaghuth, dan Yauuq, serta Nasr.

Wadd, Suwaa, Yaghuth, Yauuq, dan Nasr merupakan orang soleh dari kaum Nabi Nuh a.s.
Sewaktu mereka wafat, syaitan telah membisikkan kepada kaumnya untuk membuat patung
mereka di kawasan tempat mereka duduk, lalu setiap patung diberi nama dengan nama
mereka.

Ibnu Jarir At-Thabari dalam tafsirnya menyebutkan bahawa nama-nama di atas itu adalah
orang soleh yang hidup pada masa di antara Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s.

Mereka memiliki ramai pengikut yang selalu mengikut jejak langkah mereka. Namun,
apabila mereka meninggal dunia, para pengikutnya menyatakan bahawa, Seandainya kita
buatkan patung mereka, tentu akan membuatkan kita akan mengingati mereka dan
mendorong kita untuk rajin beribadah. Lalu perkara itu dilaksanakan.

Namun, apabila para pengikutnya telah meninggal dunia, Iblis telah membisikkan generasi
berikutnya dengan berkata, Sungguh mereka menyembahnya dan meminta hujan dengan
perantara patung-patung ini. Akhirnya patung-patung itu disembah oleh mereka.

Daripada peristiwa inilah, wujudnya kerosakan yang amat dahsyat terhadap kaum Nabi Nuh
a.s. dengan penyembahan patung-patung itu (berhala) di atas muka bumi ini. Lalu, Allah
Taala telah mengutuskan Nabi Nuh untuk menyeru kaumnya agar beribadah hanya kepada
Allah dan tidak menyekutukan-Nya serta melarang penghambaan selain kepada-Nya.

Kemudian, selepas diutus seorang rasul, Nabi Nuh a.s. menjalankan dakwah kepada kaumnya
untuk beribadah semata-mata kepada Allah. Dia melarang kaumnya itu untuk menyembah
berhala, patung atau berbagai bentuk taghut.

Allah berfirman di dalam al-Quran pada Surah An-Nahl ayat 36 yang bermaksud, Dan
sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan
memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah
Taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah
petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah
kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang
mendustakan Rasul-rasulnya.

Usaha Nabi Nuh a.s. untuk berdakwah kepada kaumnya tidak membatasi waktu di antara
siang dan malam. Seruan Nabi Nuh ini menunjukkan betapa cekal dan kuatnya baginda untuk
meninggalkan urusan dunia untuk mentadbir kaumnya itu.

Nabi Nuh berkata seperti yang diceritakan di dalam al-Quran dalam Surah Nuh ayat 5 yang
bermaksud, (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai
Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka
beriman).

Kata Nabi Nuh lagi, Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun)
selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran). (Surah Nuh ayat 6)

Kemudian Nabi Nuh berkata, Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka
(beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan
telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil
dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau. (Surah Nuh ayat 7)

Begitulah Allah memperihalkan kisah Nabi Nuh a.s. berusaha menjalankan amanah untuk
menyeru kebaikan kepada kaumnya itu. Proses pendidikan dan pentarbiahan bukanlah satu
tempoh yang singkat kerana usaha yang berterusan akan memberikan natijah yang luar biasa.

Justeru, daie yang benar-benar memahami hakikat jalan dakwah tidak akan terhenti di
pertengahan sehingga kita digelar futur dalam perjuangan di dalam medan dakwah yang
sebenar.

Anda mungkin juga menyukai