Anda di halaman 1dari 5

Komponen Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian ditulis mengikut format tertentu yang telah dipersetujui dan
dipakai oleh sesebuah sekolah, peringkat daerah ataupun di peringkat negeri. Selain itu
format rancangan mengajar juga mungkin berbeza mengikut mata pelajaran. Rancangan
Pengajaran Harian mempunyai persamaan iaitu mengandungi tiga komponen penting iaitu
persediaan, penyampaian, dan penutup.

Komponen Persediaan

Komponen persediaan dalam RPH terdiri daripada maklumat am, pengetahuan sedia ada,
kemahiran, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran, Objektif Pengajaran,
Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan KBAT.

Maklumat Am

Maklumat am adalah butir-butir tentang tarikh, masa, kelas/tingkatan, bilangan


pelajar, mata pelajaran dan tajuk pelajaran/pengajaran. Maklumat ini adalah penting
supaya guru dapat merancang strategi pengajaran untuk pelajarnya.

Kemahiran/Fokus

Antara kemahiran/fokus yang perlu diaplikasikan oleh guru dalam RPH adalah
seperti berikut :

- Guru perlulah memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai.


- Guru harus memastikan apa yang perlu dikuasai oleh murid agar apa yang
dikehendaki nanti dapat di aplikasikan dan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan
oleh murid-murid.
- Guru perlu menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat,
kebolehan dan minat pelajar.
- Guru juga perlu menyatakan panduan tunjuk arah kepada murid dan
menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan.

Pengetahuan sedia ada


Pengetahuan sedia ada adalah pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar
berkaitan dengan tajuk yang telah diajar, atau pengetahuan yang dimilikinya
berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Berdasarkan pengetahuan sedia ada
pelajar, guru dapat:

1. menentukan peringkat pembelajaran pelajarnya


2. dapat mengelak guru daripada mengulang mengajar sesuatu yang telah
dipelajari atau dikuasai pelajar
3. membantu guru merancang persediaan mengajar
4. membantu guru merancang penyediaan bahan bantu mengajar
5. menjangkakan hasil pembelajaran yang diharap dari pengajarannya

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

Isi pengajaran pada hari tersebut akan dijalankan berdasarkan standard kandungan
dan standard pembelajaran yang dipilih daripada Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah. Sebagai contoh adalah seperti
berikut :

Standard Kandungan Merumus konsep beriman dengan kitab dan mengaplikasi


dalam kehidupan harian secara berada dan istiqamah.

Standard 3.2.4 Merumus kesan beriman dengan kitab


Pembelajaran
3.2.5 Membuktikan keimana terhadap kitab melalui
Tindakan dalam kehidupan harian

Objektif Pengajaran

Sebelum seseorang guru menyampaikan sesuatu pengajaran, mestilah mengetahui


apa yang dicapainya dalam pelajaran pencapaian ini dapat ditunjukkan dengan jelas
sekiranya kesan pengajaran dinyatakan mengikut perlakuan dan selepas pengajaran
itu. Penentuan objektif pengajaran biasanya berdasarkan kemahiran dihuraikan
dalam sukatan pelajaran serta kebolehan murid ada. Isi pelajaran yang kemudian
dipilih dirancang untuk akan berdasarkan kepada objektif pengajaran yang telah
ditentukan. Selain itu, objektif pengajaran pelulah diperlbagaikan bagi kelas yang
muridnya mempunyai pelbagai keupayaan.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah pentaksiran yang mencorakkan


hala tuju sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan terarah kepada proses pembentukan personaliti
murid secara menyeluruh, berterusan, fleksibel, autentik, dan pelbagai situasi.

KBAT

Menggalakan murid untuk berfikir secara kritis dengan mengaplikasikan penggunaan


I-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

KOMPONEN PENYAMPAIAN

Komponen penyampaian adalah bahagian yang memerlukan guru berfikir dengan teliti untuk
merancang aktiviti pengajaran yang hendak dijalankan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Pada peringkat ini guru hendaklah bijak memilih strategi pengajaran yang
sesuai dengan isi pelajaran, penggunaan media pengajaran yang sesuai dan menarik, serta
aktiviti pengajaran yang berkesan. Komponen penyampaian terdiri daripada induksi set,
perkembangan, dan penutup

1. Set Induksi

Set induksi adalah permulaan pengajaran yang penting. Induksi set adalah untuk memfokus
atau mengorientasi perhatian pelajar terhadap pelajaran yang hendak dimulakan. Bermula
dari sini aliran pemikiran pelajar yang menjurus kepada pelajaran dapat dibina dengan cara
menimbulkan minat serta perasaan ingin tahu mereka. Induksi set hendaklah dijalankan
dengan menarik dalam lingkungan 3 hinga 5 minit sahaja. Guru boleh menjalankan induksi
set dengan berbagai-bagai cara untuk menarik perhatian dan membina aliran fikiran pelajar.

2. Perkembangan pelajaran

Peringkat perkembangan pelajaran adalah peringkat guru menyampaikan isi pelajaran.


Peringkat ini guru akan menggunakan segala teori dan prinsip pedagogi yang dipelajarinya.
Guru akan menggunakan kemahiran seperti teknik menyoal, peneguhan, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran menerang, memeringkat isi pelajaran, serta memilih kaedah dan
teknik pengajaran yang sesuai. Berkaitan dengan perkembangan pengajaran terdapat
beberapa langkah yang dilakukan oleh guru untuk mencapai objektif pengajaran di dalam
kelas. Bukan itu sahaja, pada peringkat ini juga, guru akan menggunakan bahan bantu
mengajar secara maksimum supaya dapat menarik minat pelajar terhadap pengajaran guru
di samping membantu mereka memahami isi pelajaran.

3. Penutup

Guru boleh menutup pengajarannya dengan membuat kesimpulan terhadap pelajaran yang
diajar. Pengajaran guru tidak seharusnya berhenti secara tiba-tiba terutamanya ketika
pelajar hendak keluar semasa waktu rehat. Guru hendaklah merancang pengajarannya
supaya dapat ditutup dengan baik dan berkesan. Minda pelajar hendaklah difokuskan
kepada perkara yang telah dipelajari terutamanya melalui kesimpulan, penilaian, atau aktiviti
susulan (tugasan).

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan mambawa maksud kepada kaedah seseorang guru untuk mencapai objetif
dalam mencapai objektifnya bagi sesuatu pelajaran itu supaya pelajar dapat menerima dan
memahami isi pelajaran yang disampikan. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan
satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran Dengan adanya
pendekatan, guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Antara
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sebagai medan dakwah dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam adalah seperti berikut :

Berasaskan projek Induktif

Berpusatkan guru Bersepadu

Berpusatkan murid Talaqqi dan Musyafahah

Berpusatkan bahan Qudwah Hasanah

Deduktif Bertema ( Thematic Approach)

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kaedah adalah kaifiyat atau prosedur yang dirancang oleh guru bagi melaksanakan sesuatu
pengajaran dan ia merupakan suatu langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru
supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh
guru kepada mereka. melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru
menyampaikan pengetahuan, ketrampilan, nilai-nilai dan kemahiran yang ingin disampaikan
kepada murid. Antara kaedah pengajaran yang dicadangkan adalah seperti :

Kuiz Penyelesaian masalah

Sumbang saran Ulangan

Main peranan Bercerita

Perbincangan Lakonan

Permainan Soal Jawab

Latih tubi Bacaan

Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran

Teknik pengajaran adalah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan  kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Teknik yang dipilih haruslah
sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah untuk menarik minat
murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan rasa ingin tahu murid akan sesuatu
tajuk atau isi pelajaran yang akan dan sedang dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai