Anda di halaman 1dari 4

1

Feb

Cerita Kanak-kanak : Ratu Lebah Yang Tamak


Pin Pin Pon Pon || Cerita Kanak-kanak, PAKK, UPSI
Cerita ini ditulis bagi memenuhi kehendak tugasan untuk subjek KAZ 1023 : Matematik dan
Sains Awal Kanak-kanak. Jadi ada sedikit unsur Matematik iaitu berkaitan dengan nombor, unsur
Sains pun ada jugak, iaitu Serangga.. Teknik penceritaan terpulang kepada kreativiti guru.. Nak
jadi guru tadika/taska/prasekolah ni kreatif tu penting...

Ratu Lebah Yang Tamak


Di atas sebatang pokok terdapat satu sarang lebah yang sangat besar. Di dalamnya tinggal Ratu
Lebah bersama pengikut-pengikutnya. Berhampiran pokok tersebut terdapat sebuah kebun bunga
yang luas. Kebun bunga itu milik seorang penjual madu yang kaya raya. Lebah-lebah itu sangat
gembira tinggal di situ. Namun, Ratu Lebah sangat tamak, dia mahu lebah-lebah itu membawa
pulang madu yang banyak setiap hari.
Pada suatu hari, 5 ekor lebah telah ditugaskan untuk keluar terbang mencari madu di kawasan
kebun tersebut. Walaupun kepenatan kerana terpaksa membawa pulang madu yang banyak, 5
ekor lebah itu terpaksa juga menurut perintah Ratu Lebah yang tamak itu. Sedang asyik
menghisap madu di kebun bunga itu, seekor lebah berkata,

Lebah 1 : Aku sudah penat menghisap madu di sini. Setiap hari kita perlu membawa pulang
madu yang banyak untuk ratu.

4 ekor lebah yang lain bersetuju dengan kata-kata lebah 1. Lantas Lebah 2 bersuara,

Lebah 2 : Betul kata kau wahai Lebah 1, marilah kita pergi ke rumah penjual madu itu, di sana
pasti terdapat lebih banyak madu.
Lebah 3 : Ya, betul tu. Ratu pasti gembira jika kita berjaya membawa pulang madu yang
banyak.
Lebah 4,5 : Kami setuju! Ayuh kita ke sana!

Tanpa membuang masa, 5 ekor lebah itu segera terbang menuju ke rumah penjual madu.
Setibanya di sana, lebah-lebah itu sungguh teruja kerana terdapat banyak bekas yang berisi madu
di situ.

Lebah 2 : Tepat sekali jangkaan aku. Ada 5 bekas berisi madu yang sangat besar di sini.

Lebah 1 segera terbang menuju ke arah bekas 1, Lebah 2 menuju ke arah bekas 2 dan seterusnya
lebah-lebah lain pula menuju ke arah 3 bekas madu yang lain. Setelah puas, 5 ekor lebah itu
pulang ke sarang dengan gembira lalu menceritakan tentang rumah penjual yang penuh dengan
madu itu. Ratu Lebah sangat teruja mendengar cerita itu.

Ratu Lebah : Mari kita pergi lagi ke rumah penjual itu. Beta mahu mengikut kamu semua.

5 ekor lebah yang kepenatan itu terkejut mendengar kata-kata Ratu Lebah. Namun, mereka tidak
berani membantah dan terpaksa membawa Ratu Lebah ke rumah itu semula. Setibanya mereka di
sana, 4 bekas madu telah pun ditutup oleh penjual madu itu. Hanya tinggal 1 bekas yang masih
terbuka.

Ratu Lebah : Cepat! Beta mahu madu yang banyak lagi.


5 ekor Lebah : Baik tuanku!

Lebah-lebah itu termasuk Ratu Lebah segera terbang ke arah bekas ke-5 yang masih terbuka dan
segera mengambil madu dengan banyak.

Ratu Lebah : Beta mahu kamu semua hisap madu-madu ini dengan banyak sehingga perut
kamu penuh.
Lebah 1 : Tapi Ratu, badan kami akan menjadi berat dan kami pasti tidak mampu untuk terbang
nanti.
Lebah 2 : Betul tu Ratu, patik sudah berasa sangat kenyang.
Ratu Lebah : Jangan melawan perintah beta!

5 ekor lebah itu terdiam dan hanya menurut perintah. Tiba-tiba penjual madu datang dan mahu
menutup bekas madu itu.

Lebah 3 : Ratu! Bekas madu ini akan ditutup, kita harus pulang segera.

Ratu Lebah terkejut dan cuba untuk terbang, namun badannya menjadi sangat berat dan Ratu
Lebah tidak mampu untuk terbang. Begitu juga dengan 5 ekor lebah yang lain. Mereka semua
tidak dapat keluar kerana terperangkap di dalam bekas madu itu dan akhirnya mereka mati.

oleh : Ainismaira
Pengajaran : Kita mestilah menjauhi sifat tamak, kerana orang yang tamak selalu rugi.
*Jangan gelak ek, cite ni memang lawak sikit, mana taknye pukul 4 pagi baru tulis, mengarut2 je
ceritanya, pastu masuk kelas betulkan balik terus tunjuk pada pensyarah. Nasib tak kene reject..
Hehe..*

Macam ni lah nasib jadi cikgu tadika, otak kene kreatif sepanjang masa sebab nak menarik
perhatian kanak-kanak. Saya ada sediakan ABM tapi masa entry ni ditulis, ABM tu baru 50%
siap.. nanti dah siap sepenuhnya saya akan update la untuk rujukan awak2 yang sama bidang
dengan saya :))

Anda mungkin juga menyukai