Anda di halaman 1dari 3

Pada suatu hari, pagi-pagi lagi Mak Andih mengejutkan Pak Pandir daripada tidurnya.

Mak Andih hendak menyuruh Pak Pandir pergi mengangkat pukat. Pukat itu ditahan

oleh Mak Andih di tepi sungai.

"Pak Pandir! Oh, Pak Pandir!" Mak Andih memanggil. Pak Pandir terdengar suara Mak

Andih memanggilnya. Dia membuka matanya sambil menguap. Dia masih mengantuk.

"Pak Pandir! Oh, Pak Pandir!" Mak Andih memanggil lagi. "Ada apa, Mak Andih?" tanya

Pak Pandir. Dia masih berbaring di tempat tidurnya.

"Pergilah awak mengangkat pukat di sungai," kata Mak Andih. Tetapi Pak Pandir

menjawab,

"Saya masih mengantuk." Mendengar jawapan itu, Mak Andih membiarkan Pak Pandir

tidur.

"Kasihan, Pak Pandir! Dia masih mengantuk lagi," ujar Mak Andih dalam hatinya. Pak

Pandir terlena semula.

Tidak lama kemudian, Mak Andih mengejutkan Pak Pandir sekali lagi. Dia berharap Pak

Pandir dapat pergi mengangkat pukat. Jika mendapat ikan, tentulah boleh dijadikan lauk

untuk makan pada hari itu. "Pak Pandir! Oh, Pak Pandir!" Mak Andih memanggil. Pak

Pandir terdengar lagi suara Mak Andih memanggilnya. Tetapi dia masih mengantuk.

"Pak Pandir! Oh, Pak Pandir!" Mak Andih masih memanggil. "Ada apa, Mak Andih?"

tanya Pak Pandir. Dia masih mengantuk. "Pergilah awak ke sungai. Angkat pukat," kata

Mak Andih. "Masih awal lagi. Matahari belum naik," ujar Pak Pandir. Mak Andih

membiarkan Pak Pandir tertidur semula. Tidak lama kemudian, terdengarlah Pak Pandir

berdengkur. Setelah matahari terbit, Mak Andih mengejutkan Pak Pandir semula. "Pak

Pandir! Oh, Pak Pandir!" laung Mak Andih. "Ada apa, Mak Andih?" Pak Pandir bertanya

dari dalam selimutnya. "Matahari sudah naik. Pergilah angkat pukat," ujar Mak Andih.
Tetapi Pak Pandir menjawab, "Saya sejuk. Biarlah matahari naik lebih tinggi." Mak Andih

terdiam apabila mendengar Pak Pandir menjawab begitu. "Kasihan Pak Pandir! Dia

masih berasa sejuk," kata Mak Andih dalam hatinya. Mak Andih lalu membiarkan Pak

Pandir berdengkur semula.

Setelah matahari naik sudah agak tinggi, Mak Andih mengejutkan Pak Pandir semula.

"Pak Pandir! Oh, Pak Pandir!" Mak Andih melaung kuat. "Ada apa pula, Mak Andih?"

tanya Pak Pandir dengan mata terpejam. Kalau begitu, tunggulah pagi esok pula," sahut

Pak Pandir. Mak Andih terdiam. Pak Pandir berasa lega kerana suara Mak Andih tidak

kedengaran lagi. "Lega rasanya hatiku. Sekarang aku boleh sambung tidur semula,"

kata Pak Pandir dalam hatinya.

Sejurus kemudian, terdengarlah Pak Pandir berdengkur semula. Dia sudah terlena.

Tetapi sejurus selepas itu, terkejutlah Pak Pandir apabila terdengar suara Mak Andih

bertempik di hujung kakinya. Suara Mak Andih kuat bagai halilintar. "Awak hendak

bangun atau hendak tidur?" Mak Andih sudah naik angin. "Hendak bangun!" jawab Pak

Pandir. Dia sudah berdiri. "Awak hendak pergi angkat pukat atau tidak?" Mak Andih

benar-benar sudah meradang. "Memukat boleh, menjala pun boleh!" jawab Pak Pandir.

Kecut hatinya apabila melihat Mak Andih sudah meradang. "Awak takut pada buaya

atau lebih takut pada parang tumpul ini?" tanya Mak Andih lagi. Kecutlah hati Pak Pandir

apabila melihat Mak Andih memegang sebilah parang tumpul. "Saya tidak takut pada

buaya. Saya lebih takut pada parang tumpul itu," jawab Pak Pandir dengan suara

menggigil. Mahu tidak mahu, terpaksalah Pak Pandir pergi ke sungai. Apabila tiba di tepi

sungai, dilihatnya pukat itu sudah tercabut dan berbelit-belit. Pak Pandir berasa hairan.

"Mengapa pula pukat ini terjadi begini?" dia bertanya sendirian. Pak Pandir lalu

memerhati dengan teliti. Terkejutlah Pak Pandir kerana menyangka di dalam pukat itu

terdapat seekor ikan yang sangat besar. Padahal, di dalam pukat itu sebenarnya
terdapat seekor ular sawa. Pak Pandir menyangka ular sawa itu ialah ikan haruan. "Ini

tentulah ibu haruan!" fikir Pak Pandir. "Wah, besar sungguh ibu haruan ini!" ujar Pak

Pandir lagi dalam hatinya. Ia berasa sangat gembira. "Mak Andih tentu gembira!" fikirnya

lagi. Tanpa berlengah lagi, Pak Pandir mengangkat pukat itu dan terus membawanya

pulang. "Berat sungguh ibu haruan ini," Pak Pandir merungut .

Namun, Pak Pandir berusaha memikulnya. Akhirnya, Pak Pandir sampai di rumah. Pak

Pandir membawa naik pukat itu ke atas rumah. "Mak Andih! Kita dapat ikan besar," kata

Pak Pandir dengan hati sangat gembira. "Ikan apa?" tanya Mak Andih dari dapur. "Ibu

haruan!" jawab Pak Pandir. "Besar mana ibu haruan itu?" terdengar lagi suara Mak

Andih bertanya dari dapur. "Besar!" jawab Pak Pandir lagi. "Yalah! Besar mana?

Sebesar lengan atau sebesar betis?" Mak Andih ingin tahu. "Besar macam paha.

Panjang macam batang pinang," terang Pak pandir. Mendengar kata-kata Pak Pandir

itu, Mak Andih pun terus meluru keluar. Apalagi! Bertempiklah Mak Andih kerana sangat

terkejut melihat ular sawa itu. "Ular sawa!" Lintang-pukang Mak Andih lari, terjun dari

rumahnya. Pak Pandir turut terkejut setelah mendengar Mak Andih bertempik begitu.

Apabila melihat Mak Andih lari lintang-pukang, Pak Pandir turut lari dan terjun dari

rumahnya. "Minta maaflah, Mak Andih! Saya fikir ibu haruan. Tetapi rupa-rupanya ular

sawa," kata Pak Pandir. Mak Andih terdiam sahaja kerana masih tergaman. Mukanya

pucat lesi kerana masih ketakutan. Pak Pandir tersengih-sengih. Dia berasa malu

kerana kebodohannya itu.

Anda mungkin juga menyukai