Anda di halaman 1dari 1

Kisah Pak Kaduk Kisah ini bermula di dalam sebuah negeri yang diberi nama Cempaka Seri.

Rajanya bernama Indera Seri. Raja Indera Seri ini terkenal dengan sikap sombong dan suka berjudi sabungan ayam. Di tepi hulu sungai negeri tersebut tinggal seorang tua bernama Pak Kadok. Pak Kadok seorang yang lurus bendul dan kurang bijak. Pada suatu hari Pak Kadok berkata kepada isterinya Siti, "aku ingin pergi menyabung di gelanggang baginda Raja. Kita bawa si Kunani ayam kita sebab ayam ni amat bertuah, kita pertaruhkan kampung kita kepada Raja, kalau kita menang tentulah kita akan mendapat duit dari Raja," sambung Pak Kadok Lagi. Isteri Pak Kadok berkata, jika begitu baiklah, awak pergilah menyabung bawa ayam kita. Pak Kadok pun menyuruh isterinya membuatkan baju dan seluar daripada kertas. Mana boleh guna kertas, nanti koyak, jawab isterinya. Kamu buat sahaja, aku nak cepat, guna pelekat saja, balas Pak Kaduk dengan angkuhnya. Apabila siap, Pak Kadok dengan berasa bangga memakainya dan pergilah ia ke gelanggang tersebut. Pak Kadok pun segera menunjukkan ayamnya kepada baginda. Baginda berasa ayam Pak Kadok kuat dan boleh menang lalu baginda mencadangkan agar ayam Pak Kadok ditukar dengan ayamnya. Pak Kaduk bersetuju. Raja bertanya pada Pak Kadok "apakah pertaruhan kamu?". Maka sembah Pak Kadok, "ampun tuanku, patek ini tiada harta hanya kampung tempat tinggal patek yang ada, jadi kampung tersebut patek pertaruhkan". Baginda Raja bersetuju. Dalam perlawanan tersebut ayam Pak Kadok Si Kunani telah berjaya mengalahkan ayam baginda raja, Si Jalak. Setelah melihat Si Jalak sudah mati, Pak Kadok melompat kegembiraan sehingga terlupa bahawa Si Kunani telah menjadi milik Raja. Oleh kerana terlalu asyik melompat kegembiraan, seluar dan baju kertasnya tadi habis terkoyak dan bertaburan. Semua orang termasuk baginda Raja ketawa melihat Pak kadok. Baru Pak Kadok perasan bahawa dia sedang berbogel. Pak Kadok berasa amat malu lalu terus melarikan dirinya tanpa menoleh kiri dan kanan.Baginda Raja berkata, "malang sungguh Pak Kadok ayam sabungnya menang tapi kampung tergadai.

Anda mungkin juga menyukai