Anda di halaman 1dari 19

Disediakan Oleh :

Mohamad Najib Bin Tarubus


Muhammad Muaz Bin Sariff
Syazwani Binti Che Rusli
Sinopsis
Alkisah, seorang lelaki yang digelar Pak Lebai.
Pak Lebai tinggal di sebuah dusun bersama
isterinya. Pak Lebai seorang yang kuat agama
dan beradab. Namun begitu, Pak Lebai
mempunyai masalah dalam membuat
keputusan yang tepat dan bersifat tamak.

Pada suatu hari, ibarat mendapat durian
runtuh. Pak Lebai mendapat tiga jemputan
berturut-turut secara serentak. Jemputan yang
pertama ialah melawat orang meninggal, kedua
jemputan kenduri khatam pengajaran dan yang
ketiga ialah kenduri dikir Maulud. Maka
bermulalah kisah duka Pak Lebai ini.

Dek kerana terlalu khusyuk berada di
atas sejadah sehingga selesai solat Zuhor.
Pak Lebai masih berfikir jemputan mana yang
lebih beruntung untuk dihadiri terlebih dahulu.
Kekeliruan yang membelenggu dirinya itulah
yang menyebabkan masa terus berlalu
meninggalkannya. Ibarat yang kita kejar tak
dapat, yang kita kendong pula berciciran.

Setibanya di majlis yang pertama iaitu
melawat orang meninggal, Pak Lebai
mendapati majlis tersebut telah selesai. Maka
Pak Lebai berganjak ke majlis kedua iaitu
jemputan kenduri khatam tapi sayangnya
semua jemputan sudah ingin pulang.
Seterusnya, Pak Lebai menuju ke rumah yang
ketiga iaitu kenduri dikir. Namun, nasibnya
tetap sama. Sungguhpun begitu, Pak Lebai
dibekalkan dengan sebungkus lempeng.
Sungguh malang nasib Pak Lebai bagai jatuh
ditimpa tangga.
Tema
Peranan alim ulama

Persoalan
Menepati masa
Kebodohan dalam membuat
keputusan
Sifat tamak yang merugikan diri
Plot Cerita
Permulaan
- Lebai seorang yang berperibadi baik dan
sentiasa taat dalam beribadah. Tinggal
bersama isterinya di sebuah dusun

Perkembangan
- Lebai menerima tiga jemputan berturut-
turut dalam satu masa yang sama. Lebai
sukar membuat keputusan untuk memilih
jemputan mana yang perlu dipenuhi.
Setelah berfikir, dia membuat keputusan
untuk pergi ketiga-tiga jemputan
tersebut.
Klimaks
- Sewaktu Lebai menuju ke rumah yang
pertama iaitu rumah kematian, majlis
sudahpun selesai. Lebai menuju ke
rumah kedua iaitu majlis khatam. Apabila
tiba, para jemputan telah mula beransur
pulang, maka terlewat lagi Lebai. Lebai
beransur ke rumah ketiga iaitu kenduri
maulud. Nasib yang sama tetap terjadi
kepada Lebai.

Peleraian
- Lebai pulang dengan membawa
sebungkus peganan iaitu lempeng dari
rumah kenduri maulud.

Watak
UTAMA
LEBAI
SAMPINGAN
Kanak-kanak
(jemputan khatam)
Lelaki
(jemputan
kematian)
Orang
(jemputan maulud)
Watak dan Perwatakan
WATAK PERWATAKAN
Lebai pandai mengaji
taat beribadat kepada Allah
beradab dan santun
ikhlas hati
tamak
tidak bijak dalam membuat keputusan
Lelaki
(jemputan
kematian)
memberikan berita
Kanak-
kanak
(jemputan
khatam)
memberikan berita
Orang
(jemputan
maulud)
memberikan berita
pemurah

Latar
MASA
Dari pagi
hingga ke waktu
petang
- Ada disebut waktu
zuhur
TEMPAT

Di sebuah
perkampungan
Di rumah lebai malang
Di rumah orang kenduri

TEMPAT
Masyarakat
Melayu lama
Beragama Islam

Mesej
Kita hendaklah bijak dalam membuat
keputusan
Kita akan sentiasa rugi seandainya
bersikap tamak
Kita hendaklah menepati janji
Nilai
Kesyukuran
Semangat kemasyarakatan
Tanggungjawab
Bijak membuat keputusan
Menepati janji
Pengajaran dan nilai murni
Kita janganlah bersikap tamak
Kitamestilah berfikir secara bijak
sebelum membuat keputusan
Kita perlu menepati masa apabila
berjanji.
Kita perlu sabar menghadapi ujian
allah
TUGASAN 2


PENGHASILAN
RPH
LEBAI MALANG
Alkisah, seorang lelaki yang digelar Pak Lebai.
Pak Lebai tinggal di sebuah dusun bersama
isterinya. Pak Lebai seorang yang kuat agama
dan beradab. Namun begitu, Pak Lebai
mempunyai masalah dalam membuat keputusan
yang tepat dan bersifat tamak.

Pada suatu hari, ibarat mendapat durian
runtuh. Pak Lebai mendapat tiga jemputan
berturut-turut secara serentak. Jemputan yang
pertama ialah melawat orang meninggal, kedua
jemputan kenduri khatam pengajaran dan yang
ketiga ialah kenduri dikir Maulud. Maka
bermulalah kisah duka Pak Lebai ini.

Dek kerana terlalu khusyuk berada di atas sejadah
sehingga selesai solat zuhur. Pak Lebai masih berfikir
jemputan mana yang lebih beruntung untuk dihadiri
terlebih dahulu. Kekeliruan yang membelenggu dirinya
itulah yang menyebabkan masa terus berlalu
meninggalkannya. Ibarat yang kita kejar tak dapat, yang
kita kendong pula berciciran.

Setibanya di majlis yang pertama iaitu melawat
orang meninggal, Pak Lebai mendapati majlis tersebut
telah selesai. Maka Pak Lebai berganjak ke majlis kedua
iaitu jemputan kenduri khatam tapi sayangnya semua
jemputan sudah ingin pulang. Seterusnya, Pak Lebai
menuju ke rumah yang ketiga iaitu kenduri dikir. Namun,
nasibnya tetap sama. Sungguhpun begitu, Pak Lebai
dibekalkan dengan sebungkus lempeng. Sungguh malang
nasib Pak Lebai, bagai kaca terhempas ke batu.



MAKSUD PERIBAHASA

Yang kita kejar tak dapat, yang kita
kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana
setelah memperoleh sesuatu, tetapi
yang sudah di tangan hilang pula.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Anda mungkin juga menyukai