Anda di halaman 1dari 11

Guli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Guli
Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau akik. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya.

[sunting]Permainan
Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

[sunting]Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

[sunting]Cara

bermain

Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya. Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada

guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya. Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan. Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran. Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

Sejarah dan asal usul guli

Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget. Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat dari bahan kapur yang diadun dengan simen. Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki. Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. Jumlah pemain pula tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli. Guli yang digunakan sekarang diperbuat daripada kaca.

Gelanggang: Satu bulatan dilukiskan di atas tanah yang berukuran garis pusat 1m. Sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7sm dilekukkan di tengah-tengah bulatan. Tanah dilekukkan dengan menghentakkan tumit kaki ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada bulatan besar tersebut. Garisan ini adalah penanda mula tempat permainan.

Guli

ASAL USUL
Permainan guli adalah permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang terutamanya pada zaman dahulu. Permainan guli ini juga dikenali sebagai Kelereng.Permainan guli ini dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan gelanggang adalah di tempat yang teduh, tanah rata dan kawasan yang lapang.

Hal ini demikian kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk menggali lubang. Apabila tanah becek, permainan guli tidak menyeronokkan kerana buah guli akan melengket pada tanah dan menyukarkan prosaes permainan tersebut. Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebiji guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat daripada bahan atau batu kapur yang diadukkan dengan simen dan sebesar ibu jari kaki. Jumlah pemain dalam permainan ini tidak melebihi lima orang.

Permainan guli digemari oleh kanak-kanak

GELANGGANG
Untuk memulakan permainan, gelanggang perlu dibuat terlebih dahulu. Yang pertama pemain perlu melukis bulatan di atas tanah berukuran garis pusat 1meter dan ditengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7sm dengan cara menghentakkan tumit kaki ke tanah. Lubang tersebut dikenali sebagai lubang induk. Seterusnya, satu garisan lurus dibina dengan jarak 3meter daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Gelanggang guli

CARA BERMAIN
Bagi memulakan permainan ini, setiap pemain perlulah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk atau pun lubang utama. Guli yang telah masuk ke dalm lubang induk atau yang paling hampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama yang memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya. Seterusnya, pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yan berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar dari bulatan tersebut. Sekiranya jentikan tidak mengenai guli yang ada di dalam bulatan tersebut ianya dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, dan proses ini berterusan sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lain. Selain itu, pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan bersyarat, iaitu pemain perlulah memasukkan guli miliknya terlebih dahulu ke dalam lubang induk. Pemain akan memastikan guli miliknya akan sentiasa berada berdekatan dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Hal ini demikian kerana untuk memudahkan mereka mengawal pemainan tersebut. Seterusnya, apabila tiba pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain akan mengambil alih giliran tersebut dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh membuat jentikan terhadap guli pihak lawan.Sekiranya guli tersebut tidak memasuki lubang induk, tiba pula giliran pemain lain.

Di samping itu, kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli pihak lawan sehingga semua pemain selesai giliran. Terdapat dua cara dendaan yang akan dikenakan kepada pemain yang memungut jumlah mata yang paling rendah. Cara pertama ialah pemain yang kalah tersebut akan memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk atau lubang utama dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara yang kedua adalah dengan setip pemain perlu menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

Sedang bermain guli

Bermacam-macam jenis guli

Permainan Tradisional Melayu Konda Kondi


December 5, 2009 Oleh Anak Waris

Konda Kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.

Permainan Konda Kondi dari YouTube

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara wan to som dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu. Permainan Pertama Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata. Permainan Kedua

Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi. Permainan Ketiga Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini. Dipetik daripada warisan budaya malaysia

Anda mungkin juga menyukai