Anda di halaman 1dari 1

Soalan :

Setiap orang mempunyai adik yang paling disayangi.

Ceritakan tentang adik kamu.

Jawapan :

Saya amat bersyukur kerana dikurniakan seorang adik yang sangat


comel. Dialah tempat saya bermanja.

Adik saya adalah seorang lelaki . Nama adik saya Muhamad Haiqal
Azri bin Muhammad Nasri. Dia berumur tujuh tahun. Dia bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Saujana Utama.

Adik saya seorang yang sangat comel. Dia berambut pendek dan
kemas. Setiap petang adik bermain bola di padang. Adik seorang yang rajin
belajar.

Makanan kegemaran adik ialah sup ikan manakala minuman


kegemaran dia laici ais. Adik suka menonton cerita kartun seperti Hagema,
Doremon dan sebagainya.

Pada hujung minggu saya akan bermain basikal bersama adik untuk
mencergaskan badan. Pada waktu malam adik mengjak saya menonton DVD.
Adik saya gemar menolong saya membuat kerja rumah.

Saya berasa bangga kerana mempunyai adik seperti Haiqal. Saya


sangat sayang kepada adik saya.

By Ain Suraya

Anda mungkin juga menyukai