Anda di halaman 1dari 11

Permainan Tradisional Permainan Guli

Chang Sze Phay Fock Pooi Yee Lee Shing Mei Tong Mei Yuen Ung Kiew Lee

Pengenalan
Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat daripada kaca, tanah liat atau akik. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya.

Asal-usul
Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Biasanya dimainkan oleh kanak-kanak berumur antara 7-12 tahun. Jumlah pemain tidak melebihi 5 orang. Biji guli yang sesuai digunakan dalam permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur atau kaca.

Gelanggang
Gelanggang yang sesuai adalah kawasan tanah rata dan lapang. Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1m. Ditengahtengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10cm, lebar dan sedalam 7cm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah.

Gelanggang
Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Lubang tersebut garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Urutan Pemain
Untuk memulakan permainan, setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli kedua hampir dan seterusnya.

Cara Bermain
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada. Begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk dan semua pemain akan menangkah guli tersebut.

Peraturan
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai