Anda di halaman 1dari 18

Keganasan

Dalam

Sukan
J9 Chang Sze Phay Fock Pooi Yee Lee Shing Mei Tong Mei Yuen Ung Kiew Lee

Apa itu keganasan ?


Baron dan Richardson (1994), keagresifan merupakan apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan. Wann ( 1997 ), satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecederaan secara fizikal, verbal atau psikologikal ke atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan dan / atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan harta benda yang berpunca dari kemarahan.

Atlet

Penonton

Keganasan melibatkan

Pegawai

Jurulatih

Teori Keganasan
Teori naluri - sesuatu yang tertanam dalam diri- perlu diluahkan untuk hilangkan tekanan(katarsis) Teori pembelajaran sosial- dipelajari melalui pemerhatian Formulasi semula teori FrustrasiAgresif - kekecewaan sebagai pemangkin kepada keganasan

Bola sepak
Perlawanan yg berlangsung pada bulan februari 2008, semasa bermain untuk Arsenal, Eduardo Da Silva menerima satu tackle kasar dari pemain pertahanan Brmingham City, Martin Taylor yang serta-merta dibuang padang. Da Silva patah fibula kiri dan buku lali yg cedera teruk.

Sukan tinju
Kejadian Mike Tyson mengigit telinga Evander Holyfield sehingga telinganya putus pada tahun 1997. Peristiwa Tyson menggigit putus telinga Evander Holyfield merupakan peristiwa yang menggemparkan tinju dunia. Ia kemudian dijatuhi hukuman larangan bertanding selama satu tahun.

Ice Hockey Refree sedang berusaha memisahkan pemain ice hockey yang sedang bergaduh di depan goal pasukan Tampa Bay semasa permainan playo ff Hoki Ais Pertama di antara pasukan Ottawa Senator dan Tampa Bay Lightning.

Jenis-jenis keagresifan atau keganasan:


Keagresifan ketara Silva 1984, menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain (ataupun objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula ( kepuasan ) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya.

Keagresifan instrumental
Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk mencederakan individu lain, bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij. Individu yang bertindak agresif tadi melihat tindakan tersebut sebagai instrumental ( perlu dilakukan ) untuk mencapai matlamatnya.

Keagresifan asertif
Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Dalam konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang lain tidak timbul sama sekali.

Faktor-faktor yang mempengaruhi keganasan dalam sukan


1. Kebangkitan Fisiologi. Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan suhu suhu di persekitaran dan bunyi bisisng penoton. Suhu persekitaran berkait rapat dengan kecenderungan untuk bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang selesa, rimas serta mudah marah. Justeru itu, kesilapan yang sedikit atau tindakan yang dianggap keterlaluan yang dilakukan oleh orang lain ke atas pemain ini akan menjadi pencetus kepada pemain tersebut untuk bertindak secara agresif.

2. Persepsi Individu Yang Dikasari Keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan (berdasarkan persepsi) bahawa beliau akan dikasari oleh oihak lawan. Dalam konteks ini, persepsi tentang niat pemain lawan untuk mengasari seseorang individu adalah lebih kukuh dari kekalahan atau suasana pertandingan dalam mencetuskan tindakan yang agresif di kalangan pemain. Justeru itu, pemain yang menjangkakan bahawa beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang sama ke atas pihak lawan.

3. Perbezaan Mata Dan Jaringan. Kajian yang dilakukan dalam sukan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar perbezaan mata atau jaringan, maka semakin banyak kekasaran yang dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan(Cox,1999). Bagaimanapun jika kedudukan adalah seri ataupun perbezaan jumlah mata kecil, kurang perlakuan agresif dilakukan oleh pihak yang terlibat iaitu pemain dan jurulatih khususnya bimbangkan risiko yang bakal dihadapi jika pemain melakukan tindakan yang kasar dan agresif.

4. Lokasi Perlawanan Biasanya, pasukan yang bermain di tempat sendiri akan bertindak lebih agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah. Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan bola sepak,pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen & Cullen,1975).

5. Keputusan Pertandingan Pemain pasukan yang tewas atau merasakan bahawa pasukannya tidak berpeluang untuk menang lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain pasukan yang memenangi perlawanan tersebut. 6. Kedudukan Pasukan Dalam Liga Pasukan yang berkedudukan di tempat teratas liga lazimnya kurang agresif (kurang melakukan kekasaran) jika dibandingkan dengan pasukan yang kedudukannya di bawah. Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif, pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka sedangkan pasukan yang di bawah kecewa kerana gagal mencapai apa yang diidamkan.

7. Jangka Masa Dalam Permainan Umumnya, perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan lazimnya akan meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan. Bagaimanapun, kenyataan ini juga bergantung kepada jenis permainan. Yang jelas, keagresifan jarang berlaku di awal masa permainan.

8. Penggunaan Steroid Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan adalah kerana kesan sampingannya. Antara kesan sampingan steroid adalah peningkatan keagresifan individu yang mengambil atau menggunakan steroid. Justeru itu sebagai jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan, kita perlu memastikan agar pemain tidak mengambil apa-apa jenis ubat-ubatan terlarang sebelum mereka mengikuti pertandingan.

Cara-cara mengatasi keganasan dalam sukan


1. Mendisiplinkan Atlet Dengan Sikap Yang Betul 2. Ceramah Motivasi 3. Membuat Pemeriksaan Terhadap Penonton Sebelum Memasuki Stadium. 4. Memisahkan Penyokong Pasukan 5. Mempromosikan Acara Sukan Sebagai Aktiviti Keluarga 6. Media Tidak Menyalahgunakan Peranannya Sebagai Penyampai Informasi Maklumat.

Anda mungkin juga menyukai