Anda di halaman 1dari 3

Permainan: Pass N Goal Peralatan: 15 gelung hula, 15 tali yang telah diikat dalam bulatan, 15 bola, borang pengiraan

markah. Cara bermain: 1. Setiap peserta dalam kumpulan masing-masing beratur dalam satu barisan sambil memegang tangan. 2. Setiap kumpulan akan diberi satu gelung dan satu tali. 3. Gelung akan dihantar dari peserta yang berada di kiri ke peserta yang berada di kanan dan pada masa yang sama tali akan dihantar dari peserta yang berada di kanan ke peserta yang berada di kiri. 4. Gelung hula dan tali mesti melepasi seluruh badan mereka dan mereka tidak boleh melepaskan tangan. 5. Kumpulan yang telah selesai menghantar gelung dan tali dikenakan berlari ke arah bola dan menghantar bola ke goal masing-masing oleh salah seorang peserta. 6. Setelah peserta tersebut menghantar bola ke goal, dia dikenakan balik ke kumpulan sendiri. Kumpulan tersebut akan diberikan gelung hula dan tali yang baru. Mereka dikenakan menghantar gelung hula dan tali seperti tadi. 7. Setelah selesai menghantar, peserta yang seterusnya(yang belum menghantar) dalam kumpulan akan berlari ke arah bola dan menghantar bola ke goal masing-masing. 8. Setiap kumpulan dikenakan menghantar gelung hula dan tali serta menghantar bola ke goal sebanyak 5 kali. 9. Setiap peserta dalam kumpulan akan mengambil giliran menghantar bola ke goal.

Peraturan 1. Sepanjang permainan, peserta perlulah memegang tangan, kecuali yang berdiri di tempat paling tepi sekali. Peserta yang melepaskan tangan semasa menghantar gelung hula dan tali akan dikira batal dan perlu dimulakan sekali lagi.

2. Gelung tidak boleh sentuh tanah semasa dalam hantaran. 3. Setiap peserta hanya boleh menghantar bola ke goal.sekali sahaja 4. Masa untuk menghantar semua gelung hula dan tali serta menghantar bola ke goal adalah 8 minit. Cara mengira markah 1. 1 gelung=2 markah, 1 tali=2 markah, 1 kali menghantar bola ke goal= 4 markah. 2. Kumpulan yang mendapat markah paling banyak dalam masa yang ditetapkan dikira menang.

Borang Permarkahan 1 gelung= 2 markah, 1 tali= 2 markah, 1 kali menghantar bola ke goal= 4 markah. Kumpulan Bilangan gelung Bilangan tali Bilangan menghantar bola ke goal Jumlah Markah X 2= X 2= X 4= X 2= X 2= X 4= X 2= X 2= X 4=

Goal A

Goal B

Goal C

peserta

gelung

goal

bola

tali

Anda mungkin juga menyukai