Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PERMAINAN

Pemain yang tidak mematuhi peraturan

akan dikenakan denda ataupun hilang satu pusingan. Bagi kesalahankesalahan yang lebih besar, pemain akan dibuang dari permainan.

Berikut

adalah peraturanperaturan umum permainan ketingting: 1. Kor pemain-pemain tidak boleh sama kerana boleh mengelirukan para pemain untuk membezakannya. 2. Semasa bermain, kor tidak boleh jatuh di luar petak , di atas garisan mana-mana petak dan di petak rumah pemain lain

3. Tangan dan kaki pemain tidak boleh

terpijak garisan petak semasa melompat ataupun ketika mengambil semula kor mereka. 4. Seseorang pemain diberikan 3 peluang sahaja apabila membuat pemilihan rumah. 5. Semasa pemilihan rumah sekiranya kor jatuh di atas garisan ataupun rumah pemain lain, pemain dianggap mati dan akan memulakan semula permainan dari awal.

6. Pemain

boleh melompat di rumahnya tetapi tidak di rumah pemain-pemain lain dan tidak boleh lupa memijak mana-mana petak kecuali rumah pemain lain. 7. Pemain yang tidak mematuhi mana-mana peraturan di atas akan hilang satu pusingan. Permainan akan tamat setelah semua petak dimiliki oleh para pemain. Pemain yang memiliki rumah yang paling banyak akan dianggap pemenang.

Anda mungkin juga menyukai