Anda di halaman 1dari 4

CHAPTEH

BILANGAN PEMAIN SETIAP PASUKAN : 6 ORANG (3 KUMPULAN)

Sebelum permainan ini di mainkan, giliran ditentukan dengan undian yang dijalankan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong
adalah cara undian untuk menentukan siapa yang bermula dahulu dan mengikut urutan. Penentuan mata samada jumlah
timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu.

Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam)
sahaja atau juga dengan lutut.Sepakan tidak dibenarkan dalam pemainan ini. Jika ia berlaku, pemain tamat gilirannya. Ia
juga dikirakan mati. Ia juga boleh dikatakan mati jikalau bola jatuh ke tanah.

Bermain Capteh:

 Pemain mestilah menimbang bola tanpa berhenti


 Pemain mestilah menimbang tanpa mati dengan seberapa banyak timbangan yang dilakukan.
 Pemain yang mendapati mata yang rendah kalah dan harus didenda.
 Pemain yang kalah haruslah melambungkan capteh kepada pemenang.
 Pemenang pula harus menimbang sebanyak tiga kali.
 Jika pemenang gagal menimbang, tiada denda yang dikenakan kepada pemain yang kalah.
 Jika pemenang berjaya menimbang, pemain yang kalah dikenakan denda.
 Permainan lepas ity, berlangsung.
 Pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya
dikira juara

CONGKAK
BILANGAN PEMAIN SETIAP PASUKAN : 4 ORANG (3 KUMPULAN)

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain
serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam
lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di
kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung
sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut
kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh
di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih
banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan,
maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga
mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka
giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika
ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain
pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah
congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar
terbanyak dikira kalah.
TENG TENG
BILANGAN PEMAIN SETIAP PASUKAN : 6 ORANG (3 KUMPULAN)

 Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus
memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan
pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
 Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak
pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi
pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika
gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan
hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.
 Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak
sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan
permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus
ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak,
seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih
permainan.
 Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan
keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak
keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya
sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke
petak pertama dan terus ke garisan penamat.
 Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada
kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya
mengambil alih permainan.

MeMBiNa RuMaH
 Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Gundu
hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap petak dengan sebelah kaki kecuali
petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus
ke petak lima. Sambil berdiri menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki
menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika
pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah giliranya
sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan permulaan.
 Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan
permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan
rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain
hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat
demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah
kakinya ia dikira mati.
BATU SEREMBAN
BILANGAN PEMAIN SETIAP PASUKAN : 6 ORANG (3 KUMPULAN)
2. PERATURAN PERTANDINGAN
2.1 Satu permainan diberimasa 10 minit untuk kumpul seberapa banyak point.
2.2 Setiap satu permainan, seorang pengadil sahaja diperlukan duduk di tengahtengah.
2.3 Semasa bermain, pemain tidak dibenarkan bercakap atau bertanya kepada pemain lain atau
pengadil untuk mengetahui pemain telah mati di buah mana. Pemain perlu mengingati di mana
pemain telah mati.
2.4 Semasa bermain, pemain boleh mengangkat punggung jika buah yang dilambung agak jauh untuk disambut.
2.5 Buah timang anak tidak dikira mati selagi buah lambung tidak jatuh.
2.6 Buah lambung tidak boleh terkena pada badan. Jika terkena pada badan, dikira mati.
2.7 Semasa bermain, tidak boleh tongkat tangan. Tangan hendaklah dilepaskan ke depan.
2.8 Semasa bermain buah tidak boleh terkena lengan baju.
2.9 Pemain boleh menukar posisi duduk. Tetapi hendaklah memastikan belum sampai kepada giliran bermain.
2.10 Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentuhmana-mana buah yang
berhampiran.
2.11 Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang jatuh ke lantai.
2.12 Pada setiap peringkat, semua buah dikumpulkan dan disertakan untuk peringkat yang lain.
2.13 Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung permainannya diperingkat ia telah
melakukan kesalahan.
2.14 Mana-mana peserta yang dapat memungut mata yang terbanyak dikira pemenang.
2.15 Hukuman dan Larangan (mati)
(a) Jika pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung.
(b) Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain.
(c) Pada tingkah timbang, ketika menyambut semula ke tapak tangan,jumlah tidak sama.
(d) Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula.

3. PEMBERIAN MATA DAN PENENTU KEMENANGAN


3.1 Pemberian mata dan penentuan kemenangan adalah berdasarkan format berikut:
(a) Menang : 2 mata
(b) Kalah : 0 mata
3.2 Diperingkat liga, jika didapati 2 pasukan atau lebih memperolehi jumlah mata yang sama, maka
kaedah berikut akan diambilkira bagi menentukan pemenang.
7.2.1 Pasukan yang mempunyai peserta menang tertinggi, jika seri
7.2.2 Pasukan yang mempunyai bilangan set menang tertinggi, jika seri
7.2.2 Pemenang ditentukan oleh pengadil

Anda mungkin juga menyukai