Anda di halaman 1dari 11

5 Ogos 2021

Teng - teng
Nama : Nur Aliesha Sofea Binti Mohd Hazriq
No. Maktab : MT201062
Homeroom : A2B
Kelas : 2A1
Pengenalan
Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan
permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak
begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di
gelanggang yang agak kecil sahaja.

Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja,


tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan
atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis
tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap
gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya
melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi
setiap pemain untuk berteng teng.
Gelanggang & Gundu
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah
atau jalan tar. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu
gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan seperti rajah di
bawah.

Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan


penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek
berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat
daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau
batu yang leper.

Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk


mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.
Cara bermain
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus
memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan
pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak


pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi
pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu
tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang
giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.

Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak
sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan
permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus
ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak,
seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih
permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan
keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak
keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya
sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke
petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada
kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya
mengambil alih permainan.
Membina rumah
Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Gundu
hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap petak dengan sebelah kaki
kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi petak ketujuh tanpa melompat
kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri menghadap di garisan permulaan petak
ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah
disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan
acara timbang dilakukan semula setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat
ke petak pertama dan keluar dari garisan permulaan.

Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di


garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah
kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira
mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain
lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah
lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
Sekian, terima kasih <3

Anda mungkin juga menyukai