Anda di halaman 1dari 6

Pemikiran

Kreatif & Kritis


Permainan Teng Teng
NAMA

NO MATRIK

Muhammad Fakhrul Syukri bin Abd Aziz

A12KP0047

Shaikh Ali bin Shaikh Mansoor

A12KP0061

Nama Pensyarah:

Asal Usul Permainan Teng Teng


Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang
selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak
walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah
yang besar.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat
orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang
di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia
akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.
Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan
petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu
ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.

Kepentingan Permainan Teng Teng


Permainan teng teng adalah penting di kalangan kanak-kanak yang masih dalam proses
tumbuhbesaran. Hal ini kerana permainan teng teng ini membantu kanak-kanak dalam aspek
berikut:

Membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar


penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.

Membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut


peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan.

Dapat meningkatkan keyakinan diri.

Dapat meningkatkan kebolehan fizikal.

Memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat,
tekstur dan jenis.

Sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram.

Mengembangkan kebolehan kreatif dan kritis semasa menyelesaikan masalah dalam


permainan.

Sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan.

Sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi tidak mengira batas kaum
mahupun agama.

Meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak.

Kelebihan Permainan Teng Teng


Berikut merupakan sedikit sebanyak kelebihan permainan teng teng dari permainan
tradisional yang lain :

Jenis permainan ini tidak kompleks

Strukturnya ringkas dan sedikit kemahiran diperlukan

Membawa keseronokan,memberi kejutan keputusan dibuat serta-merta

Bersifat hiburan dan membawa pelajar ke alam imaginasi

Boleh dimainkan dalam tempoh masa yang singkat

Memerlukan sedikit atau tanpa alatan

Senang ditadbir dan peraturannya sedikit

Pengenalan terhadap Permainan Teng Teng


Teng Teng memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti
tangga dengan 4 sayap seperti kapal terbang. Manakala di hujung petak dibuatkan semi
bulatan. Lukisan petak seperti berikut, pada tangga pertama, satu petak dilukis, pada tangga
ke-2, satu petak lagi dilukis, pada tangga ke-3 dilukiskan sayap, dengan pembahagi sayap
terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-4 satu petak dilukis, dan pada tangga ke5 satu lagi sayap dilukis dengan pembahagi sayap pada tengah-tengah petak tangga ke-4. Satu
semi bulatan (semi-D) dilukis dari hujung kiri sayap secara melengkok hingga ke hujung
kanan sayap. (Rujuk gambar di bawah).

Di dalam permainan ini, pemain perlu memahami beberapa terma permainan.


Antaranya ialah :
a. Buah teng teng:
Setiap pemain perlu memiliki buah (teng teng) yang biasanya mengunakan
serpihan piring atau pinggan. Saiz buah teng teng adalah sebesar duit syiling
50sen.
b. Undian:
Tiada had untuk jumlah pemain, biasanya 2 hingga 5 orang. Permainan
dimulakan dengan membuat undian siapa jalan dulu. Undian dibuat dengan
memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang bermain
dahulu, dan yang terpendek terkemudian.
c. Rumah:

Pemain yang telah berjaya mencapai buah di petak semi-D, maka dia boleh
membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh
pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah.
Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Tuan punya rumah

perlu memijak rumahnya dengan ke dua-dua kaki apabila tiba gilirannya.


Manakala pemain lain tidak dibenarkan memijak rumah lawan.

d. Pemenang:

Pemenang adalah pemain dengan rumah terbanyak.

e. Mati:

Pemain dikira mati (giliran) jika:

Buah yang dilontar terkena garisan petak

Kaki terpijak garisan petak

Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya

Pemain menukar kaki sewaktu giliran

Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri
di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan

Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam


petak semi-D

Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya

Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.

Seterusnya, cara bermain permainan ini, Pemain perlu mencampak buah ke petak
tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain
tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba
di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak
sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak tangga ke4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7).
Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2
(petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama.
Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum
petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan
dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar dari gelanggang.

Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7).
Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak 8) dibuat secara
pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu membaling buah
teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan
bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan
membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah
dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh garisan. Setelah
mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.

Apa yg ditambah baik? Kenapa perlu ditambahbaik?

Jelaskan bagaimana subjek ni boleh bantu utk inovasi permainan tradisional


tersebut

Anggaran kos,masa dan peralatan diperlukan

Maklumbalas drp peserta

Masalah/kekangan/cabaran yg dijangka & x dijangka semasa laksanakan


projekkaedah utk selesaikan masalah

Cadangan penambahbaikan

Anda mungkin juga menyukai