Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN TRADISIONAL (TENG-TENG)

CARA BERMAIN :
Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian
melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh
menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di
sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam
petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke
petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di
sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua
kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan
menghala ke petak tangga pertama. 
Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak
sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu
satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga
keluar darigelanggang.
Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,...,
dan 7). Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak
8) dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D
sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia
akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil buah apabila telah
melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh
duduk di petak semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh
garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh garisan. Setelah mendapatkan buah dia
perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.
Seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain
mengambil alih permainan.  Setiap pemain juga tidak dibenarkan memijak petak
dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan,
jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

MEMBINA RUMAH :
Pemain yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak semi-D, maka dia
boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah
jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah.
Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Sekiranya buah jatuh
terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah
memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan
berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak
dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
PEMENANG :
            Pemenang adalah pemain yang memperoleh rumah terbanyak.

MATI /HILANG GILIRAN :


Pemain dikira mati (giliran) jika :
> Buah yang dilontar terkena garisan petak
> Kaki terpijak garisan petak
> Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya
> Pemain menukar kaki sewaktu giliran
> Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak
sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan
> Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D
> Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya
> Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.

Anda mungkin juga menyukai