Anda di halaman 1dari 2

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat  tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat
Saya sakit
Rumah Ali cantik
Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang
digabungkan dengan kata hubung.
Ayat majmuk Kata Ayat tunggal
hubung
Suhaili suka makan nasi lemak dan(a)      Suhaili  suka makan nasi
dan mi sup. lemak.

(b)      Suhaili suka makan mi sup.


Rumah yang besar itu rumah Yang(a)      Rumah itu besar.
Fazli.
(b)      Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa bahawa
(a)      Dia memberitahu.
kakaknya akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. (b)      Kakaknya akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara.
Dia akan balik ke kampong Apabila
(a)      Dia akan balik ke kampung.
apabila ada masa lapang.
(b)      Dia ada masa lapang.

LATIHAN 1
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat
majmuk.

1.   Ayah membaca surat khabar.


Ayah menonton televisyen.                                   
________________________________________
2.    Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman                             
_________________________________________
3.    Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru.                       
_________________________________________
4.    Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal.                                       
_________________________________________
5.   Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan.                            
_________________________________________

6.    Halim kaya.
Halim kedekut.                                                  
_________________________________________
7.  Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.                  
__________________________________________
8.  Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang.                              
__________________________________________
9.  Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat.
__________________________________________
10.   Radio itu dibaikinya.
Radio itu rosak.
Radio itu diletakkan di sudut bilik tidur.
__________________________________________

LATIHAN 2

Dalam petikan ayat di bawah, terdapat lima kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin semula ayat tersebut.

Pak Usop mencari-cari kelibat isterinya dan ternampak Mak Kiah yang sedang leka menyiram air
ke pokok-pokok tanaman di belakang rumah. Pak Usop menyergah Mak Kiah menyebabkan
isterinya itu terkejut lalu melatah. Berdekah-dekah Pak Usop melihat Mak Kiah.
“Awaklah orang yang paling rajin sekali. Tiap hari awak menyiram pokok-pokok itu,” puji
Pak Usop.
“Pokok-pokok ini perlu dijaga dan disiram supaya dapat keluar hasilnya,” balas Mak Kiah.
Pak Usop mengangguk-anggukan kepala tanda setuju. Dia turut membantu isterinya membuat
pagar agar tanaman itu tidak dimakan oleh binatang dan dapat tumbuh subur agar mereka dapat
menikmati hasil berbudi pada tanah.

(i) ________________________________

(ii) _______________________________

(iii) ______________________________

(iv) ______________________________

(v) ______________________________

Anda mungkin juga menyukai