Anda di halaman 1dari 17

Ayat Majmuk

Percantuman ayat tunggal


disusun cara tertentu sehingga
membentuk ayat baharu
Atau
Ayat yang dibina dengan
mencantumkan dua ayat tunggal
atau lebih
Ayat Majmuk = Ayat Tunggal + Ayat
Tunggal
Jenis-jenis Ayat Majmuk

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Campuran


Ayat Majmuk Gabungan
• Ayat yang terdiri daripada 2 ayat atau
lebih yang dijadikan satu atau
menghubungkan ayat dengan
menggunakan kata hubung seperti
dan, atau, serta, tetapi dan lalu
Proses Ayat Majmuk
Gabungan
1. Ayat + Ayat
Budak itu sangat nakal tetapi sangat
pandai
2. Predikat + Predikat
Aida mungkin cikgu atau mungkin editor
3. Subjek + Subjek
Ayah dan ibu bercuti di Kelantan
4. Keterangan + Keterangan
Sara akan ke Johor esok atau lusa

5. Objek + Objek
Kakak membeli ayam dan ikan bawal

6. Penerang + Penerang
Abang suka akan rumah yang bersih
dan kemas
Ayat Majmuk Pancangan
• Terdapat satu ayat induk dan satu
atau beberapa ayat kecil lain yang
dipancangkan di dalam ayat induk

Ayat Induk + Ayat Kecil = Ayat Majmuk


Pancangan
Jenis Ayat Majmuk
Pancangan
• Relatif – ayat yang ditandai dengan
penggunaan perkataan yang

Kanak-kanak yang demam itu dikejarkanke


hospital

• Komplemen – terdapat dua komplemen


iaitu untuk dan bahawa

Saleha tahu bahawa adiknya telah dinaikkan


pangkat
Sambungan…
• Keterangan – memberikan huraian
lanjut kepada kata kerja ayat induk

Dahikah tidak dapat hadir kerana


demam
Ayat Majmuk Campuran
• Ayat yang mengandungi lebih
daripada satu jenis ayat, yakni terdiri
daripada ayat campuran tunggal
dengan ayat majmuk atau deretan
pelbagai jenis ayat majmuk

Ayat Majmuk Relatif + Ayat Majmuk


Komplemen + Ayat Majmuk Keterangan
= Ayat Majmuk Campuran
Contoh Ayat
• Baju yang koyak itu dijahit lalu
diberikan kepada ayah

• Apabila menyebut perkataan hutan,


tergambar dalam fikiran kita akan
pokok-pokok yang besar dan
binatang buas.
LATIHAN
1. Abang saya memberitahu _________ hutan
menjadi khazanah yang paling bernilai kepada
kita
2. Generasi akan datang tidak akan mengetahui
spesies tumbuh-tumbuhan _________ haiwan
sekiranya hutan tidak dibendung dengan segera
3. “Ahli ________ berminat mengikuti ekspedisi
mendaki Gunung Tahan boleh memberi nama
kepada saya selewat-lewatnya esok”, kata Encik
Adli
4. Daripada saya melancong di luar negara,
_________ saya melancong di dalam negara
5. Adakah berita kemalangan jalan raya yang
berlaku semalam benar _________ khabar
angin sahaja?
6. Kakak menjahit baju kurung yang berwarna
merah _________ dipakai ketika majlis
perkahwinan abang
7. Dia bukan pengetua saya _______ bersekolah
dahulu
8. Annie datang ke majlis penganugerahan itu
_________ ibu bapanya
9. Pemuda itu sedang membuat laporan
kewangan ________ kawan-kawannya yang
keletihan sudah lama dihanyut mimpi
10.Saya tidakdibenarkan menduduki
peperiksaan ________ tertinggal kad
pengenalan dan slip peperiksaan

Atau yang bahawa dengan


Ketika dan kerana
Lebih baik untuk tetapi
Gabungkan ayat tunggal di bawah
suapaya menjadi satu ayat majmuk
1. i) Azlina mengambil sebuah buku
ii)Dia membaca buku itu
2. i) Sharnaz tidak menghantar e-mel
kepada Shamil
ii) Komputer riba miliknya rosak
3. i) Yin Ger ingin menyertai perlawanan
renang
ii) Ibunya tidak membenarkan
Asingkan ayat-ayat di bawah kepada
dua atau lebih ayat tunggal
1. Buku yang dibeli Anita sangat mahal
2. Mawar suka bermain badminton dan
catur
3. Faiz masih terus mengulang kaji
pelajaran walaupun sudah larut
malam
4. Abang ke kedai buku sementara adik
ke kedai cenderamata untuk
membeli hadiah

Anda mungkin juga menyukai