Anda di halaman 1dari 9

SAJAK ERTI HIDUP BEERTI 1

MAKSUD RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa setiap malam yang dilaluinya adalah sepi
seribu bahasa yang tidak pernah membawa apa-apa perubahan
dalam dirinya. Dia berteka-teki dengan diri sendiri sama ada
anaknya akan datang menjenguknya. Oleh hal yang demikian,
penulis yang mengeluh telah meluahkan kesunyiannya pada usia
tua dengan harapan hari-hari tuanya akan menjadi lebih bermakna.

SAJAK ERTI HIDUP BEERTI 2


MAKSUD RANGKAP 2
Penulis hanya dapat membayangkan ketenangan hidup dan
kesegaran usia mudanya yang pernah dilaluinya pada usia muda.
Pada usia tua yang semakin terbatas ini, penulis meluahkan
perasaan kecewanya terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu
yang pernah mengandungkannya. Hal ini dikatakan demikian
kerana anak-anaknya tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu
yang sudah tua, sebaliknya dihantar dari rumah seorang anak ke
rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama.
Hal ini menyebabkan penulis berfikir tentang erti kehidupan sebagai
ibu yang sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat untuk
mengadu sakit waima meneruskan hidupnya.

SAJAK ERTI HIDUP BEERTI 3


MAKSUD RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah
tidak bermakna kepada anak-anak kandungnya. Penulis juga
berharap agar anak-anaknya insaf akan kesilapan yang dilakukan
oleh mereka agar tidak terus menjadi anak yang derhaka. Penulis
ingin menegaskan bahawa setiap manusia akan melalui kehidupan,
ketuaan, dan kematian. Oleh hal yang demikian, penulis berharap
agar kesedihan dan kepiluan rasanya dapat diubati dengan kasih
sayang dan keprihatinan daripada anak-anaknya.

SAJAK ERTI HIDUP BEERTI 4


TEMA
Tema sajak ini ialah kesunyian hidup warga tua yang berharap agar
anak-anak akan datang menjenguknya dan menyayanginya. Hal ini
dikatakan demikian kerana penulis berasa seih dan pilu serta
kesunyian pada usia tua. Dia berharap agar anak-anak dapat
melawatnya dan memberikan kasih sayang kepadanya
sebagaimana dia menyayangi anak-anaknya sewaktu mereka kecil
dulu.

SAJAK ERTI HIDUP BEERTI 5


PERSOALAN
1. Kesunyian hidup pada usia tua.
2. Kasih sayang ibu kepada anak.
3. Pengorbanan ibu bapa terhadap anak.
4. Nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak
5. Harapan ibu bapa kepada anak.
6. Kesepian hidup sendirian pada usia tua.
7. Penderitaan ibu bapa yang diabaikan.
8. Hidup dan mati ketentuan Tuhan

SAJAK ERTI HIDUP BEERTI 6


GAYA BAHASA & UNSUR KEINDAHAN
1. Personifikasi. Buktinya, malam sepi, semoga disirami benih keinsafan, menjadi
penawar dalam hati
2. Simile. Buktinya, bagai kalung
3. Sinkope. Buktinya, yang melingkari leherku, siapa yang akan datang
menjengukku, kucari erti hidup, anakku bakaku
4. Anafora. Buktinya, dari sulung ditendang ke bongsu, dari angah ditendang ke
sulung balik, ada yang mati, ada yang hidup
5. Responsi. Buktinya, dari sulung ditendang ke bongsu, dari angah ditendang ke
sulung balik, ada yang mati, ada yang hidup, tiada yang kekal kecuali Tuhan.
6. Metafora. Buktinya, Keheningan tasik, kehijauan rumput, semoga disirami benih
keinsafan, menjadi penawar dalam hati, embun cinta atasi angin dingin
7. Imejan atau imej alam. Buktinya, Keheningan tasik, kehijauan rumput

SAJAK ERTI HIDUP BEERTI 7


NILAI
1. Kasih sayang
2. Ketabahan
3. Ketaatan
4. Berdikari
5. Kesabaran
6. Bertanggungjawab

SAJAK ERTI HIDUP BEERTI 8


PENGAJARAN
1. Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan
kesejahteraan mereka dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua mereka.
2. Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi
mematangkan diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.
3. Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas
berpindah dari rumah ibu bapa, malah sentiasa menjenguk mereka.
4. Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak
terlalu bergantung pada orang lain, walaupun sewaktu tua.
5. Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar
dapat menjadikan diri kita lebih kental.
6. Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga
kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka

SAJAK ERTI HIDUP BEERTI 9

Anda mungkin juga menyukai