Anda di halaman 1dari 19

AYAT PASIF DIRI PERTAMA, KEDUA, DAN KETIGA

Ayat pasif terbentuk apabila objek dalam ayat pasif transitif bertugas sebagai subjek,
contohnya seperti ayat di bawah ini.
Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam.
(Ayat aktif= pelaku sebagai subjek)

Kerja itu sudah saya laksanakan semalam.


(Ayat Pasif=objek sebagai subjek)

Jenis-jenis Ayat Pasif


Terbahagi kepada:
1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
2. Ayat pasif dengan kata ganti diri ketiga.
3. Ayat pasif berimbuhan "ber-" dan "ke-...-an"
4. Ayat pasif berimbuhan "ter-"
5. Ayat pasif dengan perkataan "kena" yang hadir sebelum kata kerja.

1.Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.

Kata ganti nama orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja pasif berimbuhan
"di-". Oleh itu, kata ganti nama diri orang pertama (aku, saya, kami, kita, patik, hamba) dan
kata ganti nama orang kedua (anda, awak, engkau, kamu, kalian) haruslah berada di hadapan
kata kerja (tanpa imbuhan "di").
Contohnya:

(a)Saya mengambil buku itu. (ayat aktif)


Buku itu diambil oleh saya. (salah)
Buku itu saya ambil. (betul)

(b)Saya menduduki peperiksaan pertengahan tahun. (ayat aktif)


Peperiksaan pertengahan tahun diduduki oleh saya. (salah)
Peperiksaan pertengahan tahun saya duduki. (betul)

Walau bagaimanapun, kata kerja berimbuhan 'ter' boleh menerima kata sendi 'oleh' yang
diikuti kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.
Contohnya seperti ayat di bawah ini.

(c)Saya terangkat meja yang besar itu. (ayat aktif)


Meja yang besar itu terangkat oleh saya. (Betul)

(d)Saya terambil buku Seroja Dewi. (ayat aktif)


Buku Seroja Dewi terambil oleh saya. (betul)

(e)Saya terserempak Cikgu Lim di pasar pagi. (ayat aktif)


Cikgu Lim terserempak oleh saya di pasar pagi. (betul)

NASIHAT SAYA:
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua mesti ditulis
bersebelahan dengan kata kerja pasif tanpa imbuhan awalan "di" (hukum aneksi persona).

Kesalahan berlaku jika kata-kata lain seperti kata bantu (telah, perlu, sudah, akan dan lain-
lain.) disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif.
Contohnya:

(f)Awak harus memandu kereta itu. (ayat aktif)


Kereta itu awak harus pandu. (salah)
Kereta itu harus awak pandu. (betul)

(g)Kami sedang menyiapkan kerja itu. (ayat aktif)


Kerja itu kami sedang siapkan. (salah)
Kerja itu sedang kami siapkan. (betul)

(h)Saya akan menemui tuan pengetua esok.(ayat aktif)


Tuan Pengetua saya akan temui esok. (salah)
Tuan Pengetua akan saya temui esok. (betul)

AYAT PASIF DENGAN KATA GANTI DIRI KETIGA

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga


(termasuk pelaku = kata nama khas dan kata nama am).

Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerjapasif "di-"


Contohnya:

1.Rahim telah menunggang motosikal itu. (ayat aktif)


Motosikal itu telah ditunggang oleh Rahim kelmarin. (betul)
Motosikal itu telah Rahim tunggang kelmarin. (salah)

2.Murid kelas 3 Aranda sudah menyusun kerusi dan meja itu pago tadi. (ayat aktif)
Kerusi dan meja itu sudah disusun oleh murid kelas 3 Aranda pagi tadi. (betul)
Kerusi dan meja itu sudah murid kelas 3 Aranda susun pagi tadi. (salah)

3.Helmi menendang bola itu dengan kaki kirinya. (ayat aktif)


Bola itu ditendang oleh Helmi dengan kaki kirinya. (betul)
Bola itu ditendang dengan kaki kiri oleh Helmi. (betul)
Bola itu ditendang dengan kaki kiri Helmi. (salah)
Bola itu Helmi tendang dengan kaki kiri. (salah)

4.Mereka akan menghadiri persidangan bahasa kebangsaan di USM esok. (ayat aktif)
Persidangan bahasa kebangsaan akan dihadiri oleh mereka di USM esok. (betul)
Persidangan bahasa kebangsaan di USM esok.akan dihadiri oleh mereka (betul)
Persidangan bahasa kebangsaan akan mereka hadiri di USM esok. (salah)

Saya akan menjelaskan ayat pasif berimbuhan "ter-" dalam infomasi bahasa yang akan
datang.
NFORMASI BAHASA
AYAT PASIF DIRI PERTAMA DAN KEDUA

Ayat pasif terbentuk apabila objek dalam ayat pasif transitif bertugas sebagai subjek,
contohnya seperti ayat di bawah ini.
Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam.
(Ayat aktif= pelaku sebagai subjek)

Kerja itu sudah saya laksanakan semalam.


(Ayat Pasif=objek sebagai subjek)

Jenis-jenis Ayat Pasif


Terbahagi kepada:
1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
2. Ayat pasif dengan kata ganti diri ketiga.
3. Ayat pasif berimbuhan "ber-" dan "ke-...-an"
4. Ayat pasif berimbuhan "ter-"
5. Ayat pasif dengan perkataan "kena" yang hadir sebelum kata kerja.

1.
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.

Kata ganti nama orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja pasif berimbuhan
"di-". Oleh itu, kata ganti nama diri orang pertama (aku, saya, kami, kita, patik, hamba) dan
kata ganti nama orang kedua (anda, awak, engkau, kamu, kalian) haruslah berada di hadapan
kata kerja (tanpa imbuhan "di").
Contohnya:

(a)
Saya mengambil buku itu. (ayat aktif)
Buku itu diambil oleh saya. (salah)
Buku itu saya ambil. (betul)

(b)
Saya menduduki peperiksaan pertengahan tahun. (ayat aktif)
Peperiksaan pertengahan tahun diduduki oleh saya. (salah)
Peperiksaan pertengahan tahun saya duduki. (betul)

Walau bagaimanapun, kata kerja berimbuhan 'ter' boleh menerima kata sendi 'oleh' yang
diikuti kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.
Contohnya seperti ayat di bawah ini.

(c)
Saya terangkat meja yang besar itu. (ayat aktif)
Meja yang besar itu terangkat oleh saya. (Betul)

(d)
Saya terambil buku Seroja Dewi. (ayat aktif)
Buku Seroja Dewi terambil oleh saya. (betul)
(e)
Saya terserempak Cikgu Lim di pasar pagi. (ayat aktif)
Cikgu Lim terserempak oleh saya di pasar pagi. (betul)

NASIHAT SAYA:
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua mesti ditulis
bersebelahan dengan kata kerja pasif tanpa imbuhan awalan "di" (hukum aneksi persona).

Kesalahan berlaku jika kata-kata lain seperti kata bantu (telah, perlu, sudah, akan dan lain-
lain.) disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif.
Contohnya:

(f)
Awak harus memandu kereta itu. (ayat aktif)
Kereta itu awak harus pandu. (salah)
Kereta itu harus awak pandu. (betul)

(g)
Kami sedang menyiapkan kerja itu. (ayat aktif)
Kerja itu kami sedang siapkan. (salah)
Kerja itu sedang kami siapkan. (betul)

(h)
Saya akan menemui tuan pengetua esok.(ayat aktif)
Tuan Pengetua saya akan temui esok. (salah)
Tuan Pengetua akan saya temui esok. (betul)
INFORMASI BAHASA Perihal "lain-lain" dan "lain".
Banyak pengguna bahasa yang menyalahgunakan perkataan "lain-lain" dan "lain" dalam
penulisan mereka.
Contohnya, penggunaan frasa yang tidak gramatis seperti "lain-lain hal" dan "hal lain-lain"
banyak digunakan dalam penulisan minit mesyuarat, karangan, ayat dan sebagainya.
Hukum DM ialah rumus dalam tatabahasa yang telah ditetapkan oleh ahli bahasa. Dalam
Tatabahasa Melayu, yang diterangkan disebut atau ditulis dahulu sebelum yang menerangkan,
contoh rumah baharu, kereta besar dan lain-lain.Yang betul ialah "hal-hal lain", tidak ada frasa
lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum DM dalam tatabahasa bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, "lain-lain" hanya boleh menerima kata hubung "dan" dan "yang" sahaja
untuk menghasilkan frasa "dan lain-lain" dan "yang lain-lain" kerana kata hubung tidak boleh
digandakan.
Oleh sebab itu, eloklah kita mempelajari beberapa kesilapan di bawah, kemudian biasakan
penggunaan yang betul:
1.
hal lain-lain (salah)
lain-lain hal (salah)
hal-hal lain (betul)
2.
perkara lain-lain (salah)
lain-lain perkara (salah)
perkara-perkara lain (betul)
3.
kawasan lain-lain (salah)
lain-lain kawasan (salah)
kawasan-kawasan lain (betul)
4.
sekolah lain-lain (salah)
lain-lain sekolah (salah)
sekolah-sekolah lain (betul)
5.
guru lain-lain (salah)
lain-lain guru (salah)
guru-guru lain (betul)
6.
permainan lain-lain (salah)
lain-lain permainan (salah)
permainan-permainan lain (betul)
Untuk kemudahan ingatan kita, ingatlah bahawa "dan lain-lain" dan "yang lain-lain" sahaja yang
boleh menggunakan kata ganda "lain-lain". Yang lain perlu digandakan sebelum menerima kata
nama "lain".
INFORMASI BAHASA
PENJODOH BILANGAN DALAM KATA BILANGAN
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir
sebelum frasa terebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
a) kata bilangan menunujukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal.
Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya.
b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu.
Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya.
c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan.
Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya.
d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan.
Contohnya masing-masing, tiap-tiap dan sebagainya.
e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan.
Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya.
Kata bilangan pisahan "setiap" atau "tiap-tiap" tidak perlu diikuti penjodoh bilangan, isu
sebenarnya ialah sama ada kata nama yang hadir selepas kata setiap perlu didahului penjodoh
bilangan atau tidak.
Bagi menghasilkan ayat yang gramatis dan untuk menunjukkan bilangan kata nama perlu hadir
berpasangan dengan penjodoh bilangan.
Penjodoh bilangan lazimnya digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan
bilangan.
Contohnya, tiga buah kenderaan dan lima buah rumah.
Oleh sebab itu, kata bilangan tentu, himpunan, dan kata bilangan "beberapa".
Contohnya,
1.
beberapa pelajar (salah)
beberapa orang pelajar (betul)
2.
kelima-lima pelajar (salah)
kelima-lima orang pelajar (betul)
3.
lima guru (salah)
lima orang guru (betul)
4.
Setiap batang pen (salah)
setiap pen (betul)
5.
sesetengah buah buku (salah)
sesetengah buku (betul)
6.
setengah-setengah kumpulan pelajar (salah)
setengah-setengah pelajar (betul)
7.
tiap-tiap batang rokok (salah)
tiap-tiap rokok (betul)
8.
berjuta-juta murid (salah)
berjuta-juta orang murid (betul)
9.
beribu-ribu pendatang asing (salah)
beribu-ribu orang pendatang asing (betul)
10.
sejuta kereta (salah)
sejuta buah kereta (betul)

INFO BAHASA
Penggunaan penanda wacana "selain itu", "Selain daripada itu", dan "Lain
daripada itu".

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "Selain" bermaksud "di samping". Oleh
itu, penanda wacana "Selain itu" tidak perlu ditambah "daripada" kerana kata
sendi nama "daripada" hanya boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama
yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad,
sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan.

Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan "selain daripada itu"
merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada itu.

Bagaimanakah pula "lain daripada itu"?


Sebenarnya, "lain daripada itu" ialah penanda wacana yang gramatis.
Gunakanlah penanda wacana ini dengan baik untuk memurnikan bahasa
kebangsaan kita.

Kesimpulannya, yang berikut ialah senarai penanda wacana yang sama


maksudnya dengan "Selain itu" tetapi disalah tulis oleh pengguna bahasa:

1.
Selain itu, (betul)
Selain daripada itu, (salah)

2.
Di samping itu, (betul)
Disamping itu, (salah)
3.
Sementara itu, (betul)
Sementelah itu, (salah)

4.
Bukan itu sahaja, (betul)
Bukan sahaja itu, (salah)

5.
Seterusnya, (betul)
Seterusnya itu, (salah)

6.
Lain daripada itu, (betul)
Selain daripada itu, (salah)

Sekian untuk hari ini,


Salam bahasa jiwa bangsa!

NFO BAHASA
KATA MAJMUK PISAH YANG DIDEKATKAN OLEH PENGGUNA BAHASA YANG DEGIL
Banyak kesilapan bahasa yang melibatkan kata majmuk. Pengguna bahasa Melayu memang
pelik. Mereka tahu mengeja "hari raya" tetapi mengeja "pasaraya" dengan mendekatkan kedua-
dua perkataan tersebut ambil membuang aksara "r" pada salah satu perkataan tersebut
sewenang-wenangnya.
Antara kesalahan yang lazim kita lihat adalah seperti yang berikut:
1.
pasaraya (salah)
pasar raya (betul)
2.
gambarajah (salah)
gambar rajah (betul)
3.
alat siaraya (salah)
alat siar raya (betul)
4.
keretapi (salah)
kereta api (betul)
5.
urusetia (salah)
urus setia (betul)
6.
lebuhraya (salah)
lebuh raya (betul)
7.
alatulis (salah)
alat tulis (betul)
8.
ulangkaji (salah)
ulang kaji (betul)
9.
penguatkuasa (salah)
penguat kuasa (betul)
10.
matapelajaran (salah)
mata pelajaran (betul)
11.
bandaraya (salah)
bandar raya (betul)
Ada lagi? Sila cadangkan
Bagaimanakah pula keadaannya dengan kata nama khas berikut?
(a) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
(b) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
(c) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
Ejaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah
diwartakan sebelum tahun 1972. Bagi ejaan yang diwartakan, bandaraya dieja rapat seperti
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan lain-lain. Namun
begitu, selepas tahun 1972, kita hendaklah menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang telah
diselaraskan termasuklah ejaan bandar raya.
Walau bagaimanapun, penamaan beberapa dewan bandar raya dan majlis bandar raya selepas
tahun 1972 masih mewartakan ejaan lama. Hal ini amat mengecewakan saya sebagai pencinta
bahasa kebangsaan. Begitu juga dengan papan-papan tanda di tempat awam. Papan-papan
tanda tersebut dinamakan dan dibetulkan bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan yang
mungkin kurang arif dalam bidang bahasa.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) biasanya akan memantau dan membuat teguran kepada
pihak yang melakukan kesalahan. Di samping itu, pihak berkuasa tempatan akan
menguatkuasakan undang-undang atau peraturan yang ada pada mereka untuk
mempertingkatkan kualiti bahasa pada papan tanda di negara kita.
Sebenarnya, bahasa Melayu amat mudah. Kita yang merumitkannya dengan mengingati perkara
yang salah. Oleh sebab itu, kita haruslah betulkan yang salah, biasakan yang betul.

INFO BAHASA
PERBEZAAN ANTARA "MEMBAIKI", "MEMPERBAIKI" DENGAN "MEMPERBAIK"
Secara umumnya, banyak pengguna bahasa waima guru subjek Bahasa Melayu sendiri turut
menggunakan kata kerja membaiki, memperbaiki, dan memperbaik dengan cara yang salah. Hal
ini dikatakan demikian kerana kebanyakan mereka beranggapan bahawa perkataan "membaiki"
dan "memperbaiki" membawa maksud yang sama.
Sebenarnya, maksud ketiga-tiga perkataan itu ada perbezaan yang besar. Lihat makna
perkataan tersebut mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga seperti yang berikut:
membaiki = membetulkan apa-apa yang rosak, salah dan sebagainya
memperbaiki = (sastera lama) berbuat baik kepada
memperbaik = menjadikan bertambah baik (bagus, rapi dan sebagainya)
Antara kesilapan pengguna bahasa dan pembetulannya:
1.
Ali membaiki kereta yang rosak. (betul)
Ali memperbaiki kereta yang rosak. (salah)
2.
Teoh memperbaik tulisannya yang cakar ayam. (betul)
Teoh membaiki tulisannya yang cakar ayam. (salah)
3.
Dashmita memperbaiki orang tuanya dengan mentaati mereka. (betul)
Dashmita memperbaik orang tuanya dengan mentaati mereka. (salah)
4.
Pihak kerajaan tempatan itu membaiki kerosakan jalan raya. (betul)
Pihak kerajaan tempatan itu memperbaiki kerosakan jalan raya. (salah)
5.
Ayah pandai membaiki kerosakan alat elektronik. (betul)
Ayah pandai memperbaiki kerosakan alat elektronik. (salah)
6.
Abang Zul memperbaik sistem audio keretanya di kesai aksesori. (betul)
Abang Zul memperbaiki sistem audio keretanya di kesai aksesori. (salah)

PENGGUNAAN "DI ANTARA" DAN "ANTARA"

Banyak pengguna bahasa menyalahgunakan frasa di antara dengan antara. Oleh sebab itu,
saya ingin menerangkan perbezaan antara kedua-dua frasa ini.

Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa
sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau
tempat.

Contohnya:
1.
Anak kecil itu duduk antara ibu dengan bapanya.(salah)
Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. (betul)

2.
Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura. (salah)
Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. (betul)
Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang
menunjukkan perbandingan.
Contohnya:

3.
Di antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. (salah)
Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. (betul)

4.
Di antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (salah)
Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (betul)

Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang.

Contohnya:
5.
Antara lagu-lagu persembahannya ialah Janji Manismu dan Kau Mawarku. (salah)
Antara lagu persembahannya ialah Janji Manismu dan Kau Mawarku. (betul)

6.
Antara faktor-faktor murid ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya. (salah)
Antara faktor murid ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya. (betul)

Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami
penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan
sebagainya yang tertentu.

Contohnya:
7.
Mereka berbincang di antara adik-beradik. (salah)
Mereka berbincang antara adik-beradik. (betul)

Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh,
seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan
kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya.

Contohnya:
8.
Jarak di antara dua buah bangunan itu jauh. (salah)
Jarak antara dua buah bangunan itu jauh. (betul)

Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan
-nya.

Contohnya:
9.
Di antara mereka, banyak persamaannya. (salah)
Antara mereka, banyak persamaannya. (betul)
10.
Jangan ada dusta di antara ahli kita. (salah)
Jangan ada dusta antara ahli kita. (betul)

Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang jelas antara kata sendi nama antara dengan kata
arah di antara, sama ada dari segi golongan kata mahupun penggunaannya. Oleh itu, sebagai
pengguna bahasa yang peka kepada perbezaan tersebut, sewajarnyalah kita memastikan
penggunaan kata yang tepat antara kedua-dua perkataan.

INFO BAHASA
07.05.2015
PERBEZAAN ANTARA SEBAB, OLEH SEBAB, KERANA, dan OLEH KERANA
"Oleh" merupakan kata sendi dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila
digunakan dalam frasa atau ayat, kata sendi itu haruslah diikuti oleh kata nama.
Contohnya:
1. Majlis Bicara Bahasa itu dirasmikan oleh Tun Ismail.
2. Pokok bunga mawar itu dirosakkan oleh budak-budak nakal itu.
3. Lukisan itu dilukis olehnya.
Sebenarnya, perkataan "sebab" dan "kerana" berbeza dari segi golongan katanya. Perkataan
"sebab" ialah kata nama, manakala perkataan "kerana" ialah kata hubung pancangan
keterangan.
Perkataan "sebab" boleh dijadikan kata hubung dengan syarat disertakan kata sendi nama
"oleh" untuk menjadi frasa sendi nama "oleh sebab" yang membawa maksud "kerana".
Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukannya "oleh kerana".
Lihat beberapa contoh yang berikut:
1.
Ayah tidak hadir ke pejabat kerana demam. (betul)
Ayah tidak hadir ke pejabat oleh kerana demam. (salah)
Ayah tidak hadir ke pejabat sebab demam. (salah)
Ayah tidak hadir ke pejabat oleh sebab demam. (betul)
2.
Oleh sebab tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand. (betul)
Oleh kerana tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand. (salah)
Kerana tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand. (betul)
Sebab tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand. (salah)
3.
Oleh sebab sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala. (betul)
Oleh kerana sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala. (salah)
Kerana sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala. (betul)
Sebab sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala. (salah)
4.
Jonathan tidak mengikuti latihan bola sepak oleh sebab hujan.(betul)
Jonathan tidak mengikuti latihan bola sepak oleh kerana hujan.(salah)
Jonathan tidak mengikuti latihan bola sepak kerana hujan.(betul)
Jonathan tidak mengikuti latihan bola sepak sebab hujan.(salah)
5.
Pemain skuasy itu tewas oleh sebab kurang latihan.(betul)
Pemain skuasy itu tewas oleh kerana kurang latihan.(salah)
Pemain skuasy itu tewas kerana kurang latihan.(betul)
Pemain skuasy itu tewas sebab kurang latihan.(salah)
6.
Dia mendapat keputusan yang cemerlang oleh sebab ketekunannya.(betul)
Dia mendapat keputusan yang cemerlang oleh kerana ketekunannya.(salah)
Dia mendapat keputusan yang cemerlang kerana ketekunannya.(betul)
Dia mendapat keputusan yang cemerlang sebab ketekunannya.(salah)

INFO BAHASA
PERBEZAAN PERKATAAN "BANYAK" DAN "RAMAI"
Banyak pengguna bahasa yang mengalami kekeliruan tentang penggunaan perkataan banyak
dan ramai dalam ayat. Lihat penggunaan perkataan banyak dan ramai dalam ayat yang di
bawah ini.
1. Ramai orang di stadium yang menonton perlawanan itu.
2. Banyak orang di stadium yang menonton perlawanan itu.
Persoalan yang hendak dikemukakan di sini ialah ayat manakah yang betul dan tepat. Oleh
sebab kedua-dua perkataan ini kelihatan hampir sama, kedua-dua perkataan tersebut seakan-
akan dapat bertukar ganti tanpa mengubah maksud.
Namun demikian, kedua-dua perkataan itu membawa makna yang berbeza apabila menerima
apitan ke-....-an. Perkataan yang terbentuk, iaitu keramaian dan kebanyakan sungguh berbeza
makna dan penggunaannya dalam ayat.
Sebagai contohnya, frasa majlis keramaian tidak boleh digantikan dengan frasa majlis
kebanyakan.
Lihat ayat yang di bawah ini:
3(a). Penyanyi lagu asli itu sering diundang untuk membuat persembahan di majlis keramaian.
[Betul]
3(b). Penyanyi lagu asli itu sering diundang untuk membuat persembahan di majlis kebanyakan.
[Salah]
Dalam hal ini, frasa nama majlis keramaian menunjukkan suasana sama ada rasmi atau tidak
rasmi. Oleh itu, frasa nama majlis kebanyakan tidak tepat.
Frasa orang kebanyakan pula tidak boleh bertukar ganti dengan frasa `orang keramaian.
Lihat ayat contoh yang di bawah ini:
4(a). Putera raja negeri itu berkahwin dengan orang kebanyakan. [Betul]
4(b). Putera raja negeri itu berkahwin dengan orang keramaian. [Salah]
Selain itu, perkataan kebanyakan dan keramaian memperlihatkan perbezaan yang nyata
seperti yang terdapat dalam ayat yang di bawah ini:
5(a). Kebanyakan murid sekolah ini berasal dari kawasan pedalaman. [ Betul]
5(b). Keramaian murid sekolah ini berasal dari kawasan pedalaman. [Salah]
Ayat (3) hingga (5) di atas membuktikan bahawa maksud dan pengunaan perkataa ramai
dengan banyak berbeza. Sila lihat pantun dua kerat yang di bawah ini pula:
Banyak udang, banyak garam.
Banyak orang, banyak ragam.
Sila lihat pantun tersebut apabila menggunakan perkataan ramai:
Ramai udang, ramai garam.
Ramai orang, ramai ragam.
Hal ini juga menunjukkan bahawa perkataan banyak dan `ramai berbeza maksud dan
penggunaannya.
Hal ini membuktikan bahawa perkataanramai lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan
suasana. Jika suasana di stadium itu riuh rendah, perkataan atau frasa yang sesuai ialah ramai
orang.
Jika suasananya senyap sunyi (contohnya, semua orang di dalam stadium sedang bertafakur),
perkataan atau frasa yang sesuai digunakan ialah ramai orang juga.
Walaupun keadaannya sunyi, perkataan ramai juga digunakan. Penggunaan perkataan
banyak memerlukan kita ingin mengetahui jumlahnya.
Sebagai contohnya:
6. Banyak penyokong Kelantan yang akan menyaksikan perlawanan pada malam ini.
Namun demikian, Kamus Dewan Edisi Keempat pula tidak membezakan penggunaan perkataan
ramai dengan `banyak. Semua pengguna bahasa perlulah memahami bahawa Kamus Dewan
merakamkan apa-apa sahaja yang dituturkan oleh pengguna termasuk bahasa yang baku
dengan bahasa yang tidak baku. Maksud yang baku bagi perkataan banyak ialah jumlah yang
merujuk bilangan yang melebihi satu atau seorang. Jumlahnya dapat diketahui jika dibilang atau
dikira.
Ayat contoh:
7. Banyak murid yang ponteng sekolah pada hari ini.
8. Saya telah menyemak banyak buku latihan murid pada hari ini.
9. Murid itu membeli pelbagai barang kerana banyak duit.
10.Guru bahasa Melayu itu bimbang kerana masih banyak murid di kelasnya yang lemah dalam
penulisan karangan.
11. Kita mestilah banyak membaca buku atau majalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
dalam diri.
Maksud yang baku bagi perkataan ramai pula ialah jumlah yang melebihi seorang berdasarkan
suasana. Jumlahnya pula tidak perlu diketahui.
Ayat contoh:
12. Ramai penonton yang memenuihi stadium ketika Selangor menentang pasukan Kelantan
pada malam tadi.
13. Pada pagi itu, ramai orang yang bersesak-sesak di stesen komuter itu untuk pergi ke tempat
kerja.
14. Semasa perhimpunan itu, ramai orang yang bertempiaran lari apabila pihak polis
menyemburkan gas pemedih mata.
15. Dalam kejohanan olahraga sekolah itu, ramai ibu bapa yang hadir untuk menyaksikan anak
masing-masing mengambil bahagian.
16. Semasa pertunjukan akrobatik itu, ramai penonton yang hadir bersama-sama anak kecil
mereka.
Sila teliti ayat yang di bawah ini:
17(a). Keramaian murid yang ponteng sekolah pada hari ini daripada kelas tingkatan 5.[Salah]
17(b). Kebanyakan murid yang ponteng sekolah pada hari ini daripada kelas tingkatan 5.[Betul]
18(a). Ramai kasut diletakkan di halaman rumah.[Salah]
18(b). Banyak kasut diletakkan di halaman rumah.[Betul]
Apakah perbezaan antara frasa `ramai orang dengan orang ramai?
Frasa `ramai orang menunjukkan suasana, iaitu orang yang berada di sesuatu tempat kerana
sesuatu aktiviti, program atau kejadian.
Ayat contoh:
19.Ramai orang yang menyaksikan kemalangan ngeri itu.
Frasa nama orang ramai pula bermaksud masyarakat atau orang awam.
20. Perdana Menteri mempersilakan orang ramai untuk menghadiri majlis rumah terbuka
bersempena dengan sambutan Aidifitri.
Berkaitan dengan hal ini pula, banyak pelajar yang mengalami kekeliruan tentang ejaan
perkataan kebanyakan sama ada ditulis dengan satu `k(kebanyakan) atau dua `k
(kebanyakkan).
Oleh sebab perkataan kebanyakan kata nama, perkataan ini hendaklah ditulis dengan satu `k.
Bagi perkataan yang digolongkan sebagai kata kerja seperti membanyakkan, dua `k
diperlukan.
Persoalan lain yang timbul tentang isu ini ialah bolehkah kata bilangan tak tentu seperti banyak,
sedikit, ramai, sebilangan, dan sebagainya digunakan untuk orang ramai?
Jika anda telah memahami penggunaan perkataan `banyak dan `ramai, sila kenal pasti
penggunaan perkataan `banyak dan `ramai yang tepat di bawah ini:
21. Banyak kasut yang hilang di masjid pada setiap hari Jumaat.
22. Ramai bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan sekolah kita.
23. Ramai orang yang menyaksikan pertunjukan itu.
24. Orang banyak dinasihati supaya menjimatkan penggunaan air.
25. Majlis keramaian itu diadakan bersempena dengan pelantikan beliau sebagai Menteri
Pelajaran.
26. Orang kebanyakan menjadi pilihan putera raja itu sebagai isteri.
Sila teliti ayat yang di bawah ini pula:
27. Tidak ramai orang yang hadir menyaksikan pertunjukan itu.(Berdasarkan majlis/aktiviti pada
masa tersebut)
28. Tidak banyak orang yang akan hadir menyaksikan pertunjukan itu.(Berdasarkan senarai
pengunjung)
29. Sedikit orang yang hadir menyaksikan pertunjukkan itu.(suasana)
30. Hanya sebilangan orang yang tidak makan makanan ini. (Bilangan yang kecil jumlahnya)
Secara tuntas, perkataan banyak dan ramai memperlihatkan pelbagai penggunaan sama ada
pembentukan frasa atau pengimbuhan seperti banyak orang, ramai orang, majlis keramaian dan
juga keramaian dan kebanyakan. Perkataan ramai hanya digunakan untuk merujuk manusia
dan menunjukkan suasana. Perkataan banyak pula digunakan untuk merujuk manusia dan
bukan manusia dari segi bilangan atau jumlah.

PENGGGUNAAN "BOLEH" DAN "DAPAT".


Pada hari ini, saya akan menerangkan penggunaan perkataan "boleh" dan "dapat" yang sering
kali disalahgunakan oleh pengguna bahasa. Kata "boleh" lebih sesuai digunakan dalam
hubungan dengan keizinan atau kebenaran. Kata "dapat" pula lebih sesuai digunakan dalam
hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
1.
Saya tidak boleh ke luar rumah tanpa kebenaran ibu bapa. (betul)
Saya tidak dapat ke luar rumah tanpa kebenaran ibu bapa. (salah)
2.
Remaja bawah 18 tahun tidak boleh membeli rokok. (betul)
Remaja bawah 18 tahun tidak dapat membeli rokok. (salah)
3.
Saya tidak boleh masuk ke stadium kerana tiket sudah habis terjual. (betul)
Saya tidak dapat masuk ke stadium kerana tiket sudah habis terjual. (salah)
4.
Saya tidak dapat memanjat pokok kelapa itu kerana pokok itu sangat tinggi. (betul)
Saya tidak boleh memanjat pokok kelapa itu kerana pokok itu sangat tinggi. (salah)
5.
Adik saya baru berumur lima belas tahun, tetapi sudah dapat memandu kereta. (betul)
Adik saya baru berumur lima belas tahun, tetapi sudah boleh memandu kereta.
6.
Walaupun adik saya sudah dapat memandu kereta, tetapi dia belum boleh memandu kereta di
jalan raya kerana lesen memandu hanya boleh diberikan kepada orang yang berumur sekurang-
kurangnya lapan belas tahun. (betul)
Walaupun adik saya sudah dapat memandu kereta, tetapi dia belum dapat memandu kereta di
jalan raya kerana lesen memandu hanya boleh diberikan kepada orang yang berumur sekurang-
kurangnya lapan belas tahun. (salah)
7.
Walaupun sudah tua, namun Pak Samad dapat mendaki gunung Kinabalu itu. (betul)
Walaupun sudah tua, namun Pak Samad boleh mendaki gunung Kinabalu itu. (salah)
8.
Orang yang berumur lebih daripada lima puluh lima tahun tidak boleh menyertai pertandingan
bola sepak itu. (betul)
Orang yang berumur lebih daripada lima puluh lima tahun tidak dapat menyertai pertandingan
bola sepak itu. (salah)

PERIMBANGAN KATA
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti satu kesalahan bahasa yang terdapat
dalam ayat tersebut:
(a) Kesihatan ayah merosot dari hari ke sehari.
(b) Kesihatan ayah merosot dari sehari ke hari.
Banyak calon peperiksaan waima pengguna bahasa lazimnya membuat kesilapan seperti ayat di
atas. Kesilapan tersebut dinamakan kesalahan perimbangan kata. Hal ini dikatakan demikian
kerana penggunaan frasa "dari hari ke sehari" tidak ada perimbangan kata. Berikut ialah jawapan
yang boleh diterima:
(a) Kesihatan ayah merosot dari hari ke hari.
atau
(b) Kesihatan ayah merosot dari sehari ke sehari.
Dalam ayat di atas, perimbangan kata berlaku kerana kedua-dua perkataan selepas kata sendi
nama adalah sama dan memiliki standardisasi tatabahasa bahasa Melayu.
Sebagai bonus, lihatlah beberapa contoh kesalahan dan pembetulannya:
1.
dari minggu ke seminggu (salah)
dari seminggu ke minggu (salah)
dari minggu ke minggu (betul)
dari seminggu ke seminggu (betul)
2.
dari sehari ke hari (salah)
dari hari ke sehari (salah)
dari hari ke hari (betul)
dari sehari ke sehari (betul)
3.
dari bulan ke sebulan (salah)
dari sebulan ke bulan (salah)
dari bulan ke bulan (betul)
dari sebulan ke sebulan (betul)
4.
dari seabad ke abad (salah)
dari abad ke seabad (salah)
dari abad ke abad (betul)
dari seabad ke seabad (betul)
5.
dari jam ke sejam (salah)
dari sejam ke jam (salah)
dari jam ke jam (salah)
dari sejam ke sejam (betul)
6.
dari tahun ke setahun (salah)
dari setahun ke tahun (salah)
dari tahun ke tahun (betul)
dari setahun ke setahun (betul)
Sebenarnya, banyak lagi senarai dapat saya tulis tetapi cukuplah sekadar memberikan beberapa
contoh kepada anda sebagai pengguna bahasa yang bijaksana dan terang hati.
Saya berharap agar kesilapan bahasa seperti yang dinyatakan di atas tidak akan berulang lagi
kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Selamat belajar kepada semua!
Selamat pagi!

BETULKAN YANG SALAH, BIASAKAN YANG BETUL


NAK MAKAN PUN MESTI TULIS DAN EJA DENGAN BETUL
1a. kueytiao (salah)
1b. kuetiao (salah)
1c. kuetiau (betul)
2a. sanwhic (salah)
2b. sandwhic (salah)
2c. sandwic (betul)
3a. murtabak (salah)
3b. murtaba (salah)
3c. martabak (betul)
4a. ais-kerim (salah)
4b. ais-krim (salah)
4c. aiskrim (betul)
5a. serunding (salah)
5b. seronding (salah)
5c. serondeng (betul)
6a. mee goreng (salah)
6b. me goreng (salah)
6c. mi goreng (betul)
7a. tosei (salah)
7b. tosai (salah)
7c. tose (betul)
8a. beryani (salah)
8b. beriyani (salah)
8c. beriani (betul)
9a. capatti (salah)
9b. cappty (salah)
9c. capati (betul)
10a. spagety (salah)
10b. spagetti (salah)
10c. spageti (betul)
11a. satey (salah)
11b. satay (salah)
11c. sate (betul)
12a. BBQ (salah)
12b. barbikeu (salah)
12c. barbeku (betul)
13a. Kobis (salah)
13b. Korbis (salah)
13c. Kubis (betul)
14a. mangkuang (salah)
14b. seng kuang (salah)
14c. sengkuang (betul)
15a. nasi impid (salah)
15b. nasi impit (salah)
15c. nasi himpit (betul)
16a. pohpiah (salah)
16b. pohpia (salah)
16c. popia (betul)

Anda mungkin juga menyukai