Anda di halaman 1dari 4

Yang berusaha pn hjh Mariam bt abu bakar, pengetua smk doktor burhanuddin

Yang berusaha pn hjh nurolizam bt bidin, pen kanan pentadbiran


Yang berusaha encik mohd noor bin ramli, pen kanan hal ehwal murid
Yang berusaha encik zahari bin ........................,pen kanan kokurikulum
Yang berusaha pn hjh norashikin binti ahmad, pen kanan petang
Yang berusaha encik pouzi bin zakaria pen kanan tingkatan 6
Guru-guru kanan, para warden, ibu bapa, dan para pelajar,
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG


SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Mencari timba si anak dara

Dibawah sarang burung tempua

Salam sembah pembuka bicara

Selamat datang untuk semua

Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi kekuatan kepada kita
untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini bagi menyempurnakan majlis
pendaftaran asrama smk doktor burhanuddin bagi sesi 2018. Terlebih dahulu pihak majlis ingin
mengucapkan selamat datang kepada hadirin dan hadirat.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan

Sebelum pulang mengail ikan

Kehadiran tuan-puan kami alukan

Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Kalau pergi ketanjung keramat

Anak manis jangan di angkat

Bersama kita memohon rahmat

Moga majlis mendapat berkat

Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Bagi memula dan memuliakan majlis marilah bersama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat.
Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al fadhil ustaz mohd ayob bin hamzah
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

....Tamat Bacaan doa

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz mohd ayob bin hamzah atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan Alu-aluan HEM

PARA hadirin yang dihormati sekalian,

Bukan rumput sebarang rumput

Rumput penghias tepi halaman

Bukan jemput sebarang jemput

Jemput memohon kata aluan

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha encik mohd noor bin ramli
Guru Penolong kanan HEM SMk doktor burhanuddin untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha encik mohd noor bin ramli Guru Penolong
kanan HEM SMk doktor burhanuddin atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

berdaun lebat pokok bidara

tempat bersarang burung tempua

sampaikini kemuncak acara

ucap utama tuan pengetua

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha Puan hjh Mariam bt abu
bakar Pengetua smk doktor burhanuddin untuk menyampaikan ucapan sempena majlis pendaftaran
pelajar asrama smk doktor burhanuddin bagi sesi 2018. Dengan segala hormatnya majlis
mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan
Duduk sekawan si burung unta

Tepi keramat diwaktu malam

Terima kasih puan atas bicara

Kata azimat penutup kalam

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berusaha pn hjh
Mariam bt abu bakar ,Pengetua Smk doktor burhanuddin atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,

Buat makluman para penjaga dan ibu bapa selepas sahaja ucapan tersebut maka selesailah majlis
sesi taklimat pendaftaran ini. ibubapa dan murid-murid yang bakal mendaftar boleh lah meneruskan
sesi pendaftaran pelajar mengikut tingkatan masing-masing

Penutup

Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas
kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini
berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.

Bersinar mentari memberi cahaya

Cahaya bersinar panas terasa

Adat majlis ada pincangnya

Maafkan kami insan biasa

Asap api embun berderai

Patah galah berderai semalu

Niat hati tak mahu bercerai

Namun masa cemburu selalu

Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai