Anda di halaman 1dari 3

Program Mara & Rcb Prihatin Bersama Pelajar Asnaf kepada Pelajar-pelajar

TEKS PENGACARA
Daerah Zon Satang.

PENGACARA MAJLIS : ENCIK NOORNIKMAN BIN MEDAHI


NUR HIDAYAH BINTI MOSTAFFA

BIL TENTATIF TEKS


Ketibaan
1 Mengumumkan ketibaan Dr. Azmi bin Amat Murjan diiringi oleh dif-dif
tetamu
NH kehormat.
kehormat
Nyanyian
2 Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku
Lagu (selepas nyanyian)
NO Hadirin-hadirat dipersilakan duduk
Negaraku
Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah
tangan bermunajat, memohon berkat agar majlis mendapat rahmat. Untuk itu,
3 dipersilakan Encik Husnie bin Sukor untuk memimpin bacaan doa.
Bacaan Doa
NH
Terima kasih diucapkan kepada  Encik Husnie bin Sukor atas bacaan doa
sebentar tadi.
4 Kata Alu- QUE: Tetamu kehormat duduk.
NO Aluan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Yang Berbahagia Dr. Azmi bin Amat Murjan
Pengarah MARA Negeri Sarawak

Yang Berusaha,Encik Mierza bin Bolhi


Pengurus Cawangan RCB Sarawak

Yang Berusaha,Encik Abdul Rahman bin Ibrahim


Pegawai MARA Daerah Bau/Lundu

Yang Berusaha,En. Mahadir bin Elek


Yang Dipertua PIBG SK STOH

Yang Berusaha Tuan Harunoor Bin Ismail


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Stoh

Barisan kakitangan PIBG SK STOH

Guru-guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara

1
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah Pembuka bicara

Al-hamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan


kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang
barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Program
Mara & Rcb Prihatin Bersama Pelajar Asnaf kepada Pelajar-pelajar Daerah
Zon Satang.

Warga dewan yang dihormati


Tirai ucapan pada pagi hari ini dimulakan dengan ucapan daripada Yang Di
Pertua PIBG SK STOH . Untuk itu majlis dengan segala hormatnya
3 Ucapan mempersilakan Yang Berusaha En. Mahadir bin Elek untuk menyampaikan
NH YDP ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada  Yang Di Pertua PIBG atas ucapan sebentar
tadi.
Warga dewan yang budiman,

Agenda majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengarah MARA Negeri


Sarawak . Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang
Berbahagia Dr. Azmi bin Amat Murjan untuk menyampaian ucapan.
Dipersilakan

Tanam laguni tumbuh kelapa


4
Ucapan Terbit bunga pohonnya mati
NO
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati

Majlis merakamkan setinggi-tinggi uacapan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Dr. Azmi bin Amat Murjan  atas ucapan sebentar tadi.

5 Penyampaian Hadirin sekalian,


Sumbangan
NH
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sumbangan kepada 70 orang
pelajar yang terpilih dari 3 buah sekolah

2
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Azmi bin Amat Murjan
diiringi oleh Yang Berusaha Encik Mierza bin Bolhi dan Tuan Yang Di Pertua
PIBG untuk naik ke pentas bagi meyampaikan sumbangan.

Dipersilakan penerima dari Sekolah ……………


Majlis merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih buat Yang
Berbahagia Dr. Azmi bin Amat Murjan atas kesudian menyampaikan
sumbangan sebentar tadi.
Tinggi bukit silang gemilang
Air pasang tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Dalam hati kenang-kenangan

6 Penyampaian Sebagai tanda kenang-kenangan majlis dengan ini mempersilakan Yang


NO Cenderamata Berusaha Tuan Yang Di Pertua PIBG, En. Mahadir bin Elek untuk
menyampaikan cenderahati kenang-kenangan  kepada Yang Berbahagia Dr.
Azmi bin Amat Murjan
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat Yang Di Pertua
PIBG  atas kesudian menyampaikan cenderahati kenang-kenangan buat
Yang Berbahagia Dr. Azmi bin Amat Murjan
Allah SAW telah berfirman dalam Surah Al-Anfal ayat 2dan 3 yang bermaksud

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila


disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada
mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada
Tuhanlah mereka bertawakal. (yaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan
5 yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
Penutup
NH
Hadirin hadirat yang dikasihi..
Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai
ke penghujungnya. Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada Yang
Berbahagia Dr. Azmi bin Amat Murjan serta dif-dif kehormat atas kesudian
hadir ke majlis yang bermakna ini.Sekian sahaja daripada kami,
Wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai