Anda di halaman 1dari 3

2.

4 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS SEMASA


PBS 3

Tarikh : Isnin, 13 Mac 2017

Pada hari dan tarikh tersebut, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan
Sekolah 3 (PBS3) di Sekolah Kebangsaan Green Road buat pertama kali. Saya dan
rakan sekelas saya tiba di sekolah pada jam 7.00 pagi. Kemudian, kami berjumpa
dengan Penolong Kanan sekolah tersebut bagi menyatakan tujuan saya ke sekolah
tersebut dan memperkenalkan diri. Selain itu, kami juga turut menyatakan tempoh
saya menjalani PBS di sekolah tersebut. Memandangkan pada hari itu, Guru Besar
tiada di sekolah atas urusan lain di luar sekolah maka kami menyampaikan surat PBS
di samping menyatakan tujuan dan berkenalan dengan Guru Penolong Kanan.
Selepas itu, kami mengambil kesempatan untuk mengadakan sesi kolaboratif dengan
guru penolong kanan dan guru hal ehwal pelajar untuk mengetahui tentang sejauh
manakah pencapaian sekolah dan prestasi murid-murid. Tambahan lagi, seperti yang
dikehendaki dalam tugasan SCES3212 kami mestilah mengambil satu set ujian Sains.
Justeru itu, kami telah mengambil langkah dengan merujuk dan meminta bantuan
daripada salah seorang guru panitia sejarah iaitu Puan Lim Ah Kai untuk mengetahui
bagaimana perlaksanaan kurikulum subjek Sains di sekolag tersebut. Hal ini
membolehkan kami mengenalpasti guru yang mengajar subjek Sains tahun 6. Pada
masa yang sama, kami telah meminta izin kepada Puan Sabtuyah untuk meminta set
ujian sains tahun 6 dan keputusan pelajar serta contoh jawapan pelajar.
Tarikh : Selasa, 14 Mac 2017

Pada hari seterusnya, setelah tiba ke sekolah, saya melapor diri dengan
Penolong Kanan sekolah bagi tujuan menyatakan yang saya hadir pada hari itu.
Kemudian, saya telah mengikuti perhimpunan mingguan sekolah pada jam kira-kira
7.15 pagi hingga 7.50 pagi. Selepas itu, kami meilihat persekitaran dan budaya
sekolah SK Green Road . Kami diberi peluang untuk melihat pencapaian murid dari
segi akedemik dan segi kolkurikulum di SK Green Road

Tarikh : Rabu, 15 Mac 2017

Pada jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi, kami telah didedahkan dengan cara
perlaksaan perhimpunan di SK Green Road. Setrusnya pada hari tersebut juga kami
telah membuat pemerhatian terhadap perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran
subjek . Kami berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Kurikulum dan
Penolong Kanan Satu SK Green Road. Kami membuat kolabrotif mengenai
pencapaian murid dalam akademik dan kurikulum. Kami juga mendapat maklumat
mengenai budaya pelajar SK Green Road serta mengenai perbezaan sosiobudaya
murid.

Tarikh : Khamis, 16 Mac 2017

Pada hari tersebut, aktiviti yang dilakukan adalah membuat kolaboratif dengan
seorang guru Sejarah dan Sains. Melalui kolaboratif dengan guru sejarah kami telah
memperoleh banyak maklumat mengenai sumber pengajaran subjek sejarah yang
digunakan oleh Cikgu Sabtuyah. Kemudian, bagi subjek Sains. Kami dberi peluang
untuk melihat cara pelaksanaan pengajaran subjek Sains. Kemudian, kami membuat
kolaboratif bersama guru sains. Antara isi perbincangan kami adalah mengenai
strategi dan tips yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.
Tarikh : Jumaat, 17 Mac 2017

Pada hari terakhir PBS 3, saya juga masuk ke kelas bersama guru sejarah ,
Cikgu Sabtuyah dan meminta kebenaran beliau untuk mengadakan sesi temu bual
dengan dua orang murid yang telah saya buat pemerhatian pada hari-hari sebelum
ini. Tujuan temu bual ini adalah untuk memperolehi maklumat bagi mengenalpasti
pencapaian dan kaedah pegajaran yang digunakan oleh Cikgu Sabtuyah selain buku
teks bagi memlengkapkan tugasan kami dalam Kursus SCES3212. Selepas itu, saya
juga berjumpa dengan guru-guru dan kakitangan sekolah untuk memberikan
penghargaan ke atas segala bantuan, tunjuk ajar dan panduan yang telah diberikan
selama saya berada di sekolah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai