Anda di halaman 1dari 12

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN

PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana
majlis kita akan bermula sebentar lagi.
Hariff
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Rantai Ak
Dangeh, En Luat Ak Bansan dan En. Eben Ak
Ngelambau masuk ke dalam dewan. Dipersilakan
mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Sanjungan Budi,
Lambaian Kasih sempena perpindahan En. Rantai AK
Dangeh, En. Luat AK Bansan dan En Eben AK
Ngelambau

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku.


Para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.


Bacaan Doa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,
salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak
Jue Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Ucapan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
Alu-aluan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang
atas bacaan doa itu tadi.
Hariff

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Diraikan
En Rantai Ak Dangeh
Guru Besar SK Ng Kedup
Yang Diraikan
En Luat Ak Bansan
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Ng Kedup
Yang Diraikan
En Eben Ak Ngelambau
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha
Encik Daniel Ak Untol Guru Besar Sk Ng Kedup
Yang Berusaha
Puan Chapan Ak Uyew Guru Penolong Kanan Hal-
ehwal Murid

Yang Dihormati
En. Tommy, Pengerusi Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru-guru, SK Ng Kedup

Yang Dihormati
Barisan guru Sk Ng Kedup

Seterusnya
Barisan Staf-staf AKP Sk Ng Kedup , hadirin dan
hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena
perpindahan Yang Diraikan En Rantai Ak Dangeh,En
Luat Ak Bansan dan En Eben Ak Ngelambau.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi
ini untuk meraikan En. Rantai Ak Dangeh,En Luat Ak
Bansan dan En Eben Ak Ngelambau dalam Majlis
Sanjungan Budi, Lambaian Kasih

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala


bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang
Diraikan En. Rantai Ak Dangeh,En Luat Ak Bansan
dan En Eben Ak Ngelambau sepanjang perkhidmatan
beliau di SK Ng Kedup

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Ucapan Ketua
Murid Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Jue Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput adik Mohd Izudin b. Nor Azman,


Ketua Murid SK Kota Setia bagi mewakili murid-
murid untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan PK1 Terima kasih diucapkan kepada adik Mohd Izudin b.


Hariff Nor Azman atas ucapan sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cik


Ucapan Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan
Jue Pentadbiran atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan


Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru,
SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Ucapan YDP Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En.


MGB Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor atas ucapan yang
& telah disampaikan sebentar tadi.
PPD
Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En.
Hariff Abdul Razak b. Hj Adam, YDP MGB Perak Tengah
bagi menyampaikan ucapan, dengan segala hormat
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak b.


Hj. Adam atas ucapan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan


kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b.
Haron Noh Rashid
Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En.


Persembahan Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid atas ucapan
Multimedia yang telah disampaikan sebentar tadi.

Jue Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan


persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan En. Abdul Karim b. Munok.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En.


Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah
Rohani bt. Muhali untuk naik bersemayam di atas
singgahsana. Dipersilakan.

*** Persembahan multimedia


Ucapan
Yang Dirai Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan
GB persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Hariff Diraikan En. Abdul Karim b. Munok . Terima kasih
kepada team unit ict SKKS dan individu yang
menjayakan persebahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber
inspirasi buat kita semua.
Hadirin yang dihormati,
Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar.
Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan
Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh
Rashid, Penolong PPD Perak Tengah dan Yang
Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor,
YDP PIBG dengan diiringi oleh Cik Norsalmi bt.
Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke
pentas bagi menyempurnakan upacara
tersebut.Dipersilakan.

Terima kasih Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b.


Haron Noh Rashid dan Yang Dihormati En. Mohd
Azahari b. Hj Mohd Nor yang sudi
menyempurnakan upacara tersebut.

Hadirin yang dimuliakan,


Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah
hari ulang tahun kelahiran Tuan Guru Besar.
Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu
selamat hari jadi untuk beliau.

Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput


Tuan Guru Besar dengan diringi oleh isteri tampil
ketengah pentas untuk memotong pulut kuning
sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran
dan persaraan. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,


Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi
buat cikgu Karim.
Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu Karim,
selamat hari jadi
Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Karim b.
Munok yang sudi menyempurnakan majlis. Terima
kasih kepada semua hadirin.

Seterusnya,
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul
Karim b. Munok dan isteri turun dari singgahsana
mengambil tempat di hadapan dewan. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,


Persembahan
Khas Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan
Gurindam iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdul Karim
Jiwa b. Munok. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan.
Jue
***Ucapan GB

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim
b. Munok atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini,


marilah sama-sama kita saksikan persembahan khas
daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang
berjudul Gurindam Jiwa. Dipersilakan.
**** persembahan

Semoga kita terhibur dengan persembahan khas


Gurindam Jiwa yang cukup istimewa sebentar tadi.
Terima kasih diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh
Pn. Ida Rohayu bt. Hussin.

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Watikah
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai
Hariff di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah


Persaraan yang akan disampaikan oleh Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah kepada En.
Abdul Karim b. Munok.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati En.


Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong
Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah naik ke
pentas utama untuk menyempunakan penyampaian
watikah tersebut. Dipersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul


Karim b. Munok untuk menerima watikah daripada
Penolong PPD. Dipersilakan.

Seterusnya Majlis mempersilakan En. Abdul Karim b.


Munok menyampaikan cenderamata kepada Yang
Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh
Rashid dan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian


Penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-
Hadiah & kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini
cenderamata iaitu En. Abdul Karim b. Munok.

Jue Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Cik Norsalmi bt.
Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota
Setia mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada wakil-wakil kelas.

Rujuk senarai hadiah

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata


Penutup kenang kenangan khusus untuk Yang Diraikan En.
Abdul Karim b. Munok
Hariff
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut
merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian
Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari mengiringi
Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok sebentar
tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih


kepada semua penyampai cenderamata sebentar
tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk cikgu Karim.

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari


ini.

Penutup Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok kerana sudi
Jue untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna
ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan
En. Abdul Karim b. Munok bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih


kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
Sanjungan Budi, Lambaian Kasih ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b.


Munok dan isteri serta semua tetamu, hadirin dan
hadirat untuk menjamu selera di khemah utama
bersebelahan dengan kantin sekolah.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi
Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai