Anda di halaman 1dari 3

PENDAFTARAN Assalamualaikum w.m.

Untuk makluman tuan puan sekalian, selepas log masuk, sila isi link
1.30 petang kehadiran yang telah disediakan di ruangan komen

1) Link pendaftaran
2) Link untuk pre test

Sambil kita mengisi boring daftar kehadiran dan boring pre test
Marilah sama-sama kita saksikan tayangan video “ Perkembangan Janin
Di dalam Kandungan”

Itulah tayangan video tentang “ Perkembangan Janin Di Dalam


Kandungan”

Untuk Makluman hadirin sekalian, majlis kita akan dimulakan sebentar


lagi.

PROTOKOL Bismillah..
2.00 petang
Yang Berbahagia, Encik Syu’ib Bin Ahmad,
Pegawai KEMAS Bahagian Samarahan

Yang Dihormatio, Cik Sapiah Binti Kipli, Penyelia


Pendidikan Awal Kanak-kanak P197 Kota Samarahan

Yang Berusaha, Puan Dayang Roziana Binti Awg Basiri


Pengerusi Bengkel DUN N15 Asajaya

Dr. Thadius Herman Maling


Pegawai Pergigian Bahagian Samarahan

Cik Rabiatul Adwiyyah Binti Muhd Harita Pegawai Teknologi Makanan


Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan

Pengerusi Tabika, pendidik-pendidik Masyarakat,


Serta tuan tuan, puan puan hadirin sekalian

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera, Salam Negaraku, Salam Ibu pertiwiku dan selamat
petang

*PANTUN

Melati kuntum tumbuh melata


Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

SELAMAT DATANG KE BENGKEL KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN KEMAS 2021


BAGI DUN N 15 ASAJAYA
BACAAN DOA Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan
USTAZ Abd Rahman bin Hj Morsalin, penolong pegawai Hal Ehwal Islam,
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman,
Untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Amin amin ya rabbalalamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita pada hari ini
akan mendapat rahmat dan juga keberkatan daripada Allah swt.

UCAPAN ALUAN Hadirin sekalian


2.00-2.30ptg Seterusnya majlis kita mempersilakan En Syu’ib Bin Ahmad, Pegawai
KEMAS Bahagian p197 Kota Samarahan untuk menyampaikan ucapan
Aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima Kasih diatas ucapan aluan itu tadi.

MODUL 4 Tuan, puan sekalian ,

2.30-3.30ptg Tanpa melengahkan masa kita teruskan agenda kita dengan ceramah
yang 1 untul Modul 4. Sebelum itu, ingin saya menerangkan serba sedikit
latar belakang penceramah kita. Nama Beliau Cik Rabiatul Adwiyyah Binti
Muhd Harita, beliau merupakan Pegawai teknologi Makanan C41 Di
Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan.
Majlis mempersilakan Cik Rabiatul Adwiyyah untuk menyampaikan
ceramah yang bertajuk
“PENDIDIKAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN”
Dipersilakan

Terima Kasih di atas ceramah yang telah disampaikan


Semoga apa yang dikongsikan dapat menjadi panduan dan iktibar untuk
kita semua di masa akan datang

REHAT Majlis akan berehat seketika selama 15 minit


3.30-3.45ptg Kita akan Bersama semula pada pukul 3.15petang

CERAMAH 2 Hadirin sekalian,


3.45-4.45ptg Kita teruskan aturcara kita petang ini dengan Sesi Ceramah yang kedua
yang akan disampaikan oleh
Doktor Thadius Herman Maling yang merupakan Pegawai Pergigian
Bahagian UG54 Di Pejabat Pergigian Bahagian Samarahan dengan tajuk
ceramah
“ KESIHATAN PERGIGIAN UNTUK KANAK-KANAK BERTATIH”
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima Kasih di atas informasi yang bermanfaat yang telah disampaikan


sebentar tadi.

PENUTUP Alhamdulillah
4.45-5.00 ptg Dengan Berakhirnya ceramah itu tadi, maka selesailah sudah Bengkel
kemahiran ibu bapa kita pada kali ini. Majlis merakam setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan bengkel kita pada
kali ini.
Sebelum kita mengakhiri majlis, diminta semua peserta bengkel untuk
mengisi boring post test dan juga boring kaji selidik yang telah
disediakan di ruangan komen
Jika sudah selesai, bolehla menekan butang log keluar.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz mulia , wabillah hi taufiq…

Anda mungkin juga menyukai