Anda di halaman 1dari 8

1

MAJLIS SAMBUTAN NAFAS BAHARU BERMULA RAMADAN DAN KEMPEN MINUM


AIR KOSONG PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

 Tarikh : 20 April 2022 bersamaan 18 Ramadan 1443H (Rabu)


 Tempat : Masjid At-Taqwa, Bandar Miri
 Masa : 8.30 Pagi - 12.00 Tengahari
 Tetamu Kehormat:

Yang Berusaha, Dr. Rosemawati Binti Ariffin, Timbalan


Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Kesihatan Awam)
mewakili Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan
Negeri Sarawak.

ATURCARA MAJLIS
MASA ACARA
8.30am 1. KEHADIRAN TETAMU DAN JEMPUTAN

9.00am 2. FORUM “BAHAYA MEROKOK DAN VAPE DARI PERSPEKTIF


KESIHATAN DAN ISLAM”

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Majlis


Sambutan Nafas Baharu Bermula Ramadan dan
Kempen Minum Air Kosong Peringkat Negeri
Sarawak Tahun 2022 anjuran Jabatan Kesihatan
Negeri Sarawak dengan Pejabat Kesihatan Bahagian
Miri sebagai Tuan Rumah pada kali ini.

Program kita pada pagi hari ini akan dimulakan


dengan Sesi Forum yang bertajuk “Bahaya Merokok
dan Vape dari Perspektif Kesihatan dan Islam”.
Untuk makluman para hadirin yang hadir, panelis-
panelis untuk forum ini terdiri daripada Pakar-Pakar
Perubatan dan Pakar Agama.

Majlis dengan segala hormatnya menyerahkan sesi


ini kepada Dr. Haniff Bin Abdullah selaku Moderator.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
2

9.55am 3. KETIBAAN TETAMU KEHORMAT, PENGARAH KESIHATAN NEGERI


SARAWAK

Mohon Perhatian.

Diminta para hadirin mengambil tempat duduk


masing-masing kerana majlis perasmian akan
dimulakan sebentar lagi.

Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan Tetamu


Kehormat memasuki dewan.

Bagi memastikan kelancaran majlis, para hadirin


dimohon agar mematikan atau memastikan telefon
bimbit berada dalam ‘mode senyap’. Terima kasih.

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Dr.


Rosemawati Binti Ariffin, Timbalan Pengarah
Kesihatan Negeri (Bahagian Kesihatan Awam)
mewakili Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri
Sarawak.

10.00am 4. NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU SARAWAK IBU


PERTIWIKU

Sebagai pembuka tirai acara, diminta para hadirin


untuk terus berdiri untuk sama-sama menyanyikan
Lagu Negaraku dan diikuti dengan Lagu Sarawak Ibu
Pertiwiku.

…….Selesai Nyanyian…….

Terima kasih diucapkan atas nyanyian itu tadi dan


hadirin semua dipersilakan duduk.
5. BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis


3

menjemput Ustaz Mohd Ardy Putra Bin Zainudin,


Penolong Imam Bahagian Miri untuk memimpin
bacaan doa.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

…….Selesai Doa…….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Ustaz Mohd Ardy Putra Bin Zainudin atas
pimpinan doa sebentar tadi.

6. UCAPAN ALUAN

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh


Yang Berusaha Dr. P. Raviwharmman A/L
Packierisamy, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri,
juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Sambutan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

…….Selesai Ucapan…….

Demikian tadi ucapan oleh Yang Berusaha Dr. P.


Raviwharmman A/L Packierisamy, Pegawai
Kesihatan Bahagian Miri.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan


beliau sebentar tadi.

7. UCAPAN PERASMIAN

Seterusnya, bagi menyerikan majlis kita pada hari ini,


majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
4

mempersilakan Yang Berusaha, Dr. Rosemawati


Binti Ariffin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
(Bahagian Kesihatan Awam) mewakili Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak untuk
menyampaikan ucapan perasmian dan sekaligus
merasmikan majlis kita pada pagi ini.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

…….Selesai Ucapan…….

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Dr.


Rosemawati Binti Ariffin atas ucapan sebentar tadi.

Majlis dengan ini memohon Yang Berusaha, Dr.


Rosemawati Binti Ariffin untuk kekal berada di atas
pentas untuk acara seterusnya.

8. GIMIK PERASMIAN

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan pada pagi
yang penuh berkat ini.

Majlis dengan ini ingin menjemput:


 Yang Berusaha Pegawai Kesihatan Bahagian
Miri,
 Yang Berusaha Residen Miri,
 Yang Berusaha Pegawai Daerah Miri
dan
 Yang Berusaha Pegawai Jabatan Agama Islam
Sarawak Bahagian Miri
untuk naik ke atas pentas bersama-sama dengan
Yang Berusaha, Dr. Rosemawati Binti Ariffin bagi
menyempurnakan majlis pelancaran Sambutan Nafas
5

Baharu Bermula Ramadan dan Kempen Minum Air


Kosong Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2022.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

…….Selesai Gimik Perasmian…….

Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada Yang Berusaha, Dr.
Rosemawati Binti Ariffin dan semua tetamu
jemputan atas majlis perasmian itu sebentar tadi.

Majlis sekali lagi memohon Yang Berusaha, Dr.


Rosemawati Binti Ariffin untuk terus kekal berada di
atas pentas untuk acara penyampaian sijil.

9. PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN

Seterusnya bagi Penyampaian Sijil Penghargaan


kepada Moderator dan Ahli-Ahli Panel Forum Khas
yang bertajuk “Bahaya Merokok dan Vape dari
Perspektif Kesihatan dan Islam” yang telah
diadakan awal pagi tadi, majlis dengan ini ingin
menjemput:

 Dr. Haniff Bin Abdullah selaku Moderator, diikuti


oleh Ahli-Ahli Panel Forum iaitu,
 Pakar Perubatan Keluarga Dr. Norafini Binti
Salamon, diikuti oleh
 Pakar Pergigian Klinikal (Periodontik) Dr. Abdul
Rahim Bin Rosli, diikuti oleh
 Pegawai Hal Ehwal Islam Encik Awang Nib
Zuhairi Bin Awang Ahmad dan diikuti oleh
 Encik Rizal Bin Mazlan.
6

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang


Berusaha, Dr. Rosemawati Binti Ariffin atas
penyampaian Sijil Penghargaan itu tadi.

10. PELANCARAN INISIATIF AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT


(ANMS) WELLNESS ON WHEELS (WOW)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


majlis seterusnya Yang Berusaha, Dr. Rosemawati
Binti Ariffin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
(Bahagian Kesihatan Awam) mewakili Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak diiringi oleh
tetamu-tetamu jemputan untuk ke lokasi pelancaran
Inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)
Wellness on Wheels (WoW) yang berada di luar
dewan.

Ini diikuti dengan lawatan ke booth-booth pameran


yang disediakan di sekitar kawasan dewan masjid.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Untuk pengetahuan hadirin semua:


Agenda Nasional Malaysia Sihat (atau ANMS)
merupakan tawaran baharu kerajaan yang bertujuan
menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui
pembudayaan hidup sihat dan kelestarian
persekitaran yang menyokong hidup sihat.

Manakala, Wellness on Wheels (WoW) yang


merupakan inisiatif Ke-6 daripada 24 inisiatif di
bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang
berperanan sebagai perkhidmatan kesejahteraan
kesihatan secara mobile yang mudah diakses dan
dekat dengan komuniti.
7

WoW akan turut membantu melaksanakan hebahan


dan pitstop bagi lokasi Program Imarah Masjid dan
Surau di Miri bersempena kempen sambutan pada
kali ini.

11. LAWATAN PAMERAN

…….Selesai Lawatan Pameran…….

Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada Yang Berusaha, Dr.
Rosemawati Binti Ariffin, Timbalan Pengarah
Kesihatan Negeri Sarawak (Bahagian Kesihatan
Awam) dan para tetamu jemputan di atas kesudian
melawat booth-booth pameran yang telah disediakan.

12. SESI BERGAMBAR

Seterusnya bagi merakamkan peristiwa yang


bersejarah ini, majlis dengan sukacitanya menjemput
Yang Berusaha, Dr. Rosemawati Binti Ariffin,
diiringi oleh Ketua-Ketua Jabatan dan tetamu
jemputan untuk sesi fotografi.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

…….Selesai Bergambar…….

Dengan selesainya sesi bergambar tadi, maka


berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Saya bagi pihak
Jawatankuasa Pengelola Majlis Sambutan Nafas
Baharu Bermula Ramadan dan Kempen Minum Air
Kosong Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2022 ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih atas kerjasama dan keprihatinan yang
8

diberikan sepanjang majlis ini berlangsung.

Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat


kekurangan sepanjang majlis ini dijalankan.

Sekian, terima kasih.

12.00pm 13. BERSURAI

Anda mungkin juga menyukai