Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

NAMA PROGRAM: BEAUTY IS PAIN

TARIKH: 25 APRIL 2018

TEMPAT: DEWAN PROFESIONAL, UITM MACHANG

PERKARA TEKS CATATAN

Ketibaan VIP Majlis mengumumkan ketibaan …………………..

dan dif-dif jemputan

masuk ke dalam dewan.

Diminta para hadirin untuk terus berdiri bagi sama-sama

Nyanyian Lagu dan kita menyanyikan lagu Negaraku dan Wawasan Setia

Kata-kata Aluan Warga UiTM. (nyanyian lagu)

Para hadirin dipersilakan duduk.

Lafaz bismillah pembuka gelanggang,

Silat pantun warisan melayu,

Pemanis kata selamat datang,

Salam dihulur, kedatangan dialu

Assalamualaikum Wbrkth, Salam Sejahtera, Salam 1

Malaysia, Salam 1 UiTM, Salam dari Kampus Tanah

Serendah Sekebun Bunga, Kampus Cantik Budaya

Berkualiti “Leading in Entrepreneurship and

Community Engagement”.

Yang Mulia Dr. Haji Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan,


Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Yang berusaha Dr Shahsuzan Bin
Zakaria, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan,
Yang Berusaha Encik Affarizan Bin Sidek, Ketua Penolong Pengarah
Kanan Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan, Yang Berusaha
Encik Azmi bin Mohamed, Pengurus Kanan Asrama, Yang Berusaha
Encik Mohammad Amir Taufik Bin Abu Hassan, Penolong Pegawai
Farmasi, Yang Berusaha Encik Wan Mohd Firdaus Bin Wan Mohammad,
Penasihat 1 Kolej Tun Hussein Onn, Yang Berusaha, Puan Wan Salwana
Binti Wan Sulaiman, Penasihat 2 Kolej Tun Hussein Onn, Yang Berusaha
Dr. Nik Muzaiman Mustapha, Penasihat Kelab Program Siswa Sihat, Yang
Berusaha Encik Mohammad Faiz Bin Iskandah, Staff Residen Kolej Tun
Hussein Onn, Yang Dikasihi Saudara Nur Muhammad Haikal Bin Ramli,
Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, Yang Dikasihi Saudari Nur
Alia A’tirah Binti Mohd Dasuki, Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan
Kolej Tun Hussein Onn, Yang Dikasihi Saudara Zainal Abidin Bin Mohd
Nasir, Presiden Kelab Program Siswa Sihat, Yang Dikasihi Saudari Nur
Shahirah Bt Mohmad Zabidi, Pengarah Projek ‘Beauty Is Pain’ dan
selamat datang ke program ‘Beauty Is Pain’ yang dianjurkan oleh
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn bersama Kelab Program
Siswa Sihat.

Hadirin sekalian,
Bacaan doa dan
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada petang ini, dijemput saudara
Objektif …………………. untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan. (bacaan doa)
Amin, amin ya Rabbal alamin.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada saudara ………………….. di atas
bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis ini sentiasa di bawah lindungan
Rahmat dan Kasih sayangNya. Para hadirin yang dihormati sekalian,
pertama dan utama, Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan izin dan inayahNya kita diberikan kesempatan untuk
bersama-sama di majlis yang penuh bermakna ini. Majlis ingin
merakamkan sekalung penghargaan kepada (perasmi), dif-dif jemputan
serta para hadirin sekalian atas kelapangan masa dalam merealisasikan
majlis ini. Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, majlis kita pada hari
ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa khasnya kepada
mahasiswi mengenai keburukan penyalahgunaan barang kosmetik serta
tips yang berguna kepada mahasiswi. Antara objektif utama majlis ini
diadakan adalah untuk melahirkan mahasiswi yang bijak dalam pemilihan
kosmetik dan mendedahkan jenis-jenis kosmetik yang selamat untuk
digunakan.

Ucapan dan Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan menjemput


Perasmian saudari Nur Shahirah Bt Mohmad Zabidi,
pengarah projek ‘Beauty Is Pain’ untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan. (ucapan pp)

Terima kasih diucapkan kepada saudari Nur


Shahirah Bt Mohmad Zabidi di atas ucapan yang
diberikan.

Terbang di awan burung jentayu,

Di atas papan batang jerami,

Tampillah tuan kami merayu,

Bersama ucapan kata perasmi.

Majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan


………………………….untuk menyampaikan
ucapan serta merasmikan majlis kita pada hari ini.
Majlis dengan berbesar hati menjemput dan
mempersilakan. (ucapan perasmi)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


diucapkan kepada …………………. di atas
kesudian menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan majlis sebentar tadi.

Ceramah ‘Beauty Is Hadirin sekalian,


Pain’ dan Sesi Soal
Sekarang tibalah masa kepada agenda yang
Jawab
ditunggu-tunggu, iaitu sesi perkongsian ilmu yang
akan disampaikan oleh penceramah kita pada hari
ini. Sebelum itu, izinkan saya untuk menceritakan
serba sedikit tentang latar belakang penceramah
kita pada hari ini. Nama diberi ialah Affarizan Bin
Sidek. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua
Penolong Pengarah Kanan Cawangan
Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan. Beliau
mempunyai kelulusan Sarjana Muda Sains
Farmasi daripada Universiti Sains Malaysia pada
tahun 2003. Beliau pernah bekerja di Hospital
Kuala Terengganu selama setahun dan bekerja di
Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri
Kelantan dari tahun 2004 hingga kini. Beliau juga
mempunyai pengalaman berceramah selama
hampir 11 tahun mengenai kawalan ubat dan
kosmetik. Tanpa melengahkan masa, majlis
menjemput dan mempersilakan Encik Affarizan
Bin Sidek untuk memberi perkongsian. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

(ceramah)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Encik Affarizan Bin Sidek di atas perkongsian
ilmu sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi pertanyaan.


Dipersilakan mahasiswa untuk mengemukakan
Sesi Pertanyaan
soalan tentang isi ceramah sebentar tadi.

(sesi soal jawab)

Terima kasih kepada Encik Affarizan Bin Sidek di


atas jawapan tersebut.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian
cenderamata. Oleh itu, majlis dengan berbesar hati
Penyampaian menjemput ………. bagi mengiringi
Cenderamata …………..bagi menyempurnakan sesi
penyampaian cenderamata. Majlis menjemput
penceramah kita iaitu Yang Berusaha Encik
Affarizan Bin Sidek bagi menerima cenderamata.
Diminta ……. …………untuk terus berdiri bagi
menyampaikan cenderamata kepada
…………………….

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada


……………… dan …… ………..di atas
penyampaian cenderamata itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi fotografi.


Sesi Fotografi dan Sebelum kita menutup tirai majlis pada petang ini,
Penutup marilah kita sama-sama mengalunkan bacaan Doa
Rabitah.

Dengan berakhirnya alunan Doa Rabitah sebentar


itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada
petang ini. Saya ,
selaku pengacara majlis anda, memohon beribu
kemaafan jika ada salah dan silap sepanjang saya
mengendalikan majlis pada petang ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada


Allah SWT, dan yang buruk itu datangnya
daripada kelemahan diri kami sendiri.

Dijemput dif-dif jemputan untuk ke bilik Cik Siti


Wan Kembang untuk menikmati juadah yang
disediakan. Sekian sahaja daripada saya,
Wabillahitaufik walhidayah Assalamualaikum
w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai