Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

BICARA DAKWAH:
ISRAK & MIKRAJ (IBRAH SEBUAH KEMBARA AGUNG)

ACARA TEKS
Kata Aluan Indah berbalam si awan petang,
Berarak Megah di tanjung bidara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t,

Yang Berbahagia,
Dato’ Hj. Nor Azmi Bin Hj. Musa,
Pengarah,
Jabatan Zakat,
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Yang Berusaha,
Tn Haji Norazman Bin Amat,
Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Kaunseling & Pembangunan Insan.

Yang Dihormati,
Puan Azura binti Muhammad Alias,
Penolong Pengarah Kanan,
Kompleks As-Sa’adah.

Yang Berbahagia,
Da’I Mohd Annas Bin Khamis,
Selaku Penceramah Jemputan Bicara Dakwah.

Seterusnya,
Barisan Kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Para Pelajar Muallaf Persijilan MAINS
& hadirin dan hadirat sekalian

Selamat Datang kepada semua peserta ke Program Bicara Dakwah : Israk & Mikraj
(Ibrah Sebuah kembara Agung).

Disini sebelum program kita bemula, suka saya ingin mengajak kepada semua
peserta yang berada di Google Meet, di Facebook live atau dimana sahaja anda
bersiaran untuk sama-sama share, like program kita hari ini, semoga kita mendapat
sebuah kebaikan dengan tersebarnya program ini..in sya allah aamiin.

Saya mohon juga kepada semua peserta untuk ikuti program kita sehingga ke
penghujungnya kerana kita ada Slot istimewa untuk semua peserta iaitu Slot Kuiz
yang mana peserta akan membawa pulang hadiah yang lumayan berbentuk wang
tunai RM100. Jadi, tunggu jangan tak tunggu. Rebut peluang ini, moga ada rezeki
semua. In sya allah.
Diingatkan kepada semua peserta untuk mengisi link kehadiran yang tertera
diruangan komen google meet dan facebook live.

Hadirin & Hadirat Sekalian,


Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis diteruskan dengan bacaan doa dengan
ini majlis menjemput Ustaz Mohammad Nasrullah Bin Mohamad Nasir untuk
memimpin bacaan doa, dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Bacaan Doa …………………………………………………….
Amin Amin Ya Rabbalalamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz


Mohammad Nasrullah Bin Mohamad Nasir atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin Hadirat yang dikasihi sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan Tn Hj. Norazman Bin Amat, Ketua
Penolong Pengarah, Bahagian kaunseling & Pembangunan Insan untuk
menyampaikan sepatah dua kata.
Ucapan Aluan Majlis dengan ini mempersilakan
Ketua
………………..ucapan aluan………….

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Norazman Bin Amat atas
ucapan aluan sebentar tadi.

Slot Sidang Hadirin Yang Dirahmati Allah Sekalian,


Penceramah
Maka tibalah acara yang dinantikan penuh makna pada hari ini, Sebelum kita
mendengar ceramah oleh tuan penceramah kita, izinkan saya membacakan serba
sedikit biodata tentang Penceramah jemputan kita pada kali ini.

Tuan Penceramah jemputan kita bernama Da’i Mohd Annas Bin Khamis. Dikenali
sebagai Finalis Da’I Pendakwah Milenia TV3 Musim 2, 2014. Beliau merupakan
anak jati negeri perlis, berusia 29 tahun dan bergiat aktif dalam bidang motivasi &
Latihan, pengacaraan dan ceramah agama. Memulakan penampilan dalam TV dan
Radio sejak tahun 2014. Kini, bertugas sebagai Pengurus Operasi di Syarikat Nur A
Shifa Enterprise yang menjalankan pelbagai program Latihan & konsultasi serta
perniagaan. Beliau memiliki Ijazah sarjana muda Komunikasi Massa (Kepujian)
Penyiaran di Universiti Teknologi Mara (UITM).

Saya membuka ruang kepada semua peserta boleh mengemukakan soalan diruangan
chat dan peserta facebook diruangan komen. In sya allah sesi soal jawab diteruskan
diakhir ceramah nanti.

Pohon Selasih ditepi perigi,


Indah berseri di waktu pagi,
Israk dan Mikraj Mukjizat Nabi,
Marilah sama kita hayati.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini mempersilakan tuan penceramah untuk
menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Israk & Mikraj (Ibrah Sebuah Kembara
Agung).
Dengan segala hormatnya dipersilakan...

..........................ceramah...................

Nun Di Sana Indahnya Kota


Kota Bersih Dijaga Sentiasa
Indah Sungguh Bicara Kata
Jadi Iktibar Pada Semua

Demikian tadi ceramah yang telah disampaikan dengan pengajaran jua teladan.
Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan
dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada Da’I Mohd Annas Bin Khamis di atas
ceramah sebentar tadi.

Diingatkan kepada semua peserta untuk mengikuti program hingga ke


penghujungnya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tak lengkap rasanya program, ini tanpa sesi soal jawab. Untuk itu saya buka peluang
ini kepada para hadirin dan hadirat untuk mengemukakan soalan.
Sesi Soal
Jawab
…………………soalan……………………

Selesai sudah sesi soal jawab, sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Dai Annas
di sesi soal jawab sebentar tadi.
Hadirin & Hadirat Sekalian,
Tibalah waktu yang ditunggu-tunggu, Slot Kuiz Kita Pada hari ini. In sya allah
terdapat 5 soalan yang akan dikeutarakan.
Semua peserta diminta bersedia untuk menjawab soalan samaada secara mesej di
chat atau boleh buka microphone untuk bercakap. Siapa cepat dia dapat.
In sya allah, Hadiah lumayan yang dibawa pulang berbentuk wang tunai RM100
ringgit.

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan kepada soalan …….

Soalan 1…………Jawapan…..
Soalan 2…………Jawapan…..
Soalan 3…………Jawapan…..
Soalan 4…………Jawapan…..
Soalan 5…………Jawapan…..

Maka berakhirnya Soalan yang kelima tadi berakhirlah Sesi Kuiz kita pada hari ini.
Syabas & Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada semua pemenang
boleh berhubung dengan Cik Siti Hawa ditalian 0187794015 setelah habis program
ini bagi tuntutan hadiah dan diingatkan kepada semua peserta untuk mengisi link
kehadiran bagi mendapatkan sijil penyertaan program.

Sesi Kuiz Disini saya ingin mengambil kesempatan mempromosikan perkhidmatan yang ada di
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Moh Kita Berzakat


Semak dan kira zakat pendapatan, perniagaan, wang simpanan, emas, perak, saham,
padi dan ternakan anda di
www.zakatns2u.biz sekarang.
Semakin banyak kita Berzakat, semakin banyak Allah bagi nikmat.
Ayuh Tuan/Puan Hadirin Hadirat Sekalian
Tunaikan Zakat Anda di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Seterusnya, boleh kita bersihkan lagi harta yang kita ada dengan berwakaf, wasiat,
hibah dan sebagainya, boleh menghubungi talian terus wakaf dan mal 013-7743662.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan juga menawarkan Program Persijilan MAINS
bagi Pengambilan Pelajar Sesi 2022 dibuka muallaf dan anak muallaf dipelawa untuk
mendaftar dalam Program Pengajian Islam 3 semester di Kompleks As-Sa’adah
Seremban.
Boleh Daftar sekarang di 06-7637916/011-16501452. In sya allah.. Alhamdulilah.

Kepada semua peserta program bolehlah mengisi link pendaftaran untuk


mendapatkan sijil penyertaan.
Burung Kedidi mencari Makan,
Menyusur lalu di tepi perigi,
Israk dan Mikraj saya ucapkan,
Semoga hidup sentiasa diberkati.

Hadirin Sekalian, Sebelum berakhirnya majlis pagi ini, diminta semua hadirin dan
hadirat untuk membuka kamera bagi sesi bergambar.
Majlis Bersurai
& Sesi
Dengan berakhirnya sesi bergambar sebentar tadi, maka majlis sudah sampai
Bergambar
kepenghujungnya. Bagi pihak majlis agama islam memohon maaf di atas kekurangan
sepanjang program berlangsung dan Saya juga selaku pengerusi majlis memohon
ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Dengan itu majlis disudahi dengan


wabillah……wassalamualaikum……  dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai