Anda di halaman 1dari 4

SULIT KAS/ SEM3/ 2019/ SPIK1223

BAHAGIAN B
(50 markah)
JAWAB SEMUA SOALAN
SOALAN 1
a) Islam melarang golongan-golongan tertentu untuk menguruskan harta untuk
mengelakkan penyalahgunaannya.
Sebutkan dua (2) golongan yang tidak layak menguruskan harta.
(2 markah)

b) Sistem muamalah Islam telah menyediakan berbagai-bagai cara


bermuamalah kepada manusia bagi memenuhi keperluan hidup.
Senaraikan dua (2) jenis-jenis muamalah yang dilaksanakan di Malaysia.

(2 markah)

c) Perundangan Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T berasaskan sumber-


sumber yang benar dan diakui ketetapannya oleh para ulama.
Nyatakan dua (2) sumber-sumber perundangan Islam tersebut.
(2 markah)

d) Amalan kebajikan yang dilakukan oleh manusia kadang kala tidak akan
diterima oleh Allah S.W.T sebagai ibadat.
Sebutkan dua (2) perkara yang boleh merosakkan pahala ibadat kepada
Allah S.W.T.
(2 markah)

e) Kesalahan takzir boleh dijatuhkan hukuman yang diputuskan oleh budi bicara
hakim atau kadi.
Nyatakan dua (2) bentuk kesalahan takzir yang dijatuhkan kepada orang
yang bersalah.
(2 markah)
SULIT KAS/ SEM3/ 2019/ SPIK1223

SOALAN 2

a) Harta yang terdapat di dunia merupakan milik Allah S.W.T. Manusia hanya
diberikan kebenaran untuk memilikinya secara sementara.
Berikan definisi harta dan satu dalil harta milik Allah.
(2 markah)

b) Harta memainkan peranan yang penting dalam menjamin kebahagiaan hidup


manusia di dunia dan di akhirat.
Jelaskan dua (2) kesan ketiadaan pengiktirafan hak milik.
(4 markah)

c) Setiap usaha yang dilakukan oleh manusia bagi memperoleh harta sama ada
secara halal atau haram mempunyai kesan yang mendalam kepada
kehidupan manusia.
Tentukan pernyataan di bawah dengan menulis (X) atau (Y) pada ruangan
jawapan yang disediakan.

X Sumber Harta Yang Halal Y Sumber Harta Yang Haram

Pernyataan Jawapan
Bekerja di kilang atau kedai arak
Jualan hasil kraf tangan dan batik
Perkhidmatan membersihkan tangka najis
Kegiatan penternakan khinzir

(4 markah)
SULIT KAS/ SEM3/ 2019/ SPIK1223

SOALAN 3
a) Senaraikan dua (2) Matlamat Perundangan Islam yang telah disyariatkan
oleh Allah S.W.T untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan manusia.
(2 markah)

b) Setiap peraturan yang ditentukan oleh Allah S.W.T menjadi panduan bagi
setiap mukalaf untuk melakukan amalan atau pekerjaan dalam Islam.
i. Terangkan satu (1) hikmah penetapan hukum haram berserta contoh.
ii. Sebutkan dua (2) implikasi melakukan pelanggaran hukum makruh.
(4 markah)

c) Fatwa diharuskan oleh Islam bagi menyelesaikan masalah semasa yang


berlaku.
i. Nyatakan pengertian fatwa dan satu (1) contoh fatwa yang telah
diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
ii. Jelaskan dua (2) matlamat fatwa bagi menyelesaikan masalah.
(4 markah)

SOALAN 4
a) Pengabaian ibadat fardu menjadi punca kepada kegagalan untuk melahirkan
umat Islam yang memiliki jati diri.
i. Nyatakan dua (2) punca umat Islam mengabaikan ibadat fardu.
ii. Sebutkan dua (2) kesan pengabaian tersebut terhadap diri sendiri.
(4 markah)

b) Sejak kebelakangan ini kecemerlangan pendidikan dan akhlak peribadi dalam


kalangan pelajar Islam semakin merosot jika dibandingkan dengan agama-
agama lain. Kecemerlangan pendidikan dan akhlak peribadi bagi melahirkan
umat yang berilmu dan berakhlak mulia.
Sebagai seorang pelajar, bagaimana anda dapat mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran yang menjadi contoh role model kepada pelajar-pelajar lain.
(4 markah)
SULIT KAS/ SEM3/ 2019/ SPIK1223

SOALAN 5
a) Lengkapkan perbezaan antara Hukum Jenayah Islam dengan Hukum
Jenayah Bukan Islam.

Bil Hukum Jenayah Islam Hukum Jenayah Bukan Islam


1. Digubal hasil pendapat dan
pemahaman pihak yang berkuasa

2. Pelaksanaannya akan mendapat


berkat dan rahmat daripada
Allah S.W.T

3. Kuasa pengampunan hukum Kuasa pengampunan berada dalam


qisas berada dalam kuasa________________________
__________________________ _____________________________
__________________________ _____________________________

(4 markah)

b) Ibadat terbahagi kepada dua iaitu ibadat khusus dan ibadat umum. Kedua-
dua ibadat tersebut penting kerana ia menghubungkan manusia dengan Allah
S.W.T dan menghubungkan sesame manusia dalam masyarakat untuk
kehormanian hidup. Kedua-dua ibadat perlu dijaga melalui cara-cara tertentu
agar mendapat kebaikan didunia dan diakhirat.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan cara meningkatkan kualilti
ibadat yang dilakukan.
(6
markah)

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai