Anda di halaman 1dari 14

SKEMA JAWAPAN

MODUL PENINGKATAN PRESTASI MURID TINGKATAN 5

TAHUN 2022/2023

Tasawwur Islam 5226

Untuk kegunaan Pemeriksa Sahaja.


SULIT 2 5226

Bahagian A

1 harta

2 Mazmumah/keji/buruk

3 Berasa/rasa/ucap

4 Perkahwinan/pernikahan

5 Qadak

6 muamalah

7 murtad

8 takzir

9 Saling mengenali/ berkenalan

10 Saling tolong menolong/ bekerjasama/bantu

11 Alam musyahadah/dunia/

12 Manusia/insan/orang

13 Hak memilih pemimpin/ Hak mendapat perlindungan/ jaminan keselamatan/ Hak


kebebasan bersuara dan memberi pendapat.

14 Hak memilih pemimpin/ Hak mendapat perlindungan/ jaminan keselamatan/ Hak


kebebasan bersuara dan memberi pendapat.

15 Hak memilih pemimpin/ Hak mendapat perlindungan/ jaminan keselamatan/ Hak


kebebasan bersuara dan memberi pendapat.

16 /

17 X

18 /

19 X

20 X

5226 @2022 Modul Ting 5


SULIT 3 5226

Bahagian B
[ 80 markah ]
Jawab empat soalan sahaja

1 (a) Ibadah terbahagi kepada dua.

(i) Nyatakan bahagian ibadah tersebut beserta contoh. [4 markah]

P1- Ibadah umum (1m)contoh bekerja/membuat penyelidikan/


membuang benda merbahaya dijalanan.(1m)

P2- Ibadah khusus(1m) contoh solat fardu/zakat/puasa/haji dan


umrah.(1m).

- Contoh sahaja tidak diterima.


(ii) Nyatakan dua syarat ibadah diterima oleh Allah SWT. [2 markah]

- Ikhlas melakukan ibadah kerana Allah SWT semata-mata


dan mengharapkan keredhaanNya.(1m)
- Ittiba’ as-Sunnah iaitu ibadah dilakukan sebagaimana yang
disyariatkan oleh Allah SWT dan Al-hadis/ mengikut
syariat/hukum syarak/.(1m)

(iii) Sebagai seorang muslim yang mukmin, bagaimanakah cara anda [4 markah]
meningkatkan kualiti ibadah?

- Sentiasa mengingati Allah SWT Ketika melakukan


pekerjaan.
- Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang ibadat khusus dan
umum.
- Berdamping dengan orang soleh dan berilmu.
- Sabar dan istiqamah dalam melakukan ibadah.
- Memahami hikmah di sebalik kewajipan sesuatu ibadah.

Contoh jawapan:
Cara saya meningkatkan kualiti ibadah ialah dengan mendalami
ilmu pengetahuan (Isi) contohnya menghadiri majlis ilmu (H1).
Kesannya saya dapat membezakan amalan yang betul dan salah
(H2). Oleh itu, saya akan sentiasa meningkatkan ilmu saya
khususnya yang berkaitan dengan ibadah agar saya menjadi
insan yang cemerlang dunia dan akhirat (Penutup).

(b) (i) Apakah definisi ekonomi Islam. [2 markah]

Ekonomi Islam ialah ilmu yang digunakan oleh manusia bagi


memenuhi keperluan ekonomi individu dan masyarakat

5226 @2022 Modul Ting 5


SULIT 4 5226

berteraskan aturan syariat Islam(2m)/ serta mencegah


ketidakadilan dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam.

(ii) Terangkan dua ciri-ciri pekerjaan menurut Islam [4 markah]

Dua ciri-ciri pekerjaan menurut Islam ialah:

- Pekerjaan yang halal seperti bekerja sebagai guru, doktor


dan lain-lain.
- Menurut kehendak syariat seperti menutup aurat
- Menjaga ketenteraman awam agar mendapat rezeki yang
halal.
- Mengambil berat tentang ibadah supaya kerja yang
dilakukan diberkati Allah SWT.
- Memastikan keselamatan diri dan orang lain agar
terpelihara daripada sebarang musibah.
(iii) Huraikan dua keistimewaan sistem ekonomi Islam [4 markah]

Dua keistimewaan sistem ekonomi Islam

- Sistem yang lengkap dan menyeluruh kerana


berpandukan ajaran dan wahyu Allah SWT.
- Bermotifkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat
supaya mendapat keredhaan Allah SWT.
- Menggabungkan antara aktiviti ekonomi dengan akidah
Islam seperti bermuamalah.
- Berteraskan nilai akhlak dan nilai Islam seperti berjual
beli secara jujur.
- Memberi keutamaan kepada pengeluaran barangan asas
(daruriyyat) dan keperluan (hajiyyat) dan barangan
mewah (tahsiniyyat) agar Bahagia di dunia dan akhirat.

2 (a) (i) Nyatakan pengertian wahyu. [2 markah]

Kalam Allah SWT yang disampaikan kepada para nabi dan


rasul (1m)/melalui perantaraan malaikat Jibril a.s atau terus
daripada Allah SWT.(1m).

(ii) Jelaskan dua ciri akal. [4 markah]

- Anugerah paling istimewa yang dikurniakan oleh Allah


SWT.
- Akal membezakan manusia dengan haiwan.
- Akal tidak mampu memikirkan perkara ghaib.
- Akal sentiasa berubah dan berkembang.

5226 @2022 Modul Ting 5


SULIT 5 5226

(iii) Huraikan kesan pengabaian tanggungjawab manusia sebagai [4 markah]


hamba dan khalifah Allah SWT

• Berlaku keruntuhan akhlak seperti pergaulan bebas


• Jenayah berleluasa seperti mencuri
• Masyarakat akan kekurangan ilmu/jahil kerana malas
belajar.
• Ekonomi tidak membangun kerana masyarakat memilih
pekerjaan.
• Hilang kepercayaan kepada pemimpin kerana tidak amanah.
• Negara akan mundur kerana banyak pengangguran/ tiada
pekerjaan.
• Berlaku perpecahan dan diskriminasi dalam masyarakat
kerana rakyat tidak berpuas hati dengan pemimpin.

(b) (i) Senaraikan dua keunggulan sistem perundangan Islam. [2 markah]

- Bersifat Rabbaniyyah/ Ciptaan Allah (1m). yang bersih


daripada sebarang kelemahan, kekurangan dan dorongan
hawa nafsu.
- Bersifat syumuliyyah/Lengkap merangkumi semua aspek
kehidupan manusia.
- Hukuman yang adil(1m). tanpa mengira pangkat dan
keturunan.
- Bersifat Alamiyyah/ Sesuai untuk semua manusia tanpa
mengira kaum , tempat dan zaman.
- Bersifat thabat/ Bersifat tetap dan kekal sehingga hari
kiamat tanpa berlaku perubahan.
- Hukuman bersifat pengajaran supaya penjenayah tidak
mengulangi kesalahan yang sama.
- Mendidik jiwa manusia supaya takut akan pembalasan
Allah.

(ii) Berikan dua matlamat sistem perundangan Islam. [2 markah]


- Memelihara Agama
- Memelihara Nyawa
- Memelihara akal
- Memelihara keturunan
- Memelihara harta

*tiada memelihara tidak diterima.

Seorang hakim telah menarik diri daripada mengendalikan perbicaraan suatu


kes yang menyalahi salah satu etika kehakiman Islam

5226 @2022 Modul Ting 5


SULIT 6 5226

(c) (i) Pada pendapat anda apakah etika tersebut? [1 markah]


Hakim hendaklah jujur ketika bertugas.

• Jawapan lain tidak diterima.


(ii) Mengapakah hakim mesti mematuhi etika tersebut? [5 markah]
Bincangkan.

Seorang hakim mesti amanah ketika melaksanakan tugas (isi)


seperti tidak menerima rasuah (H1) supaya kewibawaannya
dihormati oleh masyarakat (H2). Kesannya akan mewujudkan
keamanan dalam negara.(H3). Oleh itu seorang hakim perlu
menjaga etika kehakiman supaya keadilan dapat ditegakkan (K)

3 (a) Pergaulan menurut Islam merupakan komunikasi dan perhubungan antara individu
yang lain berteraskan syariah Islam.

(i) Jelaskan dua prinsip pergaulan menurut Islam. [4 markah]

- Bermatlamatkan keimanan kepada Allah SWT agar 2x2m


hidup dirahmati.
- Mengutamakan keamanan dan keharmonian hidup
supaya bahagia dunia akhirat
- Berlandaskan syariah Islam seperti menutup aurat.
- Bekerjasama/bantu membantu dalam perkara kebaikan
seperti tolong menolong
- Mencegah kemungkaran agar hidup aman.
- Memberikan panduan berinteraksi sesama manusia
berdasarkan ajaran Islam.
- Menghormati antara satu sama lain agar hubungan
silaturrahim terjalin.

(ii) Terangkan dua cara mengamalkan adab dalam pergaulan. [4 markah]

- Sentiasa memberi salam ketika bertemu dan


meninggalkan sesuatu majlis
- Sentiasa bercakap dengan menggunakan bahasa yang
baik
- Sentiasa berbaik sangka pada diri sendiri dan orang
lain.
- Sentiasa bersedia untuk menolong sesiapa sahaja yang
memerlukan bantuan
(iii) Nyatakan kesan buruk jika gagal mengamalkan adab dalam [2 markah]
pergaulan.
- Melahirkan sebuah masyarakat yang saling curiga
mencurigai antara satu lain.
- Menjatuhkan maruah diri
- Menjatuhkan imej umat islam

5226 @2022 Modul Ting 5


SULIT 7 5226

- Disisih oleh masyarakat.


- Berlakunya
perbalahan/perpecahan/pergaduhan/pertelingkahan
dalam masyarakat
- Wujudnya masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
- Masyarakat akan menjadi porak peranda.

*mana-mana jawapan munasabah diterima.


*individu, masyarakat dan negara.

(b) Pentadbiran merupakan sebahagian daripada pengurusan. Pengurusan bersifat


lebih umum berbanding pentadbiran.

(i) Senaraikan dua ciri pengurusan dan pentadbiran Islam. [2 markah]

- Bersumberkan Al-Quran dan Al- Hadis


- Mengamalkan konsep syura dalam pentadbiran
- Melaksanakan keadilan untuk semua pihak
- Memastikan hak kebebasan kepada individu agar
terpelihara mengikut panduan syarak.
- Mengeratkan ukhwah dalam pengurusan yang
berteraskan nilai akhlak.
- Mematuhi dan menghormati peraturan dan undang-
undang yang telah ditetapkan oleh sebuah organisasi.

(ii) Bincangkan dua kesan buruk jika pentadbir tidak menepati [2 markah]
ciri-ciri pentadbir yang baik.

- Ekonomi Negara menjadi mundur


- Sistem pemerintahan Negara menjadi kucar kacir
- Rasuah akan berleluasa dalam Negara
- Pemberontakan dan rasa tidak puas hati
- Negara berada dalam huru hara

*mana-mana jawapan munasabah diterima.


*individu, masyarakat dan negara.

(iii) Dunia hari ini, dilanda dengan masalah penyalahgunaan kuasa [6 markah]
di mana mana. Keadaan ini berlaku kerana hilangnya sifat
amanah pada seorang pentadbir. Berikan pandangan anda
bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini.

- Meningkatkan ilmu pengetahuan seperti ilmu fardu ain.


- Meningkatkan keimanan

5226 @2022 Modul Ting 5


SULIT 8 5226

- Memilih kawan yang baik

Contoh jawapan:
Mendampingi ulama(isi) agar mendapat ilmu
pengetahuan(H1).Hal ini kerana mereka dapat menyemai
akhlak mahmudah(H2) seperti jujur dalam setiap
tindakan.(H3). Kesannya mereka takut untuk melakukan
kemungkaran.(H4). Oleh itu kita hendaklah menuntut ilmu
supaya dapat membezakan antara baik dan buruk.

5226 @2022 Modul Ting 5


SULIT 9 5226

4 (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan akhlak menurut Islam? [2 markah]

Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong sesuatu


perbuatan dan perlakuan tanpa memerlukan pertimbangan
yang mendalam.

(ii) Terangkan dua kepentingan akhlak dalam pembinaan [4 markah]


sesebuah keluarga.
• Membentuk sebuah keluarga bahagia supaya hidup saling
hormat-menghormati.
• Membentuk keluarga yang dirahmati Allah/
diberkati/diredhai kerana menurut perintah Allah.
• Saling bertolak ansur dan bantu-membantu di antara ahli
keluarga agar hidup bahagia.
• Mewujudkan kasih sayang agar hidup harmoni.
• Mengukuhkan hubungan kekeluargaan supaya mendapat
ganjaran pahala.
(iii Huraikan dua cara untuk memupuk akhlak mulia dalam diri. [4 markah]
)
- Mentaati perintah Allah SWT dan Rasul-Nya supaya
hidup diberkati.
- Sentiasa bermuhasabah diri agar hidup bahagia.
- Sentiasa berdoa memohon dihiasi akhlak mulia kerana ia
senjata mukmin.
- Mencontohi dan meneladani Rasulullah SAW yang
berpekerti mulia.
- Mujahadah dalam memperbaiki diri bagi melahirkan insan
yang bertakwa.
- Bersabar dan istiqamah dalam berakhlak mulia agar
bahagia dunia akhirat.
- Mendampingi ulamak/orang soleh agar dapat mendidik
pekerti mulia.
- Berkawan dengan rakan yang baik.

(b) (i) Nyatakan dua ciri muamalat Islam. [2 markah]

- Bersumberkan al-Quran dan Hadis.


- Reda-meredai antara kedua belah pihak.
- Adil/ mendatangkan manfaat
- Tidak melakukan penipuan.
(ii) Senaraikan dua contoh institusi kewangan Islam di Malaysia. [2 markah]

- Takaful
- Zakat
- Tabung Haji
- Baitulmal

5226 @2022 Modul Ting 5


SULIT 10
5226

- Perbankkan islam
- Wakaf
(c) (i) Berdasarkan gambar di atas, nyatakan jenis muamalah yang [ 1 markah]
sesuai digunakan oleh Encik Azmi.

- Al-Mudharabah / Al-Musyarakah
(ii) Berikan hujah untuk menyokong jawapan anda. [5 markah]

Al-Mudarabah dapat memberi keuntungan (isi) melalui


pelaburan dalam skim pelaburan patuh syariah (H1). Hal ini
kerana pelaburan Islam bebas daripada riba(H2). Kesannya
Encik Azmi mendapat ganjaran pahala kerana mengikut
syariat Islam(H3). Oleh itu, umat Islam hendaklah
mengamalkan muamalat Islam.supaya ekonomi umat Islam
berkembang (K).

Al-Musyarakah dapat memberi peluang kepada pemodal dan


pengusaha untuk berkongsi keuntungan(isi) secara bersama
mengikut persetujuan di dalam perjanjian (H1). Hal ini dapat
memajukan perniagaan dengan cara patuh syariah (H2) yang
bebas daripada penindasan seperti manipulasi dan
monopoli(H3). Oleh itu umat Islam hendaklah menggunakan
muamalat Islam supaya dapat memajukan diri mengikut cara
yang betul(K).

5 (a) (i) Nyatakan dua fungsi wahyu terhadap akhlak dalam kehidupan [2 markah]
manusia.
- Panduan dalam pembentukan akhlak mulia/sifat mahmudah.
- Menetapkan hukum/ hukum praktis yang berkaitan dengan
akhlak.
- Membimbing masyarakat untuk berinteraksi/ bermuamalah
antara satu sama lain.

(ii) Jelaskan dua kepentingan berpegang dengan wahyu dalam [4 markah]


memelihara akal.
- Wahyu memerintahkan manusia menggunakan akal
sepenuhnya.
- Wahyu membimbing akal dalam memelihara kebenaran
akidah dan iman.
- Wahyu memastikan kesahihan ibadah yang dilaksanakan
oleh manusia.

5226 @2022 Modul Ting 5


SULIT 11
5226

- Wahyu mempengaruhi akal untuk menghasilkan kemuliaan


akhlak dan tingkah laku.
- Wahyu memelihara akal supaya berfikir dan bertindak
secara logik serta selari dengan tuntutan syarak.
- Wahyu melarang perkara yang merosakkan akal seperti
arak.
*Tiada wahyu diterima

(b) (i) Berdasarkan penyataan di atas, apakah punca situasi tersebut [2 markah]
berlaku?
- Taraf sosio-ekonomi yang rendah(I)…. (H)
- Tekanan hidup.
- Faktor genetik atau sejarah keluarga.
- Sejarah trauma ketika kanak-kanak.
- Komplikasi ketika lahir atau dalam ketika dalam
kandungan.
- Pengambilan dadah.

*Mana-mana jawapan munasabah diterima

(ii) Huraikan cara menyelesaikan masalah di atas berdasarkan [4 markah]


syariat Islam?

Cadangan Jawapan
Contoh isi:
- memberi sokongan moral
- membawa berjumpa kaunselor

Saya akan membantu mereka untuk mendapat rawatan awal


(IF) agar penyakit ini tidak menjadi lebih teruk. (H1) Kesannya
akan membantu proses penyembuhan dengan lebih cepat. (H2)
Oleh itu kita hendaklah bersama-sama memberi sokongan
moral kepada mereka agar dapat membina hidup baru yang
lebih sihat.(K)

(c) (i) Nyatakan maksud takzir. [2 markah]

Kesalahan dan hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak


(1M) / dan diserahkan kepada budi bicara hakim untuk
memutuskannya. 1M

(ii) Berikan dua contoh hukuman takzir. [2 markah]


- nasihat / teguran/bimbingan
- ancaman/pemulauan
- pengisytiharan umum

5226 @2022 Modul Ting 5


SULIT 12
5226
- denda / merampas harta (sita)
- sebat
- buang daerah
- penjara

(d) (i) Terangkan dua cara menjauhkan diri daripada perbuatan [4 markah]
jenayah.

- Mematuhi peraturan agama (I) 1m seperti menunaikan solat


dan menutup aurat. (H)1m
- Menuntut ilmu yang bermanfaat (I) 1m seperti Ilmu fardu
ain dan fardu kifayah..(H)1m
- Mengisi masa dengan perkara berfaedah (I) 1m seperti
membaca dan beriadah..(H)1m
- Memilih rakan yang baik (I) 1m seperti rakan yang sentiasa
berakhlak mulia.(H)1m
- Mendampingi ulamak(I) supaya dapat mencontohi akhlak
mereka.
* jawapan negatif tidak diterima- tidak meninggalkan solat.
*Mana-mana jawapan munasabah diterima

5226 @2022 Modul Ting 5


SULIT 13
5226

6 (a) Hiburan dalam Islam merujuk kepada perkara yang menggembirakan hati dan selari
dengan kehendak syarak.

(i) Nyatakan empat konsep hiburan dalam Islam. [4 markah]


• Bertujuan mengagungkan Allah SWT dan mendidik
jiwa.
• Meliputi aspek iman dan akhlak.
• Berhibur selari dengan kehendak syariat.
• Hiburan sebagai memenuhi tuntutan fitrah manusia.
• Membangunkan potensi umat Islam dalam seni
hiburan.

(ii) Mengapakah Islam menetapkan adab tertentu dalam berhibur? [2 markah]

• Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah


SWT(1m)/kerana mematuhi perintah-Nya.(1m)
• Mengetahui batasan manusia dalam berhibur(1m)/
supaya terhindar daripada melakukan dosa.(1m)
• Menjaga jiwa / maruah diri (1m)daripada melakukan
perkara yang menjatuhkan maruah diri dan
keluarga.(1m)
• Menghasilkan hiburan yang selari dengan nilai akhlak
Islam(1m) supaya hidup sentiasa diberkati.(1m) .
(b) Jelaskan dua perbezaan antara kesenian Islam dan kesenian bukan Islam.

kesenian Islam kesenian bukan Islam


Menghasilkan kesenian yang boleh Menghasilkan kesenian yang
meningkatkan keimanan mengurangkan keimanan
Hasil seni yang tidak bercanggah Hasil seni yang bercanggah dengan
dengan syarak Islam
Kesenian yang berteraskan nilai Kesenian yang berteraskan emosi
akhlak Islam dan perasaan
Sentiasa memelihara ibadah wajib Sentiasa melalaikan daripada
Ketika berkarya melakukan ibadah wajib

Mencipta karya yang asli Menciplak karya orang lain


Berkarya secara sederhana dan Sering melampaui batas Ketika
tidak melampaui batas berkarya
Tiada unsur merosakkan akidah Ada unsur merosakkan akidah dan
dan maksiat maksiat
Tidak menganggu atau menzalimi Menganggu dan menzalimi orang
orang lain lain
[4 markah]

5226 @2022 Modul Ting 5


SULIT 14
5226

(c) (i) Huraikan dua implikasi sekiranya rakyat tidak mentaati [4 markah]
pemerintah.
• Mendapat kemurkaan Allah swt (1m) kerana kesucian
agama Islam terancam(1m)
• Berlaku penyelewengan(1m)dalam pentadbiran negara
dan masyarakat(1m)
• Terdedah kepada ancaman musuh(1m) kerana rakyat
tidak Bersatu(1m)
• Pengagihan harta negara secara zalim(1m)
menyebabkan rakyat terabai(1m)
• Gagal melantik orang yang cekap dan Amanah(1m)
untuk membantu mentadbir negara(1m)
• Ekonomi mundur (1m) kerana rakyat tidak bekerjasama
untuk membangunkan negara.
• Negara menjadi huru hara(1m) kerana jenayah
meningkat (1m).
• Menjatuhkan imej negara(1m) kerana tidak mengikut
undang-undang yang ditetapkan.

(ii) Berikan hujah anda tentang tanggungjawab rakyat memainkan [6 markah]


peranan penting dalam merealisasikan impian ini.

• Rakyat bekerjasama membangunkan negara.


• Mengutamakan perkara yang berkonsepkan agama
Islam.

Contoh jawapan:

Hujah saya,rakyat perlulah mematuhi peraturan dan undang-


undang negara(1m) seperti yang termaktub dalam
perlembagaan negara(1m).Hal ini dapat membanteras
kemungkaran dan gegala sosial daripada terus
berleluasa(1m)hingga mencemar imej
negara(1m).Kesannya,rakyat akan salaing menghormati dan
bertoleransi dalam semua urusan(1m) demi meaih keredaan
Allah swt(1m)

5226 @2022 Modul Ting 5

Anda mungkin juga menyukai