Anda di halaman 1dari 11

Kertas Model SPM

Kertas 1
Jawab semua soalan
[100 markah]

1. (a) Firman Allah SWT:

(Surah al-An’am: 70)

Ayat di atas menjelaskan tentang larangan mempersendakan agama Islam sama ada
melalui lisan atau perbuatan.
Berdasarkan ayat di atas,
(i) Nyatakan dua perbuatan mempersendakan agama.
• Mengejek dan menghina sunah Rasulullah SAW.
• Menyanjung perbuatan maksiat dan dosa.
[2 markah]
(ii) Jelaskan empat cara anda memelihara agama.
• Mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW.
• Meningkatkan kualiti ibadat fardu dan sunat untuk memelihara kekuatan akidah.
• Mempamerkan ketinggian dan kemuliaan peribadi umat Islam yang sebenar/ sejati.
• Sentiasa berwaspada daripada golongan yang cuba mempermainkan agama Islam
dengan berusaha menentang sedaya upaya.

[4 markah]

1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Pendidikan Islam  Tingkatan 5  Kertas Model SPM

(iii) Bagaimanakah umat Islam hari ini mampu menjamin keutuhan Islam sehingga digeruni
oleh orang lain? Jelaskan.
Umat Islam hendaklah berusaha menguasai kepakaran dalam pelbagai bidang serta
kemajuan sains dan teknologi terkini. Sebagai contoh berusaha merungkai belenggu
kemiskinan dan kerendahan taraf hidup, menjadi umat yang maju, kaya raya dan
mampu berdaya saing. Kesannya, dapat memartabatkan umat Islam yang disegani dan
dikagumi yang secara langsung agama terpelihara dan dihormati.

[4 markah]

(b) Sabda Rasulullah SAW:

‫ أَلَ ْن يَ ْحتَ ِط َب أَ َح ُدكُ ْم ُح ْز َم ًة َعلَى‬:‫َع ْن أَبِى ُه َريْ َر َة َر ِض َي اللَّ ُه َع ْن ُه َعنِ ال َّنب ِِّي َصلَّى اللَّ ُه َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ق ََال‬
.‫ظَ ْه ِر ِہ َخ ْي ٌر لَ ُه ِم ْن أَ ْن يَ ْسأَ َل أَ َح ًدا فَ ُي ْع ِط َي ُه أَ ْو يَ ْم َن َع ُه‬
(Riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menjelaskan bahawa umat Islam hendaklah mempunyai sifat berdikari dalam
diri.
Berdasarkan hadis di atas,
(i) Nyatakan maksud berdikari.
Berdikari ialah berusaha sendiri dan tidak bergantung kepada bantuan orang lain

[2 markah]
(ii) Jelaskan dua pengajaran hadis.
• Kita hendaklah berusaha mencari harta dan rezeki yang halal bagi menampung.
keperluan hidup diri sendiri serta keluarga.
• Kita haruslah memandang tinggi kepada mereka yang mencari rezeki yang halal.
walaupun hasilnya tidak lumayan.
[2 markah]

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2


Pendidikan Islam  Tingkatan 5  Kertas Model SPM 

Para nabi dan rasul juga berdikari dalam kehidupan mereka dengan melakukan
pekerjaan seperti manusia biasa untuk kelangsungan hidup.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah masih terdapat masyarakat Islam yang masih tidak
berdikari dalam kehidupan dengan meminta sedekah di jalanan? Huraikan hujah anda.
Pada pendapat saya, hal ini kerana sikap segelintir mereka yang malas untuk berusaha
mencari peluang pekerjaan dan tidak mahu terikat dengan sesuatu pekerjaan yang
memenatkan. Mereka juga beranggapan bahawa rakyat Malaysia kebanyakan pemurah
dan mudah bersimpati terhadap mereka yang meminta sedekah di jalanan. Hal ini
menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan melakukan aktiviti mencari
sedekah di jalanan. Kesimpulannya, umat Islam hendaklah menjauhi sikap meminta-
minta atau mengemis daripada orang lain kerana sikap tersebuat adalah hina di sisi
Islam.

[4 markah]
(c) Nyatakan dua bahagian qalqalah.
• Qalqalah sughra.
• Qalqalah kubra.
[2 markah]

2. (a) (i) Nyatakan dua perkara yang boleh membatalkan iman seseorang.
• Iktikad.
• Perkataan.
[2 markah]
(ii) Jelaskan dua contoh perkataan yang boleh membatalkan iman.
• “Al-Quran sudah tidak sesuai lagi diamalkan untuk zaman moden ini”
• “Saya tidak percaya adanya malaikat Mungkar dan Nakir”

[4 markah]

3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Pendidikan Islam  Tingkatan 5  Kertas Model SPM

Kebanyakan umat Islam kini tidak memandang berat terhadap perbuatan yang
boleh membatalkan iman mereka.

(iii) Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah perkara tersebut berlaku? Huraikan


pendapat anda.
Hal ini kerana kurangnya pengetahuan agama dalam diri seseorang. Mereka mengambil
ringan dengan sesetengah perbuatan yang adakalanya jelas dilihat sebagai perbuatan
yang mempersendakan agama seperti menghina isi kandungan al-Quran, melakukan
upacara agama lain dan sebagainya. Selain itu, perbuatan tersebut juga disebabkan
oleh faktor iman yang lemah dalam diri. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak
mengambil tahu akan perbuatan yang boleh menyebabkan iman mereka terbatal.
Kesimpulannya, umat Islam hendaklah berhati-hati dalam semua tindakan dalam
kehidupan harian agar tidak bertentangan dengan syariat Islam.

[4 markah]

(b) (i) Nyatakan maksud Ahli Sunah Waljamaah.


Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang teguh dengan
al-Quran dan al-Sunah menerusi para sahabat dan tabien serta tabi tabien dalam
prinsip akidah, syariat dan akhlak.
[2 markah]
(ii) Jelaskan dua prinsip Ahli Sunah Waljamaah.
• Iman ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan
beramal dengan perbuatan sebagai bukti kesempurnaan iman.
• Segala perbuatan manusia diciptakan oleh Allah SWT, namun manusia diberi pilihan
atau kehendak untuk melakukannya ataupun tidak serta dihitung baginya dosa dan
pahala.
[2 markah]
(iii) Jelaskan maksud Syiah.
Kumpulan yang menuntut supaya Sayidina Ali bin Abi Talib r.a dilantik sebagai khalifah
selepas Rasulullah SAW dan berkeyakinan bahawa hanya Ahli al-Bait (ahli keluarga
Rasulullah SAW) sahaja yang lebih layak memegang jawatan khalifah.
[2 markah]

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4


Pendidikan Islam  Tingkatan 5  Kertas Model SPM 

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan
berkurang.

(iv) Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah anda menjaga iman agar sentiasa
bertambah pada setiap hari? Huraikan.
Pada setiap hari saya akan pastikan semua perintah Allah SWT ditunaikan dan
meninggalkan larangan-Nya. Selain itu, saya juga akan mempelajari asas akidah dengan
guru yang diiktiraf keilmuannya dalam bidang akidah supaya ilmu yang saya pelajari
tersebut adalah benar berdasarkan al-Quran dan al-Sunah sekali gus jauh daripada
ajaran sesat. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa meningkatkan ilmu akidah kita
daripada para ilmuan Ahli Sunah Waljamaah agar tidak mudah terjebak dengan aliran
yang bertentangan dengannya.
[4 markah]

3. (a) (i) Apakah maksud korban?


Korban ialah menyembelih binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan pada 10
Zulhijah hingga akhir hari Tasyrik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
[2 markah]
(ii) Jelaskan dua syarat sah korban.
• Berniat korban ketika binatang disembelih.
• Mengorbankan binatang yang cukup umur.
[4 markah]

Ibadat korban dapat memupuk perasaan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

(iii) Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan bagaimana ibadat tersebut dapat memupuk
perasaan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Ibadat korban dapat memupuk silaturahim dalam kalangan masyarakat melalui
cara pelaksanaan korban tersebut. Hal ini boleh dilihat di mana ibadat korban perlu
melibatkan ramai orang bagi memudahkan proses penyembelihan binatang korban
dilakukan. Selain itu, dengan adanya pengagihan daging korban kepada orang ramai
tanpa mengira hubungan ataupun pangkat juga menyebabkan hubungan silaturahim
ini dapat dibentuk. Kesimpulannya, ibadat korban bukan sahaja memberi pahala yang
besar kepada mereka yang melaksanakan korban bahkan mampu memupuk hubungan
silaturahim antara satu sama lain.
[4 markah]

5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Pendidikan Islam  Tingkatan 5  Kertas Model SPM

(b) (i) Nyatakan maksud talak.


Pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan.
[2 markah]
(ii) Jelaskan dua hukum talak berserta maksudnya.
• Wajib: Apabila perbalahan antara suami isteri tidak boleh didamaikan lagi setelah
melalui proses mahkamah.
• Sunat: Menceraikan isteri yang memiliki akhlak yang buruk.
[4 markah]

(iii) Penceraian suami isteri akan memberi kesan buruk kepada anak-anak terutama mereka
yang masih kecil.
Pada pendapat anda, mengapakah penceraian memberi kesan buruk kepada anak-
anak? Huraikan.
Pada pendapat saya, hal ini kerana anak-anak akan menghadapi masalah gangguan
emosi kerana tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi daripada ibu bapa
terutama apabila ibu bapa mereka berkahwin baru dengan pasangan lain setelah
berpisah. Selain itu, anak-anak juga akan hilang kepercayaan dengan ibu bapa mereka
dan memilih rakan sebaya sebagai tempat untuk meluahkan segala perkara. Hal ini akan
menyebabkan mereka boleh terjebak ke gejala sosial yang tidak baik jika mempunyai
rakan yang tidak baik. Kesimpulannya, penceraian bukan sahaja memberi
impak kepada pasangan suami isteri malah anak-anak lagi mendapat impak akibat
penceraian tersebut.

[4 markah]
4. (a) (i) Siapakah khalifah terawal kerajaan Abbasiyah?
Abu al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali as-Suffah
[2 markah]
(ii) Terangkan dua faktor kegemilangan kerajaan Abbasiyah dari aspek sosial.
• Layanan yang adil daripada khalifah dengan menghapuskan penindasan dan
perhambaan.
• Kebebasan mengamalkan agama mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan
masyarakat.
[4 markah]

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6


Pendidikan Islam  Tingkatan 5  Kertas Model SPM 

(iii) Terangkan peranan umat Islam kini bagi mengembalikan kegemilangan seperti pada
zaman kerajaan Abbasiyah.
Umat Islam kini hendaklah memperbanyak penerokaan ilmu agar kegemilangan
tamadun Islam terus terjamin. Hal ini kerana kebanyakan khalifah pada zaman dahulu
berjaya mentadbir negara kerana mereka banyak meneroka dan menuntut ilmu untuk
memajukan negara. Selain itu, rakyat hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa
untuk menerajui kepimpinan supaya urusan pentadbiran berjalan lancar kerana
pemimpin memainkan peranan yang sangat penting dalam hendak menstabilkan dan
memajukan sesebuah negara. Kesimpulannya, umat Islam haruslah bekerjasama
dalam menjaga negara bagi memastikan negara kita sentiasa berada dalam keadaan
aman dan makmur.

[4 markah]

(b) (i) Nyatakan tiga contoh ketinggian akhlak Salahudin al-Ayyubi.


• Sentiasa mendampingi golongan ulama dan meminta nasihat dan pengajaran
daripada mereka.
• Berusaha menawan semula Baitulmuqaddis dari tangan tentera Salib.
• Menyediakan segala kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat bagi menjaga
kebajikan dan keselesaan mereka.

[3 markah]
(ii) Terangkan tiga sumbangan beliau dalam tamadun Islam.
• Membebaskan Baitulmuqaddis (Jurusalem) daripada penguasaan tentera Salib
(dikuasai Kristian hampir 88 tahun) pada 27 Rejab 538 Hijrah/ 1187 Masihi yang
dicatatkan di dalam sejarah sebagai Perang Salib II.
• Mengembalikan ajaran Ahli Sunah Waljamaah dalam sistem pendidikan.
• Mengubah suai sebuah dewan di istana lama yang dibina oleh Al-Aziz bin al-Muiz
dengan menjadikannya sebuah hospital yang dinamakan sebagai “Al-Bimaristan al-
Atiq”.
[3 markah]

7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Pendidikan Islam  Tingkatan 5  Kertas Model SPM

(iii) Jelaskan dua iktibar daripada keunggulan tokoh Islam.


• Kita hendaklah mencontohi semangat kegigihan tokoh-tokoh Islam menuntut ilmu
sebagai bukti kecintaan kepada ilmu pengetahuan.
• Kita hendaklah bersikap cekal dan istiqamah dalam setiap perjuangan menyebarkan
dakwah Islamiah agar masyarakat Islam dapat memahami Islam yang sebenar.

[4 markah]

5. (a) (i) Nyatakan maksud dalil naqli adab terhadap orang sakit.
Maksudnya: Ziarahilah orang yang sakit, berikan makanan kepada orang yang lapar
dan bebaskanlah tawanan. (Riwayat al-Bukhari)
[2 markah]
(ii) Jelaskan dua adab terhadap orang sakit dari aspek ibadat.
• Mendoakan kesihatan mereka.
• Membantu mereka yang ingin melakukan ibadat.
[2 markah]
(iii) Jelaskan dua adab terhadap orang sakit dari aspek fizikal.
• Memastikan tempat dan tubuh badan pesakit sentiasa bersih.
• Menyediakan keperluan dan kemudahan asas untuk pesakit.

[2 markah]
(iv) Terangkan dua hikmah mengamalkan adab terhadap orang sakit dalam kehidupan
seharian.
• Melahirkan keinsafan kerana diberi nikmat kesihatan setelah melihat penderitaan
pesakit.
• Menggembirakan pesakit agar hatinya tenang dalam menempuh ujian Allah SWT.

[4 markah]

(b) (i) Nyatakan maksud tawaduk.


Sikap kerendahan hati kepada Allah SWT dan sesama manusia.

[2 markah]

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8


Pendidikan Islam  Tingkatan 5  Kertas Model SPM 

(ii) Jelaskan dua cara memiliki sifat tawaduk.


• Memandang kebaikan orang lain lebih banyak berbanding kebaikan diri sendiri
walaupun mempunyai pelbagai kelebihan yang diiktiraf oleh ramai orang.
• Membiasakan diri mengaitkan sesuatu kebaikan dan kejayaan yang kita perolehi
adalah dengan keizinan dari Allah SWT.

[2 markah]
(iii) Jelaskan sifat tawaduk yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika makan dan minum.
Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan yang disediakan untuk baginda. Jika
baginda menyukai makanan tersebut, baginda akan memakannya. Apabila baginda
tidak menyukainya, baginda meninggalkannya

[2 markah]

Rasulullah SAW juga mengamalkan sifat tawaduk dengan kanak-kanak.

(iv) Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah anda mengaplikasikan sifat tawaduk


ketika bersama-sama dengan kanak-kanak? Huraikan.
Saya akan mengaplikasikannya melalui pergaulan dengan mereka melalui perbuatan
merendah diri ketika bergaul dengan kanak-kanak tanpa mengira berapa usia mereka
seperti bercakap menggunakan bahasa yang sopan dan tidak sombong. Selain itu,
saya juga akan sentiasa menyayangi kanak-kanak tanpa mengira mereka mempunyai
pertalian darah ataupun tidak dengan saya. Ketika bertemu dengan mereka juga saya
berusaha untuk menghulurkan salam tanpa mengharapkan mereka menghulurkannya
dahulu. Kesimpulannya, sifat tawaduk hendaklah diamalkan oleh semua orang dalam
kehidupan seharian kerana sifat tersebut merupakan sifat yang sangat mulia di sisi
Islam.

[4 markah]

9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Pendidikan Islam  Tingkatan 5  Kertas Model SPM

Kertas 2
Ayat Tilawah
Tugasan 1

1. Anda dikehendaki membaca ayat al-Quran berikut.

(Surah at-Taubah: 128-129)

Murid membaca ayat al-Quran yang diberikan di atas.


[50 markah]

Ayat Hafazan
Tugasan 2

1. Sila ulang dan sambung bacaan berikut.

(Surah al-An’am: 162-163)

(Surah al-An’am: 162-163)

[15 markah]

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10


‫ ‪Pendidikan Islam  Tingkatan 5  Kertas Model SPM‬‬

‫‪ 2. Sila ulang dan sambung bacaan berikut.‬‬

‫)‪(Surah al-Mu’minuun: 1-10‬‬

‫)‪(Surah al-Mu’minuun: 1-10‬‬

‫]‪[15 markah‬‬

‫‪Tugasan 3‬‬

‫‪ 1. Anda dikehendaki membaca hadis berikut.‬‬

‫ول َع ْن‬ ‫ؤول َع ْن َر ِعيَّ ِت ِه‪ ،‬ا ِإل َما ُم َرا ٍع َو َم ْس ُؤ ٌ‬


‫ُول‪ :‬كُلُّ ُك ْم َرا ٍع َوكُلُّ ُك ْم َم ْس ٌ‬ ‫ول اللَّه ﷺ يَق ُ‬ ‫ُول‪َ :‬س ِم ْع ُت َر ُس َ‬ ‫َع ْن َعبْ ِد اللَّ ِه بْنِ ُع َم َر يَق ُ‬
‫ول َع ْن َر ِع َّي ِت ِه‪َ ،‬والْ َم ْرأَ ُة َرا ِع َي ٌة ِفي بَ ْي ِت َز ْو ِج َها َو َم ْس ُؤولَ ٌة َع ْن َر ِع َّي ِت َها‪َ ،‬والْخَا ِد ُم َرا ٍع ِفي‬‫َر ِع َّي ِت ِه‪َ ،‬والَ َّر ُج ُل َرا ٍع ِفي أَ ْهلِ ِه َو ُه َو َم ْس ُؤ ٌ‬
‫ول َع ْن َر ِع َّي ِت ِه _ َوكُلُّ ُك ْم َرا ٍع‬
‫ول َع ْن َر ِع َّي ِته‪ _ ،‬ق ََال‪َ :‬و َح ِس ْب ُت أَ ْن قَ ْد ق ََال‪َ :‬وال َّر ُج ُل َرا ٍع ِفي َما ِل أَبِي ِه َو َم ْس ُؤ ٌ‬ ‫َما ِل َس ّيـِ ِد ِہ َو َم ْس ُؤ ٌ‬
‫ول َع ْن َر ِع َّي ِت ِه‪.‬‬
‫َو َم ْس ُؤ ٌ‬
‫)‪(Riwayat al-Bukhari‬‬

‫‪Murid membaca hadis yang diberikan di atas.‬‬


‫]‪[20 markah‬‬

‫ ‬ ‫ ‪11‬‬ ‫‪© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.‬‬

Anda mungkin juga menyukai