Anda di halaman 1dari 9

SET 1 | 2016

MODUL LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM SPM 2016

ADAB & AKHLAK TINGKATAN 4

TAJUK : ZIKRULLAH PENGUBAT HATI

OBJEKTIF

1. Berikut adalah sebab-sebab Islam menggalakkan umatnya berzikir.

i Membentuk peribadi mulia.


ii Memperolehi kejayaan hidup
iii Menjauhkan diri dari hasutan syaitan
iv Supaya dihormati dan disegani oleh orang lain

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

2. Manakah antara berikut tidak benar mengenai kepentingan beradab ketika


berzikir?

A Zikir diterima oleh Allah S.W.T


B Zikir dapat menghapuskan dosa besar
C Mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W
D Dapat mendisiplinkan diri dengan beribadat

3. Berikut merupakan jenis-jenis zikir kecuali

A takbir
B tasbih
C tamhid
D hauqalah

4. Tingkah laku yang tidak beradab ketika berzikir ialah

A Menggunakan suara yang nyaring.


B Tidak berzikir semasa qadak hajat
C Perbanyakkan zikir dalam suasana genting
D Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat

1
SET 1 | 2016

‫الذين يذكرون ﷲ قيما وقعودا وعلى جنو م‬


Surah Ali Imrah : 191
Maksudnya : Orang yang menyebut dan mengingati Allah SWT semasa mereka
berdiri, duduk dan berbaring (mengiring)

5 Antara yang berikut yang manakah pernyataan yang paling tepat merujuk kepada
ayat di atas ?

A Berzikir boleh dilakukan di masjid


B Berzikir boleh dilakukan selepas solat
C Berzikir boleh dilakukan pada waktu malam
D Berzikir boleh dilakukan dimana-mana sahaja

ISI TEMPAT KOSONG

1. Mengingati Allah S.W.T dengan hati, lisan dan perbuatan dipanggil

Lengkapkan gambarajah berikut:

Mengingati Allah dapat dilakukan melalui

2_________ 3________ hati


_

4. Semasa berzikir, seseorang disunatkan bersuara dengan kadar yang


__________

5. Berzikir boleh dilakukan melalui hati, __________ dan perbuatan.

BAHAGIAN B

1. (i) Jelaskan maksud zikir. [ 2 markah ]

(ii) Nyatakan dua sebab kita perlu beradab ketika berzikir. [ 4 markah ]

2. (a) Berzikir salah satu cara meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.

(i) Nyatakan dua contoh lafaz zikir.


[2 markah]
(ii) Jelaskan dua adab berzikir kepada Allah S.W.T.
[4 markah]
(iii) Amalan berzikir merupakan suatu amalan yang sangat digalakkan di
dalam Islam.
Terangkan bagaimanakah amalan berzikir mampu mendidik diri
menjadi orang yang bertakwa kepada Allah s.w.t
[4 markah]

2
SET 1 | 2016

TAJUK : ADAB DENGAN RASULULLAH

OBJEKTIF

1. Pilih pernyataan yang benar mengenai tujuan Islam menuntut kita supaya berselawat
kepada Nabi Muhammad s.a.w.
I Menghormati baginda
II Dijamin masuk syurga .
III Termasuk dalam golongan sahabat baginda
IV Menunjukkan kasih dan cinta kepada baginda

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2. Hukum menziarahi makam Rasulullah s.a.w. ketika mengerjakan ibadat umrah dan
haji adalah _______________

A makruh
B harus
C wajib
D Sunat

3. Menghormati para sahabat rasul merupakan suatu tuntutan kerana mereka

A mendapat didikan langsung dari Rasulullah


B mencintai diri sendiri melebihi cinta rasul
C melakukan amar makruf nahi mungkar
D mengamalkan sunah rasul

4. Berikut adalah tingkah laku yang beradab dengan baginda kecuali

A mentaati perintah baginda


B menhormati sahabat baginda s.a.w.
C tidak mengucap selawat ketika tahayyat akhir
D tidak berbuat bising ketika menziarahi makam baginda saw

5. Tidak mengamalkan sunah Rasulullah mengakibatkan

A mendapat syafaat daripada Rasulullah saw di akhirat kelak.


B terhapus pahala atas kebaikan yang dilakukan.
C merosakkan iman pada diri sendiri.
D dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.

3
SET 1 | 2016

ISI TEMPAT KOSONG

1. Salah satu cara beradab terhadap rasul melalui lisan ialah _______________.

2. Salah satu cara beradab kepada Rasulullah dengan perbuatan ialah


_______________ .

3. Tuliskan satu contoh lafaz selawat kepada Rasulullah s.a.w.


“__________________________________________”

BAHAGIAN B

1. Umat Islam hendaklah berselawat kepada Rasulullah s.a.w. bagi menunjukkan


rasa cinta dan kasih kepada baginda.

(i) Nyatakan dua tujuan berselawat. [ 4 markah ]

(ii) Terangkan perbezaan di antara adab terhadap Rasulullah s.a.w.dan orang awam.
[ 4 markah ]

2. Umat Islam disuruh beradab dengan Rasulullah s.a.w.


Jelaskan dua hikmah beradab dengan Rasulullah s.a.w. [ 4 markah ]

3. Selawat Perdana dengan pelbagai jenama seperti KL Berselawat sedang popular dalam
negara kita sehingga program tersebut dianjurkan hingga ke peringkat kebangsaan.
Berikan hujah anda (KBAT)
[ 4 markah ]

TAJUK : AKAL CAHAYA KEHIDUPAN

OBJEKTIF

1 Bagaimanakah cara berfikir yang betul seperti yang digariskan dalam Islam?

A Mengetahui akibat berfikir


B Mengetahui cara-cara mencapai matlamat
C Kurang pasti tentang perkara yang dilakukan
D Mengabaikan segala risiko yang akan berlaku

2 Tujuan Allah S.W.T mengurniakan akal kepada manusia

A memuliakan darjat manusia dari makhluk lain


B supaya manusia menyedari nikmat kurniaan Allah S.W.T
C supaya manusia melaksanakan tanggungjawab berkeluarga
D membezakan antara tingkah laku manusia dengan haiwan

4
SET 1 | 2016

3 Berikut adalah sumber berfikir berlandaskan syariat Islam


I wahyu
II akal fikiran
III Mimpi indah
IV hasil penulisan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan, IV

4 Berikut adalah kebolehan manusia menggunakan akal kecuali

A mencapai matlamat berfikir


B merasa bangga melakukan kebaikan
C dapat melakukan ibadah kepada Allah
D mencipta sesuatu mengikut kemahuan sendiri

5 Peranan akal adalah


I mengkaji perkara ghaib
II berfikir tentang kejadian alam
III membezakan yang hak dan batil
IV berfikir tentang tanda-tanda kekuasaan Allah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

ISI TEMPAT KOSONG

1. ________________membolehkan manusia dapat membezakan antara baik dan


buruk

2. Akal manusia adalah terbatas, dengan keterangan _________________manusia


mampu mengetahui perkara ghaib.

Lengkapkan peta minda di bwah dengan jawapan yang sesuai


Sumber berfikir
3._______________
wahyu _

Maklumat yang
tepat akal

4._______________
_

5
SET 1 | 2016

BAHAGIAN B

1. Manusia perlu menggunakan akal dengan cara beradab.

(i) Jelaskan dua adab befikir dalam Islam. [ 4 markah ]

(ii) Terangkan dua hikmah berfikir menurut Islam. [4 markah ]

2. Nyatakan dua kelebihan befikir berdasarkan wahyu


[ 4 markah ]

3. Jelaskan dua akibat seseorang yang bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.
[ 4 markah ]

4. Sebutkan contoh amalan berfikir yang tidak beradab.


[ 4 markah ]

5 Dewasa ini sering berlaku kes-kes buli pelajar yang tinggal di asrama sehingga
menyebabkan kematian mangsa buli.Perkara ini berlaku kerana pelajar yang sering
mengambil tindakan secara melulu. Sebagai seorang pelajar asrama bagaimanakah
anda menggunakan akal bagi mengatasi masalah di atas dengan baik.
[4 markah ]

TAJUK : ADAB BERHIAS DIRI

OBJEKTIF

1. Mencukur atau mencabut bulu kening adalah diharamkan kerana

A mendatangkan kemudaratan kepada wajah


B wajah akan kelihatan tidak menarik
C menyerupai perbuatan orang kafir
D mengubah ciptaan Allah S.W.T.

2. Hukum memakai susuk untuk kecantikan diri ialah

A sunat
B harus
C haram
D wajib

3. Salah satu amalan berhias diri ialah

A memakai rantai bagi lelaki


B memakai rambut palsu
C memotong kuku
D mandi bunga

6
SET 1 | 2016

4. Islam menyukai sesuatu yang bersih dan cantik kerana

A menjaga maruah diri dan agama


B menarik pandangan orang ramai
C menunjukkan kebesaran Allah
D kecantikan anugerah Allah

5. Hikmah Islam melarang lelaki memakai emas dan sutera ialah

A membezakan pakaian lelaki dan perempuan


B melambangkan pakiaan upacara agama lain
C emas dan sutera adalah pakaian mewah
D tidak sesuai dengan kulit lelaki

ISI TEMPAT KOSONG

1. Hukum memakai bau-bauan bagi lelaki apabila hendak ke masjid


ialah________.

2. Melakukan pembedahan anggota badan adalah haram kecuali untuk


tujuan___________

3. Membuat tatu atau membuat tanda pada anggota badan adalah______________

4. Islam membenarkan pakaian berfesyen selagi batas-batas____________dijaga.

Lengkap peta minda di bawah berkaitan dengan hukum mandi:

5 - Selepas memeluk 6 - Menyucikan diri


Islam. _______ daripada hadas
besar________

Hukum mandi

BAHAGIAN B

1. Islam menggalakkan umatnya berhias diri

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan berhias diri ? [ 2 markah ]

(ii) Nyatakan dua adab berhias diri. [ 4 markah ]

(iii) Berikan pandangan anda, kenapa masih terdapat orang yang tidak menjaga
kekemasan diri.
[ 2 markah ]

7
SET 1 | 2016

2. (i) Ramai dalam kalangan wanita yang bertudung tetapi tidak menepati syarak.
Sebagai seorang muslim, cadangkan cara untuk mengatasi masalah tersebut.
(KBAT) [ 4 markah ]

(ii) Jelaskan dua sebab masih terdapat umat Islam yang berhias diri tidak
mengikut syariat. [ 4 markah ]

(iii) Terangkan dua hikmah beradab dalam berhias diri. [ 4 markah ]

3. Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut :

i. Azman memakai rantai emas pemberian ibunya. [ 2 markah ]

ii Aminah melakukan pembedahan plastik akibat melecur yang teruk.


[ 2 markah ]

TAJUK : ADAB DI TEMPAT REKREASI

OBJEKTIF

1. Memperolehi keredaan Allah S.W.T. ketika berekreasi dengan cara

A menjalinkan hubugan silaturahim dengan semua pengunjung


B mengingatkan diri supaya sentiasa mengingati Allah S.W.T.
C memelihara adab-adab yang ditetapkan oleh syariat
D melakukan banyak solat sunat

2. Rekreasi adalah kegiatan menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali


kesihatan badan. Apakah adab yang perlu ketika berekreasi?

A berdua-duaan bersama bukan mahram


B membuang sampah ke dalam sungai
C menghormati pengunjung lain.
D memakai pakaian yang seksi.

3. Berikut adalah hikmat mengamalkan adab di tempat rekreasi kecuali:

A melahirkan masyarakat cinta alam sekitar


B dapat menjalinkan hubungan percintaan
C mendapat keredaan Allah SWT
D menghindar perkara munkar

4. Ciri-ciri pembinaan tempat rekreasi dari segi kemudahan fizikal ialah

A surau
B pagar
C pokok
D kawasan khas untuk wanita

8
SET 1 | 2016

5. Tempat rekreasi perlu di kawal untuk menjaganya daripada kerosakkan.


Apakah strategi pengawalan tersebut?
I Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang menjaga tempat rekreasi
II Menyediakan tempat cadangan
III Membekalkan tong sampah
IV Mengenakan denda

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

ISI TEMPAT KOSONG

1. Penguatkuasa undang-undang di tempat rekreasi amat penting dari sudut


________________ pengunjung.

Lengkapkan jadual di bawah

Aspek Faedah

2.___________ Menguatkan stamina

Psikologi 3._______________

4.______________ Memupuk semangat kerjasama

BAHAGIAN B

1. Jelaskan dua fungsi taman rekreasi dalam membentuk sahsiah seseorang insan.
[ 4 markah ]
2. Tempat berekreasi yang baik banyak memberi faedah kepada pengunjungnya.
Nyatakan dua ciri tempat rekreasi yang baik.
[ 4 markah ]
3. Senaraikan adab - adab berekreasi menurut pandangan Islam.
[ 4 markah ]
4. Huraikan dua hikmah beradab semasa di tempat rekreasi.
[ 4 markah ]
5

CONTOH VANDALISME
Ramalkan suasana taman jika perkara di atas tidak dibendung [ 4 markah ]

Anda mungkin juga menyukai