Anda di halaman 1dari 8

PELAJARAN 5 : MANISNYA PERSAUDARAAN

SURAH ALI ‘MRAN 3:103

Soalan 1-9

‫ﱡﭐﱥﱦﱠ‬
1. Nyatakan maksud potongan ayat di atas.

A. Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah S.W.T


B. Dan janganlah kamu bercerai berai
C. Kenanglah nikmat Allah kepadamu
D. Ketika kau bermusuh-musuhan

2. _________ telah membangkitkan semula permusuhan antara Aus dengan Khazraj


sehingga turunnya ayat 103 surah Ali ‘Imran menyeru agar mereka berdamai.

A. Orang Rom
B. Orang Parsi
C. Seorang Yahudi
D. Musyrikin Makkah

X Agama Islam secara keseluruhannya

3. X ialah ______________ .

A. Maksud tali Allah S.W.T


B. Maksud pendamaian
C. Maksud bercerai-berai
D. Maksud berpegang dengan tali Allah S.W.T

4. Cara mengukuhkan persaudaraan melalui hati adalah …

I. Ikhlas
II. Ucapan salam
III. Bersangka baik
IV. Menunaikan solat berjemaah
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV
5. Berikut ialah hikmah persaudaraan dalam Islam kepada masyarakat dan Negara KECUALI
_________ .

A. Negara aman damai


B. Menenteramkan jiwa
C. Membentuk perpaduan dalam masyarakat
D. Membentuk masyarakat yang bersatu padu

6. Maksud berpegang dengan tali Allah SWT adalah ______________________.


A agama Islam secara keseluruhan
B yakin akan kekuasaan Allah SWT
C berpegang teguh dengan ajaran Islam
D agama yang dianuti oleh umat manusia

 Mengucapkan salam setiap kali


bersua muka dengan saudara Islam
 Bertanya khabar apabila berjumpa

7. Pernyataan di atas merujuk kepada cara mengukuhkan persaudaraan melalui


________________.
A hati
B lisan
C tenaga
D perbuatan

8. Berikut adalah cara mengukuhkan persaudaraan dalam Islam kecuali


A membantu mereka yang memerlukan
B bersikap baik
C bermasam muka
D menunaikan solat secara berjemaah

9. Antara berikut, yang manakah bukan hikmah persaudaraan dalam Islam?


A Masyarakat aman dan maju
B Hubungan muhibbah terjalin
C Dapat mengeratkan silaturahim
D Dakwah Islamiyah tidak berjalan lancar
PELAJARAN 24: MALU PERISAI IMAN

Soalan 1-24

1. Berikut ialah perasaan malu yang sepatutnya menjadi pegangan KECUALI ____________

A. Mendedahkan tubuh badan kepada khalayak ramai


B. Bersopan santun
C. Bercakap dengan lemah lembut
D. Berkelakuan tidak mencolok mata

2. Antara sifat malu yang dituntut adalah …

I. Malu ke majlis ilmu


II. Malu melakukan maksiat
III. Malu meninggalkan perkara sunat
IV. Malu berucap di hadapan khalayak
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV

3. Contoh malu belajar adalah ________

A. Malu mengumpat
B. Malu bercakap sopan
C. Malu menjadi imam solat
D. Malu mendapingi ulama

4. Orang yang tidak malu akan melakukan ________ tanpa segan.

A. Maksiat
B. Ketaatan
C. Kebaikan
D. Suruhan Allah S.W.T

5. Antara kepentingan malu adalah …

I. Benteng keimanan
II. Disisih masyarakat
III. Mendapat reda Allah S.W.T
IV. Menyerlahkan kecantikan akhlak
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
6.Maksud malu dari segi bahasa adalah ______________________.
A berasa aib
B kembali kepada perasaan takut
C kembali kepada perasaan fitrah atau rasa segan
D perasaan yang tidak selesa untuk melakukan sesuatu perkara

7.Berikut adalah sifat malu yang dilarang kecuali


A malu melakukan kebaikan
B malu melakukan kejahatan
C malu dalam menuntut ilmu
D malu dalam melakukan perintah agama

Zaira malu untuk melakukan pembentangan mengenai


riwayat hidup Rasulullah SAW di hadapan kelas.

8.Pernyataan berikut merujuk kepada sifat malu dalam _____________________.


A malu dalam belajar
B melakukan kebaikan
C menegakkan kebenaran
D melakukan perintah Allah SWT

9.Pilih pernyataan yang benar tentang kepentingan sifat malu.


I Tidak malu untuk melakukan maksiat
II Menjadi benteng keimanan dalam diri
III Berlumba-lumba untuk mentaati perintah Allah SWT
IV Mudah melakukan perkara keji
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

10. Malu dari segi bahasa bermaksud kembali kepada perasaan _______.
A malu melakukan keburukan
B fitrah dan rasa segan
C tidak mahu dihina
D malu untuk membuat kemungkaran

11. Seseorang yang mempunyai sifat malu mempunyai _______ dan ketenangan jiwa.
A kebahagiaan
B kemuliaan
C ketakwaan
D keindahan
12. Malu digambarkan sebagai cerminan _______ diri seseorang.
A maruah
B hidup
C ketakwaan
D kebaikan

13. Rasulullah SAW melakukan banyak _______ kerana malu kepada Allah SWT.
A suruhan
B larangan
C ibadat
D dakwah

14. Antara berikut yang manakah sifat malu yang dituntut dalam Islam?
I Malu melakukan maksiat
II Malu belajar
III Malu melakukan kebaikan
IV Malu melanggar perintah Allah
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

15. Berikut merupakan contoh sifat malu melakukan maksiat kecuali


A berjudi
B belajar
C mengumpat
D mengutuk rakan

Tidak menunaikan solat fardu


16. Pernyataan di atas merujuk sifat malu yang dituntut, iaitu _______.
A malu melanggar perintah Allah SWT
B malu melakukan perkara maksiat
C malu melakukan perkara makruh
D malu melakukan kebaikan

17. Konsep _______ telah diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam pemerintahannya.
A berkumpul
B syura
C tolak ansur
D bekerjasama

18. _______ dan ketaatan seseorang berkait rapat dengan sifat malu.
A Keimanan
B Kebahagiaan
C Ketakwaan
D Keberkatan
19. Sifat malu berperanan penting sebagai _______.
A tanda ketaatan kepada Allah SWT
B benteng keimanan
C malu menepati kehendak syarak
D tanda hamba yang bersyukur
20.Pilih maksud malu yang betul menurut istilah syarak.
A Kembali kepada perasaan fitrah dan rasa segan membuat maksiat
B Kembali kepada perasaan fitrah dan rasa segan elakukan sesuatu
C Berasa aib untuk melakukan sesuatu yang buruk kerana ianya memalukan
D Berasa aib untuk melakukan sesuatu yang buruk kerana tidak mahu dihina

21.Berikut ialah sifat malu yang dituntut dalam Islam kecuali


A Malu untuk menghadiri majlis ilmu seperti ceramah agama.
B Malu melakukan perkara maksiat dan haram seperti berjudi.
C Malu meninggalkan perkara sunat seperti solat sunat rawatib.
D Malu melanggar perintah Allah SWT seperti tidak menunaikan solat.

22.Pilih contoh malu yang tepat berkaitan dengan malu melakukan kebaikan.
A Malu membaca buku
B Malu menjadi imam solat
C Malu mendampingi ulama
D Malu berada di majlis ilmu

Malu ke majlis ilmu


Malu bertanya jalan
Malu bertanya guru.

23.Pernyataan di atas merujuk kepada sifat malu yang dilarang iaitu.


A Malu belajar
B Malu yang dituntut
C Malu melakukan kebaikan
D Malu melakukan perintah Allah SWT.

24.Pilih pernyataan yang tepat berkaitan kepentingan sifat malu.


I Mendapat keredaan daripada Allah SWT
II Menjauhkan diri daripada masyarakat
III Terhindar daripada melakukan maksiat
IV Mementingkan kehidupan ukhrawi
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I dan IV
BIDANG 3: AKIDAH PELAJARAN 11: KEKUATAN DAN KEKUASAAN ALLAH S.W.T

(ii) Isi tempat kosong di bawah dengan memilih jawapan yang betul.

kekuasaan mukjizat menukarkan karamah alam

1. Allah SWT menguasai seluruh _____ _____ meliputi matahari, bulan, bintang dan
cakerawala.
2. Segala yang di langit dan di bumi adalah di bawah _____ _____ Allah SWT.
3. Dia juga telah mengurniakan _____ _____ kepada nabi dan rasul.
4. Allah SWT berkuasa _____ ___ siang dan malam.

(iii) Garis jawapan yang betul dalam kurungan.


1. Alam semesta yang luas dan kompleks ini (tidak mempunyai/mempunyai)
pencipta.
2. Allah SWT mampu membantu sesiapa yang membantu agama-Nya dan
mengazabkan sesiapa yang (taat/ingkar).
3. Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Kuat dan
mempunyai kekuatan yang sempurna merujuk kepada (al-Qadir/al-Qawiy).

3. (a) Tulis (A) pada pernyataan yang menunjukkan bukti al-Qadir Allah SWT dan (B) pada
bukti al-Qawiy Allah SWT.

1. Allah SWT berkuasa memberi reezeki kepada sesiapa sahaja yang berusaha
mencarinya mengikut cara yang betul.

2. Allah SWT berkuasa mengazab sesiapa yang melakukan dosa dengan azab yang
sangat pedih.

3. Allah SWT berkuasa menutunkan hujan dengan sukatan yang tertentu.

4. Allah SWT berkuasa menghidupkan semula orang yang telah mati.


MODUL PDPR
PENDIDIKAN ISLAM
SIRI KE 2
TINGKATAN 2 2021
ARAHAN :

1. Jawab semua soalan yang diberikan dalam kertas ini dalam masa yang ditetapkan.
2. Tulis nama dan tingkatan.
3. Murid boleh merujuk dalam buku teks dan buku nota.

Anda mungkin juga menyukai