Anda di halaman 1dari 12

1223/1

SET 5

BAHAGIAN A
(40 MARKAH)
Soalan 1 hingga 20
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan
yang tepat di dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.

1. Berikut adalah ciri-ciri ajaran sesat, KECUALI

A. Mengamalkan ajaran Wahdatul Wujud


B. Mencemarkan kesucian al-Quran dan al-Hadis
C. Mengamalkan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah
D. Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam

2. Yang manakah antara berikut BUKAN dosa besar

A. Melakukan riba
B. Bercakap lucah
C. Lari dari medan perang
D. Mencuri dan merompak

3. Iman ilmu ialah iman yang berdasarkan ...............

A. Aqidah
B. Akhlak
C. Ibadah
D. Dalil dan hujah

4. Hukum aqiqah menjadi wajib apabila seseorang itu

A. Bernazar
B. Dikurniakan cahaya mata
C. Berjanji dengan orang lain
D. Memiliki harta yang banyak

5. Peminangan boleh dilakukan dengan kata-kata secara...

A. Soreh
B. Inayah
C. Riayah
D. Kimayah

1
1223/1
SET 5

6. Beliau adalah khalifah yang paling warak dan terkenal.


Memerintah selama 23 tahun 1 1/2 bulan
Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Al-Makmun
B. Harun Al-Rasyid
C. Abu Jaafar Al-Mansur
D. Abu Abbas Al-Saffah

7.
Beliau pernah dipenjara dan disebat 100 kali sebatan kerana menolak jawatan
juru tulis dan jawatan hakim di Baghdad dan meninggal dunia dalam penjara.

Tokoh yang dimaksudkan dalam penyataan di atas ialah:

A. Imam Malik bin Anas r.a.


B. Imam Syafie bin Idris r.a.
C. Imam Ahmad bin Hanbal r.a.
D. Imam Abu Hanifah bin Thabit r.a.

8.
Beliau telah menyumbangkan hartanya untuk pertahanan negara,
mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu naskhah dan
membesarkan angkatan tentera darat dan laut.

Kenyataan di atas adalah mengenai khalifah

A. Abu Bakar Al-Siddiq


B. Othman bin Affan
C. Umar al-Khattab
D. Ali bin Abi Talib

9. Antara perkara yang menyumbang kepada pencemaran air ialah….

A. Sisa bahan buang kilang


B. Pesta bermain wau
C. Memancing
D. Pesta air

2
1223/1
SET 5

10. Islam menggalakkan umatnya memberi hadiah dan bersedekah.


Apakah kelebihan memberi hadiah dan sedekah….

A. Difitnah
B. Rezeki bertambah banyak
C. Mendapat pujian keluarga
D. Dipandang hina oleh masyarakat

11. Terdapat berbagai jenis sedekah dalam Islam, antaranya

A. Senyuman
B. Menyihatkan badan
C. Amar makruf mungkar nakir
D. Menolong orang membeli minuman haram

12. Pernyataan di bawah menerangkan tentang syarat-syarat taubat, KECUALI

A. Berhenti melakukan maksiat


B. Menyesali dosa-dosa yang dilakukan
C. Berazam tidak akan melakukan dosa
D. Tidak berterus terang memohon maaf kepada orang lain kerana malu

13. Nama-nama berikut merupakan para sahabat yang dicalonkan sebagai khalifah
menggantikan khalifah Umar Al-Khattab, MELAINKAN

A. Ali bin Abi Talib


B. Talhah bin Ubaidah
C. Saad bin Abi Waqas
D. Abu Ubaidah Al-Jarrah

14. Antara berikut yang manakah merupakan faktor-faktor berlakunya perbuatan sihir
dalam masyarakat.

i. Iri hati dengan kelebihan seseorang


ii. Perasaan dendam terhadap orang lain
iii. Ingin memiliki perbuatan yang luar biasa
iv. Lebih mempercayai kekuatan azimat dan tangkal

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv

3
1223/1
SET 5

15. Antara berikut yang manakah merupakan akibat perbuatan mengumpat dan
memfitnah .

i. Silaturrahmi terputus
ii. Masyarakat berpecah belah
iii. Dapat meningkatkan prestasi diri
iv. Berlaku permusuhan dan huru hara

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv

16. Kemanisan iman adalah berasa gembira dalam melakukan ibadat.


Ciri-ciri lain kemanisan iman ialah ....

i. Sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredhaan Allah


ii. Mengutamakan Allah dan rasul lebih daripada harta benda dunia
iii. Membentuk diri menjadi seorang yang berakhlak mulia
iv. Memberi khidmat kepada masyarakat

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

17. Apakah syarat-syarat yang membolehkan ibadah saie diterima?

i. Boleh dilakukan dengan cara menonggeng kepala atau melintang


ii. Dilakukan sebelum Tawaf Rukun dan Tawaf Ifadhah
iii. Dimulai dari Bukit Sofa dan disudahi di Bukit Marwa
iv. Dilakukan sebanyak tujuh kali dengan penuh yakin

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

4
1223/1
SET 5

18. Antara berikut syarat-syarat wali , kecuali

i. Islam
ii. Muflis
iii. Baligh
iv. Hamba

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

19. Antara sumbangan khalifah Abu Jaafar Al-Mansor ialah .......

i. Membuat saliran
ii. Memperbaiki sistem cukai
iii. Menghapuskan pemberontakan
iv. Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang

A i dan ii
B ii dan iv
C ii dan iii
D i dan iv

20. Islam sukakan kebersihan dan persekitaran yang sihat.


Antara punca-punca berlaku pencemaran persekitaran ialah….

i. Udara
ii. Tanah
iii. Binatang
iv. Harta benda

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

5
1223/1
SET 5

Soalan 21 hingga 31.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

21. __________________ bermaksud melakukan ibadat haji bagi pihak orang


lain.

22. Sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak
hukum qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri atau untuk menafikan
nasab disebut ________________

23. Akikah afdal dilakukan pada hari _________________ kelahiran bayi.

24. Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhdap suami tanpa alasan yang
munasabah mengikut hukum syarak disebut _________________

25. Orang yang tidak taat kepada Allah dan RasulNya dengan melakukan dosa
besar atau berterusan melakukan dosa kecil disebut orang
________________

26. Bidang kuasa Mahkamah Syariah terbahagi kepada dua iaitu Bidang Kuasa Mal
dan Bidang Kuasa ________________

Soalan 27 – 32 adadalah berdasarkan peta minda di bawah.

Nyatakan perkara berkaitan dengan ibadat korban dalam petak kosong berikut.

Korban

27. 28. 29.


Hukum Hikmat Waktu

27. __________________________

28. __________________________

29. __________________________

6
1223/1
SET 5

Soalan 30 - 32 adalah berdasarkan gambar di bawah.

Sebaik-baik pembahagian daging korban ialah sebanyak 1/3 kepada :

30. ____________________

31. ____________________

32. ____________________

7
1223/1
SET 5

Soalan 33 – 35

Lengkapkan petak kosong di bawah mengenai Syarat Isteri yang sah dirujuk.

Isteri

Islam 33

34 Bukan talak tiga

35

33. ____________________________

34. ____________________________

35. ____________________________

Soalan 36 – 38 adalah berdasarkan pernyataan berikut:

Padankan hukuman yang sesuai dengan kesalahan yang diterangkan di bawah.


Tulis nombor sahaja dalam ruangan yang disediakan.

No. Soalan Kesalahan Jawapan Hukuman


36 Penzina yang muhsan _____ Disebat 100 kali
sebatan
37 Penzina yang bukan muhsan _____ Disebat 80 kali
sebatan
38 Menuduh zina _____ Direjam dengan
batu sehingga mati

8
1223/1
SET 5

Soalan 39 – 40 adalah berdasarkan carta di bawah.

Isi tempat kosong dengan kumpulan-kumpulan mazhab Syiah.

Kumpulan Syiah

Syiah
Imamiyyah 39 40

39. ____________________

40. ___________________

9
1223/1
SET 5

Bahagian B
[60 markah]

Jawab tiga soalan saja

Soalan 1 dan 2 WAJIB dijawab dan pilih satu daripada mana-mana soalan 3 atau 4.

1 (a) Islam melarang umatnya mengamalkan perbuatan sihir


i. Jelaskan pengertian sihir
(2 m)
ii. Mengapakah Islam mengharamkan perbuatan tersebut.
(6 m)

(b) i. Terangkan pandangan Ahli Sunnah waljamaah terhadap isu melihat Allah
(2 m)
ii. Nyatakan dua nama lain bagi Ahli Sunnah waljamaah
(4 m)

(c) Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk memelihara akidah
daripada dicemari oleh anasir-anasir sesat ?
(6 m)

10
1223/1
SET 5

2 (a) Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya : Daripada Ibnu Umar r.a daripada Nabi s.a.w telah bersabda :
Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

i. Apakah yang dimaksudkan dengan talak ?


(2 m)
ii. Huraikan hikmah disyariatkan talak
(4 m)
(b) Firman Allah SWT

〈 ∩⊄∪ öptùΥ$#uρ y7În/tÏ9 Èe≅|Ásù 


(Al-Kauthar 002)

Ayat di atas menerangkan tentang suruhan melakukan ibadah korban


i. Apakah yang dimaksudkan dengan korban ?
(2 m)

ii. Ibadah korban boleh melahirkan semangat pengobanan dalam diri.


Jelaskan pernyataan di atas.
(4 m)

(c) Gadaian merupakan salah satu muamalat dalam Islam.


Terangkan dua perbezaan antara gadaian Islam dengan gadaian konvensional.
(4 m)

(d) Dalam tempuh pertunangan, pergaulan antara lelaki dan perempuan berkenaan
wajib dipelihara.
Terangkan batas-batas pergaulan dalam tempoh yang dimaksudkan.
(4 m)

11
1223/1
SET 5

3 (a) Kemudahan awam adalah kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk
kegunaan orang ramai
i. Nyatakan dua cara menjaga kemudahan awam
(4 m)
ii. Terangkan dua kepentingan menjaga kemudahan awam terhadap individu
(4 m)
iii. Jelaskan dua penyalahgunaan yang sering dilakukan oleh manusia
terhadap kemudahan awam
(2 m)

(b) Zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyah dikenali sebagai zaman keemasan


tamadun Islam.
i. Terangkan secara ringkas latar belakang kerajaan Abbasiyah
(4 m)
ii. Huraikan sistem pemerintahan Kerajaan Abbasiah
(6 m)

4 (a) Jihad atau perjuangan menegakkan agama Allah SWT di muka bumi sangat
dituntut oleh Islam.
i. Nyatakan bahagian jihad
(4 m)
ii. Senaraikan dua adab yang perlu diamalkan oleh orang yang berjihad.
(2 m)
iii. Terangkan dua faktor yang boleh menghakis semangat jihad.
(4 m)

(b) Syed Jamaluddin Al-Afghani ialah penggerak perjuangan menentang penjajah


Inggeris di India.

i. Nyatakan riwayat hidup beliau secara ringkas.


(4 m)
ii. Terangkan bentuk-bentuk Islah yang di bawa oleh Sayyid Jamaluddin
(6 m)

KERTAS SOALAN TAMAT

12

Anda mungkin juga menyukai