Anda di halaman 1dari 11

1223/1

SET 4

BAHAGIAN A
(40 MARKAH)
Soalan 1 hingga 20
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan
yang tepat di dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.

1. "Nora mempercayai ramalan bintang mengikut tarikh lahirnya"


Penyataan di atas merujuk kepada perkara....

A. Syirik
B. Nifaq
C. Kufur
D. Kurafat

2. Apakah hukuman orang yang membunuh dan merampas?

A. Disalib
B. Dibunuh
C. Dibuang negeri
D. Potong tangan dan kaki

3. Apakah nama kitab suci bagi golongan Bahai

A Al-Tazkirah
B Al-Barakah
C Al-Rayyan
D Al-Bayan

4. Antara berikut yang manakah kesan haji kepada individu

A. Boleh menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan umat Islam


B. Dapat menghubungkan silaturrahim antara umat Islam
C. Boleh meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t.
D. Dapat menjalankan urusan perniagaan

5. Antara berikut adalah cara isteri memelihara kehormatannya.

A. Tidak mendedahkan aurat


B. Keluar rumah tanpa izin suami
C. Membenarkan orang lain masuk ke rumah
D. Menceritakan keaiban suami kepada ibu bapa

1
1223/1
SET 4

6. Di manakah Ibnu Sina dilahirkan

A. Pakistan
B. Turkistan
C. Kazakhtan
D. Uzbekistan

7. Kelas pengajian imam al-Ghazali dihadiri ramai kerana kemasyhurannya dalam

A Bercerita
B Berpidato
C Bersyarah
D Berkomunikasi

8.
Cukai ini dikenakan sepuluh peratus daripada hasil pertanian
yang diperolehi daripada tuan tanah.

Kenyataan di atas adalah mengenai

A. Usyur
B. Jizyah
C. Al-Fai'
D. Ghanimah

9. Apakah kesan jika rakyat tidak menghormati pemimpin?

A. Ekonomi negara lebih kukuh.


B. Tugas pembangunan berjalan lancar
C. Semangat daya saing rakyat akan meningkat
D. Musuh akan mengambil kesempatan melemahkan negara

10. Bagaimanakah cara menegur pemimpin sekiranya mereka melakukan kesilapan?

A. Melakukan demontrasi
B. Membuat aduan ke balai polis
C. Teguran mestilah melalui cara yang ditetapkan
D. Mendakwa dan mengheret mereka ke mahkamah

11. Berikut adalah penyataan yang sesuai untuk menjaga nama baik negara, KECUALI

A. Mengimpot barangan keperluan secara gelap


B. Menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara jiran
C. Menghasilkan produk murahan untuk kemudahan semua
D. Memberi bantuan senjata kepada negara yang bertelagah

2
1223/1
SET 4

12. Keburukan kurangnya iman kepada seseorang boleh membawa kepada...

A. Melakukan maksiat hati


B. Berusaha mencari kekayaan
C. Tidak mengikut perintah Allah
D. Mengembangkan ilmu duniawi

13. Kitab "Al-Kharaj" yang dihasilkan semasa pemerintahan khalifah Harun Ar-Rasyid
adalah berkenaan

A. Ketenteran
B. Percukaian
C. Pendidikan
D. Kehakiman

14. Penyataan yang manakah termasuk dalam hikmat taubat.

i Mendapat balasan syurga di akhirat kelak


ii Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
iii Dapat berterus terang memohon maaf kepada manusia
iv Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat

A. i dan ii
B. iii dan iv
C. ii dan iii
D. i dan iv

15. Yang manakah antara berikut termasuk dalam tingkat iman.

i. Iman ilmu
ii. Iman amal
iii. Iman hak
iv. Iman takdir

A. i dan ii
B. iii dan iv
C. i dan iii
D. ii dan iv

3
1223/1
SET 4

16. Mengapa kita perlu berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

i. Dapat membersihkan aqidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan


ii. Asas kepada penerimaan sesuatu amalan
iii. Dapat mengembangkan aqidah
iv. Meninggikan syariat Islam

A. i dan ii
B. iii dan iv
C. ii dan iii
D. i dan iv

17. Wali nikah ialah orang yang berkuasa mengahwinkan seorang perempuan.
Wali terbahagi kepada...

i. Wali nasab
ii. Wali mujbir
iii. Wali hakim
iv. Wali akbar

A i dan ii
B iii dan iv
C i dan iii
D ii dan iv

18. Antara berikut manakah syarat sah bagi bakal suami.....

i. Baligh
ii. Seorang lelaki
iii. Beragama Islam
iv. Bukan dalam ihram haji

A i ,ii dan iii


B ii,iii dan iv
C i,ii dan iv
D ii dan iv

4
1223/1
SET 4

19. Di antara kesan positif daripada kepimpinan Khulafa' Ar-Rasyidin ialah.......

i. Pemimpin negara merupakan ketua agama


ii. Rakyat wajib memelihara pertahanan negara
iii. Pemimpin dipilih dari kalangan yang berakhlak
iv. Ilmu pengetahuan diberi perhatian dalam bidang akli

A. i dan ii
B. iii dan iv
C. i dan iii
D. ii dan iv

20. Berikut adalah ciri-ciri orang yang cintakan negara…

i. Berjuang memajukan negara


ii. Menyanyikan lagu-lagu patriotik
iii. Mengedarkan bendera Malaysia
iv. Mempertahankan negara sekiranya diancam musuh

A i dan ii
B iii dan iv
C i dan iii
D ii dan iv

Soalan 21 hingga 31.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

21. Rukun haji yang menjadi simbul membersihkan diri daripada sifat tercela yang
terdapat pada diri seseorang ialah _______________

22. Mahar terbahagi kepada dua jenis iaitu Mahar Musamma dan Mahar
________________

23. ________________ ialah penyembelihan binatang ternakan yang dilakukan


ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran
kepada Allah.

24. Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. ialah kufur _______________

25. Mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial termasuk
dalam perbuatan _________________

26. __________________________________ ialah undang-undang yang


memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan,
perceraian dan perkara yang berkaitan dengan kedua-duanya di kalangan orang
Islam.

5
1223/1
SET 4

Soalan 27 – 32 adadalah berdasarkan peta minda di bawah.

Lengkapkan jenis-jenis tawaf dalam petak berikut.

Jenis-Jenis Tawaf

27 28 Tawaf 29
Sunat

27. ____________________

28. ____________________

29. ____________________

6
1223/1
SET 4

Soalan 30 - 31 adalah berdasarkan gambar di bawah.

Namakan urat-urat yang wajib dipotong ketika menyembelih.

30. __________________

31. __________________

7
1223/1
SET 4

Lengkapkan rajah di bawah mengenai Sistem Kewangan bagi Kerajaan Abbasiyah.

32

33

Sistem Kewangan Fai

34

35

32. _______________

33. _______________

34. _______________

35. _______________

Soalan 36 – 38 adalah berdasarkan pernyataan berikut:

Padankan tokoh pilihan dan sumbangan yang diberikan. Tuliskan jawapan di ruang yang
disediakan.

Tokoh Pilihan
A B C
Imam Abu Hanifah Imam Malik Imam Syafie

No Soalan Sumbangan Jawapn


36 Menulis kitab al-Fiqh al-Ahkam dan kitab al-Faraid A
37 Menulis kitab al-Risalah C
38 Menulis kitab al-Muwatta’ B

8
1223/1
SET 4

Soalan 39 – 40 adalah berdasarkan carta di bawah.

Isi tempat kosong berkaitan cara seseorang menjadi murtad.

Cara Menjadi Murtad

40
(Iktikad) 39
______________
Berniat ______________
meninggalkan Menganut agama
Mengisytiharkan
agama Islam

39. __________________

40. ___________________

9
1223/1
SET 4

Bahagian B
[60 markah]

Jawab tiga soalan saja


Soalan 1 dan 2 WAJIB dijawab dan pilih satu daripada mana-mana soalan 3 atau 4.

1 (a) Iman merupakan hidayat Allah SWT yang sangat penting dalam kehidupan.

i. Apakah yang dimaksudkan dengan iman menurut istilah syarak ?


(2 m)
ii. Terangkan dua kepentingan iman dalam kehidupan muslim
(4 m)

(b) Umat Islam hendaklah berpegang teguh pada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah
kerana ajarannya selari dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

i. Nyatakan dua prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah


(4 m)
ii. Terangkan pandangan golongan tersebut mengenai al-Quran bukan
makhluk
(4 m)
(c) Pada pendapat anda, mengapakah wujudnya ajaran-ajaran sesat dalam
masyarakat Islam ?
(6 m)

2 (a). Wali nasab terdiri dari wali mujbir dan bukan mujbir
i. Siapakah wali mujbir ?
(2 m)
ii. Terangkan sebab kuasa wali nasab boleh berpindah kepada wali hakim
(4 m)

(b) Wukuf merupakan salah satu dari rukun haji.


i. Nyatakan pengertian wukuf.
(2 m)
ii. Jelaskan dua hikmah diwajibkan ibadah tersebut.
(4 m)

(c) i. Huraikan kesan negatif jika memakan bangkai dari aspek kesihatan dan
tingkahlaku
(2 m)

ii. Nyatakan dua bahagian yang haram dimakan daripada binatang


sembelihan
(2 m)

(d) i. Nyatakan jenis-jenis mahar.


(2 m)
ii. Jelaskan perbezaan yang terdapat di antara mahar-mahar tersebut
(2 m)

10
1223/1
SET 4

3 (a) Amar makruf dan nahi mungkar merupakan usaha dakwah yang sangat penting.
i. Terangkan dua kebaikan melaksanakan tanggungjawab tersebut.
(4 m)
ii. Jelaskan dua akibat jika umat Islam mengabaikannya.
(4 m)
iii. Nyatakan dua adab amar makruf dan nahi mungkar
(4 m)

(b) Kegemilangan kerajaan Abbasiyah dalam penyebaran Islam adalah disebabkan


oleh beberapa faktor penting.
Jelaskan dua daripada faktor-faktor tersebut.
(4 m)

(c) Kemantapan ekonomi di zaman kerajaan Bani Umayah amat membanggakan.


Contohnya di zaman khalifah al-Walid .
i. Namakan badan yang menguruskan semua pendapatan dan perbelanjaan
negara ?
(1 m)
ii. Nyatakan tiga daripada sumber pendapatan kerajaan tersebut.
(3 m)

4 (a) Islam menggalakkan umatnya memberi hadiah dan bersedekah dalam


kehidupan.

i. Nyatakan hukum bersedekah dan memberi hadiah


(2 m)
ii. Terangkan dua kelebihan bersedekah menurut Islam
(4 m)
iii. Huraikan dua jenis sedekah
(4 m)

(b) Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan dunia yang unggul.


i. Bincangkan sumbangan Ibnu Sina dalam bidang berkenaan.
(4 m)
ii. Jelaskan tiga kesan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan.
(6 m)

SOALAN TAMAT

11

Anda mungkin juga menyukai